About Me
Name : Zaifulddin
Nickname : zaif, zaiful, epul, sepol
Occupation : Govt. Servant
Status : Single
Location : Butterworth, Penang, MY
Hometown : Seremban, Negeri Sembilan, MY
Email : cpointce@yahoo.com
My Fotopages
Friendster Album

Flickr Album
www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos from aypol.geo. Make your own badge here.

My Japanese name is Higashikuni Hamada.
Take The Kawaii Japanese Name Generator by Shuichigami today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.



My Tag Board
   

<< June 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Saturday, January 08, 2005
Queer as Folk




"Queer as Folk" is about the lives of a group of gay men and women living in Pittsburgh who, like anyone, are focused on their relationships, careers, loves and ambitions. The series is a realistic, funny and sometimes graphic portrayal of a minority community living in present-day society. It's not West Hollywood, it's not the Castro and it's not Chelsea. It may be a small world -- a gay Main Street with a couple of bars, a disco, a few shops and a diner -- but its reverberations are universal. "Queer as Folk" is an unapologetic celebration of life in its varied forms. And as always, in the differences we discover the similarities that make us all human. Brian Kinney (Gale Harold), is a sexual animal, always on the prowl for his next conquest. Michael Novotny (Hal Sparks) is his best friend. Justin Taylor (Randy Harrison) is a 17-year-old boy whose life is changed one night when he experiences sex and what he thinks is love, for the first time. Emmett Honeycutt (Peter Paige) is the most flamboyant of his friends and wears it with pride. Ted Schmidt (Scott Lowell) is an accountant whose fatal flaw is a lust for 20-somethings who don't return his interest. Debbie Novotny (Sharon Gless) is Michael's eccentric mother -- vehemently proud of her gay son. Dr. David Cameron (Chris Potter) is the dreamboat chiropractor who makes Michael forget about Brian, for a while. Lindsay Peterson (Thea Gill), an art teacher and Melanie Marcus (Michelle Clunie), a lawyer, are a loving lesbian couple who decide to have a child sired by Brian (whom Melanie despises), not realizing exactly how complicated and entwined their lives will become."

   

I've downloaded this series after my friend suggested me to watch it, while he bought a dvd of a seoson 3 of this series... and i do interesting watching this series.. it's such like friendship series, just like "Friends", and also some like a "Sex in the City", but i think this series will not publish in our country Malaysia because it will touch a sensitivity of a community in our country.. but its quite interesting when we watch it in a positive way and let we throw a negative thinking about this series where its about sex, gay, lesbian, drug.. whatever is, my suggestion is.. you must watch this series and you will like it and try to searching about their actors/actress's profile.. and you will find they are so different in a real life than in a series...


Posted at 08:24 pm
Comments (2)  

Friday, January 07, 2005
Movie Editing

Sehari dua nih aku sibuk skit meng'edit' video untuk convert kat vcd. Ada sorang akak kat opis aku ni, baru2 ni pergi melancong ke Egypt, pastuh balik je dari sana terus minta aku convertkan video yang dia ambil kat sana ke dalam bentuk VCD sebab nak buat simpanan katanya. Aku kalau dapat job macam ni bukannya aku suka copy direct jer, tapi aku suka edit balik, taruk lagu ke, contoh cam irama padang pasir, baru la kena dengan video akak ni yang dok melawat piramid etc.. pastuh antara scene taruk effect transition ke.. memacam lagik la.. kalau kita kreatif lagi banyak idea kita boleh buat.

Sebenarnye dah tiga empat bulan gak aku tak edit video ni, bila dapat job macam ni seronok la sebab aku memang suka buat mende-mende gini. Sebagai bonus aku siap buatkan video clip lagu Nour El Ain nyanyian Amr Diab dengan berlatar belakangkan clip clip dari pemandangan yang dirakam oleh akak ni kat Egypt hari tu. Tak dapat pergi tumpang seronok tengok video orang pun jadi le. Mungkin satu hari kot aku dapat pergi melancong cengginih.



 



 

Demonstrasi membuat kertas Papyrus

 


Posted at 03:45 pm
Comment (1)  

Wednesday, January 05, 2005
Kasut Ku Hilang

uwarrgghhhh.. tensennyer.. kasut opis yg aku beli memahal ilang.. keluar je rumah nak pergi opis pagi tadi aku tengok kasut aku dah ilang dah.. iskk.. mane pegi nyer.. sedihnyerr.. camne nak buat ni.. aku kejut helmie cakap kasut aku ilang.. dia dah tegur dah semalam samada aku nak simpan kasut dalam umah ke kat luar, tup tup pagi ni ilang plak.. selama ni tak penah plak kasut-kasut hilang kat apartment aku ni.. tengok2 bukan aku sorang yang hilang kasut, sorang lagi housemate aku yang baru keluar bilik air datang jenguk kat luar.. dia tengok kasut jalan dia pun hilang.. pastuh dua orang jiran aku yang ada kat luar rumah dia pun cakap kasut diorang pun hilang juga.. warhhgg tensennyer, aku tak suspect lain, aku suspect sure bebudak kolej yang baru seminggu masuk yang dah curi kasut2 aku dan jiran2 aku ni sebab sebelum ni tak pernah pun jadi kejadian curi-mencuri kat apartment aku ni.. bebudak kolej ni ditempatkan asrama sementara kat tingkat 7 hingga 11 apartment aku ni.. sekarang ni kasut kena curi, tak mustahil nanti barang lain pulak hilang.. bukan aku nak tuduh semua budak kolej tu jahat, tapi dalam 100 tu mesti ade sorang dua yang perangai buruk.. aku plak terpaksa amik cuti ari ni sebab tu je lah satu-satunya kasut opis aku, dan inilah pengalaman pertama kasut aku dicuri.. uwaaaaaaaaa!!!!!!!!!

Posted at 08:40 am
Comments (5)  

Tuesday, January 04, 2005
My New Blog Theme

Hari ni aku mencuba untuk pertama kali mengemaskini theme blog aku sejak 3 bulan aku membukanya. Tujuan aku tukar theme ni adalah sebagai eksperimen ke atas blog aku ni dan untuk memberi sedikit variety kepada pelawat yang mengunjungi blog ini. Sekurang-kurangnya aku harapkan tiada orang yang akan bosan dengan blog ini. Dari tengahari tadi aku kemaskinikannya dan hasilnya apa yang anda boleh lihat sekarang ni. Perubahan dapat dilihat dari segi struktur dan pilihan warna yang aku pilih yang mana pada theme sebelum ini lebih kepada plain color yang ringan dan santai. Theme yang sekarang ini aku harap pelawat blog aku lebih tertarik dan jika ada komen dari segi struktur yang patut di ubah, sila msg aku. Aku sedia mendengar teguran yang membina.

Posted at 04:53 pm
Comment  

Sunday, January 02, 2005
Hari Kedua 2005

Malam ni keluar lewat sebab pepaham je la kalau dah ramai ni, ada yang layan chatting dulu la, ada yang terlelap pukul 9 tadi dah kena kejut balik, ajak ramai-ramai keluar merayau malam2 minggu ni.. nak tunggu yang mandi lagi, yang tengah bermekap lagi.. opss..

At last keluar rumah dah dekat pukul 12, dua buah kereta, semua sekali dalam sembilan orang (aku, helmie, ryzan, leo, nazeem, sharum n arenz, andy n his friend). Memula aku hantar Sharum carik tiket bas kat Jetty dulu, masih ada lagi dua tiket kosong, lega diorang. Satu kereta lagi dah pergi ke Bandar Perda carik kedai makan kat sana. Masa aku sampai diorang dah sampai dulu tapi dok belek2 baju bundle yang ada orang meniaga kat situ. Meriah juga la kat Bandar Perda ni. Macam-macam jenis orang boleh tengok. Menjamu mata hehehe. Lama jugak la duduk kat situ, aku order roti paper je, malas makan berat2 tetengah malam macam ni. Lagipun orang kata tak elok. Kekadang aku tak ikut gak kalau dah lapar sangat. Sental je. Lepas makan, aku tak tahu nak bawa diorang merayau kat mana, area Seberang Perai ni bukannya ada tempat menarik sangat pun kecuali la kalau kat sebelah pulau sana tu. Last2 aku bawa diorang pergi lepak sambil borak dan ada yang smoking kat satu tempat cruising di Butterworth ni. Takda apa pun yang menarik nak diceritakan disini pasal tempat tu cuma aku tengok dah pukul 1 lebih ni masih lagi ramai orang dok merayau kat situ dan dicelah-celah kegelapan tempat tu nampak juga kelibat manusia yang mundar-mandir dan ada sekumpulan budak motor yang tengah mengusik pondan-pondan yang tengah mencari mangsa kat situ. Kami hanya duduk di tepi jalan sambil berborak kosong sebelum balik ke rumah.

Bila tiba di rumah, Sharum pula cakap beg duit dia dah tercicir. Cari dalam kereta tak jumpa. Mungkin dah tercicir kat taman cruising tadi kot. Rush pula ke sana balik tapi tak semua la yang pergi. Aku, Sharum & Arenz je. Kalo nak ikutkan bukannya dekat rumah aku ngan tempat tu, lebih kurang 20 minit gak perjalanan. Kalo pergi balik hampir sejam lah jugak. Nasib baik tempat tu gelap, dari lampu kereta yang menyuluh tempat kitorang lepak tadi nampak kat dibawah rimbunan pohon renek tepi palang pagar tu beg duit Sharum statik kat situ tanpa ada kesan diambil orang. Alhamdulillah kegelapan tempat tu membuatkan orang tak nampak ada beg duit kat situ. Sampai je rumah aku dah tak larat nak tahan mata dah, terus masuk bilik tidur..

Pagi pula pukul 9.45 dah dikejutkan oleh Sharum untuk hantar dia dan Arenz kat stesen bas. Aku pukul 9 tadi memang dah terjaga dengan kejutan bunyi alarm handphone aku tapi aku off terus tido balik. Tak larat pula nak bangun sebab tidur pun dah lewat awal pagi tadi. Lepas hantar diorang kat stesen bas, aku terus balik rumah dan ajak Helmie, Ryzan & Nazeem pergi Pasar Awam Kepala Batas. Leo aku minta dia tinggal kat rumah je untuk kemas rumah apa yang patut. Andy dan kawan dia yang baru sampai semalam dari JB masih lagi lena. Penat agaknya.

Tengahari ni Helmie masak kari ayam dan sup ayam cendawan.. aku pula goreng sayur kucai ayam berlada hitam.. Helmie memang rajin masak, so bila dia masak aku goyang kaki je la sebab dia memang suka memasak.. aku kekadang tolong gak skit apa yang patut..

Petang ni aku lepak rumah je, malas nak pergi mana-mana. Andy dan kawan dia minta Helmie tolong tunjukkan jalan ke rumah kawan mereka kat Inderawasih. Diorang ajak aku tapi aku malas, nak berehat je kat rumah. Bila duduk depan komputer ni mata rasa cam mengantuk gak, tapi tetap ditahan. Malas nak tidur. Leo pulak tengah menyanyi karaoke skang nih. Tadi sempat juga dia serve kan aku secawan 'teh O'.


Semasa bersantai dan minum petang di Pantai Robina, Butterworth semalam.


Posted at 05:34 pm
Comment  

Saturday, January 01, 2005
Selamat Tahun Baru 2005

Hari ini kita sudah memasuki tahun 2005. Macamana azam engkorang semua? Berjaya dilaksanakan? Azam baru apa pula? Aku malam tadi menyambut ketibaan tahun baru kat rumah je? Rasa malam tadi macam hari biasa je, lagipun kerajaan telah umumkan pembatalan semua sambutan tahun baru berikutan malapetaka tsunami dan gempa bumi yang melanda negara kita dan beberapa negara Asia Selatan yang lain. Aku pun tak kisah kalau tak sambut tahun baru ni beria-ria sangat sebab aku malas nak join kesesakan manusia dan kenderaan berikutan sambutan-sambutan sebegini. Pukul 11 lebih sebelum countdown tahun baru, Sharum call, dia ngan Arenz dah sampai kat perhentian bas Butterworth dari KL. Sharum dan Arenz minta aku hantar diorang kat Sg Petani, hantar borang kat adik Arenz yang baru masuk IKM kat situ. Lepas jemput Sharum, kitorang lepak makan2 kat restoran nasi kandar di Jalan Raja Uda.




Di Padang Serai - Rumah Farid



Pergi ke Sg Petani pula aku sumbat enam orang dalam Kelisa aku. Aku, Helmie, Sharum, Arenz, Leo dan Nazeem. Masa balik pula pergi Padang Serai dulu rumah Farid. Masa balik dari rumah Farid, Andy (kawan aku kat Seremban dulu) call pula dah sampai kat Georgetown, tak tahu nak pergi rumah aku macamana. Aku pula tak tahu dia nak datang hari ni sebab dia cakap nak datang 5hb nanti. So aku suruh dia tunggu kat Caltex, Seberang Jaya dan kami menjemputnya kat sana. Dia datang dengan kawannya dari Johor Bahru. Pukul 4 pagi tadi dia drive Kenari dari sana ke Penang ni. Satu perjalanan yang jauh dari selatan ke utara semenanjung. Sampai je rumah aku, aku suruh diorang dua ni berehat, lagi pun aku tau diorang penat. Masa aku tengah tulis blog ni pun dah pukul 9 mlm ni, Andy dengan kawan dia masih lagi tidur lena. Pukul 6.30 ptg tadi sempat kitorang 6 orang tadi keluar balik ke tepi Pantai Robina makan-makan.

Sharum pula yang sibuk kata nak balik KL malam ni, tak jadi balik pula. Kami ingat nak pergi merayau ke island tapi ada yang nak tengok Majalah Tiga pula pukul 9 malam ni, liputan pasal tragedi tsunami yang melanda seminggu yang lalu. Malam ni di Majalah Tiga ada temubual dengan mangsa yang terselamat dan melihat dengan mata kepala mereka sendiri mengenai ombak besar yang tiba-tiba menghempas sepanjang pantai utara semenanjung Malaysia ini.

Posted at 09:08 pm
Comment  

Wednesday, December 29, 2004
Favourite Songs

EVERLASTING LOVE - GERARD JOLING
click here to hear a songs

It looks like heaven to see you walk
To see the way you're moving on
Sounds like an angel when you talk
The words come out like in a song
Never thought what love could do inside
You're the place where I can hide

It feels like heaven to be with you
When you treat me like you do
Every minute of the day
Just with you I wanna stay
There will be no end....

We've got an everlasting love
So pure divine
We've got an everlasting love
Our love will last for all time

Could draw a picture just by heart
Know every line on your face
You stopped me doing from the start
Ask the things I used to chase

Every minute of the day
Just with you I wanna stay
There will be no end

We've got an everlasting love
So pure divine
We've got an everlasting love
Our love will last for all time

Should you ever
Have any doubt bout you and me
Please don't ever
No love never
Don't hesitate to tell me how it should be

We've got an everlasting love
So pure divine
We've got an everlasting love
Our love will last for all time

The Color Of The Night - Lauren Christy
click here to hear a songs

You and I moving in the dark
Bodies close but souls apart
Shadowed smiles and secrets unrevealed
I need to know the way you feel
Refrain:
I'll give you everything I am
And everything I want to be
I'll put it in your hands
If you could open up to me oh
Can't we ever get beyond this wall
'Cause all I want is just once
To see you in the light
But you hide behind
The color of the night
I can't go on running from the past
Love has torn away this mask
And now like clouds like rain I'm drowning and
I blame it all on you
I'm lost - God save me...
[Refrain]
God save me...
...everything I am
And everything I want to be
Can't we ever get beyond this wall
'Cause all I want is just once
Forever and again
I'm waiting for you, I'm standing in the light
But you hide behind
The color of the night
Please come out from
The color of the night
 
 











Posted at 11:40 pm
Comment  

Tuesday, December 28, 2004
Tsunami Oh Tsunami

Sejak Ahad lepas negara kita dikejutkan dengan berita 'tsunami' yang melanda pantai-pantai utara negara kita. Pusat gempa bumi itu dikatakan berasal dari dasar lautan berdekatan Acheh, Sumatera, Indonesia yang membawa gelombang dan ombak besar ke negara kita, pantai Phuket, pantai Sri Lanka, Bangladesh dan selatan negara India. Dianggarkan 30,000 orang maut disebabkan bencana alam ini. Bayangkan betapa besarnya kekuasaan Allah dan hanya sedikit sahaja puncanya menyebabkan ramai yang kehilangan nyawa dan harta benda.


Ombak besar menghempas tembok pantai Hotel Eastern & Oriental, Penang.

Di Pulau Pinang heboh disana sini mengatakan tentang bencana ini yang menimpa pantai-pantai di sebelah pulau seperti pantai Batu Feringhi, Teluk Bahang, Balik Pulau, Tanjung Tokong, Tanjung Bunga, Gurney Drive dan beberapa tempat yang lain. Di tanah besar pula seperti di Kuala Muda, Pantai Merdeka, Kuala Kedah dan Langkawi.

Masa kejadian ni berlaku aku takda kat rumah, apartment aku kira di tepi pantai jugak la dan belakang apartment aku ni perkampungan nelayan. Aku masa tu berada di Padang Serai, Kedah, lepak umah kawan aku sebab malam tu kami pergi berkelah di Kolam Rekreasi Air Panas Baling. Kami yang pergi ni antaranya aku, Leosabri, Farid, Nazeem, Helmie dan Ryzan. Satu kereta Kelisa aku ni enam orang sumbat semuanya. Padat. Tapi takpe sebab yang belakang tu semua kurus-kurus melidi.


Ombak dan banjir lumpur mula membanjiri sekitar kawasan Gurney Drive.


Bulatan Gurney Drive dilimpahi air laut.


Keadaan Bulatan Gurney setelah air surut.

 



Motosikal dan Kereta yang diletakkan sepanjang Gurney Drive musnah dilimpahi air laut dan lumpur yang melimpah.


Okey bercerita balik pasal tsunami ni, gegaran pertama yang dirasai adalah lebih kurang pukul 9 pagi. Masa tu aku tengah syok lena, Ryzan yang tengah tengok tv terima panggilan telefon dari adiknya yang berada di Perlis mengatakan ada gegaran tetapi kami yang di Padang Serai ni tak rasa apa-apa pun. Jadi tengahari tu sementara menunggu Helmie menyiapkan masakan tengahari iaitu Nasi Ayam yang bahan-bahannya kami beli pukul 10 tadi di pekan sehari Padang Serai, kami menunggu untuk menonton berita terkini di tv. Berita di tv menunjukkan gegaran yang dirasai di serata tempat di seluruh semenanjung Malaysia. Rupa-rupanya ada gempa bumi yang terjadi di dasar laut berdekatan Acheh, Sumatera, Indonesia. Skala Richter menunjukkan gegaran yang berukuran 9 skala richter yang mana boleh dikatakan kuat juga telah berlaku didasar lautan disusuli gegaran-gegaran kecil yang lain.

Pukul 4 lebih kami tiba di rumah dari Padang Serai, aku pula tengah menunggu Sharum, kawannya, mak dan adik kawannya datang untuk menumpang di rumah aku kerana pada keesokan harinya mereka nak hantar adik kawannya itu masuk IKM di Sg Petani. Mereka tiba sejurus selepas kami sampai di rumah.

Berita di tv petang ini pula mengatakan ombak besar 'tsunami' telah melanda pantai-pantai di utara semenanjung Malaysia ini khususnya di Pulau Pinang. Sejurus selepas gegaran yang dirasai pada sebelah paginya, tsunami telah melanda dengan teruknya lebih kurang pukul 1 tengahari. Orang ramai yang tengah berkelah ditepi pantai menjadi kelam kabut kerana tidak ada angin ribut tiba-tiba dilanda ombak. Ombak pertama dan kedua tak berapa bahaya tetapi ombak ketiga yang menyebabkan banyak kemusnahan sehingga melimpah ke atas jalanraya, memusnahkan kediaman, meragut beberapa puluh nyawa yang tak sempat menyelamatkan diri.

Saudara mara dan kengkawan aku yang tahu aku di Pulau Pinang sibuk menelefon dan mengSMS aku bertanyakan keadaan di sini. Aku kata, aku biasa je sebab aku tak rasai apa pun gegaran sebab aku takda masa tu, dan masa ombak besar tu pun aku takda kat tepi pantai sebab aku masih belum balik dari Padang Serai, Kedah. Aku ada juga menjenguk pantai petang itu dari tingkat 11 apartment aku ni, tapi aku tengok pantai dan laut dalam keadaan biasa je, maca hari-hari biasa cuma keadaan air lautnya berkeadaan keruh sedikit. Helmie dan Ryzan pula pergi naik motosikal melihat perkampungan nelayan, diorang kata bot-bot dan sampan nelayan banyak yang pecah teruk disebabkan tsunami tersebut.

Mak aku pulak yang masa tu ada kat Bayan Lepas, Pulau Pinang menghadiri kursus ada menelefon aku. Masa tengah kursus lebih kurang pukul 9 tu ada rasa gegaran tu tapi takda lah menjangkakan kesannya seburuk ini. Masa pukul 3 petang tu basnya yang membawa rombongan peserta kursus dari Negeri Sembilan ada pergi menyusuri jalan ke Batu Feringghi dan mereka lihat banyak ambulan dan jalanraya berlumpur. Mereka tidak tahu yang telah terjadinya suatu bencana yang jarang sekali berlaku di negara kita sebelum ini. Aku tak sempat nak jumpa mak aku, lagi pun Jumaat lepas aku dah pergi jumpa dia. Pepaham je la nak menyeberang jambatan tu kena RM7. Selepas balik dari Batu Feringghi tu, mak aku dan rombongannya terus balik ke Seremban.

Malam tu kami masih lagi menunggu cerita-cerita mengenai 'tsunami' ni dan terkejut melihat visual yang ditunjukkan mengenai ombak besar tu, sunggh menakutkan dan rasa insaf dengan kekuasaan dan kebesaran Allah dan bersyukur kerana tidak ditemukan dengan bencana alam tersebut.


Posted at 02:51 pm
Comment (1)  

Saturday, December 25, 2004
Tajuk Apa Eh?

Dah seminggu aku tak menulis kat blog ni.. bukan aku malas tapi bila nak mengadap pc je mula aku mula la berat je, ngantuk semacam, tak tau la kenapa, last2 seminggu aku tak tertulis blog ni. Kalau nak ikutkan banyak aktiviti aku yang nak diceritakan disini sepanjang minggu tu. Leosabri kawan aku dari KL tu masih lagi ada kat umah aku sampai hari ni. Sepanjang seminggu tu kami pergi merayau ke Padang Serai, makan malam di Kulim, pergi pasar malam, masak2 di rumah untuk makan malam, melayan DVD, pergi cruising sana sini dan banyak lagi aktiviti biasa kitorang yang tak terceritakan kat sini.

Soal kerja pulak aku sepanjang minggu ni macam malas nak kerja, lagi pun hujung2 tahun ni prestasi pun dah keluar, nak tunggu pulak job baru untuk tahun depan, kerja-kerja yang masih ada untuk bulan ni macam diabaikan tapi kalau sampai dateline nanti memang terkejar-kejar gak la nak habiskan sebab malas nak berjawab dengan boss. Petang semalam sempat lagi tu bos aku call handpon aku, padahal aku dah balik umah dah, isk memula cam tak nak angkat takut kena panggil pergi opis balik kengkalau ada mende tak settle ke, nasib baik bos aku cakap yang job baru untuk thn depan dah keluar kat our computer system dah dan minta aku bincang kes-kes lama yang aku handle untuk serah kat kawan aku yang ambil alih job aku.

Semalam pulak mak aku datang kursus kat Penang ni, menetap kat Hotel Seri Malaysia, Bayan Lepas. Aku pun ajak la housemate aku Helmie, Leo dan Nazeem pergi jumpa mak aku kat Penang tu. Cadang pukul 2 nak pergi sana, layan tidur punya pasal, pukul 4 baru gerak ke Penang. Mak aku puas misscall, masa aku tengah tido tu. Sampai kat hotel tu aku tinggalkan Leo dan Nazeem sebab mak aku ngan kawan dia mintak bawak jalan2 pergi beli jeruk. Aku dan Helmie bawa la diorang pergi Balik Pulau, cari jeruk kat sana, dan singgah kejap kat pemandangan indah Balik Pulau kat atas bukit tu. Pemandangan kat sini cantik lebih-lebih lagi bila matahari tenggelam, sesapa yang berkapel tu mesti romantik kalo kat sana, angin pun kuat.

Lepas bawa mak aku dan kawan dia pergi beli jeruk tu, mak aku minta bawa dia pergi Botanical Garden tapi dah nak senja terus la kami pulang ke hotel. Pastu aku pergi merayau pulak bawa Leo dan Nazeem sekali, mak aku suruh datang balik pukul 10.30 ajak makan. Memula kami pergi umah kawan Helmie, umah bebudak pompuan selamba je, kalo kena tangkap basah naya jek.. hiks. Aku banding umah aku dan umah budak pompuan ni, lawa lagi umah aku hikhik. Leo sempat la merepair pc sorang minah ni. Lepas minum dan makan kacang2 kami pun gerak la. Bebudak pompuan nih ajak kitorang tengok live band kat satu pub di Georgetown tapi kami cakap tengok la kalau takda hal.

Pastu aku pun pergi hotel mak aku semula, tunggu diorang bersiap dan cari kedai makan. Macam biasa la kalau makan kat kedai makan ni, tak semua yang perfect, makanan lambat sampai la, tak sesedap mana la dan memacam lagi. Malas nak cerita. Kebanyakkan gerai makan sama je. Lepas hantar mak aku ngan kawan dia balik hotel, kami rasa nak balik terus ke seberang. Memasing dah letih dan badan pun semacam berlengas sebab keluar dari pukul 4 petang tadi tapi sempat lagi tu singgah lepak kat tempat yang kitorang selalu lepak di Butterworth.

Sampai rumah aku dah tak larat dah nak mengadap pc, berat je mata, basahkan badan kejap, tukar baju, terus masuk tidur.

Hari ni pulak bangun lambat skit, maklum la cuti kan, biasa la tu. Bangun2 je tak mandi lagi terus kemas rumah, tukar cadar kat bilik, susun buku yang tak teratur kat rak2 tu, lap habuk2, menyapu dan mop lantai. Helmie pulak aku tengok kat dapur tengah start nak memasak untuk makan tengahari, untung aku dapat kawan yang rajin camnih, memasing tak berkira, lebih-lebih lagi aku kan.. ahakz.. untung sapa dapat kawan cam aku.. hehehe.

Posted at 02:53 pm
Comment  

Saturday, December 18, 2004
Meriah Dengan Kengkawan

Sejak beberapa minggu ni aku tak putus-putus dikunjungi kengkawan terutamanya kalo weekend days. Ada saja aktiviti. Aku ni pulak jenis tak berkira dan mengalu-alukan kedatangan tetamu ke rumah aku, tu yang ramai kekawan tak kisah berkawan ngan aku tu, tapi tengok time la kalo agak-agak baru dapat gaji untung la sesape yg dtg time tu, dapat la aku layan lebih-lebih skit, kalo datang time sengkek pepaham je la, merayau setakat dekat2 je la. Minggu lepas aku bawak kawan2 dari Shah Alam meronda Penang, minggu ni pun bawa lagi sorang kawan aku dari KL, Leosabri. Malam pertama tu bawa meronda bandar koboi Butterworth ni jer, malas nak ke seberang pulau, maybe nak pergi Ahad.. lagik pun nak buat apa buang duit ke seberang pulau tu. Sekali lalu je kena tol RM7. Malam tu keluar la aku Leo, Nazeem & Farid  meronda la tempat2 yang ramai orang untuk mencuci mata, melihat gelagat macam2 jenis orang (housemate aku Helmie yang selalu lepak ngan aku tu takda, pergi gathering bebudak kolej dia). Seronok tau tengok2 orang ni, kekadang boleh jadi bahan jenaka dalam perbualan ngan kengkawan, dan kadangkala jadik bahan gossip dan umpat-mengumpat. Hish tak baik kutuk-kutuk orang... tapi itu la hakikatnya bila kita tengok perangai2 manusia ni especially kat tempat yang ramai orang. Tapi jangan anggap yang kita hanya tengok orang tapi orang tak perhatikan kita, jadi kena la jaga tingkah laku dan perlakuan gak, takut2 kita sendiri gak yang kena jadik bahan lawak kat orang lain.

Kami berempat ni pun mula la melepak kat satu gerai ni sambil menjamah nasi lemak ni bermacam mende la jadik topik perbualan. Yang si Leo nih pulak jenis tak reti nak bercakap slow, macam bertih goreng mulut tak berenti bercakap, apa lagik bila ditemukan dengan si Farid tu, memang lah kena, mulut sesama riuh, sesama peramah. Diorang ni walaupun baru je berjumpa malam ni, lepas ditemukan kat aku terus macam kawan yang dah kenal lama bertahun2.

Seronok dapat berkawan ngan orang mulut bising dan peramah ni, tak payah aku nak berborak sangat, mengangguk angguk je la sambil menyampuk sikit2 dan tak payah aku nak memikir idea bukak topik perbincangan bila lepak ngan kekawan ni, jimat tenaga aku hehehe.. Leo tu pulak bila bercakap macam takut tertinggal kapal terbang yang nak berlepas ke London, macam tak sempat nak mengabiskan ayat, macam akan berjumpa balik 10 tahun akan datang. Tapi bila time makan, slow yang amat, aku rasa kalo berlumba makan dengan siput babi pun, siput babi tu lagi cepat dari dia kot. Aku tak kisah la memang dah style dia camtu, dia pun sendiri mengaku bila makan je, orang dah abis dua pinggan dia masih tak habis lagi, pompuan pun lagi cepat makan dari dia, susah sangat nak menelan, slow2 pun tapi takde la dia mengaku siput babi tu lagi cepat dari dia, sebab dia tau dia manusia bukan siput babi. Tup tup telefon Leo berbunyi, apa lagi berborak pula dengan kawan dia kat fon tu berjela-jela, nasib baik dia baru je abis makan, kalo tak memang la karang sambung makan balik. Lagi satu Leo ni kalo merokok memang tak hengat, Dunhill 20 tu boleh abis sehari je, naga pun tak macam dia, so camna agak agak kalo aku combine siput babi dengan naga.. apa jadik ek?

Lepas lepak kat gerai tu kitorang merayau lah lagi tengok orang sambil dalam kereta ni riuh dengan suara Leo dan Farid ni, cam biasa Nazeem tak banyak cakap, aku plak drive sambil gelak ngan lawak2 diorg nih, depa nih kekadang menjerit pulak bila tengok taste .. hish ape nak jadik bebudak ni.. kadang tu selamba je la menjerit kat orang yang tengah lalu.. bila tengok orang melintas je, ada la pulak molot2 yang mengata, "ehh tengkorak idup melintas" ada satu tu pulak kata "eh nenek kebayan melintas" .. tu la korang kalo yang agak2 nak melintas time kereta kitorang keluar merayap tu harap2 pakai la lawa2 skit dan jangan pelik sangat, kang jadik bahan molot2 poaka kami nih jeh karang..

Posted at 04:00 pm
Comment (1)  

Previous Page Next Page