Entry: Astro B.yond Tuesday, January 12, 2010



Akhirnya Astro B.yond yang aku subscribe dah pun dipasang kat umah aku. Memang puas hati tengok tv in High Definition. Sebelum ni memang aku dah layan movie HD yang aku download kat internet menggunakan WDTV tapi tak puas gak sebab kalo leh dapat tv live yg ada channel hd nih lagik menarik. Gambar memang superb bila dapat layan HD nih. Memang sharp giler image especially kalo yang ada LCD TV. Kalau tv biasa tu, tak yah la nak pasang B.yond nih, rugi je sebab image yang terpapar kat tv biasa tu lebih kurang sama je ngan Astro biasa.


Satellite dish kaler hitam yang menarik dan berdiameter besar skit (65cm) dari dish sebelum ni (60cm).


Dekoder yang kecik dan comel. Sebelah kiri tu my WDTV yang diconnect ke 1.5TB hardisk sebelah kanan tu. Kalau astro dah activate kan function recordnya nanti, boleh la terus connect hardisk tu kat dekoder ni je sebab ada usb port yang akan digunakan untuk future function, mungkin masa tu kita boleh record program-program tv yang kita nak, lebih kurang macam function Astro Max.


Banyak key kat remote control nih yang belum boleh pakai, seperti key untuk fungsi merekod, apps, butang biru logo B.yond tu dan juga volume pun tak boleh control. Sekarang ni kena adjust volume kat tv je. So kena tunggu Astro update software dekoder astro nih dari masa ke semasa.


Interface untuk info channel. Clear. Takde lagi pixelate text.


Interface untuk tv guide yang lebih menarik dari dekoder sebelum ni. Nak scroll untuk tengok program-program yang akan disiarkan diwaktu yang lain pun laju. Sekali tengok menu lebih kurang macam TiVo gak. Sambil tu boleh tengok terus channel yang kita tengah bukak.


Interface untuk channel list. Kita masih tak tertinggal program yang kita tengah tonton.


Image saluran HD yang cantik dan menarik untuk ditonton.


Sharp and clear... so crisp.

Harap Astro akan launch lebih banyak HD Channel dari masa ke masa. Yang penting bil tambahan RM20 sebulan hanya akan bermula April ni.

 

 

 

   1 comments

alfaharga
June 22, 2016   07:04 PM PDT
 
mantap...

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments