Entry: Kenduri d' Cuti Sekolah Sunday, June 07, 2009



Hari ni melepak kat rumah je sehari suntuk. Berehat pulak.. dua tiga minggu ni penuh dengan jemputan kenduri kahwin. Time2 cuti sekolah nih lah berderet orang nak buat kenduri. Last week follow Ajoi, kenduri kahwin kawan dia kat Sg. Bakap, P. Pinang. Pastu kenduri kat Ipoh, kenduri kahwin sedara. Nak sebut pasal kaitan aku ngan pengantin tu pun aku tak reti, sedara jauh agaknya. Panjang sangat nak cite salasilahnya.  

Semalam pulak ada kenduri kat Ayer Lanas, Kelantan. Ada kenduri kahwin pak sedara akak ipar aku. Bertolak ke Kelantan Jumaat malam hari tu. Banyak gak kereta ngan lori kat highway Timur-Barat tu. Takda la rasa seriau sangat lalu sepanjang hutan tebal tu. Petang semalam, habis je kenduri terus balik Butterworth. Sejak ada highway baru Baling-Grik tu, masa perjalanan ke Kelantan rasa lagi cepat dari sebelum ni bila kena lalu Pengkalan Hulu tu.

Actually mak bapak aku, anak buah aku ngan family along aku (wife n 3 orang anak dia) serta mentua dia pun pergi gak kenduri kat Kelantan tu. Sebelum tu diorang lepak umah aku. Mak ngan abah aku dari hari Isnin lagi lepas kenduri kat Ipoh tu stay kat umah aku. Kenyang gak aku bila mak aku dok umah aku dari Isnin sampai Jumaat tu. Pagi nak pi kerja ada breakfast mak aku buat. Lunch n dinner pun mak aku ada masak memacam. Seronok betul. Kalo tak, asik makan kat kedai je.

Along aku pulak sampai hari Khamis. Sejak sorang hosmet aku kuar dari umah ni, aku rasa lapang sikit umah ni dan nak sambut tetamu pun senang. Takda la pack sangat dah umah ni bila tetamu ramai yang datang. 

Khamis malam tu pula bawak diorang jalan2 kat Padang Kota. Jumaat aku amik cuti. Mak, abah dan family along aku gerak ke Kelantan dalam kol 10 pagi Jumaat tu. Aku pulak tunggu hosmet aku Helmi balik kerja kol 6 petang tu baru gerak ke Kelantan. Sebelum tu kemas-kemas rumah sikit. Maklumlah sebelum tu riuh ngan anak2 buah aku. Sesekali diorang datang nih terasa meriah umah aku.

Cuaca semalam masa kenduri, panas.. langsung takda hujan. Pengantin pulak sampai kol 3 petang. Jenuh nak menunggu. Lepas Helmi amik2 gambar, kol 4.20 petang terus balik Penang. Kol 7.45 sampai Seberang Jaya dan terus makan kat KFC Petronas Seberang Jaya. Malam tu dah tak keluar dah walaupun weekend nite. Letih dan berehat kat rumah je sampai skang nih. Hosmet aku, Helmie pula pagi2 tadi lagi dah kuar join team photographer dia wedding shoot kat umah kenduri.

Layan tv ngan internet je lah aku ari nih.....

 

 

   3 comments

Name
June 18, 2009   02:11 PM PDT
 
salammm...
banyak tul kenduri kau pol....pg tak ngajak..ingat kan kau yang nikah..hik hik bila nak cari awek ni...tak sabar induk nak wat kanhantaran kau..ahaks...
ok la saja je nak kacau kau...induk nak pg sek dulu...
okey...bubai....
salam...
zaif
June 28, 2009   04:16 PM PDT
 
hehe... dah pueh ngajak dah ke penang ni.. bila nak sampai sini ni?
malaysia web design
July 2, 2009   11:32 AM PDT
 
BEST LA CUTI

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments