Entry: Hujung Minggu Sunday, December 12, 2004



Sejak ari sabtu aku tak dapat nak tulis ape ape kat sini sebab dok melayan kekawan aku dari Shah Alam. Diorang sampai pukul 3.30 pagi hari Sabtu tu, sebelum diorang sampai tu plak ada sorang mamat ni nak sewa bilik datang jumpa dan tengok keadaan bilik dalam kul 1.30 pagi kalo tak silap. Pastu aku tak tido sebab nak tunggu bebudak ni walaupun hari Sabtu tu aku kerja. Aku dah apply dah cuti hari Isnin ni so dapat la aku berehat lebih skit nanti. Nasib baik la kat opis kepala aku tak 'weng' sebab tido kejap je dari kol 4 pagi tu. Balik jer kerja hari Sabtu tu terus aku jemput sorang chatter yang dah lama aku kenal ni kat Jetty Butterworth, kitorang tak penah jumpa lagi dari chat sejak 2001 kalo tak silap aku, then tetengah chat semalam dia msg aku, aku ni dah ingat-ingat lupa, ye la perlu ke aku arkibkan ingatan-ingatan yang tak penting dalam otak aku ni kan, just chat n tak penah jumpa.. so aku dah delete dah... hikhik cam hardisk lah plak.. then dia msg aku dok cerita balik pasal apa yg kitorang dok selalu chat dulu dulu, aku pun just remind balik, cek kat 'recycle bin' kapla otak aku ni kengkalau masih tertinggal ingatan yang aku masih belum delete lagik, so ada la saki baki lagik ingatan aku pasal budak ni. Dulu kat chat aku penah ngan dia nih dok borak dan kutuk-kutuk orang skit kot, dan dok ngumpat-ngumpat skit kot.. ahakz biasa la tu kan. So dah jemput dia ni terus la aku aku on da way nak balik then kawan aku Afiz budak Shah Alam tu call ajak nak makan, pikir punya pikir aku ajak la diorang ke restoran tempat aku selalu makan kat depan umah aku tu. Pastu dah abis makan. Sampai umah memasing aku ingat dah nak bersiap nak pergi merayau ke Penang (island site) tapi diorang nak rilex dulu, tido dulu tapi tak jadik tido sebab dok layan DVD cerite Torque.. ala cerita pasal mat mat motor besar ni.. then kol 5 lebih baru lah gerak ke island. Sampai je kat Jetty punya la kereta berderet nak masuk ke feri. Isk lama gak la tunggu turn tetapi kereta aku terpisah lain feri pulak dengan bebudak Shah Alam tu. Aduss boring la, ingat nak lepak ngan diorg. Sampai je seberang aku tunggu feri diorg plak sampai then terus pergi ke Padang Kota. Masa tu dah kol 7 lebih kot. Pergi makan dulu. Pastu aku suruh housemate aku naik kete bebudak tu, yang kawan aku Afiz tu plak naik ngan aku, senang nanti kalo terpisah ke. Dalam kete aku ada sorang lagik kawan aku join, Farimie. Pastu memasing gerak ke Pesta Pulau Pinang, aku terpisah lak ngan satu kereta ni. Masa ke pesta diorg ikut jalan lain yang tak jam, aku plak ikut jalan yang jam. Arghh last2 tak dapat ke pesta, diorg dah masuk dah, yang kitorang satu kereta ni, dah la jam, bila sampai pulak parking susah plak nak carik, last2 kitorang tak masuk terus lepak kat pantai Seagate. Bila balik masing-masing jumpa kat gerai char kuay teow Seberang Jaya. Tak lama tu budak baru yang nak sewa bilik tu pulak sampai, dia setuju nak sewa bilik kat umah aku ni, pastu aku kasi kunci dan suruh dia duplicate lain, nanti kunci asal tu bagi aku balik.

Ahad pulak aku memula nak ikut diorg pergi kenduri kawen kawan diorang kat Kuala Nerang, Kedah. Tetengok diorang dok angkut beg baju pulak, diorang cakap tido sana. Isk takkan la aku nak tido sana pulak. Ermm pastu aku cakap tak jadi ikut la. Ingatkan diorang tido umah aku lagi malam ni. Pastu aku ngan Helmie (housemate aku) terus la antar diorang ni kat kereta then kitorang plak terus la pergi breakfast. Balik umah lepas rilex rilex terus buat networking plak sebab ada housemate baru nak masuk hari ni, baru semalam tengok bilik, terus hari ni cakap dah nak masuk dah, isk kelam kabut la kitorang dok berkemas bilik yang penuh ngan barang tu, pindah ke bilik lain sebab mamat tu berkenan kat bilik yang ada barang tu. Kitorang charge dia sekali dengan streamyx line, sewa bilik RM180 sekali dengan streamyx line, api dan air. Kurang skit bebanan aku lepas nih. Jadi kat umah ni ada 3 biji pc la dok sharing streamyx skang. Rupa-rupanya masa kitorang pegi breakfast pagi tadi, housemate baru ni dah hantar barang dah. Banyak gak barang dia. Pastu lepas housemate baru ni dah angkut last trip bebarang dia, aku ngan helmie pun terus gerak pegi umah kawan aku, ambik aku punya hub switch, lepak umah member aku ni ape lagik, dok sembang pasal komputer je la. Kol 9 sampai umah terus pasang switch dan networking berjaya dilaksanakan. Member aku Afiz yang dari Shah Alam tu plak call yang diorang tido hotel malam ni kat Alor Setar, ceh aku ingat tido umah kawan diorang yang kenduri tu, pastu sebok suh aku datang sana, hish takdak keje aku la nak pi Alor Setar malam2 ni. Yang housemate baru aku tu plak dok mengeram dalam bilik dia, seronok lah tu kot dapat guna streamyx ahakz.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments