About Me
Name : Zaifulddin
Nickname : zaif, zaiful, epul, sepol
Occupation : Govt. Servant
Status : Single
Location : Butterworth, Penang, MY
Hometown : Seremban, Negeri Sembilan, MY
Email : cpointce@yahoo.com
My Fotopages
Friendster Album

Flickr Album
www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos from aypol.geo. Make your own badge here.

My Japanese name is Higashikuni Hamada.
Take The Kawaii Japanese Name Generator by Shuichigami today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.



My Tag Board
   

<< August 2017 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Saturday, July 18, 2009
Pertunangan Zubir & Liza

Selamat bertunang kepada adik aku Zubir dan pasangannya Liza. Moga hingga ke jinjang pelamin seterusnya ke anak cucu.

 

 


Posted at 12:45 pm
Comment (1)  

Sunday, June 28, 2009
Jakarta Vacation, 19-22 June 2009


Flight ke Jakarta, Jumaat pukul 10 malam. Aku pergi berdua je ngan housemate aku, Lego. Walaupun tak pernah jejakkan kaki lagi kat Jakarta ni, tapi aku dah survey dulu dengan bertanya kengkawan tempat-tempat menarik dan apa yang patut dibuat bila sampai Jakarta ni. Tiba di Jakarta lebih kurang pukul 12 tgh malam dan ambil teksi Bluebird terus ke Novotel Mangga Dua. Tengah malam tu dah takda apa dah, banyak kedai tutup. Apa lagi terus tido la.


Money changer buka lambat dalam pukul 10. Tak leh nak gie mana la sebab duit tak tukar lagi. Lepas tukar duit je terus gerak ke Taman Mini Indonesia Indah (TMII). Public transport yang takde kat Malaysia dan ada kat Jakarta ni macam bajai (ada kat gambar diatas yang kaler oren ngan biru tu), pastu busway (diorang takde LRT cam tempat kita, so ada busway tu je... bas panjang yang bergerak dalam lane dia sendiri).. dan lagi satu ojek (teksi motor). Tapi aku tak naik semua public transport yang ni, aku naik teksi Bluebird je sebab ada meter dan dipercayai. Lagi pun hotel tempat aku stay tu memang banyak teksi Bluebird nih menunggu.


Pergi TMII ni sama lah macam kita menjelajah seluruh Indonesia. Kalau kat tempat kita ni macam Mini Malaysia la. Tapi TMII ni lagi besar dan rumah-rumah negeri dan daerah di seluruh Indonesia dibina disini dan semua besar serta ada aktiviti kebudayaan serta pameran kat rumah-rumah tu. Sebelum meneroka ke seluruh pelusuk TMII ni, first sekali naik cable car, boleh tengok keseluruhan TMII ni dari atas cable car.


Letih juga la kaki merayau seluruh TMII ni. Sampai tak larat nak masuk semua rumah-rumah tu. Penduduk tempatan guna kereta je nak masuk kawasan ni tapi kami ni jalan kaki je. Sampai ke petang gak la pusing-pusing dalam ni dan last sekali sebelum balik, tengok IMAX bertajuk Journey to Mecca yang berkisahkan tentang Ibnu Battuta yang hendak ke Mekah dari Morocco dan menemui banyak halangan sepanjang perjalanan ke Mekah tu.


Keluar je dari TMII ni terus ke MONAS. Tak dapat nak naik ke atas puncak pemandangan MONAS ni sebab hari dah senja dan kaunter pun dah tutup. So ambil2 gambar je kat sekitar taman MONAS ni. Ramai juga orang termasuk rakyat Jakata yang beriadah kat sini petang2. Kebetulan masa kami datang ke Jakarta ni, diorang tengah siap2 untuk menyambut Hari Ulang Tahun Kota Jakarta yang ke-482 tahun kalo tak silap. Lama tu.

Malamnya pula tak tau nak pergi mana. So ambil teksi depan hotel terus mintak dia bawak pusing-pusing seluruh Jakarta dan pergi ke tempat-tempat yang happening di Jakarta pada malam minggu. Driver teksi tu pun ok gak, peramah dan banyak bercerita. Lama gak mengayau sehingga ke Hard Rock Cafe dan hingga ke Kemang, kawasan pub & disco yang meriah di Jakarta, katanya.


Ahad, pergi ke DUFAN, Ancol. Taman tema yang femes kat Jakarta ni. DUFAN (Dunia Fantasi) ni adalah salah satu tarikan kat Ancol ni, selain tu ada Gelanggang Samudera, Akuarium, Pasar Seni, Taman Tema Air dan Pantai Ancol. Memana pergi je mesti padat dengan manusia. Mana tak nya, Jakarta ni pun dah tersenarai sbg salah satu bandar yang padat dengan penduduk dan berjumlah lebih kurang 12 juta orang.


Hari ni sehari suntuk merayau kat Ancol ni, lepas keluar dari DUFAN, terus ke Pantai Ancol. Ramai tul orang picnic kat sini. Cam dah takde pantai lain dah. Tapi yang menarik ada konsert, ada jualan souvenir n t-shirt yang murah-murah dan banyak tempat-tempat makan. Kami terus naik cable car untuk menikmati panorama seluruh Ancol ni dan turun kat stesen berdekatan Gelanggang Samudra. Kaki dah letih, nak masuk Gelanggang Samudra ni pun dah tak larat. Kat dalam tu kalau tak silap ada show ikan lumba-lumba, anjing laut dan teater 4D. Kami terus ke Pasar Seni, takda apa yang menarik kat sini.

Dalam pukul 5 ptg tu, ambik teksi terus balik ke hotel. Rehat-rehat jap dan pukul 6.30 ptg terus keluar balik. Minta teksi tu bawa pergi tempat jualan souvenir. Dia bawa pergi Glodok tapi dah tutup dah pun. Sambil tu dia bercerita pasal Jakarta Fair yang diadakan setahun sekali di Kemayoran sempena Dirgahayu Kota Jakarta. Apa lagi, terus suruh dia bawak ke sana je. Macet (sesak/jem) juga jalan nak masuk ke Jakarta Fair ni. Ramai giler orang.


Nak masuk ke Jakarta Fair ni dikenakan bayaran lebih kurang 6 ringgit juga. Tapi memang puas hati. Tak rugi rasanya sebab Jakarta Fair ni sangatlah besar dan luas. Banyak participation dari company2 besar seluruh Jakarta dan Indonesia ni. Ada satu bangunan dalam ni besar macam shopping complex dan kiri kanan penuh dengan dewan-dewan pameran. Booth-booth jangan kira la, besar2 belaka dan setiap booth ada je aktiviti macam tarian, nyanyian dari grup2 band, reggae, dangdut, model-model yang memperagakan produk, show dari deejay2 dan macam-macam lagi. Memang meriah la.

Berbaloi rasanya gie kat sini. Kalo driver teksi tu tak cerita, memang tak tau la kot. Kat dalam ni pun ada banyak pentas hiburan. Pentas utama untuk artis2 terkenal Indonesia. Memang padat la dengan manusia. Pentas kedua pula untuk show-show kebudayaan dan juga band-band yang belum berapa nak femes la kot. Walaupun tak femes tapi suara2 diorang nih memang power. Ada kat satu booth ni, 2-3 orang mamat ni cuma test set karaoke je, yang kawan dia sorang pulak cuma main keyboard je, tu pun sedap gak suara depa ni.

Kat depan pentas kedua tu, ada gerai2 makan. Kami menjamu selera kat satu kedai makan ni yang dinamakan Rawon Setan. Punya la seram nama kedai ni. Tapi sup rawon tu sedap. Pekat dan rasa rempahnya. Lepas makan gie amik2 gambar kat model Candi Borubudor berdepan dengan tasik kecik kat dalam kawasan Jakarta Fair tu. Dah penat melepak dan melihat gelagat penduduk Jakarta ni, terus balik ke hotel.


Hari last ni, flight petang dalam pukul 5. So pepagi lagi dah bangun nak cari barang dan souvenir sikit utk dibawa balik. Check-out pukul 1, so dalam pukul 8 pg ni terus ke Glodok dulu, driver teksi kata tempat tu murah. Memang murah tapi takda pelancong datang sini rupa-rupanya. Sini tempat jualan borong untuk penduduk tempatan. Walopape pun memang murah. Dah amik 2-3 barang kat sini terus ke Tanah Abang pula. Meriah tul ngan jualan baju2 dan garment kat sini, kalo pandai tawar mesti dapat harga betul-betul murah.

Sebelum kol 1 terus balik ke hotel dan mandi-mandi n checkout. Letak luggage dulu kat kaunter hotel tu, masuk shopping complex kat bawah hotel tu jap dan lunch kat Nasi Padang Sari Bundo. Pastu terus amik teksi untuk ke airport. Oh ye, kalo lalu highway kat sini dengan teksi, penumpang kena bayar tol nya. Dalam pukul 9.30 malam, selamat menjejakkan kaki di tanahair terchenta.

Bye Jakarta...

 

p/s : next trip, Bali Dec 2009... second visit with my parent n friends...

 

 

 


Posted at 03:12 pm
Comments (4)  

Sunday, June 07, 2009
Kenduri d' Cuti Sekolah

Hari ni melepak kat rumah je sehari suntuk. Berehat pulak.. dua tiga minggu ni penuh dengan jemputan kenduri kahwin. Time2 cuti sekolah nih lah berderet orang nak buat kenduri. Last week follow Ajoi, kenduri kahwin kawan dia kat Sg. Bakap, P. Pinang. Pastu kenduri kat Ipoh, kenduri kahwin sedara. Nak sebut pasal kaitan aku ngan pengantin tu pun aku tak reti, sedara jauh agaknya. Panjang sangat nak cite salasilahnya.  

Semalam pulak ada kenduri kat Ayer Lanas, Kelantan. Ada kenduri kahwin pak sedara akak ipar aku. Bertolak ke Kelantan Jumaat malam hari tu. Banyak gak kereta ngan lori kat highway Timur-Barat tu. Takda la rasa seriau sangat lalu sepanjang hutan tebal tu. Petang semalam, habis je kenduri terus balik Butterworth. Sejak ada highway baru Baling-Grik tu, masa perjalanan ke Kelantan rasa lagi cepat dari sebelum ni bila kena lalu Pengkalan Hulu tu.

Actually mak bapak aku, anak buah aku ngan family along aku (wife n 3 orang anak dia) serta mentua dia pun pergi gak kenduri kat Kelantan tu. Sebelum tu diorang lepak umah aku. Mak ngan abah aku dari hari Isnin lagi lepas kenduri kat Ipoh tu stay kat umah aku. Kenyang gak aku bila mak aku dok umah aku dari Isnin sampai Jumaat tu. Pagi nak pi kerja ada breakfast mak aku buat. Lunch n dinner pun mak aku ada masak memacam. Seronok betul. Kalo tak, asik makan kat kedai je.

Along aku pulak sampai hari Khamis. Sejak sorang hosmet aku kuar dari umah ni, aku rasa lapang sikit umah ni dan nak sambut tetamu pun senang. Takda la pack sangat dah umah ni bila tetamu ramai yang datang. 

Khamis malam tu pula bawak diorang jalan2 kat Padang Kota. Jumaat aku amik cuti. Mak, abah dan family along aku gerak ke Kelantan dalam kol 10 pagi Jumaat tu. Aku pulak tunggu hosmet aku Helmi balik kerja kol 6 petang tu baru gerak ke Kelantan. Sebelum tu kemas-kemas rumah sikit. Maklumlah sebelum tu riuh ngan anak2 buah aku. Sesekali diorang datang nih terasa meriah umah aku.

Cuaca semalam masa kenduri, panas.. langsung takda hujan. Pengantin pulak sampai kol 3 petang. Jenuh nak menunggu. Lepas Helmi amik2 gambar, kol 4.20 petang terus balik Penang. Kol 7.45 sampai Seberang Jaya dan terus makan kat KFC Petronas Seberang Jaya. Malam tu dah tak keluar dah walaupun weekend nite. Letih dan berehat kat rumah je sampai skang nih. Hosmet aku, Helmie pula pagi2 tadi lagi dah kuar join team photographer dia wedding shoot kat umah kenduri.

Layan tv ngan internet je lah aku ari nih.....

 

 


Posted at 04:30 pm
Comments (2)  

Saturday, May 23, 2009
Car Power Window Buat Hal...

Hari nih 1st day class for my new semester. So masa on da way gie kelas (actually ari nih woke up early coz my class in USM for this semester and next next semester, no more in Seberang Jaya... duh.. jauhnyerrr)... sambung balik, so masa on da way gie kelas, bukak tingkap sikit utk buang some cebisan2 sampah (haha takde sivik langsung, buang sampah merata2).. so pastuh power window got failure to close.. leh bukak, tapi tak leh tutup.. adoii nak wat camne nih.. so tak kisah la, sbb baru bukak sikit je, dalam satu inci bukaan (erk cam sumthin jek ayat nih).. tu ok lagik la sbb still leh park kete dan leh pi kelas..

tup tup masa kat tol nak masuk Penang Bridge.. tengok lorong smart tag tu ada kereta sangkut, terpaksa ikut lane touch n go.. ngan tak semena2 terus gie tekan open tingkap tu then touch smart tag tuh.. dah lepas sikt dari tol baru teringat yang tingkap tu tak leh tutup.. dah la bukak luas lak tu.. adoii.. tensen... then call classmate sorang yang tengah tunggu nak pi kelas sesama tu, suruh dia masuk kelas dulu.. aku lak pi park kat depan Nasi Kandar Pelita, depan gate besar USM tu, terus godek2 switch power window.. memacam buat tak boleh gak.. sah, switch tu dah rosak.. then terpaksa la tunggu kedai bukak.. berjam2 gak la tunggu.. dari kol 8 sampai kol 10..

10.15 baru nampak ada kedai kereta yang bukak.. tokey dia baru jek tengah bukak mangga, aku dah terus terjah, kiranya aku lah first customer dia untuk hari tu.. luck tu haha.. dia pun tak sempat nak bakar colok, aku dah terjah.. dia suh aku tunggu dulu sampai dia bebetul bukak kedai.. sempat lagik dia bakar colok, sembah depan kedai tu, then baru dia serve aku.. dia test2 window tu.. dia kata kena ganti baru.. aku tanya berapa? dia kata 160 hinggit.. ape lagik belasah je la, dari aku tak leh tutup langsung tingkap tu.. so tunggu kejap barangnya sampai sbb dia takde stok kat kedai tu... 

at last dapat gak masuk untuk second class utk ari nih, tu pun kelas dah start dekat setengah jam.. meraba la kejap nak cari kelas.. ye la first day kan.. rugi utk first class tu (ye la kan bayar memahal, kena la attend).. then third class pulak seb baik dah ubah kol 1.. kalo tak sebelum nih, aku tengok kat online web, kelas sepatutnya kol 3 hingga 5 ptg.. giler nak tunggu lama camtu since kelas kedua tu abih kol 12.15 tghari...

dan tak tau la samada best atau tak, kelas yang ketiga tu, subject Computer Programming, studentnya termasuk aku cuma 3 orang je.. payah la nak ngulor2 atau terlelap barang sekejap disebabkan tutor nye dok ngadap kami The Three Musketeers nih jek... rasa best pun ada gak sbb tutor leh concentrate ngan kami bertiga jek.. tutor nye pun aku rasa leh kow team punya sbb tutor muda.. berjiwa muda rumaja seperti kami gak (ye ke muda? haha).. tapi yg tak best nye bila nak berforum kat online nanti, kami bertiga gak la yang kena send msg banyak2 bagi nampak forum tu meriah.. isk isk..  

 

 


Posted at 04:24 pm
Comments (2)  

Saturday, May 16, 2009
REUNION

Barbeque dinner at Allson Klana Resort, Seremban. Seronok dan teruja dapat jumpa balik kekawan lama yang dah berbelas tahun tak jumpa. Kekawan masa sekolah menengah dulu especially kelas Form 1-3 Marikh 89-91, SMAA, Seremban.

Masing2 ada yang datang solo, tinggalkan anak & husband kat umah. Ada juga yang datang bawak anak, husband & wife memasing. Ralat gak sebab anggaran dalam 25 orang gak yang datang. Tapi last minit memasing ada hal. So yang datang ada la dalam 10 orang macam tu. Campur yang bawak husband/wife & anak dekat 20 orang gak la. Majoriti classmates yang datang pompuan. Yang lelaki tiga orang je termasuk aku. Thanx to Muazir & Azrin. Juga thanx to Facebook yang menemukan kitorang semua nih.

Walaupun tak ramai seperti yang dijangka, kemeriahan toksah nak cakap la. Memacam cerita yang diborakkan. Mengimbas balik zaman kekanak riang dulu. Macam nak rak bila berjumpa. Kecoh dan riuh. Start dalam kol 7 mlm dan makan2 & lepak sampai pukul 10.30 mlm. Foods memang sodap dan banyak. Tak larat nak makan. Yang penting dapat berkumpul. Itu pun macam tak puas lagi. Harap2 akan datang akan ada lagik reunion gath seumpama nih. Insyaallah.

Pada kekawan semua yang datang, terima kasih atas komitmen semua. Maybe lepas nih kita boleh buat family day pulak, bawa husband, wife & anak2 korang sekali.

 

 

 


Posted at 11:38 pm
Comment (1)  

Sunday, May 10, 2009
My New iPhone 3G

Lepas lunch ari ni  tadi dengan Lego, Mafiz & Abu.... tatau nak pi mana, tetiba saja je plan jalan2 ke Queensbay. Takda plan nak shopping ke ape... Just nak jalan2 sebab tak syok la weekend dok umah je. Mafiz join sekali, Abu pulak malas nak join. So kami gerak bertiga je.

Sampai Queensbay, pusing2 dan bila sampai lobi, tengok2 Maxis ada buat promosi iPhone. Tak terlintas langsung nak pakai pun hanfon ni. Sesambil lalu kat booth tu, saja try tanya pasal pakej & plan yang ditawarkan. Aku tanya la pasal aku punya corporate line. Boleh ke tukar plan untuk dapat pakej iPhone tu. Diorang pun amik nombor fon aku dan cek kat system diorang. Diorang kata tak boleh. So takpa la dan diorang suggest plan lain kat aku. Dia kata boleh buat satu line baru dan aku mula tergoda ngan penjimatan fon nih berbanding kalo beli direct kat luar without package from Maxis (padahal kalo kira balik, sama je.. cuma komitmen bayar bulan2 yang kita tak nampak sebenarnya). Aduhh.. pandai tul salesman nih mengesyorkan plan2 yang lain kat aku.

Hantu mana yang merasuk tah, mula la cam berminat je nak ada fon nih. Memula cam mahal gak fee sebulan untuk line baru ni. Then diorang kata kalo buat sub-line lagi murah. Aku pulak corporate line, so tak leh la buat sub-line. So aku guna nama hosmet aku, Lego. Diorang offer sub-line dan unlimited data plan since aku kata aku tak nak buat calling ngan line tu dan aku mintak untuk signup selama 12 bulan commitment je. Deal punya deal.... apa lagi, akhirnya iPhone 3G jadi milik aku. Free gift dapat t-shirt jek..

On da way balik baru la teringat, napo lah aku nih buang duit je dok beli iPhone nih, sedangkan fon aku sebelum nih pun still ok lagi. Sebelum nih tak teruja pun ngan iPhone nih. Adoii.. nak wat camno.. dah terbeli... explore je la. Dan skang nih terpaksa aku guna 2 line & 2 phone. Satu line utama aku dan satu lagi line baru ni yang digunakan nanti untuk surf net thru iPhone nih. Lepas nih kena guna iPhone nih semaksimum mungkin sebab aku dah signup untuk unlimited data plan selama 12 bulan.. iaitu aku leh guna internet 24 jam tanpa limit selama 12 bulan... pastuh baru aku leh decide samada nak teruskan line nih atau pun nak terminate... erkk..  

Iskkk.. aku memang gila gadget..

 

 

 


Posted at 10:58 pm
Comments (2)  

SELAMAT HARI IBU

Bangun pagi ni, aku belek2 msg kekawan kat Facebook. Ramai antara diorang yang wish Happy Mother's Day kat mak diorang since Mother's Day untuk tahun ni jatuh pada hari ni. Tetiba terlintas kat fikiran aku nak buat satu menda yang aku tak penah buat sebelum ni... kasik bunga kat mak aku. So aku mula surf net nak carik online florist yang mana aku leh beli bunga secara online dan diorang courier terus kat mak aku. Surf punya surf aku terjumpa website ni www.love.com.my , apa lagi aku pun terus la mencari bouquet yang sesuai ngan tema Hari Ibu ni. Akhirnya secara maya nya aku dah pun membuat pembelian dan bunga itu akan dihantar esok disebabkan hari ni servis diorang dah fully booked.

SELAMAT HARI IBU
LOVE U ALWAYS
FOREVER & EVER
MOM

 

 


Posted at 10:45 am
Comment  

Thursday, May 07, 2009
Hatyai / Haadyai Holiday

1 hingga 3 Mei lepas, opis aku ada buat satu trip cuti ke Hatyai. Sure tak lepaskan peluang la join sekali. Hosmet aku Lego pun join gak. Murah tu. Untuk 3 hari 2 malam tu hanya RM 160 sorang... bas & hotel. Makan tu sendiri2 la.

Hari pertama - 1 Mei 2009
Bertolak dari opis aku hari Jumaat 1 Mei tu dalam pukul 9 pagi gak dan pastuh singgah tol Sg Petani (U), jemput lagi 3-4 orang kat situ. Berenti jap kat Hentian Rehat Gurun, breakfast dan teruskan perjalanan hingga ke Changlun. Bas singgah kat satu hentian rehat ni dan tourist agent tu collect semua pasport dan buat pertukaran wang disini. Agak tinggi gak matawang thai nih skang. Aku tukar RM400 ke 4000Baht kena tambah 12 hinggit lebih. 1km je lagi nak sampai border Bkt Kayu Hitam, jem teruk. Ramai giler orang nak masuk ke Thailand. Maklumlah cuti panjang kan. Dari kol 11.30 merangkak2 bas tu nak sampai border, kol 2 lebih baru dapat cop pasport. Pastuh singgah Danok, lunch dulu kat situ. Kol 3 lebih gerak ke Hatyai. Akhirnya tiba kat Hatyai dan check-in hotel lebih kurang kol 4 lebih gak. Kitorang stay kat Ambassador Hotel. Hotel lama, tapi ok la... breakfast tadak.. tapi cenel tv punya la banyak. Movie2 pun dalam bahasa siam. Yang tak tahan kat sini bila tengok kabel2 letrik diorang. Berserabut dan mencacatkan pemandangan. Plug pulak tu takda suis. Bila cucuk je plug, terus peralatan2 elektrik nih on. So nak kontrol suis on/off, kena control kat alat letrik la. Dan plug diorang pun cuma ada dua palam je, tak macam kita sampai 3.

Lepas mandi-mandi baru teringat, tak amik nombor bilik member2 lain esp yg datang bujang (ekceli sumer dah kawen, tapi datang tak bawak anak bini huhu). Ingat nak merayau ngan diorang. Last2 dalam kol 5 ptg aku merayau ngan Lego je la. Tak susah pun jalan2 kat sini. Kalo sesat, carik jek tuttut dan cakap je stay kat hotel mana. Merayau la aku ngan Lego merata tempat sampai kat stesen keretapi Hatyai, shopping complex Robinson dan menyusuri kedai2 ke Lee Garden. Masa kat dalam Lee Garden nih ada pameran foto. Sentap tengok foto2 tu. Cantek giler. Nak amik gambar takut kang kena marah. Ye la kan copyright katanya.. pastuh kat satu kedai ni, ada jual foto-foto, owner dia pun ada sekali kat situ. So borak2 la ngan dia pasal fotografi nih. Lego la yang banyak tanya. Pastuh si Lego nih teruja pasal satu tempat yang ada dalam foto tu, Floating market. Terus dia ajak aku pi situ malam tu gak. So ape lagi, carik la tuttut (aku tatau la samada sebutan aku nih betul ke tak, samada tuktuk atau pun tut tut atau pun tutut).

Cari tuttut untuk bawak kitorang gie floating market. Drebar nih cam tak paham je. Last2 dia bawak kat satu tempat night market ni, lebih kurang cam uptown/downtown je tapi lagik besar. Yang penting foods.. memacam jenis. Barang-barang lain aku rasa takde yg special pun, sama je macam barang2 yang terjual kat uptown/downtown tu. Luas gak. Sampai sesat2 dalam tu.. carik jalan yang masuk tadi tak jumpa masa nak balik tu. Last2 nampak tuttut lagi. Tanya drebar tu lagi pasal floating market. Diorang pun cam tak paham2. Last2 suh diorang antar balik hotel je. Tuttut kat sini mmg banyak. Murah lak tu. Merata tempat gie sekali perjalanan baru 20 baht... 2 ringgit duit kita la tu.

Sampai hotel dalam kol 9 mlm, mandi2 pastuh kuar balik. Rugi la kalo pi travel dok bilik je. Bukannya leh pi selalu. Bila sampai lobi, mati kutu la pulak. Member2 sumer ntah pi mana tah. Nak call diorang, henpon pun tak buat roaming. Diorang pun lum tentu ada roaming gak. Masa dok merewang kat lobi tu, jumpa ngan drebar bas n tourist guide, borak2 jap ngan diorang. Diorang suh pi massage atau layan thai girl show. Dia kata cakap je kat tuttut tu nak pi mana, nanti diorang leh bawak. Last2 tatau nak pi mana dah. Cakap kat tuttut tu nak pi thai girl show. Terus dia bawak. Punya la jauh dia pusing2.

Rupanya tempat tu dekat je ngan hotel. Kat hujung simpang je. Cehhh. Jalan kaki pun leh sampai. Punya la ramai orang tengok show ni. Sorang 40 hinggit. Seb baik ada orang yang boleh cakap melayu kat kaunter tu. Tak la terkial2 aku. Dah la first time lak tu pi tempat camtu, kat tempat orang lak tu. Masa memula masuk cam segan giler. Ramai orang dalam tu. Pompuan pun ada gak yang ikut laki/grup memasing gie tengok. Tempat menunggu dan beli tiket kat bawah dan tempat show tu kat tingkat atas rumah kedai tu. Kat ruang show di tingkat atas tu, depan sekali ada pentas dan depan tu disusun sofa dan kerusi untuk audience. Kitorang tengok show kol 10 malam (waktu thai dalam kol 9 malam). Setiap guest diberi coke or beer segelas. Rupanya pompuan yang hidangkan minuman tu, diorang gak yang buat show tu. Memula show tu, pompuan2 nih dressing dalam pakaian tradisional thai sambil menari dan miming lagu tema Welcome to Thailand. Pastuh baru la start adegan2 erotik tu. Dekat sejam lebih gak la show tu. Ada sumpit belon ngan anu la, ada yang kuarkan pisau cukur dari anu la, ada yang kuarkan reben yang berjela dari anu tu, ada yang bergayut kat tiang-tiang besi tu, ada pertunjukan magik, ada yang main dildo, ada showboy lak ketuk dram ngan anu dia, dan ada show dua org showboy main titik lilin atas badan diorang dan last sekali sepasang laki ngan pompuan nih projek live atas pentas. Nak kata teruja tu tak la gak. Tapi alang2 dah sampai Hatyai tu. Layan je la. Kang nanti orang cakap ape thai girl show, tak tau lak nak cite.. huhu. Oh ye, kat sini tak leh amik gambar.. kalo tak, merasa la aku taruk gambar2 show tu kat sini hehe.. showgirl & showboy yang mantop.

Lepas abih show tu, tuttut yang bawak kitorang tadi, ada menunggu. Ingat nak jalan2 lagi, so bayar tambang tu kat dia, terus gie jalan kaki pusing2 dan terjumpa gerai muslim. Lepak makan & minum kat situ. Walopun bercakap ngan peniaga tu macam itik cakap ngan ayam. At least ada sepatah dua perkataan yang paham. Jalan malam2 kat sini rasa aman dan selamat je. Mat-mat rempit pun takde yang berlumba. Jalan2 sunyi je bila dah tengah malam. Aku peratikan gak, pemandu2 kenderaan kat sini pun berhemah je. Jalan tetengah pekan ni pun tak jem.

Hari Kedua - 2 Mei 2009
Jumpa kekawan aku pagi ni, baru amik nombor bilik diorang. Diorang cakap, semalam diorang pun gie thai girl show gak, tapi kat tempat lain. Rupanya semua pertunjukan show lebih kurang sama gak. Cuma tempat je yang lain. Hari ni lepas breakfast, bas bawak kitorang pi tempat shopping di Nora Plaza. Banyak barang2 kulit yang dijual kat sini. Memacam jenis kulit. Aku beli wallet, t-shirt dan selai baju bercorak songket. Mahal gak barang kat sini. Tak boleh tawar menawar lak tu. Fix price. Ingat nak beli souvenir. Punya la mahal. Ada satu keychain ni, harga 130 baht, lebih kurang 13 ringgit duit kita. Aduii. Tak jadi nak beli souvenir kat situ. Lepas tu bas bawak gie kilang memproses gajus. Beli serba sedikit snack foods kat sini. Dah puas shopping kat sini, bas terus bawak gie Songkhla Beach, pantai yang terkenal dengan tugu patung ikan duyungnya. Haa kat sini souvenir murah. Lego beli banyak gak replika tugu patung mermaid yang kecik, harga singgit je. Dia beli utk opismate dia. Dia satu2nya wakil opis dia yang ikut trip ni. Pastu shoot2 gambar kat patung mermaid tu.

Bas singgah kat satu restoran muslim ni untuk lunch. Lepas lunch bas menyusuri bandar Songkhla dan singgah ke Floating Market. Tempat yang kitorang sangat2 nak pergi malam sebelum tu. Food's Heaven sangat tempat ni. Rupanya tempat ni baru lagi. Satu tarikan baru kat Hatyai ni. Nak lagi meriah, kenalah pi Floating Market kat Bangkok. Yang bestnya kat sini, memacam makanan yang jarang jumpa ada kat sini. Kreatif tul orang-orang Thailand nih create berjenis-jenis makanan menarik. Tapi hati-hati gak. Ada makanan halal ngan tak halal. Kalau nampak peniaga tu pakai tudung dan ada tulis perkataan halal, boleh lah beli sebab kekadang diorang ni meniaga sebelah2 je ngan peniaga bukan Islam. Tak macam tempat kita, tempat makan muslim ngan bukan muslim diasingkan. Ada satu perahu yang jual minuman ni, kita boleh beli minuman dalam bekas tembikar dengan harga 20 baht je, lepas minum kita boleh bawak balik tembikar tu. Pastu ada jeli yang dibuat bentuk buah buahan. Comei jek. Cam sayang nak makan. Kalo sekali tengok cam barang perhiasan kaca. Dalam dia ada inti kacang. Ada lagi satu kuih ni pulak, dia macam kuih 'cara' tapi dia taruk telur dan tetengah tu taruk kupang. Fuh sodapp.. dan ada memacam food lagi. Tak larat nak cuba semua sebab baru je lunch tadik. Mana yang boleh bungkus tu, aku bungkus untuk makan kat hotel. Kalo ikutkan, layan makan kat situ lagik best tapi bas pula bagi masa sejam je. Takut kang, kita tengah dok syok layan selera. Orang dah lama tunggu kat bas. Tu pun ingat kita yang lewat. Rupanya ada lagik yang lewat. Dekat setengah jam tunggu diorang nih. So ini destinasi last untuk hari ni dan malam pula aktiviti bebas.

Bas sampai hotel lebih kurang kol 6.30 ptg. Mandi2 bersiap untuk keluar balik. Kali ni nak kuar ngan memember yang malam sebelum tu tak dapat nak join diorang. So kali ni kuar gie pusing2 night market area Lee Garden. Lepas makan gie foot massage pula. Sempat beli dua tiga barang. Tak leh nak shopping sangat. Harga mahal. Pelancong dari Malaysia ramai. So peniaga2 tu berlagak sikit. Nak tawar menawar pun berlagak.

Hari Ketiga - 3 Mei 2009
Sebelum check-out. Gie pusing2 kat market di Hatyai Plaza. Takda apa yang menarik pun untuk dibeli. Tengok-tengok barang. Dah puas, terus balik hotel. Sempat lena kejap. Kol 12 check-out. Balik singgah Danok pula dalam kol 2 lebih untuk habiskan baki-baki baht yang terakhir. Masa balik pun jem giler kat border. Orang2 Malaysia dah habis cuti, semua balik serentak. Pastu jem lagi kat Changlun, Singgah kat Hentian Gurun untuk makan malam, jem pulak antara Bertam ke tol Sg Dua sebab ada eksiden dan sampai Seberang Jaya lebih kurang kol 9 malam. Fuhh letih.. walopun penat, berbaloilah dengan percutian tu.


Next trip... Jakarta.. 19-22 Jun 2009

 


Posted at 06:26 pm
Comments (6)  

Tuesday, April 28, 2009
Coming Holiday...

Teruja.. satu perkataan yg menggambarkan suasana cuti yg bakal dinikmati tak lama lagi.. tak sabar rasanya.. first cuti2 ke Haadyai this 1st - 3rd May selama 3 hari.. dan second cuti2 ke Jakarta bulan depan 19th - 22nd June, 3 hari gak.. now tengah survey tempat menarik kat kedua-dua tempat tu.. collect info about a fascinating places dari kawan2 & officemate.. sesambil tu search maps kat google maps & google earth sambil tengok panoramio photo about the places.. utk gambaran lagik jelas, search kat youtube.. so skang masih lagi kumpul list.. nanti dah sampai destinasi tak la teraba-raba dan dah tau mana arah tujuan..

Untuk cuti kat Haadyai, tak banyak sangat info yg nak dicari pun sbb pergi pun dengan rombongan office.. so diorang dah sediakan transport, follow je lah nanti.. lagi pun ada antara officemate yang dah penah pergi, follow diorang je..

Untuk Jakarta pula.. pergi berdua dengan my housemate so kena la cari info sikit.. ye la memasing pun baru first time nak jejakkan kat kat sana.. kena la study sikit pasal tempat orang tu.. setakat nih flight & hotel dah pun dibook.. lokasi hotel di Mangga Dua.. dekat ngan Ancol, taman tema terbesar di Jakarta.. thanx to Fiq sbb suggestkan hotel tu..
Tempat menarik yang nak gie kat sana nanti, antaranya :
- DUFAN (Dunia Fantasy Ancol)
- MONAS
- Taman Mini Indonesia Indah (TMII)

lelain tempat, masih lagi tanya kengkawan.. ada yang suggest gie Bandung.. tapi rasanya masa tak cukup nanti.. nak explore Jakarta nih puas2 dulu.. lenkali explore Bandung dan daerah lain pulak cam Yogyakarta & Surabaya... oh ye, Medan pun tak sampai lagi.. cuma Bali je yang penah sampai pun kat Indonesia nih.. kalo ikutkan nak amik cuti lama skit.. baru puas.. tapi my housemate susah nak dapat cuti lelama.. takpelah, kalo tak puas nanti, lenkali boleh pi lagik.. skang nih survey dulu.. biasa2kan diri..


Posted at 12:32 am
Comment  

Saturday, April 18, 2009
Jangan pandang orang takda mata..

Aku bebetul hangin petang tadi. Aku gie shopping barang2 dapur kat Tesco Seberang Jaya. Aku shopping banyak gak la hari ni tadi, penuh troli. Selain tu aku ada beli juice extractor gak. Campur semua dekat 3 ratus lebih gak la. So masa kira barang tu, aku dah tengok cashier india ni pandang aku semacam je. Ye la kan, aku ngan t-shirt, suar pendek dan selipar jepun.. tapi shopping macam nak rak. Ye la, dah bape bulan pulak aku tak pi shopping barang2 dapur nih, peti ais aku dah lama kosong. Bila lapar, takda satu hape pun kat umah ni. Bila dah siap kira, aku hulurkan lah kredit kad aku. Masa sign resit tu, permukaan tu tak rata dan pen mamat india nih pun cam putus2 dakwatnya. Pastu dia nih cam nak carik point je. Time tu pun pak guard ada dekat dia. Mungkin kalo dia dapat tangkap satu penipu kredit kad, dia dapat award la kot kat company dia tu.

Dia belek signature aku ngan signature belakang kredit kad aku tu kononnya macam tak sama. Mula la nak buat kecoh. Siap panggil supervisor dia, melayu. Aku cakap la, tempat aku sign tu tak rata dan pen pulak putus2 dakwatnya. Pastuh supervisor dia cek dan suruh dia print resit lain utk aku sign. Aku mintak pelapik untuk sign dan guna pen yang sama. Still lagi dakwat cam nak tak nak je kuar. Diorang belek lagi dan still kata tak sama. Aku malas dah la nak bertekak. Aku pun keluarkan la semua kredit kad aku, tunjuk semua sign2 aku kat belakang kad2 tu. Dia tengok, pastu cakap semua sign sama dan jelaskan kat aku, dia buat camtu tadi sebab tengok sign aku macam tak sama. Aku cakap, aku dah lama pakai kad tu, takda masalah pun sebelum ni. Dah renew kad baru dah pun. Aku cakap la pen tu yang takde dakwat dan sangkut2 pastu permukaan tu pun tak rata. Pastuh dia kasik salinan resit kat aku dan mintak maap. Aku amik resit dan kutip sumer kad aku masukkan balik ke wallet, tak senyum, tak pandang diorang, terus aku blah. Ingat aku nih pencuri kredit kad orang ke? Tapi nak gak aku buat cam aku bersalah tadi. Biar diorang gelabah dan bawak aku masuk opis diorang utk wat siasatan haha.. lepas tu leh aku sue diorang wat saman malu huhu..

Kesimpulan dari cite nih, zaman2 skang nih janganlah pandang orang takde mata. Jangan ingat pakai kemas semua tu berduit dan jangan ingat pakai t-shirt, suar pendek ngan selipar jepun tu tak mampu. Kadang tu pakai kemas bergaya tu sebenarnya yang menipu. Apek cina yang pakai singlet pagoda dan suar pendek tu pun kekadang dalam poket berkepuk2 duit diorang. Tapi best gak bila dapat mengabui mata orang nih, pakai buruk2 pastuh shopping macam nak rak.

 

 


Posted at 11:23 pm
Comment  

Previous Page Next Page