About Me
Name : Zaifulddin
Nickname : zaif, zaiful, epul, sepol
Occupation : Govt. Servant
Status : Single
Location : Butterworth, Penang, MY
Hometown : Seremban, Negeri Sembilan, MY
Email : cpointce@yahoo.com
My Fotopages
Friendster Album

Flickr Album
www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos from aypol.geo. Make your own badge here.

My Japanese name is Higashikuni Hamada.
Take The Kawaii Japanese Name Generator by Shuichigami today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.



My Tag Board
   

<< June 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Friday, December 17, 2004
Aku Kaya Hari Ni

yeahh.. ari ni aku kaya sekejap sebab gaji masuk awal ari ni sempena Krismas dan serentak pulak tu dengan elaun aku.. ape lagik berbelanja sakan lah.. tapi kene pikir gak, kalo gaji awal ni kene budget la sampai dapat gaji bulan depan.. isk ye tak ye gak.. last last nanti mintak sedekah la ngan kengkawan. tu la idup bujang ni tak macam dok ngan family, semua kita kena kawal sendiri, kalo dok ngan family banyak dapat save.. save duit sewa umah, save makan, bleh kata save serba serbi lah. Bila dah duduk sendiri ni pepandai la menguruskan kewangan sendiri, kalo tak nanti kebulur la bila tiba hujung bulan. Cam aku nih, nak saving memang malas, tetiap bulan duit abis macam tu saja, so aku ape lagik buat potongan simpanan kat insurans dan kat memana bank lagi, buat potongan gaji, at least kalo sesak nanti ade gak sumber nak carik. Nak arap saving sendiri memang la tak jadi punya, duit asik terpakai je. Baru je aku keluarkan RM 250 semalam, ari ni dah abis dah, aku sendiri tak tau mana la aku abiskan duit tu, yang aku ingat, aku pegi tengok wayang dengan kekawan, beli DVD, beli blanket, beli t-shirt, duit minyak kete RM20, beli ubat gigi, deodarant .. tu jelah kot. Ntah la skang ni ada duit banyak mana pun tak cukup. Ari tu aku buat loan 7 ribu pun abis macam tu saja, aku kasi mak aku seribu, aku beli komputer RM2,600 , aku pegi shopping kat Isetan KLCC abis RM 400 , pastu tah memane lagik la aku belanja duit tu tetap ujung bulan sesak gak. Bulan ni kalo ikutkan lega la skit sebab ada orang baru menyewa bilik kat umah aku ni, aku caj RM180 sekali dengan streamyx termasuk letrik dan air. Aku ni jenis tak reti nak berkira dengan orang. Untung le sapa yang lepak ngan aku ahakz (puji diri sendiri lak). Malas aku nak berkira-kira berapa banyak letrik dia pakai dan patut kongsi bil dengan aku dan berkira-kira soal gas masak, bil air. Cukup la RM180 tu aku kira semua sekali tetap sebulan macam line streamyx gak RM88 je sebulan fix hikhik... tapi bulan nih kira banyak gak nak bayar sebab line phone dengan internet nih baru je dapat first bill kira melambak gak la nak tanggung.. tapi takpe la slow slow.. semua ni duit duit duit.. jangan pinjam 'along' sudah la, nanti kena kerat 18 lak. Lagi satu kengkorang tu jangan la nak berlagak ngan kad kredit, parah woo kalo dah ada kad kredit ni, berhantu.. diorang saja je pengaruh korang supaya kononnya berlagak cam orang berduit padahal sesapa yang pakai kad kredit ni berhutang tapi style baru, dulu orang malu nak berhutang, tapi dengan kad kredit ni orang dah jadi bangga lak berhutang, pikir-pikirkan lah.

Posted at 03:22 pm
Comment  

Tuesday, December 14, 2004
Semalam dan Hari Ini

SEMALAM
semalam takde mende sangat pun nak diceritakan, nak tulis pun semalam takde masa sebab dok layan kengkawan opis datang umah, ade yg guna komputer dok main game Need for Speed Underground, ada yang tengok DVD tajuk 'Duplex' dan aku pulak dok install program dalam laptop yang officemate aku Zaide baru beli sesambil tu configure apa yang patut, cam setup dialup networking etc. Kol 5 plak lepak minum2 kat restoran depan umah aku, takde mende ape pun yang nak diborakkan sangat lebih pada isu2 di ofis dan isu-isu semasa. Lepas kawan aku blah, aku ajak housemate aku Helmie pergi kedai ikan kat Simpang Ampat, Pulau Pinang. 45 minit perjalanan dari umah aku di Teluk Ayer Tawar ni. Kawan aku kata ikan2 hiasan kat situ murah.

Sampai kat situ dalam kol 7 lebih, dan aku pun dok carik la ikan2 murah, lebih kurang je cam kedai lain, ada mahal, ada murah dan aku ambil satu batu karang.. semua sekali kena RM 15. Kat kedai ni bukan saja ada jual ikan tapi ada jual anjing2, kucing2, burung2, hamster, ayam serama dan memacam lagik. Yang tak tahan kat kedai ni bau la.. bila aku pegi kat reban anjing dan kucing tu.. tak tahan tul asik pekap idung jer. Balik tu singgah pulak makan di Warung Sabar Menanti di Seberang Jaya. Kitorang selalu makan nasi campur kat gerai nih sebab dia jual nasi campur malam je, kiranye makanan tu baru dimasak dan banyak jenis ulam-ulam. Makanan pun tak mahal, macam biasa je, sekali makan RM 2 hingga RM 4 sepinggan nasi dan lauk.

Kol 9.30 mlm sampai umah. Lepas-lepas mandi aku melekap depan komp jap. Petang tadi lepas member2 aku guna pc nih, aku restart pastuh pc nih hang, banyak kali aku restart, dah fedap terus aku tinggalkan, tup tup malam nih on je komp bley plak pasang tapi sebelum tu tadik kuar cam sumthin ayat kata ade configuration overclocking dan suh masuk bios atau teruskan, then aku teruskan la, tup tup kuar plak wallpaper motherboard aku nih Asus X series bla bla bla then baru WinXP start, sebelum ni tak penah lak kuar wallpaper, ermm tak kisahlah janji comp aku nih dah ok balik... then pastuh cek friendster ada member chat lama lama dulu antar first msg setelah lama lost contact. Pastuh masuk irc je ramai plak la kekawan lama dok msg.. chat la pulak sampai kol 12 lebih. pastu ada sorang kawan aku Sahar datang, borak borak kejap, dia nak guna komp, terus aku masuk tido dan pesan kat dia kalo nak kuar umah nanti tolong off suis lampu, jgn off komp sebab aku tengah mendownload sumthin. ZzzzzZZZzzzz


HARI INI
Hari ni aku malas nak buat kerja kat opis walaupun ada empat lagik kes tak settle, gamble je la.. aku dah malas dah nak settle kan kes tu.. penin kapla dok pikir. Pastu pi sat lepak opis member aku (Huda n Ann). Tak lama tu plak housemate aku Helmie sampai, baru balik dari kelas, dia cakap pening kapla. Kat opis member aku tu aku baca paper, mastika baru bulan nih pun ada, macam biasa la mastika nih ngan kisah-kisah misterinya tu. Aku ni kekejap menyakat Huda ngan Ann, kekejap diorg kacau aku plak, yg Helmie plak tido kat belakang meja sebab kapla pening. Kol 1 tetengah aku sebok dok membaca mastika yg pompuan2 nih plak sebok ngajak keluar makan. Helmie tak ikut, kurung terus dia dalam opis. Bebudak pompuan nih nak belanja aku ok jer, aku pun mintak la meehoon goreng ngan limau ais. Lepas makan balik kat opis diorg balik, bukan ada siapa pun kat opis diorang tu, diorang dua je dok tunggu pelanggan yang nak masuk kursus kahwin. Bos depa ni jarang datang, cuma tunggu duit masuk je kot :) .. nak balik awal diorang suruh tunggu sebab nak tumpang balik gak nanti, terpaksa la tunggu, balik pun takde buat ape, last2 pun duduk depan pc gak nanti, so takpe la tunggu je la sampai kol 4. Sampai umah, mandi2 melekap depan pc nih balik, update blog.. lepas ni tak tau la nak kuar ke mana, ingat nak repair spek, bengkok plak isk, sebenarnya dah lama bengkok tapi baru2 ni baru ramai perasan yang spek ni bengkok, ramai yang tegur.. isk.. tunggu la dapat elaun or gaji bulan ni ke baru nak repair, skang tengah kering hikhik.. sape ade lebih tu bak cikitttt.. nak kuar makan pulak, Helmie baru je beli nasi lemak ni, aku tak makan lagik, buat stok makan malam le nampak, sekurang2 nya malam nih jimat duit makan. Masak? hehhh malas la, kalo ikutkan ada lagik sayur dan skit lauk-lauk mentah dalam peti ais tu, saja je malas hhehe.. biasa la idup bujang.



Movie Review - DUPLEX (one in my DVD's Collection) - Year 2003 Movie


Alex Rose (Stiller) and Nancy Kendricks (Barrymore) are a young, professional, New York couple in search of their dream home. When they finally find the perfect Brooklyn brownstone they are giddy with anticipation. The duplex is a dream come true, complete with multiple fireplaces, except for one thing: Mrs. Connelly (Eileen Essel), the cranky old lady who lives on the rent-controlled top floor. Assuming she is elderly and ill, they take the apartment but their hopes are quickly dashed when they realize that Mrs. Connelly is an energetic senior who enjoys watching her television at top volume day in and day out and rehearsing in a brass band. A writer, Alex is attempting to finish his novel against a looming deadline. However, each day as he begins to write, he is interrupted by Mrs. Connelly's numerous demands and requests and what begins as a nuisance quickly escalates into an all-out war. When Nancy loses her job and the pair are trapped at home together with Mrs. Connelly, their rage turns to homicidal fantasy as they plot ways to get rid of their no-good neighbour...


Posted at 06:05 pm
Comment  

Monday, December 13, 2004
Cuti Rehat

Today im on leave but nothing to do much today, just lepaking in front of PC and reading some of a friend's blog. My officemate call me n woke me up from a sleep at 10, and wanna come to my house to look n make some installation to his new laptop but i said i want to going out for a lunch and to my friend office and ask him to go tomorrow. Before take a shower i made some update in my blog. While i surfing a net in a pc at hall, i heard somebody open a gate and im still in towel rushed up to a room and its just my roomate Helmie came back from a college, i thougth its my new housemate hehe.. i didnt take a bath yet and its 12 pm... then i took a shower and ask helmie to a lunch and pay some bill and washing machine instalment.. after that we've got lepak at my friend office for a while, reading a newspaper, gossipping, joking etc... at 3 we went back to home and droping by to a fishing shop for a little time to buy some little fish and aquarium stuffs.. helmie's friends called him that they were on the way to our home and i buy some food for a minum petang.. in house helmie's friend watching a DVD, using a net for a while. After they watched a DVD, they karaoke and i just heard a songs from my room while i update a blog. Hurm i dont have much idea this evening to write in this blog but just write about my activity in the house today.

Here is a picture of Helmie and his friend Jan (red shirt) and i don't know the others name.


Posted at 06:18 pm
Comment  

Sunday, December 12, 2004
Hujung Minggu

Sejak ari sabtu aku tak dapat nak tulis ape ape kat sini sebab dok melayan kekawan aku dari Shah Alam. Diorang sampai pukul 3.30 pagi hari Sabtu tu, sebelum diorang sampai tu plak ada sorang mamat ni nak sewa bilik datang jumpa dan tengok keadaan bilik dalam kul 1.30 pagi kalo tak silap. Pastu aku tak tido sebab nak tunggu bebudak ni walaupun hari Sabtu tu aku kerja. Aku dah apply dah cuti hari Isnin ni so dapat la aku berehat lebih skit nanti. Nasib baik la kat opis kepala aku tak 'weng' sebab tido kejap je dari kol 4 pagi tu. Balik jer kerja hari Sabtu tu terus aku jemput sorang chatter yang dah lama aku kenal ni kat Jetty Butterworth, kitorang tak penah jumpa lagi dari chat sejak 2001 kalo tak silap aku, then tetengah chat semalam dia msg aku, aku ni dah ingat-ingat lupa, ye la perlu ke aku arkibkan ingatan-ingatan yang tak penting dalam otak aku ni kan, just chat n tak penah jumpa.. so aku dah delete dah... hikhik cam hardisk lah plak.. then dia msg aku dok cerita balik pasal apa yg kitorang dok selalu chat dulu dulu, aku pun just remind balik, cek kat 'recycle bin' kapla otak aku ni kengkalau masih tertinggal ingatan yang aku masih belum delete lagik, so ada la saki baki lagik ingatan aku pasal budak ni. Dulu kat chat aku penah ngan dia nih dok borak dan kutuk-kutuk orang skit kot, dan dok ngumpat-ngumpat skit kot.. ahakz biasa la tu kan. So dah jemput dia ni terus la aku aku on da way nak balik then kawan aku Afiz budak Shah Alam tu call ajak nak makan, pikir punya pikir aku ajak la diorang ke restoran tempat aku selalu makan kat depan umah aku tu. Pastu dah abis makan. Sampai umah memasing aku ingat dah nak bersiap nak pergi merayau ke Penang (island site) tapi diorang nak rilex dulu, tido dulu tapi tak jadik tido sebab dok layan DVD cerite Torque.. ala cerita pasal mat mat motor besar ni.. then kol 5 lebih baru lah gerak ke island. Sampai je kat Jetty punya la kereta berderet nak masuk ke feri. Isk lama gak la tunggu turn tetapi kereta aku terpisah lain feri pulak dengan bebudak Shah Alam tu. Aduss boring la, ingat nak lepak ngan diorg. Sampai je seberang aku tunggu feri diorg plak sampai then terus pergi ke Padang Kota. Masa tu dah kol 7 lebih kot. Pergi makan dulu. Pastu aku suruh housemate aku naik kete bebudak tu, yang kawan aku Afiz tu plak naik ngan aku, senang nanti kalo terpisah ke. Dalam kete aku ada sorang lagik kawan aku join, Farimie. Pastu memasing gerak ke Pesta Pulau Pinang, aku terpisah lak ngan satu kereta ni. Masa ke pesta diorg ikut jalan lain yang tak jam, aku plak ikut jalan yang jam. Arghh last2 tak dapat ke pesta, diorg dah masuk dah, yang kitorang satu kereta ni, dah la jam, bila sampai pulak parking susah plak nak carik, last2 kitorang tak masuk terus lepak kat pantai Seagate. Bila balik masing-masing jumpa kat gerai char kuay teow Seberang Jaya. Tak lama tu budak baru yang nak sewa bilik tu pulak sampai, dia setuju nak sewa bilik kat umah aku ni, pastu aku kasi kunci dan suruh dia duplicate lain, nanti kunci asal tu bagi aku balik.

Ahad pulak aku memula nak ikut diorg pergi kenduri kawen kawan diorang kat Kuala Nerang, Kedah. Tetengok diorang dok angkut beg baju pulak, diorang cakap tido sana. Isk takkan la aku nak tido sana pulak. Ermm pastu aku cakap tak jadi ikut la. Ingatkan diorang tido umah aku lagi malam ni. Pastu aku ngan Helmie (housemate aku) terus la antar diorang ni kat kereta then kitorang plak terus la pergi breakfast. Balik umah lepas rilex rilex terus buat networking plak sebab ada housemate baru nak masuk hari ni, baru semalam tengok bilik, terus hari ni cakap dah nak masuk dah, isk kelam kabut la kitorang dok berkemas bilik yang penuh ngan barang tu, pindah ke bilik lain sebab mamat tu berkenan kat bilik yang ada barang tu. Kitorang charge dia sekali dengan streamyx line, sewa bilik RM180 sekali dengan streamyx line, api dan air. Kurang skit bebanan aku lepas nih. Jadi kat umah ni ada 3 biji pc la dok sharing streamyx skang. Rupa-rupanya masa kitorang pegi breakfast pagi tadi, housemate baru ni dah hantar barang dah. Banyak gak barang dia. Pastu lepas housemate baru ni dah angkut last trip bebarang dia, aku ngan helmie pun terus gerak pegi umah kawan aku, ambik aku punya hub switch, lepak umah member aku ni ape lagik, dok sembang pasal komputer je la. Kol 9 sampai umah terus pasang switch dan networking berjaya dilaksanakan. Member aku Afiz yang dari Shah Alam tu plak call yang diorang tido hotel malam ni kat Alor Setar, ceh aku ingat tido umah kawan diorang yang kenduri tu, pastu sebok suh aku datang sana, hish takdak keje aku la nak pi Alor Setar malam2 ni. Yang housemate baru aku tu plak dok mengeram dalam bilik dia, seronok lah tu kot dapat guna streamyx ahakz.

Posted at 11:11 pm
Comment  

Friday, December 10, 2004
Resepi Lagi

dah semalam dok cite pasai resepi so kat sini aku nak kasik lagik satu resepi kat korang untuk dicuba, aku dah cuba dah, sedap, hari ni kita buat Pecal pulak atau sesetengah orang panggil gado-gado.

PECAL

Bahan untuk kuah :
satu inci belacan digoreng
lima ulas bawang merah digoreng bulat2
dua ulas bawang putih digoreng bulat2
10 - 15 tangkai cili kering digoreng sehingga garing (ikut pedas mana yang nak)
1/2 kg kacang tanah digoreng dengan minyak atau tanpa minyak (mana2 pun boleh)
satu cawan air asam jawa (asam jawa lebih kurang setengah genggam, agak-agak rasa)
gula setengah cawan (ikut la tahap manis yang kita suka)

kesemua bahan tadi dikisar sekali, kalau tak mahu kacang terlalu hancur, boleh la kisar bahan lain dahulu, pastu baru la dibancuh dengan kacang yang telah dikisar separuh hancur. Kalau agak-agak kuah tu pekat sangat boleh curahkan sedikit air panas dan kacau.

Bahan untuk isi :
Sengkuang dicincang nipis (nak celur boleh, tak celur pun boleh)
Kangkung dicelur dan dipotong kecil
Taugeh dicelur
Tauhu dipotong2 nipis
Timun dicincang nipis
Kacang panjang dipotong kecil dan dicelur

Setelah siap kesemua bahan kuah dan sayur-sayuran yang dicelur boleh lah dimakan panas atau sejuk, buat macam makan rojak jer, kalau tak habis boleh simpan dalam peti ais, dan besok boleh makan lagi, kuah tu boleh dibancuh dengan air panas jer. Siapa yang nak diet tu bagus la makan mende nih. Selamat mencuba.

Posted at 02:50 pm
Comment  

Thursday, December 09, 2004
Popia Basah

Since ada permintaan resipi untuk popia basah, so aku pun tulis lah kat sini yek.. sape yg nak cuba tu cuba lah..

Inti Popia
seulas atau dua ulas bawang putih ditumbuk halus
sebiji sengkuang dicincang halus, gaul dengan sedikit garam dan biarkan sekejap, perah airnya
satu mangkuk udang basah atau udang kering
dua biji kuning telur (yang putih telur tu kita boleh campur dalam bancuhan tepung untuk kulit popia)
dua keping tauhu yang sudah dilecek hancur

bawang goreng
kacang tumbuk

====
cara-cara :
tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan udang (kering/basah), selepas itu masukkan sengkuang, kacau agak-agak sengkuang tu layur dan masukkan kuning telur dan tauhu yang dah dilecek tu..

Sos Popia
seulas bawang putih ditumbuk halus
cili kering yang dah dimesin, lebih kurang semangkuk cili boh yg berharga 50 sen tu..
secawan air asam jawa, asam jawa tu lebih kurang sebesar ibu jari atau lebih skit
setengah cawan gula atau lebih
sedikit garam

====
cara-cara :
masukkan air asam jawa ke dalam kuali atau periuk, masukkan cili boh (cili mesin), bawang putih, masukkan gula then masak sehingga pekat.. tak lupa juga sedikit garam, agak-agak rasa masam, masin, manis, pedas semua tu...

Kulit Popia
Tepung dua cawan dibancuh dengan air, masukkan dua sudu minyak masak, sedikit garam dan putih telur, kacau sehingga bancuhan tepung menjadi agak liat, gunakan kuali leper untuk memasak kulit popia. Nak masak kulit popia nih pun ade teknik gak, api kene perlahan, pastuh nak sapu tepung atas kuali tu kena pakai tangan sendiri, tak boleh pakai sudu ker atau senduk, nanti ketebalan tu tak sesuai, nak kena nipis-nipis je baru syok nak makan popia nih, pastuh bila masak plak tak boleh lama, nanti jadik rangup pulak susah nak menggulung.

Then pastuh siap ler kesemua bahan, sapukan sos ke atas kulit, letakkan sedikit bawang goreng dan kacang tumbuk, letakkan inti popia dan gulung.. seswaiii dimakan bila-bila masa sahaja...

Posted at 05:09 pm
Comment (1)  

Duh.. Rasa Nak Demam

Petang semalam bangun dari tido je badan dah rasa tak sedap.. then tido awal kul 10.30.. selalu tido kul 12.30 ke.. kol 1 ke.. dok layan net.. Pagi tadi je bila bangun badan rasa seram sejuk je, nak tak nak siram gak air kat badan, sejuk giler rasa air yang tersentuh kat kulit badan ni. Walaupun macam nak demam tapi aku bertahan jer, pegi teguk ubat batuk skit sebab leher rasa perit. Nak amik MC malas pulak sebab kerja kat opis bertimbun, diorg bukan pun kira org sakit ke tak, janji kes dan report kena settle by a date. Sampai je opis pagi ni terus pulun buat kerja, member ajak gie minum masa kol 9 tu, memula malas nak pegi, dengan kerja banyak ni dan badan plak rasa tak sedap je diorg ajak minum pulak, last2 pergi gak join diorg minum kat gerai depan opis nih.. makan nasi lemak je ngan milo o. Balik je dari minum sambung balik buat report ngan taksiran pada kes-kes tertunggak nih.. then ade call dua tiga orang employer nih, ada sorang tu tak pepasal kena maki, nasib lah kan, time kita mood tak baik nih, diorg pulak cam memain jer, padan la muka. Ermm dah kol 12 lebih, report ade yg dah siap, tapi kes masih tak setle sebab ada dokumen2 yang masih belum terima dari majikan. ahhh.. tawakal je la kalo kes tak settle, dah lah badan sakit2 malas nak pikir sangat.. then pastuh punch out.. balik berehat kat rumah lah.

this evening plak i was invited by sorang kakak kat opis nih makan2 kat umah dia.. on that way she ask me to look her new digital camera and viewcam becoz she want travelling to EGYPT at the end of this month.. biasa la gaji banyak, tanggungan hubby n childs pun takde.. banyak kali dah dia nih travel around a world such Australia, Beijing, Indonesia etc etc... pernah one day tu she said, ada officemate sound dia seronok lah dapat pergi sana sini around a world then she replied, dia happy n manage her money cara dia sebab tiada tanggungan, tiada hubby n anak2 thats why la dia dapat pergi travel semua tu.. orang lain pulak manage their money to family n children so they happy with their family life pulak.. so how to say lah kan.. if we want this way we won't get that way, but if we choose that way, we won't get this way.. so fair laa.. aku rasa aku tak nak kawen la kalo camnih dapat nanti melancong sana sini, kalo dah kawen nanti tak dapat pulak coz duit abis kat anak bini jer.. ahakz..

bila la pulak aku bley dapat pegi melancong sana sini nih?.. nak kumpul duit, sampai skang duit yang terkumpul habis pakai balik.. so i just here dreaming n dreaming.. travel around the internet.. travelling virtually.. but i don't know when will a dreaming become reality.. maybe one day, yeah one day, my dream will become reality..

Posted at 03:53 pm
Comment (1)  

Wednesday, December 08, 2004
Hari Ini dan Semalam

Takda apa yang aku nak ceritakan tentang hari semalam dan hari ini. Macam biasa aku pergi kerja, balik kerja, tido, surfing net sambil merapu carik topic-topic yang terlintas nak baca dalam fikiran aku. Nak chatting malas pulak. Semalam petang tak makan luar dan tak pergi memane. Masak nasi dan housemate aku plak masak sambal sotong, sesambil tu aku usya ada ape dalam peti ais, tergerak plak nak buat 'Popia Basah', lagi pun memenda ramuan tu semua dah ada dah sebab hari tu masa mak aku datang sini dia cadang nak buat popia basah tapi tak jadi. Pastu aku pun masak la inti popia tu, senang je, memula tumis bawang putih, pastuh masukkan udang, pastuh masukkan sengkuang dan siap lah intinya. Pastu buat sos dia plak.. masak cili kering dengan air asam jawa, taruk garam sikit, bawang putih skit, taruk gula dalam 6-7 sudu, nak buat popia ni sosnya kena pekat, pastu kacau sampai pekat. Siap dah... tang bancuh tepung untuk kulit popia tu pulak aku kena call mak aku.. buat punya buat isk tak jadik plak kulitnya.. lagik pun umah aku ni takde kuali leper susah skit la.. ermm lantak la.. bebesok sambung balik la...

Ari nih plak tak makan luar gak, housemate aku buat mee goreng. Sebelum tadi dia try buat kulit popia, jadi tak jadi tu pakai je la.. so aku plak menggulung popia tu, taruk skit bawang goreng.. jadi tak jadi pun habis gak sental.. lepas tu memasing dah kekenyangan takde mende nak buat.. lepak depan komp.. taip blog sesambil tengok tv.. dan sesambil tu dok perati hamster yang kitorang bela dok memain wheel nye.. petang tadi housemate aku beli lagik dua ekor anak hamster.. die kata tak puas ati tengok skit je hamster.. taruk bebanyak skit nampak gak la hamster nih dok memain.. boring2 bleh gak la tengok hamster nih dok memain..

Hamster Hamster 2

Posted at 09:31 pm
Comment  

Monday, December 06, 2004
Jamuan Raya Tak Abis Lagik...

Petang tadi ada jamuan raya lagik.. dua tiga ari nih makan pree jer.. kalo la tetiap ari makan pree.. pehh jimat duit makan aku.. ni tadi kawan opis aku buat jamuan ari raye kat umah baru dia, maklum la wife dia dapat anugerah khidmat cemerlang, dapat gak la cash dalam RM1,000 .. cukup la tu untuk belanja jamuan raya ni.. banyak lebih lagik tu. Umah dia punya la lawa, semua perabot baru, ada partition cermin bercorak bunga lagi tu dengan pasu2 kaca kristal, kemas jer, kira hiasan2 mewah gak la.. Aku bawak housemate aku Helmie temankan aku pegi open house tu, takkan aku pegi makan sorang je kot, bawak2 la member sekali kan.. kat umah kawan aku tadik ada nasi beriani, sate, memacam kuih muih, laksa, air oren dan aiskrim.. kenyang ari ni.. tak yah makan malam dah..

Sebelum pergi open house ni, aku ngan dua org officemate aku pergi melepak kat Perangin Mall di island.. saja kawan aku Zaide nak usya laptop, nampaknya dia silap aribulan la.. PC Fair baru je semalam habis bertempat di PISA, Penang.. kedai banyak tutup sebab peniaga nih banyak yg bercuti selepas 3 hari menyibukkan diri di PC Fair.. so pastuh pegi makan  nasi ayam komtar kejap.. then merayau lagik, ada la satu kedai yang bukak, kat rak banyak kosong lagik sebab barang2 dari PC Fair masih belum ada yang sampai, maybe stok banyak abis kat fair kot.. kaya cina nih yek.. kawan aku tanya la pasal laptop nih kat salesman tu, dia kata nape tak datang PC Fair, harga satu laptop semalam jatuh sehingga RM1,000.. thats mean harga laptop 4 ribu jadi 3 ribu jer.. lepas tu pikir balik kalo nak raya kat Kompleks Bukit Jambul pun dah tentu banyak kedai yang tutup lagi.. so kitorang amik keputusan balik semula lah ke seberang.. masa atas feri masing2 tido.. penat sangat mengayau kot.. aku sampai umah dalam kol 4.15.. pastu dok depan pc sampai la terhangguk2 kepala menahan ngantuk.. kol 5.30 gerak pergi open house

Posted at 08:30 pm
Comment  

Sunday, December 05, 2004
Kembali Lagi

Ermm seminggu aku tak menulis kat blog nih.. bukan malas tapi aku sejak hari Isnin lepas mak bapak aku ngan dua org anak abang aku (Nurul dan Irah) datang bercuti ke Penang ni.. so aku pun kena membzkan diri ngan mereka ni.. maklum la mak bapak sendiri, time ni la kita kena meraikan diorg, jauh2 diorg tu turun dari Seremban ke Penang ni, semata2 nak jumpa dan stay kat umah aku seminggu, sambil tu jalan2 ke rumah kawan2 lama diorg masa bapak aku dalam askar dulu. Aku plak seronok la, pagi je nak pergi kerja sarapan dah disiapkan, balik rumah jer makanan dah disediakan, isk seronoknyer, macam kita kerja kat kampung sendiri sebab mak bapak depan mata.. anak2 sedara aku sempat pulak buat kawan ngan anak2 jiran sebelah rumah, lagipun sekarang nih cuti sekolah. Masa mak bapak datang sini pulak seminggu nih aku sibuk gak ngan berlatih menyanyi dengan Band Majlis Perbandaran Seberang Perai untuk perform kat Majlis Makan Malam tempat kerja aku pada 3hb Dis 04 (Jumaat)..

Selasa 30 Nov 04 - Pukul 2 ada latihan menyanyi dekat studio latihan band MPSP, aku nak bawa lagu Fatwa Pujangga, memula cadang nak bawa lagu Wajah Kesayangan Hambar... tapi mak aku plak suggest lagu yang sesuai dengan tema makan malam nanti iaitu berkonsepkan tradisional ialah sesuai lagu Fatwa Pujangga, kira lagu asli lah tu.. so tak kisah la.. aku try.. so masa aku berlatih dengan band MPSP, senang jer nak bawak lagu aku ni, tak banyak sangat songelnyer.. then aku rasa nak try bawak satu lagi lagu iaitu Mohon Kasih, menarik gak lagu ni.. so aku berlatih la dengan dua lagu ni.. lepas abis berlatih tu aku terus balik umah sebab nak hantar mak bapak aku pulak kat umah kawan dia di Sungai Petani..

Rabu 1 Dis 04 - Hari ni kat opis ada buat jamuan raya pulak dari makan pagi sehinggalah makan tengahari.. adus senak perut dok makan itu ini... biasa la kalo dah jamuan raya tu makanan mestilah memacam, tak perlu aku nak sebut kat sini, yang pentingnya sate mesti ada, makanan wajib kalo buat open house sekarang ni... pukul 2 je aku terus chow pergi berlatih nyanyi dengan band, tengok senang je nak nyanyi ni kan.. tapi sebenarnyer susah gak.. bukan susah nak nyanyi tu, tapi nak hafal lirik tu, kalo karaoke kita boleh tengok lirik kat tv, tapi bila nyanyi dengan live band nih kita kena hafal lirik, rasa cam senang, tapi bila dah nyanyi baru kita tahu, barisan lirik rangkap lain boleh masuk rangkap lain, kadang tu bila dah depan orang apa yang kita hafal terus blank, maklum la tak biasa nyanyi depan orang ramai.. tu la yang aku kena hadapi masa majlis dinner tu nanti, kena nyanyi depan bos-bos besar, Datuk CEO dan kekawan pejabat satu negeri tu nanti.. Abis kerja macam biasa aku balik rumah dan bawak mak bapak aku pergi Bukit Mertajam pulak, pegi umah kawan lama diorang kat sana.. aku ngan Helmie (kawan serumah) sempat lepak complex Summit BM dulu tu sementara mak bapak aku berborak ngan kawan lamanya tu..

Khamis 2 Dis 04 - Hari ni aku dah ambil cuti siap2 nak bawak mak bapak dan anak2 sedara aku berjalan2. Mula2 cadang nak pergi Alor Setar tapi tak jadik pulak sebab mak aku kata pergi Taiping je la.. so aku pun plan la kalo camtu pergi Zoo Taiping, bawak anak sedara aku ni tengok Zoo. Sampai Taiping dalam pukul 12 lebih kalo tak silap aku.. tiket murah jer dewasa RM 4 dan kekanak RM 2.. jenuh jugak berjalan kaki dalam zoo nih, luas gak la kawasannya dan rasa berbaloi dengan RM 4 nih... pukul 3 lebih pergi makan kejap then pastuh pergi umah nenek sedara aku kat Kamunting.. pukul 6.30 balik ke Penang.. ingat nak singgah Pesta Pulau Pinang tapi masing2 dah tak larat dah nak merayau so terus je balik rumah.

Jumaat 3 Dis 04 - Hari ni aku makin berdebar2 sebab malam ni kena perform nyanyi kat dinner.. dah la semalam aku tak praktis sebab aku cuti bawa parent ngan anak sedara aku dua orang tu pergi berjalan. Mulut aku puas dok menghafal lirik je ni takut nanti masa dinner abis terkedu atas pentas, sapa yang malu dek... diri sendiri gak nanti.. balik umah tengahari mak bapak aku takde, diorg pergi jemputan makan tengahari oleh kawan diorg kat Sungai Petani.. ofismate aku Suhaimi follow aku sekali balik umah, aku pun gosok baju untuk dipakai malam nanti dan siapkan apa lain2 yang patut dibawa malam ni. Pukul 3.00 aku pun dah siap dah nak bertolak ke Hotel Vistana. Sampai je ballroom, diorg cakap band baru je abis sound check, alamak tak sempat aku nak praktis, risau gak malam kang tune lari, mampuih aku.. so aku pun dah takde apa nak buat, lepak2 jer la tengok pengacara dok rehearsal perasmian dan penyampaian anugerah. Pastu abis rehearsal memember ajak gie minum plak, kol 6 pergi bilik hotel sorang staff nih untuk tukar baju etc.. 7.30 turun ke ballroom, debaran aku makin kencang, risau sangat, selalu tak camnih, lirik cam dah hafal tapi kekadang tak ingat, bermacam2 perasaan.. pukul 8 mlm perasmian pun bermula.. makanan pun sampai, penari MPSP menari lagu Asmaradana dan band MPSP mulakan persembahan masa kami mengadap santapan tu, aku tak berani nak makan bebanyak, tapi rasa cam, ermm belasah je la, kalo ikut sangat persembahan tu nanti langsung aku nih tak makan plak, sekurang2nya ilang skit nervous, sampai je time penyampaian anugerah kepada penerima anugerah, aku dah mula tak selesa, terus aku keluar tinggalkan hidangan, ready untuk memulakan nyanyian... lepas je anugerah tu, pelawak Maidin dan Piee buat la lawak depa.. aku plak kat sisi pentas nih seram sejuk je rasa, fuhhhh nervous tak hengat.. tekak plak rasa cam kering je sampai aku terpaksa berdehem dan telan air liur.. pastuh nama aku disebut oleh Maidin ngan Pie untuk menyanyi, aku dah siap ngan lirik kecik kat tangan.. so aku pun menyanyi la, tapi tak reti nak joget2, tegak je, nervous ooo.. semua mata pandang kita.. tapi aku tak nampak sangat audience sebab lampu pancar kat kita.. silau.. ada gak aku lupa lirik, tapi aku belasah taruk lirik rangkap lain.. sesambil tu tangan menjeling kat lirik di tapak tangan jugak.. abis je nyanyi, pehhhh lepas beban rasannya, selamat.. pastuh giliran kekawan aku plak yang dua tiga orang tu nyanyi hehee.. aku plak yang tengok kat bawah, time ni aku dah boleh gelak orang dah, beban aku dah lepas hehehe.. kol 11 dinner habis, aku pun pergi la bersalam2an dengan orang2 band MPSP yang mengiring aku tadi, ye la bila lagi lah nak jumpa kan.. then aku balik.. sampai umah, mak bapak aku pun dah balik dengan helmie dah dari Pesta Pulau Pinang.. aku suruh Helmie je bawak diorg pergi Pesta Penang tu

Sabtu 4 Dis 04 - Hari ni berehat sakan, kul 11 lebih aku dan Helmie bawak bapak aku dan anak2 sedara aku pergi Taman Selat, saja tengok2 orang jual barang.. mak aku tak ikut, dia masak kat umah, masa nak balik dari Taman Selat aku singgah kejap kat Kompleks Bagan, opis kawan aku, saja je lepak kejap.. kul 2 aku bawak parent pergi makan kenduri kat umah kawan opis aku di Taman Robena dan singgah kejap kat umah Pengurus Besar aku sebab mak aku nak jumpa.. wife Pengurus Besar aku tu ada kene mengena ngan kawan baik mak aku.. lepas maghrib mak bapak aku bersiap2 nak balik dah, diorg nak singgah bermalam di Ipoh dulu umah bapak sedara aku.. isk sedih rasanya, rasanya kejap je mak bapak aku stay kat umah aku.. lepas mak bapak aku bertolak, aku ngan Helmie pergi keluar minum, ajak kawan kami Pian sekali, minum di gerai char koay teow kat Seberang Jaya.. kol 12 pulak teman kawan kami Nasir ngan Jai minum kat Subaidah, Bagan Ajam pulak.. kol 1.30 balik umah layan net plak sampai kol 4 pagi baru tido...

Ahad 5 Dis 04 - Hari ni macam hari2 minggu sebelum ni, dok rilex je kat umah, tengahari keluar pergi Kulim umah opismate aku.. ada jamuan makan lagik.. kalo hari2 camnih kan bagus, jimat skit duit belanja makan hehehee... kol 3 lebih chow pergi Megamall Penang plak.. usya panggung wayang tengok cerita apa.. ada cerita Polar Express pukul 5.15 ptg.. so ape lagik beli la.. dan sambil tunggu waktu panggung tu.. kami berjalan2 jap, Helmie nampak kawan dia Sha kat McD.. so kami minum2 dulu kat situ, aku sempat beli handphone holder The Incredibles.. kol 5.15 wayang Polar Express pun bermula, best gak graphicnya, all in 3D animation.. tapi berkisarkan pasal Santa Claus, jalan cerita camnih yang tak syoknya.. jalan cerita untuk yakinkan bebudak pasal kewujudan Santa Claus nih dah melambak yang kita tengok cuma dalam versi yang berbeza jer.. kol 7 keluar je dari panggung tengok kereta jam pulak.. ish camne nak kuar dari parking ni, so pergi pekena teh o ais dulu lah sementara tunggu jalan clear.. dan kol 8.45 kami sampai kat umah.. aku pun terus on computer dan menaip blog selama seminggu yang terbengkalai nih.. fuhh siap...

Posted at 09:30 pm
Comment  

Previous Page Next Page