|
semalam takde mende sangat pun nak diceritakan, nak tulis pun semalam takde masa sebab dok layan kengkawan opis datang umah, ade yg guna komputer dok main game Need for Speed Underground, ada yang tengok DVD tajuk 'Duplex' dan aku pulak dok install program dalam laptop yang officemate aku Zaide baru beli sesambil tu configure apa yang patut, cam setup dialup networking etc. Kol 5 plak lepak minum2 kat restoran depan umah aku, takde mende ape pun yang nak diborakkan sangat lebih pada isu2 di ofis dan isu-isu semasa. Lepas kawan aku blah, aku ajak housemate aku Helmie pergi kedai ikan kat Simpang Ampat, Pulau Pinang. 45 minit perjalanan dari umah aku di Teluk Ayer Tawar ni. Kawan aku kata ikan2 hiasan kat situ murah. Sampai kat situ dalam kol 7 lebih, dan aku pun dok carik la ikan2 murah, lebih kurang je cam kedai lain, ada mahal, ada murah dan aku ambil satu batu karang.. semua sekali kena RM 15. Kat kedai ni bukan saja ada jual ikan tapi ada jual anjing2, kucing2, burung2, hamster, ayam serama dan memacam lagik. Yang tak tahan kat kedai ni bau la.. bila aku pegi kat reban anjing dan kucing tu.. tak tahan tul asik pekap idung jer. Balik tu singgah pulak makan di Warung Sabar Menanti di Seberang Jaya. Kitorang selalu makan nasi campur kat gerai nih sebab dia jual nasi campur malam je, kiranye makanan tu baru dimasak dan banyak jenis ulam-ulam. Makanan pun tak mahal, macam biasa je, sekali makan RM 2 hingga RM 4 sepinggan nasi dan lauk. Kol 9.30 mlm sampai umah. Lepas-lepas mandi aku melekap depan komp jap. Petang tadi lepas member2 aku guna pc nih, aku restart pastuh pc nih hang, banyak kali aku restart, dah fedap terus aku tinggalkan, tup tup malam nih on je komp bley plak pasang tapi sebelum tu tadik kuar cam sumthin ayat kata ade configuration overclocking dan suh masuk bios atau teruskan, then aku teruskan la, tup tup kuar plak wallpaper motherboard aku nih Asus X series bla bla bla then baru WinXP start, sebelum ni tak penah lak kuar wallpaper, ermm tak kisahlah janji comp aku nih dah ok balik... then pastuh cek friendster ada member chat lama lama dulu antar first msg setelah lama lost contact. Pastuh masuk irc je ramai plak la kekawan lama dok msg.. chat la pulak sampai kol 12 lebih. pastu ada sorang kawan aku Sahar datang, borak borak kejap, dia nak guna komp, terus aku masuk tido dan pesan kat dia kalo nak kuar umah nanti tolong off suis lampu, jgn off komp sebab aku tengah mendownload sumthin. ZzzzzZZZzzzz HARI INI Hari ni aku malas nak buat kerja kat opis walaupun ada empat lagik kes tak settle, gamble je la.. aku dah malas dah nak settle kan kes tu.. penin kapla dok pikir. Pastu pi sat lepak opis member aku (Huda n Ann). Tak lama tu plak housemate aku Helmie sampai, baru balik dari kelas, dia cakap pening kapla. Kat opis member aku tu aku baca paper, mastika baru bulan nih pun ada, macam biasa la mastika nih ngan kisah-kisah misterinya tu. Aku ni kekejap menyakat Huda ngan Ann, kekejap diorg kacau aku plak, yg Helmie plak tido kat belakang meja sebab kapla pening. Kol 1 tetengah aku sebok dok membaca mastika yg pompuan2 nih plak sebok ngajak keluar makan. Helmie tak ikut, kurung terus dia dalam opis. Bebudak pompuan nih nak belanja aku ok jer, aku pun mintak la meehoon goreng ngan limau ais. Lepas makan balik kat opis diorg balik, bukan ada siapa pun kat opis diorang tu, diorang dua je dok tunggu pelanggan yang nak masuk kursus kahwin. Bos depa ni jarang datang, cuma tunggu duit masuk je kot :) .. nak balik awal diorang suruh tunggu sebab nak tumpang balik gak nanti, terpaksa la tunggu, balik pun takde buat ape, last2 pun duduk depan pc gak nanti, so takpe la tunggu je la sampai kol 4. Sampai umah, mandi2 melekap depan pc nih balik, update blog.. lepas ni tak tau la nak kuar ke mana, ingat nak repair spek, bengkok plak isk, sebenarnya dah lama bengkok tapi baru2 ni baru ramai perasan yang spek ni bengkok, ramai yang tegur.. isk.. tunggu la dapat elaun or gaji bulan ni ke baru nak repair, skang tengah kering hikhik.. sape ade lebih tu bak cikitttt.. nak kuar makan pulak, Helmie baru je beli nasi lemak ni, aku tak makan lagik, buat stok makan malam le nampak, sekurang2 nya malam nih jimat duit makan. Masak? hehhh malas la, kalo ikutkan ada lagik sayur dan skit lauk-lauk mentah dalam peti ais tu, saja je malas hhehe.. biasa la idup bujang. Movie Review - DUPLEX (one in my DVD's Collection) - Year 2003 Movie
Alex Rose (Stiller) and Nancy Kendricks (Barrymore) are a young, professional, New York couple in search of their dream home. When they finally find the perfect Brooklyn brownstone they are giddy with anticipation. The duplex is a dream come true, complete with multiple fireplaces, except for one thing: Mrs. Connelly (Eileen Essel), the cranky old lady who lives on the rent-controlled top floor. Assuming she is elderly and ill, they take the apartment but their hopes are quickly dashed when they realize that Mrs. Connelly is an energetic senior who enjoys watching her television at top volume day in and day out and rehearsing in a brass band. A writer, Alex is attempting to finish his novel against a looming deadline. However, each day as he begins to write, he is interrupted by Mrs. Connelly's numerous demands and requests and what begins as a nuisance quickly escalates into an all-out war. When Nancy loses her job and the pair are trapped at home together with Mrs. Connelly, their rage turns to homicidal fantasy as they plot ways to get rid of their no-good neighbour... |
| Leave a Comment: |