Entry: Jakarta Vacation, 19-22 June 2009 Sunday, June 28, 2009




Flight ke Jakarta, Jumaat pukul 10 malam. Aku pergi berdua je ngan housemate aku, Lego. Walaupun tak pernah jejakkan kaki lagi kat Jakarta ni, tapi aku dah survey dulu dengan bertanya kengkawan tempat-tempat menarik dan apa yang patut dibuat bila sampai Jakarta ni. Tiba di Jakarta lebih kurang pukul 12 tgh malam dan ambil teksi Bluebird terus ke Novotel Mangga Dua. Tengah malam tu dah takda apa dah, banyak kedai tutup. Apa lagi terus tido la.


Money changer buka lambat dalam pukul 10. Tak leh nak gie mana la sebab duit tak tukar lagi. Lepas tukar duit je terus gerak ke Taman Mini Indonesia Indah (TMII). Public transport yang takde kat Malaysia dan ada kat Jakarta ni macam bajai (ada kat gambar diatas yang kaler oren ngan biru tu), pastu busway (diorang takde LRT cam tempat kita, so ada busway tu je... bas panjang yang bergerak dalam lane dia sendiri).. dan lagi satu ojek (teksi motor). Tapi aku tak naik semua public transport yang ni, aku naik teksi Bluebird je sebab ada meter dan dipercayai. Lagi pun hotel tempat aku stay tu memang banyak teksi Bluebird nih menunggu.


Pergi TMII ni sama lah macam kita menjelajah seluruh Indonesia. Kalau kat tempat kita ni macam Mini Malaysia la. Tapi TMII ni lagi besar dan rumah-rumah negeri dan daerah di seluruh Indonesia dibina disini dan semua besar serta ada aktiviti kebudayaan serta pameran kat rumah-rumah tu. Sebelum meneroka ke seluruh pelusuk TMII ni, first sekali naik cable car, boleh tengok keseluruhan TMII ni dari atas cable car.


Letih juga la kaki merayau seluruh TMII ni. Sampai tak larat nak masuk semua rumah-rumah tu. Penduduk tempatan guna kereta je nak masuk kawasan ni tapi kami ni jalan kaki je. Sampai ke petang gak la pusing-pusing dalam ni dan last sekali sebelum balik, tengok IMAX bertajuk Journey to Mecca yang berkisahkan tentang Ibnu Battuta yang hendak ke Mekah dari Morocco dan menemui banyak halangan sepanjang perjalanan ke Mekah tu.


Keluar je dari TMII ni terus ke MONAS. Tak dapat nak naik ke atas puncak pemandangan MONAS ni sebab hari dah senja dan kaunter pun dah tutup. So ambil2 gambar je kat sekitar taman MONAS ni. Ramai juga orang termasuk rakyat Jakata yang beriadah kat sini petang2. Kebetulan masa kami datang ke Jakarta ni, diorang tengah siap2 untuk menyambut Hari Ulang Tahun Kota Jakarta yang ke-482 tahun kalo tak silap. Lama tu.

Malamnya pula tak tau nak pergi mana. So ambil teksi depan hotel terus mintak dia bawak pusing-pusing seluruh Jakarta dan pergi ke tempat-tempat yang happening di Jakarta pada malam minggu. Driver teksi tu pun ok gak, peramah dan banyak bercerita. Lama gak mengayau sehingga ke Hard Rock Cafe dan hingga ke Kemang, kawasan pub & disco yang meriah di Jakarta, katanya.


Ahad, pergi ke DUFAN, Ancol. Taman tema yang femes kat Jakarta ni. DUFAN (Dunia Fantasi) ni adalah salah satu tarikan kat Ancol ni, selain tu ada Gelanggang Samudera, Akuarium, Pasar Seni, Taman Tema Air dan Pantai Ancol. Memana pergi je mesti padat dengan manusia. Mana tak nya, Jakarta ni pun dah tersenarai sbg salah satu bandar yang padat dengan penduduk dan berjumlah lebih kurang 12 juta orang.


Hari ni sehari suntuk merayau kat Ancol ni, lepas keluar dari DUFAN, terus ke Pantai Ancol. Ramai tul orang picnic kat sini. Cam dah takde pantai lain dah. Tapi yang menarik ada konsert, ada jualan souvenir n t-shirt yang murah-murah dan banyak tempat-tempat makan. Kami terus naik cable car untuk menikmati panorama seluruh Ancol ni dan turun kat stesen berdekatan Gelanggang Samudra. Kaki dah letih, nak masuk Gelanggang Samudra ni pun dah tak larat. Kat dalam tu kalau tak silap ada show ikan lumba-lumba, anjing laut dan teater 4D. Kami terus ke Pasar Seni, takda apa yang menarik kat sini.

Dalam pukul 5 ptg tu, ambik teksi terus balik ke hotel. Rehat-rehat jap dan pukul 6.30 ptg terus keluar balik. Minta teksi tu bawa pergi tempat jualan souvenir. Dia bawa pergi Glodok tapi dah tutup dah pun. Sambil tu dia bercerita pasal Jakarta Fair yang diadakan setahun sekali di Kemayoran sempena Dirgahayu Kota Jakarta. Apa lagi, terus suruh dia bawak ke sana je. Macet (sesak/jem) juga jalan nak masuk ke Jakarta Fair ni. Ramai giler orang.


Nak masuk ke Jakarta Fair ni dikenakan bayaran lebih kurang 6 ringgit juga. Tapi memang puas hati. Tak rugi rasanya sebab Jakarta Fair ni sangatlah besar dan luas. Banyak participation dari company2 besar seluruh Jakarta dan Indonesia ni. Ada satu bangunan dalam ni besar macam shopping complex dan kiri kanan penuh dengan dewan-dewan pameran. Booth-booth jangan kira la, besar2 belaka dan setiap booth ada je aktiviti macam tarian, nyanyian dari grup2 band, reggae, dangdut, model-model yang memperagakan produk, show dari deejay2 dan macam-macam lagi. Memang meriah la.

Berbaloi rasanya gie kat sini. Kalo driver teksi tu tak cerita, memang tak tau la kot. Kat dalam ni pun ada banyak pentas hiburan. Pentas utama untuk artis2 terkenal Indonesia. Memang padat la dengan manusia. Pentas kedua pula untuk show-show kebudayaan dan juga band-band yang belum berapa nak femes la kot. Walaupun tak femes tapi suara2 diorang nih memang power. Ada kat satu booth ni, 2-3 orang mamat ni cuma test set karaoke je, yang kawan dia sorang pulak cuma main keyboard je, tu pun sedap gak suara depa ni.

Kat depan pentas kedua tu, ada gerai2 makan. Kami menjamu selera kat satu kedai makan ni yang dinamakan Rawon Setan. Punya la seram nama kedai ni. Tapi sup rawon tu sedap. Pekat dan rasa rempahnya. Lepas makan gie amik2 gambar kat model Candi Borubudor berdepan dengan tasik kecik kat dalam kawasan Jakarta Fair tu. Dah penat melepak dan melihat gelagat penduduk Jakarta ni, terus balik ke hotel.


Hari last ni, flight petang dalam pukul 5. So pepagi lagi dah bangun nak cari barang dan souvenir sikit utk dibawa balik. Check-out pukul 1, so dalam pukul 8 pg ni terus ke Glodok dulu, driver teksi kata tempat tu murah. Memang murah tapi takda pelancong datang sini rupa-rupanya. Sini tempat jualan borong untuk penduduk tempatan. Walopape pun memang murah. Dah amik 2-3 barang kat sini terus ke Tanah Abang pula. Meriah tul ngan jualan baju2 dan garment kat sini, kalo pandai tawar mesti dapat harga betul-betul murah.

Sebelum kol 1 terus balik ke hotel dan mandi-mandi n checkout. Letak luggage dulu kat kaunter hotel tu, masuk shopping complex kat bawah hotel tu jap dan lunch kat Nasi Padang Sari Bundo. Pastu terus amik teksi untuk ke airport. Oh ye, kalo lalu highway kat sini dengan teksi, penumpang kena bayar tol nya. Dalam pukul 9.30 malam, selamat menjejakkan kaki di tanahair terchenta.

Bye Jakarta...

 

p/s : next trip, Bali Dec 2009... second visit with my parent n friends...

 

 

 

   2 comments

malaysia web design
July 2, 2009   11:19 AM PDT
 
macam best je melancong kat sana
zaif
July 3, 2009   01:16 PM PDT
 
nama pun melancong.. kalo tak best, tak melancong la nama nye.. huhuhu..

sesekali tengok tempat org, culture org, gelagat org kat negara lain.. memang syok..

yg penting pengalaman..

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments