|
Cuti hujung minggu yang lalu berbaloi juga bila lepak2 ngan kengkawan kat Chalet Terapung Teluk Bayu. At least ada gak aktiviti dari dok melangut kat rumah je bila cuti2 hujung minggu. Ni pun tak plan sebenarnya. Malam sebelum tu dah bincang2 ngan diorang2 ni masa minum2 nak lepak mana weekend ni. Salah satu agendanya nak lepak kat chalet terapung nih. Tapi hari Jumaat tu masih tak decide lagi. Petang Jumaat tu, masa chatting2 ngan diorang ni terus plan nak ke sini je, apalagi masing2 surf la cari nombor telefon chalet ni. Alhamdulillah terjumpa gak kat net nombornya. Terus member sorang ni call. Ada chalet kosong. Selalunya penuh je. Kaki2 pancing selalu book. So terus booking dua chalet. Murah je. Satu chalet tu baru RM150. Kemudahannya ada dua bilik setiap satu chalet ngan setiap satu bilik tu ada aircond. Pastu ada dapur, tv, peti sejuk, pinggan mangkuk, kuali semua siap. Tempat bakar Barbeque pun ada. Tinggal nak bawa perkakas makanan je. Semua yang join 12 orang. Sebenarnya cukup setahun pergi sini balik. Last year pun pernah lepak sini gak. Masa tu sehari nak puasa dah. Hari ni masuk, esok tu dah puasa. So sahur yang pertama untuk tahun lepas bermula kat chalet ni. Masa sahur goreng ikan2 yang dipancing.. hehe.. ada gak yang tak selera makan ikan yang dipancing tu. Sampai kat chalet ni dalam pukul 5 petang. Rilex2 jap, pastu sapa yang bawa pancing tu, start lah memancing. Yang tak bawak pancing tu pulak, mengail guna tali je tanpa rod... letak je, dapat gak ikan. Kol 6 lebih mula bakar arang untuk buat BBQ. Memang santai habis stay kat situ, lelebih lagi kalo reramai ni. Kebetulan masa book dua chalet ni, tuan punya chalet ni dah combinekan sekali dua chalet ni, antara dua chalet ni ada dewan terapung. Memang luas la. Boleh berlari nak pergi ke chalet lagi satu tu. Dat means kalo ada sesapa nak buat majlis yang melibatkan ramai orang dalam anggaran 20-30 orang memang boleh la. Penjaga chalet tu nanti akan gabungkan semua chalet tu sekali ngan dewan tu.
Kalau dah lepak reramai tu, mana nya mata reti nak lelap. Siap bancuh kopi kaw kaw punya. Apa lagi, layan terup la diorang ni. Ada gak yang layan pancing. Ada dua orang pulak bantai membuta lepas makan tu. Tetengah syok main terup malam tu, hujan pulak. Masa tu dah kol 1 pg lebih kalau tak silap. Terus layan terup dalam bilik pulak. Kol 4 pagi baru la masing2 ni tau nak masuk reban. Esoknya pulak ada yang awal2 dah bangun. Termasuk la aku. Kol 7 pagi dah terjaga dah. Padahal tido kol 4 pg tu. Pusing2. Kacau orang tido. Masak burger. Pastuh tido balik. Kol 10 terjaga balik. Breakfast meehoon ngan nasi goreng dah tersedia. Diorang ni buat. Pastu siap2 untuk check-out. Kol 1 bot sampai. Tak abih lagi aktiviti. Terus reramai ke Kg. Pulau Sayak pulak, pekena mee udang. Lepas dah kenyang ngan mee udang, semua bersurai. Ohh.. sebelum ni ramai yang bertanyakan kat aku nombor telefon chalet ni. Ye la masa pergi sebelum-sebelum ni, tak teringat pulak nak amik nombor telefon. Selalu yang organize tu pun member sorang tu. Tak mintak pulak kat dia. So kat bawah ni aku ada amik gambar notis chalet ni beserta nombor fon. Kalo ada sesapa berminat nak stay kat chalet ni, sila-sila kan lah ye menelpon tuan yang empunya, Pak Ya.
Ulasan aku.... tempat ni best, takda apa gangguan berbentuk fizikal atau rohani (pepaham je lah yek entiti segala ni).. cuma kalau yang bawak anak kecik tu, perati2kan lah mereka, jangan sampai ada yang terjun dalam air tu.. dalam tu.. untuk kaki2 pancing memang sesuai.. ada gelama, siakap, kerapu, tetukang (mcm pari tu), sembilang etc etc.. aku tatau sangat sebab aku bukan kaki pancing.. huhu.. haaa ada pancing sorang kawan aku ni, terkena anak belangkas... nak makan apa pun tatau, aku tengok takdak isi pun belangkas nih. Okey la, berakhirlah aktiviti hujung minggu ari tu ngan penuh 'keenjoyyan' hak hak.. bahse baru...
Posting sebelum ni tentang chalet ni :
|
| ismihan-Staff PPK Sg. Petani. September 30, 2009 04:20 PM PDT salam... saudara zaif...mmg bngga bila trbaca blog pasal chalet terpung ni,trima kasih diatas pujian & tlg promot chalet ni...utk mkluman, chalet trapung ni adlh dibwh kendalian PPK Sg. Petani..ada 7 buah chalet terapung kesemuanya(4 air-cond,3 tnpa air-cond dengan 7org pngunjung/chalet)serta 1 buah dewan terapung dgn pax30-40org..bg yg minat mncing saja tp tak mahu bermalam,kami myediakan plantar mmcing yg lengkap dgn bilik air bg kemudahan pngunjung...kalau ada yg minat mnyelusuri sg. merbok,kami pun ada pakej tersebut...bleh tgk flora fauna by sg merbok..Dlm bulan 12 ni,bagi yg minat water sport..kami akan adakan kayak..bleh ronda2 skitar chalet & tgk sngkar ikan brdekatan..untuk tempahan/prtanyaan sila hubungi :-en zakaria(pak ya)016-4829309 @ppk sg Petani 04-4217245 | ||
| Leave a Comment: |