Entry: Hari Yang Biasa Tuesday, January 18, 2005



Malasnya aku nak buat kerja hari ni, job baru dah seminggu dapat, tapi aku masih tak tahu mana satu kerja yang aku patut aku settlekan dulu. Nak serve saman? hih malasnyer, sah sah la majikan-majikan tu nanti ada yang lari kalau tau aku datang nak serve saman. Atau perlu ke hari ni aku melawat kes-kes baru yang masih majikannya tidak ku kenali? Atau patutkah aku pergi mengumpulkan collection 'late payment' yang masih bertimbun lagi tu. Atau patutkah aku pergi membuat routine inspection. Mana satu yang patut aku dulukan, arghh pening pening. Baik aku rilexkan kepala dulu dengan borak2 kosong bersama officemate aku dan melayan perokok-perokok tegar yang sentiasa memenuhi ruang tangga kecemasan ofis aku nih. Tepat pukul 9 masing-masing semua menuju ke bilik meeting untuk melayan breakfast. Leceh tul bila keluar arahan tak boleh minum kat luar ni. Masing-masing sebelum masuk ofis dah siap-siap membeli bekalan makanan atau ada yang bawa dari rumah semata-mata akur dengan arahan yang dikeluarkan ibu pejabat ni. Tapi ada juga seorang dua yang melanggar arahan pergi makan diluar. Sebenarnya bukan tak boleh makan luar tetapi masa yang diberi cuma 15 minit je dan kena punch out then bila masuk kene punch in. Malas yang nak punch ni, kang nanti lewat seminit pun kena berjawab gak. Aku tadi dah siap beli dah kat umah aku nasi lemak dan ada officemate aku yang tak sempat beli tu keluar kejap kat kafe bangunan sebelah untuk beli makanan. Aku pun hairan kat bangunan di ofis aku ni satu kafe pun takde. Camna la diorang uruskan bangunan ni agaknya. Koperasi yang jual makanan ringan dan perkhidmatan fotostat pun takda, padahal itulah kemudahan yang sepatutnya ada di agensi-agensi kerajaan.

Di bilik meeting tu segala macam cerita keluar, walaupun semua lelaki tapi mulut diorang ni kalah juga mulut pompuan bila bercerita, segala macam cerita keluar, dari topic isu semasa hinggalah bermacam luahan, lawak, usik-mengusik, cerita pengalaman masing-masing dan macam-macam lagi. Kekadang dari cerita diorang tu la aku dapat berbagai cerita untuk dijadikan asas pengaliran minda dan idea untuk pengetahuan aku dan penceritaan seterusnya dengan kawan-kawan lain. Lepak kat bilik meeting tu lebih kurang sejam setelah baca suratkhabar dan aktiviti bercerita, masing-masing terus ke meja dan memulakan kerja. Aku pun mulalah membelek kes-kes mana yang perlu aku selesaikan hari ni. Pening punya pening terus aku decide untuk menyerahkan saman. Pukul 11 setelah aku print kes-kes statement dari sistem komputer terus aku mulakan perjalanan aku untuk melawat majikan-majikan tersebut. Sebelum aku keluar aku telah menelefon untuk mengesahkan kedatangan aku ke tempat mereka. Setelah sampai sudah tentu saman tu mereka seakan takut untuk menerimanya dan berjanji akan membuat pembayaran tunggakan sebelum tarikh sebutan kes di mahkamah. Takut juga mereka dengan saman ni kan. Seronok juga sebenarnya kerja luar ni, kita bebas untuk lakukan apa yang sepatutnya kita buat untuk selesaikan kes. Sambil memandu pula boleh mendengar radio atau CD lagu-lagu kegemaran. Otak kita pun tak berserabut macam duduk kat ofis tu dengan dikelilingi fail-fail dan dengan kebimbangan pemerhatian bos dan penyelia di ofis serta arahan-arahan yang dikeluarkan dari masa ke semasa.
Setelah tiga empat kes cukup aku kumpulkan segala macam dokumen berkaitan dan temubual dengan pekerja bagi penyediaan laporan kepada bos aku, terus aku dengan hati yang ceria memandu untuk pulang ke rumah dan seterusnya menunggu ketibaan hari esok untuk membuat tugasan seterusnya.

   5 comments

husz
January 20, 2005   12:49 PM PST
 
lol ko jangan datang tempat aku sudah la lol! .. kasut dah beli?
budak^penang
January 20, 2005   04:26 PM PST
 
hikhik.. mane de.. aku suh org lain jek lawat nanti dan minta jumpe ko.. aku suh yg hensem hensem je nanti.. nak tak? ahaks...

kasut tak beli lagik la.. claim tak masuk lagik nih.. isk dah dua bulan dah ni.. diorg close account, claim kami plak sangkut.. tensen tensen..
zaif
January 20, 2005   04:27 PM PST
 
alamakk silap lagik tukar nick..
husz
January 22, 2005   05:25 AM PST
 
pelik la ko nie... mesti guna sama computer ngan si pembunuh hamster tu kan?
zaif
January 24, 2005   12:49 AM PST
 
kitorang satu rumah la.. kadang aku pakai comp die.. kadang die pakai comp aku.. biasa la rumah ala2 IT ni.. satu rumah sampai 3 bijik pc dok link..

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments