Entry: Resepi Lagi Friday, December 10, 2004



dah semalam dok cite pasai resepi so kat sini aku nak kasik lagik satu resepi kat korang untuk dicuba, aku dah cuba dah, sedap, hari ni kita buat Pecal pulak atau sesetengah orang panggil gado-gado.

PECAL

Bahan untuk kuah :
satu inci belacan digoreng
lima ulas bawang merah digoreng bulat2
dua ulas bawang putih digoreng bulat2
10 - 15 tangkai cili kering digoreng sehingga garing (ikut pedas mana yang nak)
1/2 kg kacang tanah digoreng dengan minyak atau tanpa minyak (mana2 pun boleh)
satu cawan air asam jawa (asam jawa lebih kurang setengah genggam, agak-agak rasa)
gula setengah cawan (ikut la tahap manis yang kita suka)

kesemua bahan tadi dikisar sekali, kalau tak mahu kacang terlalu hancur, boleh la kisar bahan lain dahulu, pastu baru la dibancuh dengan kacang yang telah dikisar separuh hancur. Kalau agak-agak kuah tu pekat sangat boleh curahkan sedikit air panas dan kacau.

Bahan untuk isi :
Sengkuang dicincang nipis (nak celur boleh, tak celur pun boleh)
Kangkung dicelur dan dipotong kecil
Taugeh dicelur
Tauhu dipotong2 nipis
Timun dicincang nipis
Kacang panjang dipotong kecil dan dicelur

Setelah siap kesemua bahan kuah dan sayur-sayuran yang dicelur boleh lah dimakan panas atau sejuk, buat macam makan rojak jer, kalau tak habis boleh simpan dalam peti ais, dan besok boleh makan lagi, kuah tu boleh dibancuh dengan air panas jer. Siapa yang nak diet tu bagus la makan mende nih. Selamat mencuba.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments