|
Mengenai cuti aku hari ni pula, tak banyak yang aku lakukan. Bangun tidur aku terus mandi dan makan laksa yang dibawa oleh Fizal dari kampungnya. Selepas itu aku pergi ke rumah kawan pejabatku di tingkat lima aparment aku untuk 'install games' yang baru dibelinya. Dua tiga kali juga aku membuang dan memasang semula games tersebut untuk mendapatkan kepuasan yang betul setelah memasangnya. Setelah siap kawan aku terus menjamu aku dengan mee rebus dan memanggil dua rakanku Helmie dan Sahar yang berada dirumah. Hanya guna Skype je untuk call ke rumahku dan mengajak mereka naik ke atas. Senang betul ada teknologi ni, tak payah buang duit nak guna handphone ke apa. Balik ke rumah Helmie terus main network games dengan kawan pejabatku. Aku pula menonton DVD tapi rasa cam takda mood pula nak menonton terus cari majalah bawa dalam bilik dan tak sampai separuh baca majalah terus tertidur. Tidurku terjaga semasa Nazeem & Leo sampai. Nazeem terus melepak atas katilku, sementara Leo pula ber'online' sebentar di komputer yang berada dalam bilikku. Sahar pula meminta aku menghantarnya ke stesen bas kerana ingin ke Kuala Lumpur. Setelah menghantar Sahar.. aku, Mie, Leo & Nazeem singgah makan di Pantai Robina. Hanya berbual kosong sebelum, semasa dan selepas hidangan. Selepas itu tak tahu nak pergi mana dan terus balik ke rumah dan melekap lah aku didepan komputer. |