Entry: Claim Oh Claim Wednesday, January 12, 2005



Ari ni aku tak mengulat sangat kat opis.. aku pulun job yg dah dateline ari nih, giler nye pulun, kuar opis, masuk opis jumpe majikan˛ yg degil, ambil rekod diorang dan balik opis buat report... ari nih last submit report utk kes˛ yang masih belum settle. Nak kata letih ngan keje˛ nih, aku rasa biasa je kot sebab dah memang keje aku camnih, cuma tak larat la duit minyak nak keluar sana sini, walaupun ade claim, aku anggap yg claim tu sebagai salah satu sumber pendapatan gak, tapi kalo dah banyak keluar dan banyak plak nak isi minyak yg skang nih harga dah naik, kureng skit la pendapatan aku yg separuhnya bersumberkan claim nih. Bagi kekawan opis aku, kalo takde claim nih, sakit sikit idup nih nak arap makan gaji basic je, so claim nih kekadang penyelamat gak kalau tengah˛ sengkek tu... especially time tunggu gaji tu, tup tup claim masuk lak, lega sikit. Kalau cerita pasal claim ni, aku tau korang jugak mesti selalu menunggu claim ni. Lain company lain plak claimnya. Ada yang claim perjalanan, ada yang claim bila pergi kursus, claim perpindahan, claim OT, dan banyak lagi jenis claim ni. Kebiasaannya claim ni orang akan buat lebih˛ sikit, biasa la nak idup. Mungkin ada gak yang claim cukup-cukup je tapi kebanyakkannya akan claim lebih dari yang sepatutnya la. Mana-mana company mesti sama je bagi sesapa yang buat claim nih. Pendapat yang nyata bagi aku, claim ni bermaksud seseorang itu akan mengeluarkan duitnya atau usahanya dahulu untuk sesuatu perkara dan akan menuntut kembali berapa jumlah belanja atau usaha yang telah dikeluarkan oleh mereka. Harap definisi aku tentang claim tu betul lah ye, kalau ada tambahan apa-apa sila kasi komen. Cuma claim semula dari company ni bergantung pada seseorang tu nak claim lebih atau claim sikit. Kalau korangnya company tu tak kisah, boleh la claim tinggi sikit. Yang penting claim ni memang membantu dikala kita tengah sengkek.

   2 comments

nayli
January 13, 2005   01:10 AM PST
 
kalau claim itu dah mmg "HAK" kita mmg "WAJIB" di claim if bukan hak tapi di claim lebih2 or OVER claim itu dah jadi "HARAM" kita sentuh rezeki tuh..InsyaAllah..rezeki kalau berkat sikit pun rasa banyak...masa sengkek pun rasa cukup2 jer...sama2 ingat-mengingati:) salam kenal!
zaif
January 14, 2005   12:44 AM PST
 
thanx nayli atas pendapat u.. tapi kalo keje nak giler.. claim tak berbaloi ngan keje.. patut gak kita claim banyak tu.. sebab kalo pikir kan kekadang bila kita claim milage nih.. company tak kira lagik yg kita pakai kereta sendiri, pastuh tak kira lagik nanti kita nak servis lagik, bayar insuran lagik, tayar botak dan memacam.. diorg tengok minyak je.. tapi tak pikir pasai hal2 kenderaan kita tu.. so bagi aku, tak salah aku claim lebih skit, tapi sampai masa kereta kena servis atau insuran, kita tak bleh claim dah, tapi kena pakai duit sendiri plak..

*kereta aku baru 1 tahun 8 bulan tapi milage kat meter dah 67,000 km... bayangkan la camne tetiap ari gune kete tu untuk kegunaan company..

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments