About Me
Name : Zaifulddin
Nickname : zaif, zaiful, epul, sepol
Occupation : Govt. Servant
Status : Single
Location : Butterworth, Penang, MY
Hometown : Seremban, Negeri Sembilan, MY
Email : cpointce@yahoo.com
My Fotopages
Friendster Album

Flickr Album
www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos from aypol.geo. Make your own badge here.

My Japanese name is Higashikuni Hamada.
Take The Kawaii Japanese Name Generator by Shuichigami today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.



My Tag Board
   

<< June 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Saturday, March 19, 2005
Cerita Aku Minggu ini...

Hish dulu bersemangat nak menulis kat blog nih, kenapa sekarang cam malas je. Tu la, orang ada blog, kita nak buat blog gak. Pastuh tak tahu dah nak tulis apa. Nak buat cam diari ada ke orang nak baca? Sebenarnya aku kat opis skang nih, boring gak dok opis hari ni. Selalu aku kerja luar tapi sekarang nih setiap hari Rabu aku tak boleh keluar, kena duduk dalam opis. Kat opis aku ni kitorang  panggil ‘IN-DAY’. Sebenarnya in-day ni dibuat sebab bos aku nak setiap staff yang kerja luar duduk kat opis untuk siap kerja-kerja dalam opis yang tak siap. Opis aku nih bukannya ada internet pun. Aku menaip ni pun guna word, kang sampai umah aku paste balik dalam blog nih. Walaupun aku in-day hari ni, tak banyak pun kerja opis yang tertunggak kerana kes-kes aku untuk bulan lepas semua dah zero. Dateline aku untuk settlekan kes setiap bulan pula pada 15hb setiap bulan. So hari ni dah 16hb, kira dah habis dah la dateline aku. Lagipun aku bulan ni awal-awal dah settlekan kes-kes aku. Malas lagik aku nak tahan telinga kena leter ngan boss. Biar orang lain pulak kena. Hari ni cuma aku print list kes-kes terbaru untuk diselesaikan pula sehingga dateline 15hb depan. Aku cuma membelek kes-kes baru dan merancang perjalanan aku untuk keluar mencari mereka-mereka ni. Bosan gak kerja cam nih, tetiap bulan mende yang sama gak nak kena buat. Tetiap bulan nak kena kejar kes-kes ni dan bukak fail pendakwaan itu semua.

Malam minggu lalu aku dok lepak ngan si Eisz, member yang datang dari KL, blogger gak. Dia datang lepak umah jiran sebelah aku ni, geng-geng bujang dan geng online gak. Boring lepak umah sebelah datang umah aku. Eisz datang Penang ni sebab nak gie interview. Berminat nak kerja kat Penang plak dah kot. Malam minggu tu pula aku ajak la Eisz pergi makan BBQ kat Caveman, Sungai Petani. Then ajak lagi reramai join seperti Helmie, Sahar, Andy dan kawannya Faiz, adik angkat si Andy, Alimin, Nobita, Usman, Zack dan Wan Smurf dan sorang budak kecik yang montel iaitu anak buah Alimin, panggilannya Dek Chan. Semuanya empat buah kereta yang join. Meriah gak. Caveman BBQ ni sebenarnya sebuah restoran yang membuat konsep BBQ di kawasan lapang. Memula di pintu masuk kita akan masuk ke sebuah gua dimana gua itu adalah kaunter untuk kita memilih makanan. Makanan di sini berpatutan juga harganya. Takde lah mahal giler. Macam harga kat pasar malam je kot. Lebih kuranglah. Makanan semua telah sedia diperap seperti ayam tandoori, ayam percik, ayam madu, otak-otak, sate, isi ikan diperap dengan limau, daging kambing, jagung, sosej dan banyak lagi. Jangan beli bebanyak sangat, takut terlebih plak, beli sekadar agak-agak kenyang nak makan, kalau tak cukup boleh beli lagi. Bila makanan mentah dan minuman semua dah dibeli, kat luar nanti kita akan diberi dengan satu periuk arang, penyepit, dan jaring pembakar serta kipas untuk mengipas arang. Lepas tu bolehlah kita cari kat mana tempat yang sesuai nak duduk di kawasan yang seluas padang bola sepak itu. Ada tempat yang terang, ada tempat yang agak tersorok, ada yang di atas bukit kecil dan ada juga tempat yang agak romantik untuk para kekasih membakar BBQ sambil bergurau senda gitu. Pendek kata semua makanan dan tempat adalah pilihan masing-masing. Masa kami pergi itu, orang agak ramai juga tetapi masih ada tempat yang kosong. Sambil-sambil membakar ni, adalah pula sessi berbalas pantun dan kutuk mengutuk. Biasa la kalau dah reramai ni. Memacam cerita dan usik mengusik. Aku diam sambil meratah makanan yang dah dibakar. Dah lama lapar ni.

Khamis lepas melepas pulak aku nak tengok Explorace, aku layan pun sebab seronok pulak tengok gelagat peserta dalam Explorace tu, senior aku masa kat ITM dulu pun ada gak join, Hanif & Narimah. Aku melepas tengok Explorace tu sebab pegi tengok wayang citer Robots. Best gak citer ni, macamana la pengarah tu boleh dapat idea nak buat cerita camtu. Tentang robot-robot yang gunakan bahan terpakai untuk pasang kat badan diorang, pastu ada family pulak tu. Anaknya boleh beli kat kedai pastu pasang sendiri, setiap tahun anak-anak itu dibekalkan bahan-bahan terpakai (untuk robot miskin) untuk membesar. Grafiknya cantik. Sekarang ni ditayangkan kat IMAX, Times Square. Kalau sempat pergi KL nanti, aku nak tengok cerita tu kat layar gergasi tu pulaklah. Mesti lagik best.

Kejap lagi aku nak pergi Batu Feringghi pulak. Member sebelah umah ni ajak join diorang kat apartment yang diorang sewa kat sana. Malam kang pulak diorang nak buat barbeque. Cuti-cuti nih ok juga aku join. Boring gak lepak kat umah je. Member dari KL pun ada gak yang join. Diorang dah pergi dah. Cuma aku je yang masih lepak depan pc ni. Pepetang sikit pergi baru ok. Agak-agak dah sejuk sikit. Ok lah chow dulu.


Posted at 02:31 pm
Comment  

Thursday, March 10, 2005
Iyyyerpp

duhh minggu ni kene settle kes-kes di opis.. tapi nasib baik claim aku masuk.. eppii gak aku walaupun keje betimbun.. settle plak bil-bil aku yang banyak tu.. dekat dua ratus gak settle bil telekom ngan tnb dan bil air.. tepon dah 3 bulan tak bayar.. kene potong.. tak kisah la kalo pon kene potong kejap.. janji line internet still on.. emie housemate aku lak gie amik speker altec lansing 5.1 kat umah kawan dia.. pasang kat pc aku.. pehh bestt.. mantap bunyikk.. kawan die jual rm230.. baru je pakai tapi dah nak jual dah sebab nak pakai yang altec lansing kaler putih yg bulat tu.. aku pasal siri-siri altec nih aku tak berapa tau sangat.. banyak bebenor.. janji pc aku ade bunyik cukup.. lame gak aku tak tulis kat blog nih kan.. bukannye ape, aku takde idea la.. asik tulis pasal ape yg aku buat ari-ari ade ke org nak baca? buat penat tulis je.. tapi tak kisah la org tak baca pun.. janji aku ade gak blog kat net nih dari takde langsung.. hikhik... member aku lak dok tengah layan naruto kat tv3 tu.. ntah aku tak baper minat criter2 komik ni.. aku lagi syok menghabiskan masa aku depan pc.. baca blog org.. download series.. layan series yg aku dah download.. dengar lagu2 yg penuh 9gb dalam hardisk aku nih.. uwaaa bila terpikir pasal insuran dan roadtax kete ujung bulan nih.. iskk tensen.. cukup ke tidak duit aku kang nih.. jangan tak makan udah ler sementara tunggu gaji bulan 4 lak nanti.. semalam lak kenapa entah, sehari suntuk badan aku lenguh-lenguh padahal tak buat keje ape-ape pun.. sakit-sakit satu badan, pastuh malam terus aku pegi carik tempat urut ngan sauna tradisional.. dua jam aku tunggu giliran nak berurut.. ramai tul org.. kol 12 baru aku dapat berurut.. pastuh masuk sauna.. lega sakit-sakit badan aku nih.. walaupun tido kol 3 pagi.. tapi badan aku tetap segar bila bangun pagi ni.. takdak lak mengantuk tak cukup tido.. berkat urut ngan sauna tu kot.. yang penting usaha.. allah jua yang akan permudahkan perjalanan kita.

Posted at 07:27 pm
Comment  

Monday, February 28, 2005
Hujung Minggu Yang Kosong

Cuti semalam aku tidak kemana. Hanya di rumah mengemas dan melepak di depan internet sambil surfing dan membaca blog kawan-kawan. Tengahari aku mengajak Nazeem dan Emie mencari kedai makan memandangkan perut dan berbunyi. Dah la tak makan sarapan, jadi perut pun dah berbunyi dah. Lepas makan ingat nak pegi tengok wayang. Tapi memikirkan hari ini tiket wayang mahal, malas lah pulak. Then nak pergi kedai DVD plak, pikir bulan nih punya bil tak bayar lagi. Pening pulak kepala bila terpikir bulan depan dah nak kena bayar insuran dan road-tax kereta. Insyaallah, boleh bayar kot, aku cuba melegakan hati. Balik rumah duduk depan pc, layan internet jap then tidoq sampai ke petang. Bangun petang tak tahu nak buat apa juga. Tengok tv pun boring. Malam layan tv, tengok Fiesta Ziana dan Anuar Zain. Pastu tengok series Tru Calling. Aku dah dowload dah episod ni hari tu tapi disebabkan kat tv tengok pun syok gak. Layanlah juga untuk kali kedua. Lepas tu pukul 11 baru keluar pegi makan. Puas juga mencari kedai makan favourite. Banyak yang dah tutup. Isk awal lagi, baru pukul 11 dah tutup, mangkuk tul diorang ni. Ni la orang melayu kalau buat bisnes. Apa salahnya tutup lewat sikit. Balik rumah tetengok, baju kemeja dan seluar slack untuk pegi opis besok tak bersidai lagi. Alamak... nasib baik aku sedar. Kalau tak, tak pergi kerja la aku besok. Baju semua basuh. Cecepat aku pergi sidai. Kebiasaannya kalau aku sidai malam, pagi besok dah kering dah. Ok la tu. Rasa cepat sangat pulak abis cuti. Cam tak sempat plak berehat. Besok dah kerja balik. Ini la rutin harian untuk hidup agaknya. Kerja, kerja, kerja pastuh cuti. Kerja, kerja, kerja pastuh cuti. Then dapat gaji enjoy. Hikhikhik.. time dapat gaji la seronok. Bila dah habis meraban la mengorek sana sini kalau ada baki-baki yang tertinggal.

Posted at 02:29 pm
Comment  

Thursday, February 24, 2005
Kering Idea...

dua tiga menjak nih nape la aku nih takdek idea nak tulis apa apa kat blog ni ah? aku sendiri pun tak tau la.. dok bz membaca blog org sampai takde masa nak menaip blog sendiri kot.. dok download series plak tak abis2 lagik nih.. duit dah makin kering nih.. gaji plak dua tiga ari lagik baru masuk.. ingat sabtu malam minggu ni nak pergi makan bbq kat caveman sg petani plak ngan memember aku.. ok gak la gaji dah masuk... ari ni pulak keje cam biasa je.. merayau jumpa client sana sini pastuh balik umah, tido, bangun online sampai la ke malam.. ari ni tak makan luar.. nak save duit skit.. masak nasi dan lauk dibeli je kat kedai makan berdekatan umah aku ni.. kat penang ni gulai wajib diorang kari je lah kot.. kari ikan bawal dan ikan pari, itu gulai utama kat sini.. yang lain-lain tu cam biasa la.. kat tempat aku ni takde la susah sangat nak carik makanan.. yg housemate aku si mie tu plak dah dapat kawan ngan budak kolej yang tinggal kat tkt 7 hingga 11 apartment aku ni.. ada la sorang tu dok selalu turun jumpa mie, tanya pasal lesson yang die tak paham.. semalam pulak pc aku nih dok merestart je selalu, tah kenapa.. last last plug bunyi cam meresik-resik, rupanya plug ade shock kot.. dalam tu cam terbakar.. nasib baik pc aku takde ape ape.. aku ingatkan sebab kipas dan heat sink.. tapi aku dah bukak dan bersihkan semua.. takde masalah.. rupanya bukannya salah pc aku.. extension plug rupanya.. ehh apa la aku merapu-rapu ni.. takde mende dah kot nak cerita.. ok la sampai sini je lah kot.. tersekat-sekat aku menaip dalam Mozilla FireFox nih.. smooth memang smooth gune Mozilla ni.. tapi ada gak kelemahannya berbanding IE yang selalu aku guna.. ok la chow dulu..

Posted at 09:12 pm
Comment  

Sunday, February 20, 2005
Lepak Hujung Minggu

Sehari dua hari ni aku tak tahu apa nak ditulis kat sini. Biasa je kot perjalanan hidup aku dua tiga hari ni. Yang penting cuti dua hari ni buat aku lepas beban tensen keje kat opis tu. Kejap lak rasanya cuti. Tak puas dok kat umah lelama. Cuti Sabtu semalam, pepagi lagi dua orang member aku datang umah. Lama gak dia tak datang. Kononnya busy ngan kerja. Mulut salah sorang tu becok sikit, memacam la dia cite pasal tempat keje dia, pasal family dia dan memacam. Pastu tengahari tu aku ajak kuar makan kat restoran depan umah aku. Lepas makan kat restoran dia kata nak pergi Bukit Mertajam. Carik kedai VCD. Ada kedai VCD yang dah kena rush dulu rupanya telah buka kat tempat lain. So aku cakap la naik kete aku jer, aku pun nak pegi gak. Sampai je kat tempat tu, cehhh kedai tu tutup rupanya. Mungkin malam kot baru buka. Tapi takpe la. Dari aku memerap saja kat umah hari ni, ada gak aktiviti merayau. Tak la bosan sangat. Lepas tu singgah bank kejap kuar duit then pegi workshop jap, nak tanya pasal tukar minyak gear kereta, lebih kurang RM40. Ceh aku tengah kering ni, ingatkan 10, 20 hinggit jerr. Takyah la dulu, aku cakap kat cina tu. Dapat gaji nanti baru buat. Balik rumah lepak-lepak sampai kol 6.30 petang. Boring lak. Aku ajak housemate aku pergi kedai akuarium. Beli ikan-ikan perhiasan yang lain. Tambah kat akuarium aku yang baru saja housemate aku, Mie bersihkan dan tukarkan airnya. Lampu hari tu terbakar, berminggu juga akuarium ni bergelap. Aku baru je tukar lampu baru dua tiga hari lepas. Skang ni dah lawa balik la akuarium umah aku ni. Memalam je, lampu dari akuarium ni, dihiasi dengan lampu-lampu hiasan menambahkan keromantikkan suasana umah aku, hehehe. Mie pulak balik kampung kol 8 mlm tadi. Petang tadi sempat ada orang kat apartment aku ni kasi bubur asyura. Memang aku perasan diorang dok memasak bubur asyura tu tadi kat bawah apartment aku ni. Tapi saja aku malas amik port sangat. Malam pulak kol 10 kuar makan ngan bebudak housemate aku seramai lima orang ni kat Seberang Jaya. Pastu merayau then melepak kedai kopi balik, borak-borak. Kol 2 pagi balik umah. Tapi masih tak tido lagi. Tolong sorang housemate aku Fizal format pc dan install balik program. Kol 5 baru aku tido.

Ahad ni plak aku dikejutkan dari tidur ngan kehadiran mak bapak housemate aku yang dari JB tu. Kata nak carik kerja kat sini, sampai skang takde kerja. Last-last hari ni mak bapak dia datang dari JB nak ambik dia balik sana balik. Sebenarnya dia datang Penang ni pun nak lari dari abang dia kot. Adalah sebab musabab. Aku pun malas ambik tahu. Hal orang. Pandai buat hal, pandailah settlekan balik. Mak bapak dia ramah juga la berborak ngan aku. Nasib la ada umah aku ni, terjagalah anak dia sikit. Pukul tiga mak bapak dia dah nak balik JB dah sebab malam kang bapak dia kerja. Aku ajak juga lepak satu malam kat sini, berehat, mana taknya jauh dari JB tu. Mau kebas satu badan kalau direct jer dari JB ke Penang. Sayang anak punya pasal. Kalau tak, takkan la sanggup dari jauh malam tadi datang ke Penang ni, baru je 3-4 jam kat Penang ni nak balik sana balik dah. Lepas je diorang balik, aku layan DVD ngan bebudak umah aku. Pastu petang aku goreng roti telur dan pastuh dok mengadap komputer menaip menatang nih.

Posted at 05:03 pm
Comment (1)  

Wednesday, February 16, 2005
Bos.. Betapa aku benci padamu

arghhhh tensennyer ari nih kene marah dan kena perli ngan boss.. benci tul... gara-gara kes yang aku tak dapat nak selesaikan.. adalah 8 kes.. kekawan aku yang lain ada yang settle semua.. ada yang tinggal satu.. tinggal dua.. tinggal empat... aku lah yang paling banyak sekali.. takkan aku nak korbankan cuti aku 7-8 Februari tu semata-mata nak settlekan kes tu, aku nak gak bercuti dan balik ke kampung, lain la kengkawan aku yang lain tu, diorang tu tak cuti pun takpe sebab kampung pun dekat utara gak, aku sorang je kampung jauh kat seremban... kes tu bukannya tak boleh settle.. tapi nak settle ikut dateline gak.. padahal kalo lepas cuti aku settlekan pun masih lagi tak effect apa-apa pun cuma terlepas dateline jer.. itu pun kene leter... sakit ati betul... ade penyelia pun takkan tak leh tolong aku kot masa aku cuti dua hari tu... boss aku siap sound aku, suruh ubah cara aku, katanya masalah tu bukannya datang dari client2 aku, tapi dari aku sendiri... hanjeng!!! aku dah puas dah memaki client tu suruh buat payment secepat mungkin.. tapi diorang yang lengah-lengahkan payment... kenapa pula aku yang dipersalahkan.. bukannya diorang tu tak buat payment.. buat juga tapi lambat.. macam hari ni aku dah settle dah kes, tinggal berbaki 2 je lagi yang masih degil... kes abis juga.. sebelum cuti dulu bertungkus lumus aku cuba selesaikan.. tu yang aku bengang ngan boss aku ni, tak nampak pun orang punya kerja.. tak nampak pun usaha orang.. tahu nak blame jer.. dah lah boss nih pompuan pulak tu.. pastuh pentingkan diri sendiri.. dia tahu prestasi dia jer.. bila kuli-kuli batak dia ni dapat settlekan semua kes.. dia yang dapat pujian... kuli batak nih tetap macam tu jer, setiap bulan kena bertungkus lumus menyelesaikan kes... pastuh boss aku ni kata aku tak reti merancang lah.. pastuh cakap dari dulu prestasi aku teruk la.. padahal aku tengok dulu dulu kes aku settle gak cam orang lain.. cuma masa aku cuti kali ni jer aku tertinggal banyak kes itupun aku dah tak leh nak buat apa-apa dah sebab bila je abis cuti seminggu thn baru cina ni.. dateline pun dah tutup... aku tau boss aku ni banyak dengki ngan aku.. tapi bila komputer dia jamm.. aku jugak yang dipanggil.. dulu penah belakang2 aku mengata aku ni tak buat kerja, asik dengan bebudak media yang buat website untuk pejabat negeri.. bila aku tanya dia.. dia macam tak mengaku pula ada mengata aku belakang2... lepas peristiwa aku bertanya pasal tu kat dia.. dia cakap kat semua staff kerani yang aku ni menyerang dia.. padahal aku tanya die secara baik tu.. aku tak tahu la apa jenis manusia dia ni.. ramai staff kat opis yang cakap dia nih pentingkan diri sendiri.. tau lepas diri sendiri jer, padahal sesama makan gaji kat pejabat kerajaan.. selama aku kerja kat ofis ni.. tak pernah lagi boss aku ni menjemput datang jamuan atau beraya atau kenduri kat rumah dia.. betapa tangkai jeringnya wanita ini.. sebab tu la aku tengok ada gaji besar mana pun tetap tak bahagia.. kurang sedekah jariah...

* aku menulis kat sini bukanlah umpatan, sekadar melepaskan apa yang terbuku kat hati aku ni saja.. tensen bila segala usaha dan kerjaku selama ini semacam tak dihargai.. salah sikit kena bambu tapi bila kerja settle terima kasih pun tidak.. camni lah idup makan gaji dan kerenah birokrasi yang boleh buat sakit jiwa pada sesapa yang tak bleh tahan...

Posted at 11:26 pm
Comment  

Tuesday, February 15, 2005
Bestnyerr balik kampung....

Lama juga aku tak menulis kat blog ni kan.. bukan ape, cuma sibuk sikit. Masa cuti raya cina tu aku balik kampung kat seremban, kat kampung takde line internet plak, camne aku nak update blog ni. Pastu sibuk pula dengan kenduri sepupu aku kahwin kat Palong 5, Gemas masa hari kedua thn baru cina. Sebelum balik ke Seremban tu aku stay KL. Sempat juga la aku pergi Times Square tengok wayang gergasi 3D Imax. Sempoi betul. Gambar punya la sharp, pastu 3D pulak tu seolah berada depan mata je, macam boleh dicapai dengan tangan je. Aku pula dapat tempat special kat bahagian tengah memang cantiklah view dia. Layar wayang ni memang besar gila, dinding tu takda bahagian langsung pun yang kosong, dari siling sampai la ke lantai gambar yang dipaparkan. Aku pergi masa tu hari Isnin, tayangan untuk 3D Experience masa tu adalah mengenai T-Rex, lupa pulak tajuk asalnya. Harga tiket RM15 dan tayangan lebih kurang sejam. Untuk tengok movie 'The Polar Express' pula harga tiket adalah berlainan iaitu RM20. Tapi bagi aku cukup la untuk tayangan dinasour tu, bukan apa, saja nak merasa tengok 3D kat Imax Theater ni.

Dua hari di KL sempat jugak la aku berjumpa kengkawan lama, makan-makan di Kg Baru, meronda KL sampai pukul 4 pagi, merayau ke Ikea, Ikano dan memacam lagi. Boleh kata puas juga la meronda.

Hari Selasa pula aku balik Seremban. Malam tu pula ajak kawan-kawan di Seremban berkumpul dan bila dah jumpa bermacam-macam cerita dan usik-mengusik. Lepak sampai pukul 3 pagi. Satu malam je lepak kat Seremban dan jumpa kekawan pun sebab malam berikutnya mak aku ajak pegi umah sepupu aku yang akan berkahwin hari Khamis tu. Kang tak pergi cakap la aku ni sesekali balik tak nak lepak ngan dia. Isk serba salah betul.

Lepas je kenduri kahwin sepupu aku tu, malam tu selepas acara buka hadiah, aku cakap ngan mak aku nak balik Seremban ngan dua orang kawan yang follow aku. Bukan apa, aku tengok kawan aku ni cam boring je dok lelamer kat Felda ni. Aku pun boring juga hehehe. Mak aku dah mula buat muka dan perli memacam, sampai cakap tak nak datang Penang lagi pegi umah aku. Abah aku dah balik dulu sebab nak tengok umah. Sekarang ni kawasan umah aku kat Seremban tu banyak umah yang dah kena masuk perompak. Aku pun berkeras balik juga ke Seremban. Sampai Seremban abah aku bising-bising kata mak aku call dia cerita pasal aku yang sesekali balik tapi merayau je tak lekat langsung ngan family, asik pentingkan kawan je. Isk, aku tak pernah plak pentingkan kengkawan aku, yang selalu aku buat pun untuk puaskan perasaan aku sendiri, merayau sana sini, jumpa kawan-kawan, biasalah kan, sesekali balik mestilah nak merayap, bukan dok terperap kat umah jer. Tapi alasan yang aku kata kat bapak aku, aku takde duit nak lepak lelama kat Felda Palong tu then pergi menghantar cousin aku umah pengantin lelaki kat Melaka. Bapak aku terus kasi aku duit untuk balik semula ke Palong dan suruh hari Sabtunya pergi menghantar pengantin ke Melaka. Untuk tidak menghampakan mak aku tu, aku pergi lah juga hari Sabtu tu ke Melaka. Kawan aku yang dua orang tu pun terpaksa la follow jugak.

Petang Sabtu tu juga aku singgah kat rumah di Seremban kejap. Pukul 6.30 petang tu aku minta diri ngan mak bapak aku bertolak ke KL sebab keesokkan hari aku dari KL nak bertolak balik ke Penang. Lagipun aku ke KL nak singgah umah kawan aku lagi, abang aku dan ambil barang yang aku tinggalkan kat umah kawan aku Leo. Yang buat aku terharu sebelum pergi mak aku cium kedua-dua belah pipi aku dan tak marah lagi pasal hal yang aku buat hari Khamis sebelum tu. Syahdu rasanya nak berangkat. Bila duduk berjauhan ni baru la kita dapat rasa camna sedihnya bila sesekali berpisah dengan keluarga tapi bila dekat cam tak rasa apa pun. Di KL aku sempat singgah rumah kawan lama yang baru berkahwin yang mana aku tak sempat pergi siang tadi. Sempat aku jumpa ibunya yang dah lama uzur, berjalan hanya bertongkat kerana diserang strok sejak tahun 1998 lagi iaitu sejak aku kenal dengan kawan aku tu dan keluarga dia. Selepas ke rumah kawan aku di Pandan Indah tu, aku terus berangkat menuju ke Kota Kemuning, Shah Alam untuk ke rumah baru abang long ku. Lepak kat umah dia sampai kol 12 mlm dan minta diri untuk ke rumah Leo. Di rumah Leo letak je kepala atas bantal terus aku terlena.

Pagi Ahad aku dikejutkan oleh bunyi SMS. SMS dari adikku yang mengatakan ibu kawanku yang baru ku jumpa malam tadi telah meninggal dunia pagi tadi. Innalillahiwainnailaihirojiun. Mungkin dia nak lihat kawan aku tu selamat melangsungkan perkahwinan dengan awek yang dah dikenal lama sejak 8 tahun tu, baru lah tenang dia nak kembali ke sisi tuhan. Mungkin itu anggapan aku saja. Yang pentingnya ajalnya memang dah sampai.

Aku bertolak ke Penang dengan kawanku yang sama-sama mengikut ku balik bercuti ke kampung. Aku berdua sahaja dengannya. Memula dulu pergi berempat. Sorang dah berjumpa dengan kawannya dan seorang lagi dah balik ke Penang hari Isnin malam tu. Sekarang hanya aku berdua dengan Nasir yang akan pulang ke Penang bersama. Bertolak dari rumah Leo pukul 12.30 tghari. Singgah di Tapah pukul 3 ptg jumpa dengan kawan lama aku Shairi yang belanja kami makan. Tiba di Penang pukul 7.30 malam.


Posted at 04:09 pm
Comment  

Wednesday, February 02, 2005
Minggu Yang Sibuk

Dua tiga hari dalam minggu ni aku tak boleh nak lepak sikit. Banyak betul kes nak settlekan minggu ni. Dahlah semua job-job baru pula tu. Ada client-client yang tak pernah aku kenal terpaksa aku berkenalan dan menyelidik masalah-masalah diorang. Setiap hari sejak dari Isnin aku tak seperti selalu berehat saja tetapi minggu ni aku kena keluar sebab minggu depan cuti panjang. Kalau kes tak settle berjawab la aku ngan bos. Setiap satu kes akan ditanya sebab musabab kenapa tak settle. Cuti aku dah submit tetapi masih di KIV dahulu. Kalau bos dah puas dengan job yang aku selesaikan baru dia luluskan cuti tersebut. Warghh tensen betul. Claim baru je masuk semalam tapi dapat setengah bulan je, lagi setengah bulan tak dapat lagi. Cukup la untuk aku balik ke Seremban minggu depan. Cukup makan je la. Tak bleh nak enjoy sangat. Kang tak balik ke Penang aku nanti. Bulan depan dah nak kena bayar insuran kereta pula ngan road tax sekali. Aduss fenin fenin. Dua tiga bulan ni memang teruk sikit kewangan aku. Aku rasa bulan 5 nanti baru stabil kot. Cerita pasal pelarasan gaji kat ofis aku dah banyak bulan dah tapi pelarasan gaji masih takde perkembangan. Cam tong kosong je la memekak masing-masing tapi hasilnya tak nampak pun. Dari tahun lepas aku dengar cerita ni. Ada yang cakap hujung tahun baru lulus. Mungkin dapat kenaikan dalam 15% jer tapi kalau boleh kurang-kurang 30%. Kalau dapat masa aku nak bayar insuran kereta nih kan syok. Lega sikit aku. Minggu depan mungkin aku seminggu tak dapat nak update blog ni. Seminggu bercuti sakan. Balik kampung. Dari sejak raya puasa aku tak balik kampung ni. Kenduri melambak. Sepupu aku kahwin. Kawan aku kahwin. Orang dekat umah aku kahwin. Aku kahwin? Hehehe lambat lagik la. Yang dekat opis je ada dua jemputan. Aku memang tak dapat pergi punya sebab aku dah balik ke Seremban. Sebelum hari raya cina tu mungkin aku lepak KL dulu kot 2-3 hari. Saja lepak umah kawan aku. Lama gak aku tak pergi KL ni. Ingat nak pegi Times Square nanti, nak tengok giant cinema screen 3D Imax. Pastuh plan nak gie IKEA gak. Kalau ada barang berkenan mungkin terbeli kot. Aku ni bukannya boleh ada duit sikit. Mesti nak beli punya. Tengok la camna nanti. Tapi nak balik ni, tayar kereta nak kena ganti gak ni, dah botak dah, isk kopak lagik duit aku. Dah lah timing belt pun aku tak ganti lagi. Kalau jadi apa-apa tak ke naya. Aku harap tak kot. Minta-minta selamat pergi dan balik lah. Nak balik bercuti ni memang seronok cuma yang tak syoknya kes aku banyak lagi ni. Uwaaa letih aku nak settlekan nih. Dah la bila jumpa sesetengah client yang suka berleter ni buat lagi tensen aku. Aku ni buat pekak telinga la bila jumpa client yang macam tu. Kebanyakkan yang suka berleter ni client melayu. Client bangsa lain tu berleternya kurang sikit. Tapi degil jangan kira la. Menipu kuat sekali. Cakap nak datang jumpa aku. Tunggu punya tunggu seminggu tak datang-datang gak. Apa-apa hal pun aku nak cuti. Yeaaaa cuti.. nak lupa segala hal-hal kerja ni buat sementara waktu. YAHUUUUUU......

Posted at 05:44 pm
Comment (1)  

Saturday, January 29, 2005
Favourite Songs from Ning Baizura's Latest Album

ERTI PERTEMUAN - NING & JAY JAY
click here to hear a songs

Menerjah batas | Gelora pun berserpihan |
Menghempaskan buih | Di lautan |
Acapkali tumpas | Masih jua menyusuri |
Arus pergolakan | Setianya |

Begitulah adat mestinya hidup |
Selagi jasad dan hayat berpaut |
Rintangan harus bersahut |

Benar kata | Jatuh bangun seorang lelaki
Bergantung siapa | Wanita di sisi |
Mujur tuah nasib | Diri kita ketemui |
Jikalaulah tidak | Mungkin tak ku sedari |

Bukankah kita ini dicipta Tuhan |
Sepasang tapi berlainan |
Lemah sana, sini kekuatan

Masing-masing | Punyai bibit kelebihan |
Supaya saling memerlukan |
Bertemu demi menyulam |
Cahaya nurani dan akal fikiran |
Naluri serta perasaan |
Menyingkap erti tangisan |

Bukankah kita ini dicipta Tuhan |
Sepasang tapi berlainan |
Lemah sini, sana kekuatan | Dirimu, diriku |
Bagaikan pelita | Yang memercikkan sinar |
Menyuluhi malam


BUKAN SEBARANGAN - NING
click here to hear a songs

Oh hey... dengarkan teman |
Yang ghairah bercinta |
Bukalah mata mu |
Bukalah hati mu |
Habis uang ku |
Tergadai mobilku |
Diri yang luka Dimakan cinta |

Memang benar dahulu |
Aku mabuk kepayang |
Semua melayang | A
tas nama sayang |
Untung nasib aku mampu |
Sedarkan diri Dulu jatuh kini |
Aku bangkit berlari |

Aku kini bukannya |
Bukan sebarang wanita |
Cinta ku bukan cinta |
Yang buta segalanya |
Jangan pula kau lupa |
Akan tiba harinya |
Kau pasti kan diburu |
Dosa masa silam mu |

Hey maafkan daku |
Terpaksa kini |
Lebih memilih |
Oh dalam berkasih |
Jadilah teman |
Wanita pilihan |
Yang berpedoman |
Bukan sebarangan |
Aku bukan mangsa mu |
Yang boleh di buru-buru |
Ini lah pesanan ku |
Pergi jauh dari ku

  


Posted at 07:05 pm
Comment  

Thursday, January 27, 2005
Aku Hari Ini

Dua ari start kerja ni.. aku tak buat keje sangat pun.. ntah la rasa malas tul nak buat kerja.. kalo ade pun buat skit skit la report pastuh call2 client sorang dua.. then cukup masa aku balik. Petang semalam aku masak mee cendawan kat umah. Eh cam rasa aku nak create je entry untuk resepi mee cendawan nih. Okey takpe la aku taip dulu cerita aku, pastuh kang aku taruk entry resepi mee cendawan aku tu. Malam tadi aku takda merayau mana, just melepak depan komputer jer sambil memaki hamun bebudak kolej yang dok mendownload mende kat umah jiran aku sehinggakan line net yang aku sharing menjadi selembab-lembabnya. Then aku bengang plak bila tengok ade org yang buat layout blog die cam aku. Kalo layout tu dah terbuat sebelum aku punya blog siap takpe gak, nih bila dah masuk blog aku bley plak curik2 padahal banyak lagi blog theme bley buat. Tak kisah lah, janji jalan cerita aku, aku cipta sendiri. Sapa mau curik? Tapi ada gak kena curik cam entry juara lagu dulu, sebijik-sebijik ayat aku diplagiat, aku tak marah kalo curik, tapi cakap la ngan aku kan.

Hari ni pula tengahari terus pi opis kawan aku, sebok suh aku datang opis dia. Mana taknya aku ari tu ala-ala majuk sampai sebulan tak pegi kat opis dia. Ari ni plak suh aku datang dan banjer aku lunch. Aku ok jer. Orang nak banjer. Aku on jer la. Pastu epak opis kawan aku sampai ngantuk. Balik umah plak Mie tunggu lama dah sebab kunci umah dia takdek. Pastu lepas mandi dok depan komputer sampai ke senja. Busan tul aku encoding file avi untuk jadik mpg. Lama giler dok encode. Nak makan ape arr.. kuah mee cendawan semalam ada lagik, aku carik ayam dalam fridge, ada lagi seketul dua, aku masukkan dalam kuah mee yang lebih tu, tambah kicap lagi, tambah sos tiram lagi, kacau dengan telur. Dah siap aku makan mee tu sambil layan series Queer as Folk yang ntah ke berapa ntah.



RESEPI MEE CENDAWAN
(sama rasa dia cam sizzling hotplate yang korang makan kat shopping˛ complex tu)

Lima sudu cili boh (mesin, giling atau beli je kat kedai)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
100gm cendawan kering (korang bleh beli kat hypermarket)
Kicap manis (aku pakai kicap manis kipas udang je)
Sos Tiram (apa˛ brand pun bleh)
2 biji telur (dipukul sehingga kembang)
Daging ayam setengah

Cara-cara :

Tumis cili boh yang sudah dimesin bersama bawang merah, bawang putih dan halia dengan sedikit minyak. Setelah naik bau dan pecah minyak, masukkan kicap manis, sos tiram, ikut la banyak mana korang nak, nak sedap lagik buh ajinomoto skit, then masukkan ayam dan cendawan kering yang telah direndam terlebih dahulu. Pastuh potong la seinci dua lada kering, tak payah tumbuk terus masuk dalam periuk tu. Pastu dah mendidih masukkan telur dan masukkan pula tepung jagung untuk bagi kuah tu likat. Agak-agak masak bley la korang makan ngan mee kuning. Kalo nak lagik best beli hot plate yg besi tu.. pastu bley buat sizzling mee sendiri kat umah. Rasanya mesti korang suka. Cendawan campur ayam.. pehhh melelehh bebzz...


 

Posted at 07:53 pm
Comment  

Previous Page Next Page