About Me
Name : Zaifulddin
Nickname : zaif, zaiful, epul, sepol
Occupation : Govt. Servant
Status : Single
Location : Butterworth, Penang, MY
Hometown : Seremban, Negeri Sembilan, MY
Email : cpointce@yahoo.com
My Fotopages
Friendster Album

Flickr Album
www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos from aypol.geo. Make your own badge here.

My Japanese name is Higashikuni Hamada.
Take The Kawaii Japanese Name Generator by Shuichigami today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.



My Tag Board
   

<< February 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Thursday, April 02, 2009
Streamyx Slow

4-5 hari ni, streamyx slow giler.. nak loading page punya la lambat.. termasuklah page blog nih.. tapi kalo page2 website malaysia laju macam biasa.. bila belek2 page streamyx.. rupa-rupanya cable dasar laut rosak.. 5hb nih nanti tmnet kata ok balik.. tu la dia kelemahan internet nih.. tu baru cable rosak.. kalo dunia berperang dan memasing sabotaj cable2 dasar laut nih.. aku rasa tak berinternet la kita nanti..

 

http://www.streamyx.com.my/whats_new/whats_new.php?id=article_20090331

31/03/2009
SERVICE INTERRUPTION

Dear Valued Customers,

Telekom Malaysia Berhad (TM) wishes to announce that there is a disruption of its Internet services due to circuit faults on the SMW3 between Tuas, Singapore and Penang linking Malaysia to Hong Kong and APCN2 near Chongming, China connecting Malaysia to the United States. As a result, customers using the Internet services may experience slow browsing while accessing websites hosted in the U.S. and Hong Kong.

In addition, customers using other IP services such as Virtual Private Network (VPN) and other critical business applications linked to the U.S. and Hong Kong may also experience some service degradation.

To alleviate the problem, some of the links have been rerouted to alternate routes to ease the congestion.

Restoration works on the affected cables are already in progress. However, during the restoration process, traffic to Northern America and Hong Kong may experience degradation. However, traffic to other countries will not be affected. TM expects complete recovery of its services by 5 April 2009 and will make further announcements on the progress of the restoration works.

TM wishes to assure its customers that it is undertaking all necessary measures to restore communications services for its customers as soon as possible.

Customers can call TM at 100 and select “Internet Services” or e-mail us at help@tm.com.my for any Internet related problems.

Thank You.

 

 

Posted at 05:50 pm
Comment  

Wednesday, March 18, 2009
BULAN

Bulan Petang

Gambar ni diambil masa di Kelantan (8 Mac 2009), pada waktu petang. Rasanya kalau bulan penuh, mesti lagi cantik dan boleh nampak kawah-kawah bulan tu. Diambil menggunakan lens Canon Ultrasonic 300mm.

 

Bulan Malam

Gambar bulan diwaktu malam ni pula diambil menggunakan lens yang sama, pada hari yang sama dan di lokasi yang sama. Kalau diambil dengan lens yang boleh zoom lagi jauh, mesti boleh ambil gambar permukaan bulan ni dengan lebih jelas.

 

 

Posted at 07:33 pm
Comment  

Tuesday, March 10, 2009
Kelantan - Cuti MaulidurRasul 2009

7 Mac 2009 - Cuti yang tak dirancang.. tetiba je Sabtu lepas midterm exam rasa cam boring pulak sebab cuti maulidurrasul ari isnin nya nanti. Terus plan ngan hosmet aku, Lego.. pi cuti2 kat Kelantan. Gerak ke Kelantan kol 3 petang. Kuar dari umah, terus pi service kereta dulu. Takut plak kang sumthin happen kat tetengah hutan Lebuhraya Timur Barat tu. Rasa cam dekat je bila lalu jalan baru highway Baling-Grik nih. Kalo tak dulu, mau lama gak perjalanan kalo tempuh pekan Baling, pastuh lalu Pengkalan Hulu tu. Jimat skit masa perjalanan skang nih. Kol 7 dah sampai kat Jeli dah. Lebih kurang 4 jam gak perjalanan berbanding sebelum nih, 5-6 jam gak la. Malam ni aku tido umah family akak ipar aku kat Bukit Bunga, Ayer Lanas. Jumpa anak2 buah aku. Pastuh malam tu borak sampai kol 1 ngan akak ipar aku. Memacam yang diborakkan walopun kedai makan family dia dah lama tutup. Biasa la sesekali jumpa ni. Anak2 buah aku dah lama balik umah, tido. Yang ada lepak sampai tengah malam tu kat kedai makan diorang tu, antaranya aku, Lego, akak ipar aku dan dua orang adik kembarnya yang tengah tunggu result STPM.

8 Mac 2009 - Hari ni breakfast nasi kerabu kat kedai makan akak ipar aku tu. Lepas tu aku minta diri untuk ke Rantau Panjang seterusnya ke Kota Bharu. Nak ajak anak2 buah aku, diorang sekolah lak hari ni. Aku cakap kat akak ipar aku tu, maybe aku tido Kota Bharu kot malam ni. Sampai Rantau Panjang, takda apa sangat pun yang nak dibeli. Entah la, rasa cam takda apa yang menarik pun. Cuma aku beli selipar je dan Lego beli spek polarize. Pastu terus ke Kota Bharu dan aku GPS muzium. Senang betul ada GPS ni, sure tak sesat punya. Aku suka tengok sejarah sesuatu tempat ni dan selalunya kat muzium lah banyak info2 sejarah ni. Lepas kuar dari situ terus ke Tourist Centre kat sebelah muzium tu, kumpul2 pamplet skit. Pastuh terus ke PCB (Pantai Cahaya Bulan atau nama dulunya Pantai Cinta Berahi.. maybe tukar nama sebab ada kelucahan skit kat nama sebelum ni haha.. dan cam mendorong org wat maksiat la plak kat tepi pantai tu).

Panas terik betul Kelantan ni. Walopun skang nih musim hujan kat area pantai barat semenanjung, tapi selama kat Kelantan ni, langsung tak hujan. Memang panas giler. Sampai PCB awal gak la. Perut tengah lapar.. apa lagi bedal seafood2 goreng la. Memang bleh dikatakan setiap gerai kat PCB ni jual seafood goreng ni. Cecah pulak ngan thai sos.. fuh sedaappp.. murah plak tu. Aku gilir2 ngan Lego snap2 gambar. Biasa la.. lain orang, lain skill.. Lego ada cara dia amik gambar, aku ada cara aku sendiri lak dan angle2 tersendiri. Dalam pada aku dok snap2 gambar tu, Lego call Ajoi dan ceritakan pasal cuti kitorang kat dia. Ajoi kata, hosmet dia Eri pun on da way balik Kelantan. Then call Eri, dia ada kat LCCT tengah tunggu flight. Apa lagi, kitorang pun decide nak gie jemput dia kat airport Pengkalan Chepa. Padahal main redah je ni, bukannya tau pun airport tu kat mana. Sekali lagi GPS mainkan peranan. Very thankful to this technology.

Flight Eri sampai kol 4.30 ptg. Banyak masa lagi, so pusing2 bandar Kota Bharu dulu. Nak kuar dari kereta punya la panas. Ronda2 je dalam kereta ngan berhawakan kedinginan aircond. Sesekali keluar dari kereta untuk photoshoot.

Dah boring pusing2 KB terus ke airport berpandukan GPS. Walopun banyak masa lagi, tapi saja gie awal. Nak lepak2 kat airport tu. Eri dah cancellkan kat akak dia untuk jemput dia. Lepas Eri sampai terus on da way ke rumah parent dia kat Ketereh. Kalau ikutkan bukannya jauh sangat KB ngan Ketereh ni, tapi disebabkan Kelantan ni trafik jem teruk dan banyak trafik light, so lama gak la nak sampai. Eri ajak tido umah dia je malam ni. At least dia kata, ada gak teman dia nak kuar malam2 nih. Nasib baik la kitorang tak check-in hotel lagi. Sampai kat umah, Eri disambut oleh kakak dia yang baru balik kerja dan anak2 buah dia yang dua orang ni. Cute-cute belaka dan ceria je diorang nih.. tak takut ngan orang pulak tu walopun baru kenal. Diorang berdua ni adik beradik tapi muka lelain. Jarak umur setahun je. Layan air tebu ngan air kelapa pulak kat umah Eri. Lega betul. Dah la tetengah panas. Walaupun dah petang tapi panas berkuwap cuaca Kelantan ni masih tak surut2 lagi. Sebelum keluar malam tu, makan bihun laksa kat umah Eri. Pastu malam tu gie lepak Medan Selera KB. Layan sata, sotong sumbat pulut, nasi kerabu, sotong gelek bakar dan somtam. Ada lagi banyak makanan menarik Kelantan. Tapi tak larat nak beli yang lelain tu. Kang tak abih pulak. Nak singgah Wakaf Che Yeh dah malas pulak. Ngantuk pulak rasa. Penat sangat berjalan sehari suntuk. Terus balik rumah je.

9 Mac 2009 - Hari ni hari Maulidur Rasul. Sekali lagi pagi ni dijamukan oleh Nasi Kerabu buatan mak Eri pulak. Lepas tu lepak2 kat gerai air tebu & air kelapa parent Eri. Kekawan adik Eri ramai datang ari ni, mak Eri jamu makan. Kol 11 pg terus gerak nak balik Penang. Singgah kedai makan akak ipar aku jap. Kol 3 ptg terus gerak balik  Penang. Save gak cuti2 ke Kelantan ni sebab takda tol, walopun jarak perjalanan tu lebih kurang cam pi KL je. Minyak pun isi full dua kali je dan ada baki setengah tank lagi bila sampai Penang. Overall percutian ni best dan puas buat photoshoot.

Posted at 11:49 pm
Comment  

Friday, March 06, 2009
Bonus....

ari ni tetiba kat opis aku kecoh2.. ada yg menjerit.. aku yg tatau ape2 nih tertanya2 gak.. nape.. rupanya official mail pasal bonus dah kuar dah.. alhamdulillah akan dibayar ujung bulan nih.. syukur.. dan alhamdulillah gak bulan nih gak dapat claim road tax yg 600 tu.. aku antara yang last la kot dpt sbb bulan 4 nih dah stop dah pasal claim road tax yg government announced last year.. dan bulan 4 nih ada salary increment pulak.. arap2 banyak la aku punya increment tahun nih.. duit duit duit.. sape yg tak nak kan.. alhamdulillah syukurr..

Posted at 10:13 pm
Comment  

Tuesday, February 10, 2009
Cuti Lagi

Selalunya time2 cuti la baru aku ada menda nak upload kat blog nih. Kalo hari biasa tu, aku rasa biasa je, takda menda menarik pun untuk aku tuliskan kat blog tu. So kali ni cuti umum hari Thaipusam tu pula (07 Feb - 09 Feb 2009). Aku turun KL lepak ngan kekawan. Kebetulan geng2 kat KL nih buat piknik kat Sg Gabai, ape lagik join lah sekali. Wawa & Lego macam biasa, ngan kamera diorang la snap itu ini. Banyak gak la photoshoot, tapi tak leh la nak upload sumer kat page nih, kang berat plak nak loading. Ramai juga yang join piknik kat Sg Gabai ni, malam pulak sambung lepak2 lagi. Gi makan reramai pastuh lepak kat Putrajaya sampai kol 3 pagi. Takda apa yang nak dikutil sangat, semuanya seronok. So ape lagi.. tengok je la gambar2 kat bawah ni..... layyyyaaannnnn...

 

 

Posted at 09:51 pm
Comments (2)  

Tuesday, February 03, 2009
Langkawi - CNY Holiday 2009

Baru ada masa nak tepek2 gambar2 cuti Langkawi kat sini.. takde idea nak mengarang skang nih.. so tengok je la gambar2 tuh yek... lg pun org kata, gambar membawa erti seribu pengertian, pepandai la sendiri bercerita melalui gambar2 yang ada nih.. Wink

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Posted at 02:22 pm
Comment (1)  

Friday, January 23, 2009
CNY Holiday

cuti lagii.. yeah.. bermula esok hingga selasa ni cuti-cuti tahun baru cina.. plan sabtu hingga isnin nih ke langkawi.. malam ni geng2 KL akan bertolak ngan bas dan dijangka tiba kat kuala perlis pagi subuhnya.. aku maybe gerak subuh tu la.. kalo boleh nak gerak ke langkawi sesama diorang..

papehal pun happy holiday kat korang semua.. have fun...

Posted at 02:19 pm
Comment  

Saturday, January 10, 2009
Congratulation Eisz

 

 

 

Posted at 06:20 pm
Comment  

Tuesday, January 06, 2009
Singapore Holiday....

ari ni dok dendiam kat pc nih, baru la ada rasa feel skit nak tulis kat blog nih pasal holiday kat Singapore ari tu..

secara kronologinya.. beginilah kisahnya....

26 Dec 08 :
Jemput Lego kat LCCT... flight tiba dari Penang lebih kurang kol 12.40 mlm gak.. delay katanya... terus balik Seremban dan amik beg2 dan terus ke JB lebih kurang kol 2.. pergi berlima, aku, Zubir, Lego, Sham (jiran depan umah mak aku) & Shahrom.

Tiba kat JB dalam kol 6 pagi gak.. agak gelap lagik... Sham tinggalkan Pajero nya kat kawan dia di JB tu... breakfast jap... dalam kol 7 pg amik bas dari Larkin ke Singapore... tak la mahal sangat tiketnya.. merasa la turun bas, panjat tangga untuk cek pasport kat Kompleks Kastam yang baru tu.. memang cantik.. ye la, nama pun baru kan (rasanya baru seminggu bukak masa kitorang pi tu)... pastuh naik bas balik dan merentasi Tambak Johor, kejap je dah ke seberang, tak lama cam meredah Penang Bridge.... seterusnya cop pasport n scan luggage kat Singapore Custom di Woodlands..

Kol 9 pg tiba di stesen bas di Queen Street... tunggu kawan Shahrom, Reza yang nak guide kitorang kat Kota Singa ni. Alang2 nak tunggu tu, kitorang gie minum2 dulu kat restoran mamak depan Masjid Sultan.. tu pun tanya orang kat mana kedai minum terdekat.. muslim food. Lepas minum, Reza pun sampai dan pertama sekali dia bawak gie area Bugis Junction, carik hotel area2 situ. Banyak bilik dah penuh. Pastuh naik MRT ke Aljewnied. Kat area tu banyak hotel katanya dan murah skit dari area Bugis tu. Patut la murah... kawasan red light rupanya (kalo kat negara kita nih, cam area Lorong Hj Taib la).. tapi memandangkan bajet dan cuma untuk tido je, kami pun amik la hotel kat situ gak.. memula aku gie survey hotel yg berharga SD65 satu malam, punya la sangkak.. lembab dan pintu bilik air cuma ada tirai jek... pastuh survey hotel yang kat depan, ok la skit biliknya.. dapat SD80.. nampak cam murah, tapi bila convert RM... haa darab ngan 2.4.. bape tu? Hukhuk... nasib baik la pi ramai, dapat gak share2... memandangkan satu bilik tak leh muat lima orang, kena la amik 2 bilik... Zubir & Sham kat bilik lain.... aku, Lego n Shahrom kat bilik lain.. ohh yer, hotel pun lelain sebab Zubir & Sham amik hotel yang sebelah, SD70.. Shahrom kata bilik diorang tu sempit..

Lepas lepak2 n mandi2, kitorang kuar, ikut Reza.. dia ajak ke Esplanade dulu.. so naik MRT dari Aljewnied sampai ke stesen Raffles Place.. panas giler tul ari nih... so amik gambar kat Fullerton Hotel yang cantik tu dan Merlion yang jadik mercu tanda Singapore. Aku cek google maps, baru tau yang jalanraya utama kat depan Esplanade tu lah jadi Litar F1 Singapore nih.

Lepas tu terus naik MRT ke Bugis balik utk minum2 jap seterusnya ke gadget complex, Sim Lim Square.. teruja tul bila gie sini.. lens camera melambak2.. tak tau nak pi kedai yang mana satu.. so mula la survey lens... Zubir & Sham pulak gie survey iPhone... iPod pun dijual merata2.. tak macam kat tempat kita, kena gie kedai Switch baru leh beli iPod. Aksessori iPod punya banyak pilihan. At last aku & Lego beli wide angle lens.. nak beli 300mm lens tapi takut bajet tak cukup lak.. kang nak makan apo.. cuti ada lagik 2 ari.. singgah Bugis Street, beli souvenir untuk kengkawan... cukup la keychain jek.. tu jek yg mampu pun.. lagik sekali.. darablah dengan duit kita dengan 2.4... hikhik..

Kol 7 gerak ke Harbour Front.. nak pi Sentosa lak.. Reza cakap kalo nak pi Sentosa nih, pi malam baru syok sebab banyak lampu2.. yerp memang tul.. cantik betul.. siap ada bunga2 api lagik... ada Merlion gergasi atas bukit tu selain kat Esplanade.. tapi tak dapat explore sumer pulau tu... memasing dah penat sangat dan memang dok tunggu bilik air untuk mandi dan tilam utk rehatkan diri dan tido. Reza pulak besok kerja. So tak nak susahkan dia.. cukup la seharian dia dah guide bawak jalan sana sini.. Terima Kasih bebanyak kat dia.

 

27 Dec 2008 :
Terlajak bangun kol 11 pg. Zubir & Sham dah call dah. Diorang dah nak gerak carik hotel lain kat area Bugis. Adoii diorang tak cakap pulak amik hotel kat area Geylang nih satu malam je. Aku ngan Shahrom dah amik dua malam pulak tu. Tak leh nak wat ape la. Siap2 dan terus amik teksi gie Bugis. Saja nak try teksi pulak, asik MRT jek.. letih gak nak menapak ke stesen Aljewnied tu. Jumpa Zubir & Sham kat Bugis. Lepas minum aku gie tengok bilik yang diorang baru check-in. Erm cantik gak.. besar pun besar.. ada queen n single bed. Aku pun berkira2 malam nih nak lepak bilik diorang je. Tak kisah lah burn duit satu malam kat hotel sebelum tu. Janji selesa dan senang nak explore town & Esplanade malam tu nanti.

Hari ni kitorang ngayau tanpa Reza. Dia kerja. At least dia dah tunjuk semalam tempat2 menarik kat Singapore nih dan kalo naik MRT nak turun kat mana. Sebenarnya tak susah dan tak sesat pun kat Singapore nih. Map pun merata2 kat hotel n tourist centre. Public transportationya memang 'A'... teksi pun merata-rata.. tahan je, pasti teksi tu berenti jika tertulis perkataan 'Taxi' berwarna hijau kat atas teksi tu. Tapi kalo tulis 'Hired' dan berwarna merah, tak yah lah tahan, sah sah lah ada penumpang dalam teksi tu. Bas pun banyak. Ada double decker dan bas panjang 2 gerabak. Kalo rasa nak naik bas, leh gie bus stand dan tengok maps kat tepi bus stand tu, ada tulis bas nombor berapa utk gie destinasi kita dan siap ada tulis tambang dia sekali.

First destination ari nih gie National Museum of Singapore... amik MRT dari Bugis dan turun kat Dhoby Ghaut. Besar gak museum ni walopun kat luar tu nampak kecik je. Menarik museum ni esp cara penggunaan teknologi dan projektor untuk tayangan dan wall decorating. Masuk free je. Ada elektronik guider yang cam walkman tu untuk terangkan bahan2 pameran dalam tu.

Lepas habis melawat museum terus ke Orchard Road. Naik teksi je, senang sikit. Malas nak menapak ke MRT station. Lagi pun teksi pun murah. Apa lagi kalo naik tiga orang. Share2 la. Ops kenapa tiga orang? Shahrom tak join masa gie museum ni sebab dia patah balik masa dah nak sampai museum tu tadi. Kamera dia tertinggal kat bilik hotel Zubir dan dia tunggu kat Orchard Road je.

Orchard Road ni lebih kurang cam Bukit Bintang la kalo kat KL tu. Banyak shopping complex dan banyak branded outlet. Diorang ni banyak borong perfume je kat sini.

Lepas lepak2 kat sini terus gie Dover pulak, lebih kurang kol 5 ptg. Sham nak jumpa atuk sedara dia. Aku pun follow sekali la, sebab nak gak tengok camne tempat kediaman penduduk Singapore nih. Amik MRT kat Orchard Station terus ke Dover Station. Dari Dover Station naik bas ke umah atuk sedara member aku tu.

Atuk sedara member aku ni dok kat flat di Dover, berdua ngan wife dia je. Anak2 dok tempat lain. Bersih gak flat nya walopun hanya rumah rakyat cam flat DBKL kat KL tu. Lif pun takde conteng2. Peramah dan talkative gak atuk nih. Memacam cerita, biasa la orang tua. Citer dia pasal life dia dari muda hingga kini. So sad, masa kat Dover nih, bateri kamera dah konk... banyak sangat snap2 dan nak guna hanpon pun bateri abis sebab dok on GPS sepanjang masa.

Kol 7 kami mintak diri. Shahrom nak gie jumpa Reza yang nak temankan dia ke Paya Lebar utk beli kain. Aku malas nak follow sebab tak minat tengok kain-kain ni, terus balik hotel. Aku ngan Lego ingat nak pindah bilik Zubir je sebab dekat sikit dengan town. Tunggu punya tunggu, si Shahrom tak sampai2 gak. Kang kalo lewat, tak syok la pulak sebab tak dapat nak melawat dah Esplanade waktu memalam tu. Aku nak call Shahrom tak boleh pulak sebab phone aku tak buat roaming. Puas dok carik public phone, try call tak dapat2. Guna phone Lego pun tak leh gak. Kredit dia pun dah tinggal 2 hengget je. Try msg Sham guna phone Lego. Sham reply. Bagus. Suh dia call Shahrom. Kitorang nak kuar dari bilik tu. Apa2 hal dia menyusul kemudian. Akhirnya sampai gak kat bilik Zubir & Sham, diorang baru je lepas makan. Shahrom call, dia masih lagi kat luar. Aduii seb baik kitorang dah kuar dulu. Kalo nak tunggu alamatnya kang tak kuar jenjalan la pulak.

Dari Bugis terus amik teksi ke Esplanade. Dah tutup la pulak kompleks tu. Ye la sampai pun dah kol 11. So lepak2 je la kat tepi laut tu sambil tengok rehearsal utk sambutan tahun baru. Cantik juga ngan lampu dan belon2 yang banyak kat laut tu. Rasanya kalo stay lebih lama mesti lagik menarik dapat sambut new year kat situ. Tapi nak buat camno, bajet beb... kang lagik lama, lagik mencurah2 duit kat situ... dalam otak nih sentiasa je darab matawang diorang ngan 2.4.. hukhuk...

 

28 Dec 2008 :
Checkout lebih kurang kol 10 dan terus letakkan beg kat receptionist Beach Hotel tu. Last ngayau sebelum balik. Breakfast kat Bugis Junction dan terus ke Sim Lim Square. Bajet ada skit lagik nih, ingat nak amik lens Canon 300mm Ultrasonic tu. Ye la kan, dari survey yang dibuat, kitorang dapat harga SD 328.. mean lebih kurang RM700 lebih je.. kalo kat KL lens tu seribu lebih gak harganya.

Zubir ngan Sham cam biasa survey iPhone. Aku ngan Lego survey lens. Menarik tul complex nih, rambang mata tengok camera n lens. Lebih kurang cam Low Yatt la kalo kat KL, cuma kat complex nih, banyak gadget, handphone, camera n lens je. Komputer n stuffs tak perasan la pulak. Akhirnya lens 300mm tu terbeli la jugak. Guna credit card skit, SD cash skit dan RM cash skit... huhu pandai tul tokey kedai tu meniaga.. abih dia korek sumer duit yg aku ada... baki2 percutian... tinggal RM10 dan SD10 je dalam poket aku.. cukup la utk sampai ke Larkin nanti..  

Citer pasal Shahrom... ari ni dia tak join we ols... pepagi tu Sham ada tunjuk sms dia yang berbunyi "Korang, aku mungkin tak join besok, aku nak jumpa adik aku kat JB" dan sehingga hari ni, aku tak dapat call dari dia walopun selepas balik dari Singapore aku stay KL lama gak sampai cuti berakhir, menumpang umah kekawan Puncak Jalil dan dia hanya call kekawan Puncak Jalil tu je. Kata kekawan Puncak Jalil, dia call kata kitorang tinggalkan dia. Apa-apa je lah Shahrom oii..... hiks..

Papehal walopun sakit sikit belanja percutian kat Singapore tu sbb dibandingkan dengan matawang kita. Yang penting seronok cuti2 tu. At least kaki ni dah menapak kat Singapore tu dan dah tau selok belok kat sana. Mungkin nanti aku nak gie lagi esp carik gadget2 baru atau lens camera, tu pun maybe masa sales ujung tahun atau pertengahan tahun.

 

* sampai sini aku dah tatau dah timeline sbb gambar2 untuk hari ni banyak ilang masa aku edit sat tadik.. aku rename gambar2 tu.. then separuh gambar tu ilang.. adoiii tensen.. seb baik ada copy kat zubir... tapi tu la, bila pulak aku nak balik seremban nak amik copy tu.. nak tunggu zubir online, bukannya ada internet kat umah aku tu... adoiii, tensen.. ilang mood masa tengah buat blog nih.. oh yer, kat pc ajoi pun ada copy gambar2 nih, seb baik banyak buat copy merata2... ajoi, mintak tolong bawak copy my singapore album tu masa cuti2 ke langkawi CNY nih yek... tq sesangat...

 

 

Posted at 10:12 pm
Comment  

Saturday, January 03, 2009
Hangin' Out at Sunway Pyramid

Lepak reramai kat Sunway Pyramid sambil layan ice skating.. cuma aku, Bush & Ajoi je tak join... takut tergelincir je.. dah la open lak tu.. ramai orang tengok.. kang kalo tergelincir, sure basah baju sbb ais tu dah cair bila reramai dok main atas tu.. lagik risau pulak kalo kaki terseliuh, dah la Isnin start kerja.. tak pepasal kena amik mc pulak nanti.. awal2 tahun ni kena jaga performance skitt.. kena kawal skit diri dari amik mc..

Ari ni lepak reramai pun sebab besok memasing dah nak abih cuti.. aku ngan Lego nak balik Penang... Rizal ngan Jop pulak nak balik Brunei.. kembali sepi rumah kekawan Puncak Jalil... papehal thanx to them sebab entertain we ols dan kekawan dari Brunei juga kekawan yang datang join our holiday sesama kat KL tu.

 

 

 

Posted at 10:59 pm
Comment  

Previous Page Next Page