Entry: Cerita Aku Minggu ini... Saturday, March 19, 2005



Hish dulu bersemangat nak menulis kat blog nih, kenapa sekarang cam malas je. Tu la, orang ada blog, kita nak buat blog gak. Pastuh tak tahu dah nak tulis apa. Nak buat cam diari ada ke orang nak baca? Sebenarnya aku kat opis skang nih, boring gak dok opis hari ni. Selalu aku kerja luar tapi sekarang nih setiap hari Rabu aku tak boleh keluar, kena duduk dalam opis. Kat opis aku ni kitorang  panggil ‘IN-DAY’. Sebenarnya in-day ni dibuat sebab bos aku nak setiap staff yang kerja luar duduk kat opis untuk siap kerja-kerja dalam opis yang tak siap. Opis aku nih bukannya ada internet pun. Aku menaip ni pun guna word, kang sampai umah aku paste balik dalam blog nih. Walaupun aku in-day hari ni, tak banyak pun kerja opis yang tertunggak kerana kes-kes aku untuk bulan lepas semua dah zero. Dateline aku untuk settlekan kes setiap bulan pula pada 15hb setiap bulan. So hari ni dah 16hb, kira dah habis dah la dateline aku. Lagipun aku bulan ni awal-awal dah settlekan kes-kes aku. Malas lagik aku nak tahan telinga kena leter ngan boss. Biar orang lain pulak kena. Hari ni cuma aku print list kes-kes terbaru untuk diselesaikan pula sehingga dateline 15hb depan. Aku cuma membelek kes-kes baru dan merancang perjalanan aku untuk keluar mencari mereka-mereka ni. Bosan gak kerja cam nih, tetiap bulan mende yang sama gak nak kena buat. Tetiap bulan nak kena kejar kes-kes ni dan bukak fail pendakwaan itu semua.

Malam minggu lalu aku dok lepak ngan si Eisz, member yang datang dari KL, blogger gak. Dia datang lepak umah jiran sebelah aku ni, geng-geng bujang dan geng online gak. Boring lepak umah sebelah datang umah aku. Eisz datang Penang ni sebab nak gie interview. Berminat nak kerja kat Penang plak dah kot. Malam minggu tu pula aku ajak la Eisz pergi makan BBQ kat Caveman, Sungai Petani. Then ajak lagi reramai join seperti Helmie, Sahar, Andy dan kawannya Faiz, adik angkat si Andy, Alimin, Nobita, Usman, Zack dan Wan Smurf dan sorang budak kecik yang montel iaitu anak buah Alimin, panggilannya Dek Chan. Semuanya empat buah kereta yang join. Meriah gak. Caveman BBQ ni sebenarnya sebuah restoran yang membuat konsep BBQ di kawasan lapang. Memula di pintu masuk kita akan masuk ke sebuah gua dimana gua itu adalah kaunter untuk kita memilih makanan. Makanan di sini berpatutan juga harganya. Takde lah mahal giler. Macam harga kat pasar malam je kot. Lebih kuranglah. Makanan semua telah sedia diperap seperti ayam tandoori, ayam percik, ayam madu, otak-otak, sate, isi ikan diperap dengan limau, daging kambing, jagung, sosej dan banyak lagi. Jangan beli bebanyak sangat, takut terlebih plak, beli sekadar agak-agak kenyang nak makan, kalau tak cukup boleh beli lagi. Bila makanan mentah dan minuman semua dah dibeli, kat luar nanti kita akan diberi dengan satu periuk arang, penyepit, dan jaring pembakar serta kipas untuk mengipas arang. Lepas tu bolehlah kita cari kat mana tempat yang sesuai nak duduk di kawasan yang seluas padang bola sepak itu. Ada tempat yang terang, ada tempat yang agak tersorok, ada yang di atas bukit kecil dan ada juga tempat yang agak romantik untuk para kekasih membakar BBQ sambil bergurau senda gitu. Pendek kata semua makanan dan tempat adalah pilihan masing-masing. Masa kami pergi itu, orang agak ramai juga tetapi masih ada tempat yang kosong. Sambil-sambil membakar ni, adalah pula sessi berbalas pantun dan kutuk mengutuk. Biasa la kalau dah reramai ni. Memacam cerita dan usik mengusik. Aku diam sambil meratah makanan yang dah dibakar. Dah lama lapar ni.

Khamis lepas melepas pulak aku nak tengok Explorace, aku layan pun sebab seronok pulak tengok gelagat peserta dalam Explorace tu, senior aku masa kat ITM dulu pun ada gak join, Hanif & Narimah. Aku melepas tengok Explorace tu sebab pegi tengok wayang citer Robots. Best gak citer ni, macamana la pengarah tu boleh dapat idea nak buat cerita camtu. Tentang robot-robot yang gunakan bahan terpakai untuk pasang kat badan diorang, pastu ada family pulak tu. Anaknya boleh beli kat kedai pastu pasang sendiri, setiap tahun anak-anak itu dibekalkan bahan-bahan terpakai (untuk robot miskin) untuk membesar. Grafiknya cantik. Sekarang ni ditayangkan kat IMAX, Times Square. Kalau sempat pergi KL nanti, aku nak tengok cerita tu kat layar gergasi tu pulaklah. Mesti lagik best.

Kejap lagi aku nak pergi Batu Feringghi pulak. Member sebelah umah ni ajak join diorang kat apartment yang diorang sewa kat sana. Malam kang pulak diorang nak buat barbeque. Cuti-cuti nih ok juga aku join. Boring gak lepak kat umah je. Member dari KL pun ada gak yang join. Diorang dah pergi dah. Cuma aku je yang masih lepak depan pc ni. Pepetang sikit pergi baru ok. Agak-agak dah sejuk sikit. Ok lah chow dulu.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments