|
 |
|
Wednesday, June 22, 2005
Posted at 10:00 pm
Permalink
Tuesday, June 21, 2005
Program Realiti…. Menambat hati
Sebuah program realiti penuh emosi yang memaparkan kisah kehidupan insan yang kurang bernasib baik akibat masalah kemiskinan, kesihatan, penganiayaan, nasib si ibu tunggal dan pelbagai lagi.
Pasti akan menyentuh hati sesiapa sahaja yang menontonnya apabila melihat segolongan insan kurang bernasib baik terpaksa berusaha gigih menempuh cabaran untuk meneruskan kehidupan.
BERSAMAMU << sila klik
Penyanyi: Jaclyn Victor
Komposer: Othman Mohamad
Penulis lirik: Habsah Hassan
Berbumbungkan angkasa kelabu
Lantainya bumi retak seribu
Setiap langkah perjalananmu
Beronak berliku
Betapa berat mata memandang
Berat bahu menggalas bebanan
Belum sempat menitis ke pipi
Tangisan kering sendiri
Berkali tersungkur
Pandanganmu kabur
Namun azam meneruskan hidup
Tak pernah luntur
Engkaulah perwira
Di medan derita
Merentasi ranjau kehidupan
Dengan harapan
Luahan rasa derita jiwa
Pada wajah tiada rahsia
Menunggu malang berganti tuah
Usah kau berputus asa
Kaulah wira
Posted at 01:50 am
Permalink
Saturday, June 18, 2005
Bangun pagi je hari ni tetiba je aku tengok tangan aku berbintik-bintik cam kena gigit nyamuk tapi penuh satu tangan. Memula aku tak sedar gak, masa tidur ingatkan nyamuk, aku menggaru tangan aku sampai terbit darah. Bila terjaga je aku tengok berbintik-bintik tangan aku ni. Nak kata alergik ke apa, tak pernah pulak aku kena. Jangan merebak satu badan sudah la. Ini pun aku tak tahan gatal ni. Kawan aku suruh aku sapu garam. Aku dah buat dah. Lagi bertambah gatal ada la. Aku harap kejap lagi ni ok la. Kalo tak ok, aku nak terus pegi klinik je. Mujurlah hari ini cuti. Semalam rasa nak demam tapi aku dah cepat-cepat makan ubat demam yang ada dalam simpanan.
Nak tidur balik dah malas dah, jam menunjukkan pukul 8.30 tapi matahari dah mencacak menerjah tingkap bilik aku ni macam dah pukul 11. Aku on pc ni terus aku search pasal tangan gatal ni. Adalah juga terjumpa blog-blog somebody bila aku search "bangun pagi tangan gatal". Lebih kurang cam alergik je bila aku baca blog mamat tu sebab dia pernah kena.
Kat ruang tamu umah aku tu, pc aku dok ada orang guna pulak. Aku ni jenis tak kisah bagi sesapa dok guna pc aku tu 24 jam. Nasib baik dalam bilik pun ada pc yang aku buat networking dengan internet juga. Walaupun begitu pemurahnya aku pada kawan-kawan tetap masih ada mulut-mulut mengatakan aku ni jenis tak boleh nak dibuat kawan waddeva semua. Aku pun bosan. Apa lagi yang aku nak tatang-tatang mereka ni? Kalo kekawan datang Penang ni, habis satu Penang ni aku bawak ronda. Tapi bila ada selisih paham sikit memacamlah mulut mengata kat belakang aku ni. Aku tak katalah semua kawan aku macam tu, cuma segelintir sahaja.
Aku rasa diri aku ni tempat org ambil kesempatan saja. Bila diorang nak guna sahaja kemudahan yang ada pada aku ni, lembut gigi dari lidah. Sampai bila aku nak biarkan orang pijak kepala aku kan. Kadang aku ni kereta sendiri pun sanggup kasi pinjam, tapi aku tengok orang lain takda sampai tahap macam tu boleh pinjamkan kereta mereka sewenang-wenang, kang kalo terjadi apa-apa siapa nak tanggung? Kadang aku hairan juga kenapa perlu nak gunakan sesuatu dekat aku sahaja. Kekawan lain pun ada kereta juga, ada kemudahan juga. Mungkin aku ni terlalu baik dengan orang kot. Itupun ada kawan baik aku, Fahmie yang selalu nasihat aku, sehinggakan suruh aku block pc aku. Tapi aku tak sanggup sampai tahap macam tu. Segala apa sahaja barang yang aku beli kat rumah ni. Sesapa nak guna tu silakan sahaja. Bebudak rumah aku sendiri aku tak berkira diorang nak guna tv aku ke, peti ais aku ke, dapur aku ke walaupun diorang hanya menyewa bilik sahaja. Aku anggap sekadar sedekah je semua tu.
Yang aku tak tahan bila satu tahap, telefon rumah aku, di ruang tamu, sewenang-wenang orang guna masa aku tidur, tak minta kebenaran apa pun. Itu pun terkantoi dengan aku masa aku bangun tidur tengah bergayut. Agaknya bila aku takdalah, lagi selamba orang guna. Bila aku sound, dia boleh cakap nak bayar bil tu bila bil sampai nanti. Aku sound lah balik dengan nada bengang dan tak puas hati, "Yelah tu, semua cakap macam tu, nak bayar balik bila dapat bil, masa nak mintak bayar, macam nak mintak sedekah, punyalah susah." Then lepas je dia hangup, terus aku cabut talian telefon tu dan terus simpan telefon tu dalam bilik. By that day sehingga hari ini dia tak datang umah aku lagi. Adalah 4-5 hari kot. Tapi aku tahu dia datang guna net kat cc yang berada di tingkat dua apartment aku ni. Bila pergi cc boleh pula bayar. Bila datang rumah aku saja, nak free manjang. Bila tak kasi mulalah tarik muka.
Lantak la dia nak amik hati ke ape dengan aku. Selama ini aku tak pernah pun menyusahkan sesapa. Orang je yang dok selalu datang kat aku, ambil kesempatan. Bila tak puas hati sikit mulalah mengata aku memacam. Tak luak lah aku, sebab aku tahu siapa yang menggunakan siapa. Kalau aku ni menggunakan kesenangan orang lain, dah tentulah aku yang rasa tersentap jika orang tak nak kawan ngan aku kan. Tapi ini orang lain yang selama ini gunakan aku, nak sentap ngan aku, peduli apa aku, tak luak sedikit pun. Sekelumit pun aku tak rasa apa-apa.
Kalau nak rugi pun, mungkin dia lah kot sebab aku ni boleh kata selalu pergi gerai makan bini dia, so kalau nak bengang ngan aku, buat apa aku nak pergi gerai tu kan. Melambak lagi gerai makan lain. Alah kalau pergi gerai makan dia tu pun bukannya aku dapat diskaun apa pun. Bisnes is bisnes lah bak kata depa lah kan. Aku pun jenis tak kisah, nak tolong kawan-kawan. Aku tak pernah pun berkira dengan kawan-kawan ni. Bila fikirkan balik, dalam bab telefon ni. Perlukah orang nak guna harta kita sesuka hati mak bapak dia punya harta? Hello... itu hak peribadi aku, aku masukkan line internet dan line telefon dalam rumah aku, adalah untuk kegunaan dan kemudahan aku sendiri. Nak main internet tu bolehlah aku kasi juga jika aku tengah tidak guna internet pada masa itu. Tapi kalau dah guna telefon rumah aku sesuka hati tu, baran lah jugak kan.
Start bercakap je di telefon, bermulalah bil aku dicaj, bermulalah duit aku mula dicatatkan untuk membayar bil nanti. Masa kantoi tu barulah dia nak tulis nombor telefon, untuk senang aku cek kat bil nanti bila dah sampai. Aku ingatkan dia call ke handpon orang untuk talian tempatan sahaja. Tapi nombor luar dari local pun ada jugak. Public fon punyalah berderet kat ground floor apartment ni, tetap nak guna fon aku juga. Yang terkulat-kulat nak bayar bil tu nanti, aku jugak. Masa tu tiada sesapa pun nak kongsi bersama rasa terkedu aku nak bayar bil-bil itu.
At least bila aku buat macam ni, takdalah org sesenang nak pijak kepala aku lagi kan. Bila aku cerita dengan mak aku pun, mak aku sokong apa yang aku buat, sebab mak aku sendiri pernah terkena, org bercinta pinjam telefon rumah aku, call awek dia kat Sarawak, bergayut tiap malam. Tup tup bil sampai kena RM800 lebih, terus mamat tu hilang. Bila terjumpa mintak balik, mulalah nak seteru ngan kita. Macam kita pulak yang bersalah. Kenapa ada orang macam gini hah? Memang benar kata orang, kawan tika senang & ketawa mudah dicari, kawan sewaktu susah, sukar ditemui, siapalah yang sanggup mengharungi susah senang bersama?
Posted at 10:37 am
Permalink
Monday, June 06, 2005
Cerita Tentang Office dan Juga Persahabatan
Hari ni aku halfday kerja. Busan pulak pergi keje hari Isnin ni. Mana taknya dah dua hari cuti sakan so bila tiba hari Isnin mood cuti tu masih ada lagi. Lagipun kat opis tadi ramai opismate aku yang masih bercuti. Bawa anak-anak pergi jalan-jalan kot. Maklumlah cuti sekolah. Kerja aku banyak lagi sebenarnya tapi kalau dah datang malas tu nak buat camne. Aku harap minggu ni semua settlelah kot. Besok pula ada audit dari KL plak nak datang cek kes-kes besar yang bermasalah. Aku tak ready apa-apa dokumen pun lagi untuk satu kes besar yang tengah di handle oleh firma guaman kat luar sana tu. Boss aku ni pun satu, patut dia yang buat. Semua serah bulat-bulat kat aku. Lantakkan le. Besok pepandai la aku nak handle, kalo tak bleh gak, aku panggil je boss aku.
Kat opis tadi ada sorang opismate aku yang baru je bertunang Jumaat lepas. Tup tup tadi dia cerita Jumaat ni kena kahwin pulak. Aik sebab apa pulak? Kejapnya tunang. Baik tak yah tunang hari tu, kahwin je terus. Rupa-rupanya tunang dia tu bertugas sebagai guru di Sabah dan untuk reason balik mengajar di Semenanjung, kenalah ada surat nikah untuk mengesahkan telah terikat dengan suami. So kawan aku ni pun nikah gantung je. Sebenarnya dalam istilah sebenar nikah gantung ni takda. Nikah tetap nikah dan sah sebagai suami isteri, cuma kenduri je yang ditangguhkan. Kawan aku ni nak buat kenduri bulan 12 nanti masa cuti sekolah. Lepas nikah je hari Jumaat ni terus Sabtunya tu dia kena hantar tunang yang dah sah jadi isterinya itu ke airport untuk balik ke Sabah. Lawak tul. Sempat bermesra untuk satu malam je. Aku pun sound juga jangan sampai berisi dah ler, karang bersanding bulan 12 nanti, bersanding tiga orang lah pulak. Kat opis tadi pepagi lagi dia dah keluar dah untuk settlekan all dokumen dan sebagainya untuk persiapan nikah nanti. Tiada siapa yang tahu pun sebab dia tak nak heboh-hebohkan terutama sekali geng-geng opis pompuan. Biasalah mulut pompuan kan. Hehehehe... bukan heboh satu opis je nanti, tapi heboh satu bangunan 10 tingkat tu. Part-part perli, sindiran dan usik mengusik yang buat pedih telinga nanti. Yang mengusik memang lah gembira menyakat tapi yang mangsanya nanti yang tak tahan mendengarnya.
Macam hari itu kawan aku ni tak tahu nak nyanyi lagu apa masa dinner family day opis kitorang. Dia pun bantai la nyanyi lagu Inai Di Jari, terus kena perli. Mulalah ada yang buat cerita kononnya kawan aku tu nyanyi lagu tu sebab frust dengan sorang budak opis pompuan yang baru je naik pelamin ngan bekas housemate kawan aku tu. Padahal kawan aku ni takde apa-apa pun ngan budak pompuan tu. Memanglah suatu waktu dulu dia bengang ngan budak pompuan tu tapi bukanlah pasal dia nak bercinta ngan budak tu. Puncanya budak pompuan tu dok bercinta ngan housemate dia sendiri secara rahsia, dah berbulan punya cerita baru dia tahu. Itupun orang lain yang bukan serumah dengan dia yang cerita. Mana kawan tak bengang. Padahal sebelum diorang tu bercinta, member serumah dia sebok bertanya untuk berkenalan dan meminta pertolongan kawan aku tu untuk dapatkan budak pompuan tu. Tapi bila dah dapat bercinta terus lupakan member aku tu.
Haiii.. bermacam jenis manusia kat dunia ni kan. Sebenarnya benda-benda macam ni lah yang buatkan kita lebih matang untuk mengenali perangai manusia. Setiap manusia tu pun tak sama. Bukan beratus malah beribu jenis perangai wujud dalam dunia ni. Sebagai manusia kita ni kenalah pandai memilih kawan. Bukan semua kawan pula boleh jadi kawan baik. Kita kenalah kaji sebab walaupun ada juga kawan yang baik dengan kita tetapi kita kena tengok pula perangai diorang adakah satu kepala dengan kita atau tidak. Mungkin ada perangai yang kita tidak boleh terima. Kawan ketawa senang di cari, bersepah... tetapi kawan menangis.. mungkin kita akan menangis sensorang. Bila kita senang ramai pula kawan disisi tetapi bila kita susah, tidak berharta, tidak berduit... siapa kawan kita? Sebagai kawan pun kita kadang-kadang rasa serba salah. Kadang apa yang betul kita buat disalah tafsirkan. Kadang-kadang untuk menjaga hati kawan pun susah. Layanan kita berikan tiada tolok banding tetapi akhirnya memakan diri juga. Bila kita lebih-lebih pula melayan, kawan-kawan pula pijak kepala. Masa itulah segala kesempatan yang ada pada kita digunakan secukupnya. Bila kita kurang layanan, mulalah kecil hati dan menyangka yang bukan-bukan. Dalam berkawan ini pun bermacam dugaan.
Anasir-anasir luar juga mencemburui dan cuba untuk memecah belahkan ikatan. Kawan-kawan sendiri kekadang tidak memahami apabila kita cuba menjaga hati sebelah pihak dan sebelah pihak lagi pun kita tetap cuba untuk beri kepuasan apabila perbalahan timbul antara kawan-kawan. Mulalah ada yang mengata kita cuma berkawan dengan sebelah pihak dan cuba untuk menangkan pihak itu sahaja. Akhirnya kita sendiri yang jadi mangsa tekanan, tohmahan dan syak wasangka. Itulah ertinya persabahatan, kita harus bersabar kerana inilah dunia, inilah manusia, inilah qada' dan qadar yang telah ditentukan oleh Allah sejak azali. Perjalanan hidup kita telah ditentukanNya. Anggaplah segala apa yang kita tempuhi hanyalah seperti filem-filem yang kita tonton di panggung wayang. Bila selesai menonton, lupakanlah segalanya atau pahatkannya sebagai suatu kenangan.
Posted at 04:13 pm
Permalink
Saturday, June 04, 2005
Malam tadi aku tidur umah kawan satu opis aku. Dekat je ngan umah aku. Aku tingkat 4, dia tingkat 5. Dia ngan family dia balik kampung semalam dan tinggalkan kunci umah dia kat aku, suruh aku kasi ikan kat akuarium dia makan masa dia kat kampung. Dia kata kalau nak tengok astro lepaklah umah dia. Aku pun apa lagi lepaklah umah dia malam tadi layan Astro sampai tertidur. Pasang aircond lagi. Aku tak lepak sorang sebab aku ajak housemate aku ngan sorang member ni pegi lepak sekali.
Sebenarnya bukannya aku tak nak pasang Astro kat umah aku. Nama aku dah pun register tapi aku pasang Astro kat umah mak bapak aku di Seremban. Aku skang dok tunggu MiTV launch nih. Seronoknya ada teknologi TiVo kat Malaysia ni. Lama tul aku menunggu. Kat US, TiVo nih dah lama dah ada.. since 1999. Aku dengar, MiTV nih nak launch bulan 12 nanti. Takpelah lambat skit tunggu. Kang aku pasang Astro pulak kang, nanti terikat pula. Dah ada decoder Astro tu nanti, kalo MiTV dah launch aku nak jual kat sapa. Baik aku tunggu je. Takpelah, nak tengok Astro, numpang jelah umah kekawan. Lagikpun aku bukannya kaki tv sangat pun. Kalo dah jadi kaki tv kang, sape plak nak ngadap komputer nih. Bil bayar bulan-bulan. Kang kekawan aku dok guna pree, aku gak yang bayar bil.

Yang bestnya teknologi MiTV nih, dia adalah VOD (video on demand), bermakna aku tak payah nak tunggu pukul berapa nak tunggu sesuatu program tv tu bermula. Aku dok depan tv, aku klik program tv yg aku nak, tadaaa.... terus aku bleh tengok. Then kalo aku nak rewind balik pun boleh. Kalo tengok live on tv pun bleh pause kalo nak ke dapur ke... ke bilik air ke... then nanti kita boleh view balik. Senang kan. Takyah nak tengok schedule program cam Astro tu. Contoh cam Movie Channel... diorg dah listkan sebulan ni dengan movie-movie title utk bulan ni. Kita boleh tengok movie mana yang kita nak tengok dulu then kita boleh ulang-ulang balik movie tu dalam masa sebulan tu sementara nak tunggu movie lain masuk the next month tu pulak. Tapi aku heran betullah MiTV punya marketing. Kenapa dia tak compete dari skang ngan Astro. Nanti dah ramai orang beli decoder astro, susah pula nak jual decoder MiTV. Dah tentu orang yang dah ada decoder astro takkan nak beli MiTV kan sebab kang nak beli decoder, nak kuar duit lagik. Baik apa yang dah ada tu, tengok tu jelah. Yang penting walaupun hati aku tergoda nak pasang Astro skang nih, aku tetap yakin nak tunggu MiTV kuar gak, tak kiralah Astro skang dok tawar harga murah ke hape.
Sebenarnya Video On Demand nih bukanlah aku tak pernah guna. Korang pun aku tahu pernah gunakan cuma korang tak tahu je sebenarnya org panggil Video On Demand tu hape. Sebenarnya video yang kita dok selalu download atau view kat komputer via internet ni, itulah video on demand. Sebenarnya kita boleh tengok tv broadband melalui internet ni. Kita juga kalau nak best bleh sambungkan wayar dari pc nih ke monitor tv kerana apa yang tertera di monitor tv sebenarnya lagi syok dari ngadap kat monitor komputer ni. Kekadang ada video yang kita download kat internet ni dia punya resolution adalah lebih sharp dan berkeupayaan untuk High Definion TV (HDTV) dan juga wide screen tv (tv skrin lebar). Kebanyakkan video yang streaming pula adalah bersesuaian untuk resolution tv biasa. Bermakna kita boleh jadikan pc kita sebagai device untuk program-program rancangan tv yang kita sendiri kendalikan seperti juga kita punyai alat pemain vcd atau video.
Posted at 01:16 pm
Permalink
Friday, June 03, 2005
Tergerak Ingatan Tulisan Diketik
Besok cuti lagi.. tapi aku tak tau nak pergi mana.. maybe makan kenduri umah kawan opis aku yang kahwin besok.. aku pegi umah pengantin pompuan je la.. yg pengantin laki maybe aku tak pegi kot sebab jauh sangat kat alor star.. dua-dua tu budak opis aku.. so tak kisah la kalo pegi umah salah sorang pun.. hari ni dok ngadap pc je la.. dan membaca blog-blog org.. aku dah lama tak menulis camnih.. menulis ape saje mende yg muncul dalam pala otak aku ni.. ape yg terlintas terus aku taipkan kat sini.. sebenarnya aku bukan ape.. aku ni kalo nak menulis blog.. aku kena pastikan privacy dulu.. tiada orang kat sekeliling aku.. aku punya pc ni kat ruang tamu.. selalunya ramai kawan aku lepas sorang, sorang dok guna.. aku ni bukannye jenis kedekut.. saja nak entertain kengkawan.. prinsip aku, rezeki ada kat mana-mana.. bila kita berbudi ngan org.. tuhan tu akan membuka laluan rezeki lebih luas kat kita.. cuma kita tak dapat nak rasa.. sama je macam kita bersedekah.. digital camera aku pula, sorang kawan opis aku dok pinjam.. khabarnya dia bertunang hari ni.. dia tak kasi aku kasik tau sesapa.. tapi aku pasti yg bebudak opis aku takde pun baca blog aku ni.. bagi aku kawan opis ngan kawan luar waktu kerja lain.. aku tak nak campur adukkan semua kekawan aku.. bagi aku.. aku lebih bebas bersosial dengan kawan-kawan yg aku kenali kat luar ni ngan kat internet.. kalo kawan kat opis aku lebih bersikap formal, nak bergurau pun cara opis gak la.. tak bleh nak over-over.. aku rasa korang sure paham kan.. esp sesapa yang bekerja tu.. berbalik pada cerita aku pasal penulisan blog ni.. aku lebih suka bersendirian sebenarnya.. lebih banyak idea nih menerjah pala otak aku.. aku tak kisah kalo laju kipas siling atas kepala aku ni dok menusuk telinga aku ni.. aku anggap sebagai penghibur.. ikan-ikan yang berenang sepi dalam aquarium bersebelahan pc aku ni pula seolah berlakon kononnya seakan menggoda aku untuk berhenti menaip dan memerhatikan mereka.. tetapi aku sedikit pun tidak tergoyah dengan godaan mereka.. kecuali.. kecuali kalo ade org sekeliling aku.. terus aku ilang mood utk menaip.. skang nih takde sesapa.. yuhuuuuu.. bebass rasanya.. sebenarnya aku rasa teruji bila membaca blog-blog kengkawan lain.. yg aku rasakan cara penulisan diorang lagik hebat dari aku.. sentappp membacanya.. cara lenggok dan susunan tutur cara penulisan diorang buat aku makan hati sahaja.. lelebih lagi kalau cara tulisan diorang tu yg tidak keterlaluan aku katakan sebagai penulisan seorang journalist... penulisan seorang pengkaji yang berisikan fakta dan pengetahuan.. juga penulisan seorang yang luas pandangannya seolah seluruh alam ini telah dijelajahi oleh mereka... sebenarnya mereka-mereka itulah pemberi semangat pada blogger2 lain utk memperbanyakkan karya dan suatu saingan yang hebat dan teratur.. ahhh sakit perut, aku lupa, aku tak makan lagi... chow
Posted at 05:06 pm
Permalink
Sunday, May 29, 2005
Bulan Mei ni hujung minggu aku penuh dengan percutian. Cuti Hari Pekerja ada event yang kawan aku buat di Pulau Jerjak Resort. Meriah jugak la sebab ramai kawan-kawan dari seluruh negeri di Malaysia. Lepas check-in di resort petang 1hb Mei tu ada telematch yang dibuat mengikut group secara random. Selepas habis telematch pula ada volleyball match pulak then malam pulak ada dinner dan persembahan kawan2 dari KL. Cuti Sabtu minggu pertama pula ada Family Day office aku di Copthorne Hotel, Penang. Malam pula dinner dan cabutan bertuah. Minggu kedua Mei pula kawan aku dari KL, Asri datang melawat. So kami yang kat Penang ni bawa dia makan-makan di Caveman, Sungai Petani. Di Caveman tu yang seronoknya kita makan BBQ, bakar sendiri. Tempat kita boleh pilih sendiri di padang yang luas yang disediakan meja dan tempat pembakar. Besoknya pula kami bawa Asri pergi berkelah di Hutan Rekreasi dan Air Terjun Bukit Hijau, Kulim. Cuti Sabtu minggu ketiga pula kawan-kawan aku dari Shah Alam pula datang bercuti. Diorang datang 3 orang, Apis, Bob & Zizi. Sekali lagi, aku sebagai tuan rumah negeri pelancongan Pulau Pinang ni kena jadi tourist guide untuk kengkawan aku ni sebab diorang bukannya tahu sangat jalan-jalan kat Penang ni. Dua bulan diorang dah plan untuk cuti ni dan menyuruh aku booking apartment ni Feringghi. Tiga hari dua malam diorang kat Penang ni. Aku bawa diorang merata Penang sehingga ke Balik Pulau. Hari kedua kat apartment, Fahmie, housemate aku datang join pula. Kengkawan aku ni sebelum balik sempat borong t-shirt Penang dan jeruk-jeruk. Sebelum diorang bertolak balik aku bawa diorang makan char kuay teow di Seberang Jaya. Dari respons diorang, memang diorang berpuashati dengan percutian ini. Harapan aku agar kenangan percutian itu akan diingat oleh mereka sampai bila-bila.
Gambar-gambar percutian bolehlah tengok di Fotopages aku.
Posted at 03:22 pm
Permalink
Thursday, May 19, 2005
Posted at 07:16 pm
Permalink
Sunday, May 15, 2005
Sorang member aku dari KL datang ke Penang. Namanya Asri. Sebagai tuan rumah negeri pelancongan nih, sedaya upaya aku memenuhi kepuasan member aku yang datang melawat nih. Bermula petang Jumaat aku jemputnya di stesen bas, malam tu pula pergi makan BBQ di Caveman, Sungai Petani. Seterusnya hari Sabtu pula aku membawanya bersama kawan-kawan lain berkelah di Hutan Rekreasi dan Air Terjun Bukit Hijau di Kulim. Happening jugalah sepanjang tiga hari Asri disini. Mulut dia tak habis-habis berceloteh dan skit-skit melatah. Sepanjang tiga hari itu juga bermacam-macam gambar di ambil. Siap masing-masing buat sessi fotografi ala-ala model di air terjun Bukit Hijau itu. Aksi dugong terdampar pun ada. Segala-gala kegembiraan ini bolehlah dikongsi bersama di fotopages aku. MY FOTOPAGES.
Posted at 11:56 am
Permalink
Monday, April 18, 2005
Hello guyz ... lama yek aku tak menulis kat sini. Bukannya aku dah tak online lagi.. aku masih lagi online cuma aku tak mengupdate je blog ni sebab aku dok surfing mencari maklumat2 baru.. selalu topic yang menjadi bahan bacaan aku kat net nih adalah seperti gadget2 baru di pasaran dan akan keluar di pasaran.. gadget2 baru ni lebih kepada elektronic device la.. macam camera terbaru la, robot, game console, hanpon terbaru dan memacam lagi.. pastuh aku suke gak surf mencari berita terbaru.. contoh macam kes gegaran gempa bumi aritu dan ape kaitan ngan supervolcano semua tu.. aku gak membusykan diri ngan join artismelayu.net .. melayan forum kat situ yang bukan sahaja berkisar pada topic artis tetapi semua isu kat malaysia nih.. pastuh aku kadang tu surfing dan download video lawak mcm funny commercial dari luar negara.. aku ingat nanti dah kumpul bahan2 video nih, aku nak burn dalam satu cd.. tayang kat tv.. syok gak layan.. esp kengkalau memember datang umah... ok la tu je perkembangan aku buat masa ini.. chow
Posted at 07:49 pm
Permalink
|
|
|