About Me
Name : Zaifulddin
Nickname : zaif, zaiful, epul, sepol
Occupation : Govt. Servant
Status : Single
Location : Butterworth, Penang, MY
Hometown : Seremban, Negeri Sembilan, MY
Email : cpointce@yahoo.com
My Fotopages
Friendster Album

Flickr Album
www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos from aypol.geo. Make your own badge here.

My Japanese name is Higashikuni Hamada.
Take The Kawaii Japanese Name Generator by Shuichigami today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.



My Tag Board
   

<< June 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Tuesday, January 25, 2005
Cuti Berakhir

Lima hari sudah berlalu, besok dah mula kerja balik. Banyak kes-kes untuk bulan ni yang masih belum aku selesaikan. Dua minggu lagi cuti lagi, cuti raya cina pula. Mungkin aku akan bercuti seminggu pula masa tu dan masa untuk aku pulang ke kampung. Rasanya dah dekat dua bulan lebih aku tidak pulang ke kampung. Sms yang diterima dari sepupu aku menginginkan kehadiran aku masa perkahwinannya nanti pada raya cina kedua. Jemputan melalui sms juga aku terima dari seorang kawan aku masa belajar di ITM Melaka dulu untuk menghadiri majlis perkahwinannya di Melaka. Bulan ini memaksa aku untuk lebih mengerah tenaga aku bagi menghabiskan kerja-kerja yang tertunggak disebabkan cuti yang banyak. Aku tidak tahu samada aku mampu untuk menghabiskannya atau pun tidak. Risau juga untuk menghadapi kerja-kerja yang tidak habis bila bos ku mula memanggil untuk bertanyakan mengenai kes-kes yang masih lagi tertinggal. Pedih telinga mendengar leteran bos dan juga prestasi bulanan yang akan merudum bilamana kes-kes tertinggal ini menjadi penyebabnya. Kerisauan mengenai kerja ini pula disusuli dengan raya cina dimana client ku yang banyak terdiri dari bangsa cina yang akan melengahkan pembayaran tunggakan mereka disebabkan belanjawan mereka untuk perayaan tersebut.

Mengenai cuti aku hari ni pula, tak banyak yang aku lakukan. Bangun tidur aku terus mandi dan makan laksa yang dibawa oleh Fizal dari kampungnya. Selepas itu aku pergi ke rumah kawan pejabatku di tingkat lima aparment aku untuk 'install games' yang baru dibelinya. Dua tiga kali juga aku membuang dan memasang semula games tersebut untuk mendapatkan kepuasan yang betul setelah memasangnya. Setelah siap kawan aku terus menjamu aku dengan mee rebus dan memanggil dua rakanku Helmie dan Sahar yang berada dirumah. Hanya guna Skype je untuk call ke rumahku dan mengajak mereka naik ke atas. Senang betul ada teknologi ni, tak payah buang duit nak guna handphone ke apa. Balik ke rumah Helmie terus main network games dengan kawan pejabatku. Aku pula menonton DVD tapi rasa cam takda mood pula nak menonton terus cari majalah bawa dalam bilik dan tak sampai separuh baca majalah terus tertidur. Tidurku terjaga semasa Nazeem & Leo sampai. Nazeem terus melepak atas katilku, sementara Leo pula ber'online' sebentar di komputer yang berada dalam bilikku. Sahar pula meminta aku menghantarnya ke stesen bas kerana ingin ke Kuala Lumpur. Setelah menghantar Sahar.. aku, Mie, Leo & Nazeem singgah makan di Pantai Robina. Hanya berbual kosong sebelum, semasa dan selepas hidangan. Selepas itu tak tahu nak pergi mana dan terus balik ke rumah dan melekap lah aku didepan komputer.

Posted at 09:57 pm
Comments (2)  

Sunday, January 23, 2005
English Tutorial



The word that can be using in more than a words.



*taking from azfar's blog

Posted at 12:59 pm
Comment  

Aidiladha 2005

Aidiladha Pertama : Hari ni memula sekali pergi ke rumah Sahar yang berdekatan dengan rumah aku, dijamu dengan ketupat dan nasi impit. Pagi-pagi lagi aku dah dijemput oleh Sahar untuk ke rumahnya dan aku pergi dengan Helmie. Helmie tidak balik ke rumah mak bapaknya sebab diorang beraya di Perlis. Setelah ke rumah Sahar kitorang minta diri dan call Nazeem & Leo samada nak ikut kami ke Padang Serai, rumah Farid. Setelah menjemput budak dua orang ni terus kami ke Padang Serai dan dijamu pula dengan hidangan pertama iaitu lontong, setelah itu hidangan kedua nasi tomato pula dihidangkan. Pukul 2.30 kami berangkat pulang kerana Nazeem hendak pergi ke rumah emak saudaranya yang membuat korban. Pukul 5 bersiap-siap pula untuk ke rumah Aan. Beria-ria Aan menjemput kami ke rumahnya. Untuk tidak menghampakan orang kami pun pergi. Helmie tidak ikut, dia kerja pula malam ni. Di rumah Aan.. aku, leo dan nazeem dijamu pula dengan ketupat dan rendang serta bihun tomyam. Kenyang betul hari ni. Aku pun tak terasa sangat berjauhan dengan keluarga bila disamping kawan-kawan yang menjemput beraya ke rumah diorang ni. Balik je dari rumah Aan, kami terus ke Seberang Jaya untuk melihat sebuah shopping complex yang baru dibuka kat situ. Buka pula hari ni. Pastu bila pergi sibuk dengan lagu Gong Xi jer. Cehh raya diorang lambat lagi. Suasana raya kita pada hari ni langsung tak rasa apa pun kat situ. Ramai sangat orang yang datang, bersesak-sesak dan beratur panjang masa membayar. Aku pun tak jadi nak membeli apa-apa dan terus mengajak Nazeem & Leo ke Pacific untuk mencari hadiah harijadi Huda. Huda menjemput untuk datang ke harijadinya pada 24 Jan ni.

Aidiladha Kedua : Hari ni takda banyak aktiviti yang dilakukan. Helmie balik dari kerja terus tidur dan pukul dua baru bangun sebab ada kawannya nak datang dari Parit Buntar. Aku pula menggoreng keropok dan Helmie pula membuat nasi goreng setelah kawannya dijemput dari stesen bas. Petang ni takda kemana-mana, duduk rumah dan tengok DVD. Malam pula, setelah majalah tiga habis, kami bersiap-siap untuk ke Air Panas, Baling. Mula-mula aku bengang gak, Nazeem & Leo tak jadi pergi, lepas tu Helmie pula tak nak ikut, tak larat katanya. Aku pun sakit hati la, plan yang dibuat tak jadi pula gara-gara diorang cancell last minute cam ni. Aku pun decide la pergi satu kereta je dengan Sahar, Yemm, Andy dan Anuar (kawan yang datang dari Parit Buntar tadi tu). Lepas diorang tengok aku dok bengang terus diorang jadi ikut. Ramai juga orang di Air Panas Baling malam ni. Seronok juga menjamu mata. Macam-macam jenis orang ada. Yemm dan Andy dapat kawan rupanya, budak Johor gak yang kerja Penang. Apalagi diorang dah jumpa orang kampung terus lupa kami. Lepak ngan bebudak JayBee lah plak. Lantak diorang lah. Aku tak berendam satu badan sebab panas, perit badan aku ni bila mencecah je air panas ni. Nazeem pula berenang sakan macam air tu sejuk je. Aku ni mencelup kaki je lah. Setelah puas mencelup kaki. Pukul 4 pagi semua berpakat untuk balik ke rumah. Sampai ke rumah pukul 5.30 pagi dan tidoq. ZZZZZZzzzzzZZZZZzzz....

Posted at 12:43 pm
Comment  

Thursday, January 20, 2005
Menjelang Aidiladha




Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Haji atau Aidiladha atau ada orang kata Hari Raya Qurban kepada semua yang membaca atau terbaca, terlawat, tertengok dan sewaktu dengannya. Harapan aku agar anda dapat menyambut hari kebesaran ini dengan gembira dan sempurna. Jika beraya tu diharap semua kawan-kawanku berhati-hati dan ingatlah pada orang tersayang.


Aku sekarang ni baru saja balik dengan Helmie dari rumah Nazeem yang tidak berapa jauh dari rumahku. Tadi dijamu dengan makan malam dan selepas itu sambil duduk menonton tv setelah kekenyangan, dijamu sekali lagi oleh Nazeem dengan kentang goreng dan ketupat yang baru saja direbus oleh emaknya. Walaupun aku tak balik beraya kat kampung di Seremban, takda lah terasa sangat sebab raya haji bagi aku biasa je, tapi mungkin tidak pada sesetengah orang yang mungkin menyambutnya lebih meriah dari Aidilfitri. Cuma aku hairan di tv kenapa tidak banyak sangat takbir raya yang diselang-selikan dengan program lain di tv, tak macam masa raya puasa dulu atau akukah yang terlepas? Raya Haji selalunya takbir adalah tiga hari berturut-turut berbanding raya puasa yang hanya sehari saja kita alunkan takbir. Dari segi sambutan pula, kita di Malaysia ni menyambut raya haji tak semeriah raya puasa. Apakah kesilapan disitu, budaya kita atau adat? Aku pun keliru. Tetapi walau apa pun perayaan yang kita sambut, ibadah kita tetap pada Allah dan menyambut dengan cara sederhana dan sempurna.

Balik dari rumah Nazeem aku berkemas bilik dan memindahkan barang2 Helmie ke bilik aku kerana ada 2 orang housemate baru yang hendak menyewa dibilik tersebut. Tetapi aku musykil juga mamat dua orang ni, walaupun aku dah beri masa tiga minggu untuk cari kerja disini tanpa perlu membayar apa-apa sewa dulu (maksudnya bulan pertama ni free jer la), tetapi masih juga tak dapat kerja. Aku perhati juga waktu diorang ni keluar rumah, selalunya dah petang baru nak keluar rumah dan balik lewat pagi, then tido sampai petang, then kuar balik sampai lewat pagi, bila masanya nak dapat kerja. Aku pulak yang makin pening dengan bebudak ni, dan aku risau juga dengan siapa diorang ni berkawan sedangkan mereka ni baru saja disini. Datang dari Johor Bahru. Walaupun aku kenal sorang mamat tu dulu pernah bekerja dengan aku masa aku membuka cybercafe dulu tapi sekarang ni aku musykil dan risau juga. Bukannya aku nak menyibuk hal orang tetapi aku sebagai tuan rumah kena tahu juga dengan siapa mereka ni berkawan. Takut juga terjadi satu-satu hal yang mereka ni buat tanpa pengetahuan aku, dan rumah aku dijadi target oleh pihak-pihak tertentu, warghhh tak nak, Nauzubillah, minta dijauhkan. Walaupun aku mungkin dapat menjimatkan lagi sewa rumah ni, tetapi risiko yang bakal aku tanggung akan menggugat kebahagiaan rumah ini yang aku duduki dengan aman sejak hampir dua tahun lalu. Bukan aku tak mampu untuk menyewa seorang tetapi rugi juga dibiarkan bilik kosong tanpa penunggu.

Sebentar tadi sebelum aku menaip entry ini, kerinduan ku tiba pada ibubapaku, keluarga serta kampung halaman, maklumlah malam ni malam raya. Aku sempat menelefon rumah ibubapaku. Telefon dijawab oleh anak abang sulungku yang baru berumur 5 tahun dan dia tidak kenal suaraku lantas memanggil ibuku yang tengah berbaring didalam bilik, kepenatan menyediakan juadah untuk raya besok. Antaranya yang disediakan seperti lemang dan rendang, makanan wajib keluarga kami, baik aidilfitri mahupun aidiladha. Abangku yang kedua bersama keluarganya masih belum tiba. Bapa dan adikku Fadil pula berada disurau, bersama-sama orang kampung memulakan takbir dari rumah ke rumah. Satu tradisi yang masih lagi dikekalkan oleh penghuni kampungku di malam raya. Adikku yang bongsu, Zubir, sama macam aku, tidak pulang ke kampung. Dia berada di Kluang, Johor. Bertugas sebagai Pengurus PERNAMA di kem tentera di sana. Mungkin kami sama-sama akan bertemu pada cuti raya cina dua minggu dari sekarang, insyaallah.

Untuk perancangan raya esok hari, aku telah dijemput oleh kawan-kawanku sekitar Penang ini untuk beraya di rumah mereka. Bila mereka tahu aku tidak balik ke kampung, mereka mengajakku untuk ke rumah mereka. Antara jemputan itu ada datangnya dari kawan-kawan pejabatku dan ada juga yang bukan dari kalangan rakan pejabat iaitu yang aku kenal melalui teman-teman dan juga chatting. Sekian entry aku untuk hari ni.

SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA.
May Allah bless you with peace and good health.

Posted at 11:22 pm
Comment  

Tuesday, January 18, 2005
Hari Yang Biasa

Malasnya aku nak buat kerja hari ni, job baru dah seminggu dapat, tapi aku masih tak tahu mana satu kerja yang aku patut aku settlekan dulu. Nak serve saman? hih malasnyer, sah sah la majikan-majikan tu nanti ada yang lari kalau tau aku datang nak serve saman. Atau perlu ke hari ni aku melawat kes-kes baru yang masih majikannya tidak ku kenali? Atau patutkah aku pergi mengumpulkan collection 'late payment' yang masih bertimbun lagi tu. Atau patutkah aku pergi membuat routine inspection. Mana satu yang patut aku dulukan, arghh pening pening. Baik aku rilexkan kepala dulu dengan borak2 kosong bersama officemate aku dan melayan perokok-perokok tegar yang sentiasa memenuhi ruang tangga kecemasan ofis aku nih. Tepat pukul 9 masing-masing semua menuju ke bilik meeting untuk melayan breakfast. Leceh tul bila keluar arahan tak boleh minum kat luar ni. Masing-masing sebelum masuk ofis dah siap-siap membeli bekalan makanan atau ada yang bawa dari rumah semata-mata akur dengan arahan yang dikeluarkan ibu pejabat ni. Tapi ada juga seorang dua yang melanggar arahan pergi makan diluar. Sebenarnya bukan tak boleh makan luar tetapi masa yang diberi cuma 15 minit je dan kena punch out then bila masuk kene punch in. Malas yang nak punch ni, kang nanti lewat seminit pun kena berjawab gak. Aku tadi dah siap beli dah kat umah aku nasi lemak dan ada officemate aku yang tak sempat beli tu keluar kejap kat kafe bangunan sebelah untuk beli makanan. Aku pun hairan kat bangunan di ofis aku ni satu kafe pun takde. Camna la diorang uruskan bangunan ni agaknya. Koperasi yang jual makanan ringan dan perkhidmatan fotostat pun takda, padahal itulah kemudahan yang sepatutnya ada di agensi-agensi kerajaan.

Di bilik meeting tu segala macam cerita keluar, walaupun semua lelaki tapi mulut diorang ni kalah juga mulut pompuan bila bercerita, segala macam cerita keluar, dari topic isu semasa hinggalah bermacam luahan, lawak, usik-mengusik, cerita pengalaman masing-masing dan macam-macam lagi. Kekadang dari cerita diorang tu la aku dapat berbagai cerita untuk dijadikan asas pengaliran minda dan idea untuk pengetahuan aku dan penceritaan seterusnya dengan kawan-kawan lain. Lepak kat bilik meeting tu lebih kurang sejam setelah baca suratkhabar dan aktiviti bercerita, masing-masing terus ke meja dan memulakan kerja. Aku pun mulalah membelek kes-kes mana yang perlu aku selesaikan hari ni. Pening punya pening terus aku decide untuk menyerahkan saman. Pukul 11 setelah aku print kes-kes statement dari sistem komputer terus aku mulakan perjalanan aku untuk melawat majikan-majikan tersebut. Sebelum aku keluar aku telah menelefon untuk mengesahkan kedatangan aku ke tempat mereka. Setelah sampai sudah tentu saman tu mereka seakan takut untuk menerimanya dan berjanji akan membuat pembayaran tunggakan sebelum tarikh sebutan kes di mahkamah. Takut juga mereka dengan saman ni kan. Seronok juga sebenarnya kerja luar ni, kita bebas untuk lakukan apa yang sepatutnya kita buat untuk selesaikan kes. Sambil memandu pula boleh mendengar radio atau CD lagu-lagu kegemaran. Otak kita pun tak berserabut macam duduk kat ofis tu dengan dikelilingi fail-fail dan dengan kebimbangan pemerhatian bos dan penyelia di ofis serta arahan-arahan yang dikeluarkan dari masa ke semasa.
Setelah tiga empat kes cukup aku kumpulkan segala macam dokumen berkaitan dan temubual dengan pekerja bagi penyediaan laporan kepada bos aku, terus aku dengan hati yang ceria memandu untuk pulang ke rumah dan seterusnya menunggu ketibaan hari esok untuk membuat tugasan seterusnya.

Posted at 05:45 pm
Comments (5)  

Monday, January 17, 2005
JUARA LAGU KE 19 - 2004

Juara lagu tahun ini menyaksikan kemenangan kepada kumpulan Spider dengan lagunya Relaku Pujuk yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM25 ribu serta menang kategori Pop Rock. Misha Omar dengan lagu Pulangkan pula memenangi Vokal Terbaik dan menang Kategori Balada. Erti Hidup yang didendangkan oleh Dayang Nurfaizah menang kategori Etnik Kreatif. Persembahan terbaik pula telah dimenangi oleh Noraniza Idris yang mempertaruhkan lagu berentak tradisional jawa yang bertajuk Hatinya Tak Tahan.


Posted at 01:02 am
Comment  

Friday, January 14, 2005
Gaji Awal Lagi

Masuk bulan ni je dah 3 bulan gaji dapat awal. Hari ni dapat gaji untuk bulan ni yang sepatutnya dapat hujung bulan. Ini disebabkan Aidiladha yang jatuh pada Jumaat minggu depan. Cuti Sabtu minggu ketiga ni juga dipinda ke minggu depan sebab Raya Haji tu jatuh pada hari Jumaat dan sambung dengan cuti Sabtu yang dipinda tu. Tu aku tak kisah la sebab Raya Haji ni bukannya aku balik kampung pun. Bukan aku tak nak balik tapi disebabkan bulan depan masa cuti Raya Cina plak aku dah plan nak balik kampung sebab ada cousin kahwin then nak merayau satu KL puas2, so Raya Haji ni stay kat Penang je la, lagi pun Raya Haji di Malaysia ni tak semeriah macam Raya Puasa. Aku harap-harap masa nak cuti Raya Cina nanti claim aku masuk sebab bulan ni dah gaji awal sah2 la gaji yang aku dapat awal ni habis dalam pada nak sampai hari cuti tu nanti.

Dapat je duit hari ni tadi, tengahari terus aku pegi ATM keluarkan RM100. Lepas semayang Jumaat aku terus pergi Megamall Perai untuk mencari DVD. Sebelum sampai kedai DVD tu aku singgah dulu kedai yang menjual CD komputer dan aksessori, tujuan aku sebenarnya nak beli installer dan CD-R dan terbeli pula CD Album. Sambil2 melihat aksessori tu aku tertarik pula dengan Webcam yang dijual yang ada infrared, thats mean dalam gelap pun kita boleh guna cam tu. Harga yang ditawarkan RM95. Aku tanya la jurujual tu boleh dapat diskaun lagi tak, kira2 punya kira, dia cakap harga RM85. Then aku mintak dia test dulu webcam tu. Pergh image nye saja dah buat aku memang teruja nak beli cam tu. Aku terus minta jurujual tu kira dan buat resit siap-siap sementara aku pergi carik ATM untuk keluarkan lagi RM100. Sampai kat jurujual tu dia kasik resit semua RM124. Aku minta diskaun lagi RM120 je, dia kata okey. Untung lagi aku diskaun n diskaun, apa-apahal pun kat kedai tu aku dah abis RM120 dan terus aku pergi carik DVD plak kat kedai yang aku dah lama jadi membership.



Image dari Webcam baru aku. KLIK UTK LINK MY WEBCAM PAGE.



Lagi image yang dicapture dari webcam aku.

Kat kedai DVD pula aku beli lima keping DVD yang kesemuanya RM25, thats mean sekeping DVD berharga RM5. Cerita yang aku beli antaranya The Forgotten, Shark Tale, The Grudge, A Series of Unfortunate Events dan Kung Fu Hustle.

Lepas tu terus aku balik dan singgah kat bank kejap untuk keluar lagi RM100, nak servis kereta pula.

GAJI.., GAJI..., CEPAT BETUL ENGKO HABISSS........... hisk

 


Posted at 05:50 pm
Comments (2)  

Thursday, January 13, 2005
Tayangan Amal Perdana - Gerak Khas 3

Sekarang ni aku baru je balik dari Tayangan Amal Perdana - Gerak Khas 3 di GSC, Gurney Plaza, Penang. Siang tadi kat opis aku dapat tiket free berharga RM100 tu dari kawan kat opis aku. Aku ni memang jenis suka tengok wayang so aku terima je la. Orang nak bagi aku ambik je la. Walaupun aku kurengz skit nak tengok cerita melayu ni, disebabkan harga tiket tu mahal plak, aku nak tengok gak camne kemeriahannya. Memang meriah kat panggung tu apa lagi bila dihadiri sekali oleh pelakon filem tu seperti Norman Hakim, Abby Abadi, Faizal Hussein dan Zulkifli. Bukannya aku excited sangat pun nak jumpa pelakon2 ni cuma aku nak tengok camne meletopnya diorang nih bila kita jumpa kat dunia luar ni. Selalu tengok kat tv atau movie jer. Masa kat entrance plak dapat satu beg snack sumbangan dari Polis Diraja Malaysia ni. Jimat la duit nak beli popcorn, minuman etc. Aku lak tersilap masuk dewan, kalo aku tau sure aku masuk yang 'Premiere Class' tu sebab VIP dan artis2 tu tonton wayang kat situ. Aku masuk panggung yang biasa yang memang dikhaskan untuk tayangan amal tu juga tapi kelas biasa je la, so bila dah masuk malas la nak keluar balik pergi kat Premiere Class tu.. takpe la janji dah dapat tengok free nih pun jadi le. Aku duduk di tempat yang paling atas sekali dengan Helmie. Rupa2nya banyak lagi tempat kosong, kalau aku tahu, dah lama aku bawa kengkawan aku yang lain. Komen pasal cerita ni pulak, aku rasa biasa je macam cerita bersiri Gerak Khas di tv tu, cuma topic pasal kes dalam film tu yang lain sikit. Gaya cerita lebih kurang macam Gerak Khas The Movie 1 & 2. Takda apa yang istimewa pun nak diceritakan pasal filem ini kecuali penampilan lakonan pertama Misha Omar dan lagu-lagu Misha yang popular dijadikan soundtrack untuk filem ini. Lakonan Misha masih belum memuaskan dan masih banyak lagi yang perlu diperbaiki. Kelemahan lakonan Misha boleh dimaafkan kerana ini lakonan beliau yang pertama. Lakonan Sarimah Ibrahim lebih menonjol dengan aksi lakonannya yang bersahaja dan gaya menggodanya semasa menyamar menjadi pelacur. Itu je ulasan aku untuk filem ni dan aku kasi 2 bintang je.

Posted at 11:57 pm
Comment  

Wednesday, January 12, 2005
Claim Oh Claim

Ari ni aku tak mengulat sangat kat opis.. aku pulun job yg dah dateline ari nih, giler nye pulun, kuar opis, masuk opis jumpe majikan˛ yg degil, ambil rekod diorang dan balik opis buat report... ari nih last submit report utk kes˛ yang masih belum settle. Nak kata letih ngan keje˛ nih, aku rasa biasa je kot sebab dah memang keje aku camnih, cuma tak larat la duit minyak nak keluar sana sini, walaupun ade claim, aku anggap yg claim tu sebagai salah satu sumber pendapatan gak, tapi kalo dah banyak keluar dan banyak plak nak isi minyak yg skang nih harga dah naik, kureng skit la pendapatan aku yg separuhnya bersumberkan claim nih. Bagi kekawan opis aku, kalo takde claim nih, sakit sikit idup nih nak arap makan gaji basic je, so claim nih kekadang penyelamat gak kalau tengah˛ sengkek tu... especially time tunggu gaji tu, tup tup claim masuk lak, lega sikit. Kalau cerita pasal claim ni, aku tau korang jugak mesti selalu menunggu claim ni. Lain company lain plak claimnya. Ada yang claim perjalanan, ada yang claim bila pergi kursus, claim perpindahan, claim OT, dan banyak lagi jenis claim ni. Kebiasaannya claim ni orang akan buat lebih˛ sikit, biasa la nak idup. Mungkin ada gak yang claim cukup-cukup je tapi kebanyakkannya akan claim lebih dari yang sepatutnya la. Mana-mana company mesti sama je bagi sesapa yang buat claim nih. Pendapat yang nyata bagi aku, claim ni bermaksud seseorang itu akan mengeluarkan duitnya atau usahanya dahulu untuk sesuatu perkara dan akan menuntut kembali berapa jumlah belanja atau usaha yang telah dikeluarkan oleh mereka. Harap definisi aku tentang claim tu betul lah ye, kalau ada tambahan apa-apa sila kasi komen. Cuma claim semula dari company ni bergantung pada seseorang tu nak claim lebih atau claim sikit. Kalau korangnya company tu tak kisah, boleh la claim tinggi sikit. Yang penting claim ni memang membantu dikala kita tengah sengkek.

Posted at 08:56 pm
Comments (2)  

Tuesday, January 11, 2005
Ning Baizura Latest Album - Erti Pertemuan


 

Ning Baizura is back again with her highly anticipated 9th studio album, ‘Erti Pertemuan’. Her latest effort has been described to be her most personal todate. ‘Erti Pertemuan’ is a collection of 12 new tracks including the first single ‘Awan Yang Terpilu’, ‘Takdir’ a song penned by Ning’s father and Ning’s duet with sensational artiste, J.Jay on ‘Erti Pertemuan’. The album, released under Warner Music Malaysia, is now available at all music stores nationwide on both cassette and CD format.

Warner Music has also released a limited edition CD version of ‘Erti Pertemuan’, which comes in a special packaging. With only 5,000 units distributed throughout Malaysia, the limited edition CD includes 3 extra bonus tracks. The limited edition CDs are priced at RM 40.90.

‘Erti Pertemuan’ will also be available through all Metrojaya and Sommerset Bay outlets throughout Malaysia. The album would also be sold online through KRU’s Online Mall. 

 

Tracks & Ning's Commentary << click here

I've heard all the songs in this album, and this latest album of Ning are so different from any Ning's previous albums. It's full of interesting songs such Awan Yang Terpilu, Erti Pertemuan (duet with Jay Jay), Bukan Sebarangan, Bebaskan (always heard on a radio before the album release), Kepulangan Yang Terindah (Ning's dedicate to her father) and one english song Breathe Again. Other songs - Takdir, Menu Minggu Ini, Senang Tari, Bersama, Ini Yang Dikata Cinta dan Dikau.

Before this album release in 30th Nov 2004, i've got a single of Awan Yang Terpilu from my friend who are fan of Ning's Fan Club and im quite excited with that songs (this song was not played on a radio before like song Bebaskan) then made me waiting for the album's coming... waiting for another songs.. nah, now the songs is in the air..

Posted at 03:21 pm
Comments (3)  

Previous Page Next Page