About Me
Name : Zaifulddin
Nickname : zaif, zaiful, epul, sepol
Occupation : Govt. Servant
Status : Single
Location : Butterworth, Penang, MY
Hometown : Seremban, Negeri Sembilan, MY
Email : cpointce@yahoo.com
My Fotopages
Friendster Album

Flickr Album
www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos from aypol.geo. Make your own badge here.

My Japanese name is Higashikuni Hamada.
Take The Kawaii Japanese Name Generator by Shuichigami today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.



My Tag Board
   

<< June 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Monday, June 06, 2005
Cerita Tentang Office dan Juga Persahabatan

Hari ni aku halfday kerja. Busan pulak pergi keje hari Isnin ni. Mana taknya dah dua hari cuti sakan so bila tiba hari Isnin mood cuti tu masih ada lagi. Lagipun kat opis tadi ramai opismate aku yang masih bercuti. Bawa anak-anak pergi jalan-jalan kot. Maklumlah cuti sekolah. Kerja aku banyak lagi sebenarnya tapi kalau dah datang malas tu nak buat camne. Aku harap minggu ni semua settlelah kot. Besok pula ada audit dari KL plak nak datang cek kes-kes besar yang bermasalah. Aku tak ready apa-apa dokumen pun lagi untuk satu kes besar yang tengah di handle oleh firma guaman kat luar sana tu. Boss aku ni pun satu, patut dia yang buat. Semua serah bulat-bulat kat aku. Lantakkan le. Besok pepandai la aku nak handle, kalo tak bleh gak, aku panggil je boss aku.

Kat opis tadi ada sorang opismate aku yang baru je bertunang Jumaat lepas. Tup tup tadi dia cerita Jumaat ni kena kahwin pulak. Aik sebab apa pulak? Kejapnya tunang. Baik tak yah tunang hari tu, kahwin je terus. Rupa-rupanya tunang dia tu bertugas sebagai guru di Sabah dan untuk reason balik mengajar di Semenanjung, kenalah ada surat nikah untuk mengesahkan telah terikat dengan suami. So kawan aku ni pun nikah gantung je. Sebenarnya dalam istilah sebenar nikah gantung ni takda. Nikah tetap nikah dan sah sebagai suami isteri, cuma kenduri je yang ditangguhkan. Kawan aku ni nak buat kenduri bulan 12 nanti masa cuti sekolah. Lepas nikah je hari Jumaat ni terus Sabtunya tu dia kena hantar tunang yang dah sah jadi isterinya itu ke airport untuk balik ke Sabah. Lawak tul. Sempat bermesra untuk satu malam je. Aku pun sound juga jangan sampai berisi dah ler, karang bersanding bulan 12 nanti, bersanding tiga orang lah pulak. Kat opis tadi pepagi lagi dia dah keluar dah untuk settlekan all dokumen dan sebagainya untuk persiapan nikah nanti. Tiada siapa yang tahu pun sebab dia tak nak heboh-hebohkan terutama sekali geng-geng opis pompuan. Biasalah mulut pompuan kan. Hehehehe... bukan heboh satu opis je nanti, tapi heboh satu bangunan 10 tingkat tu. Part-part perli, sindiran dan usik mengusik yang buat pedih telinga nanti. Yang mengusik memang lah gembira menyakat tapi yang mangsanya nanti yang tak tahan mendengarnya.

Macam hari itu kawan aku ni tak tahu nak nyanyi lagu apa masa dinner family day opis kitorang. Dia pun bantai la nyanyi lagu Inai Di Jari, terus kena perli. Mulalah ada yang buat cerita kononnya kawan aku tu nyanyi lagu tu sebab frust dengan sorang budak opis pompuan yang baru je naik pelamin ngan bekas housemate kawan aku tu. Padahal kawan aku ni takde apa-apa pun ngan budak pompuan tu. Memanglah suatu waktu dulu dia bengang ngan budak pompuan tu tapi bukanlah pasal dia nak bercinta ngan budak tu. Puncanya budak pompuan tu dok bercinta ngan housemate dia sendiri secara rahsia, dah berbulan punya cerita baru dia tahu. Itupun orang lain yang bukan serumah dengan dia yang cerita. Mana kawan tak bengang. Padahal sebelum diorang tu bercinta, member serumah dia sebok bertanya untuk berkenalan dan meminta pertolongan kawan aku tu untuk dapatkan budak pompuan tu. Tapi bila dah dapat bercinta terus lupakan member aku tu.

Haiii.. bermacam jenis manusia kat dunia ni kan. Sebenarnya benda-benda macam ni lah yang buatkan kita lebih matang untuk mengenali perangai manusia. Setiap manusia tu pun tak sama. Bukan beratus malah beribu jenis perangai wujud dalam dunia ni. Sebagai manusia kita ni kenalah pandai memilih kawan. Bukan semua kawan pula boleh jadi kawan baik. Kita kenalah kaji sebab walaupun ada juga kawan yang baik dengan kita tetapi kita kena tengok pula perangai diorang adakah satu kepala dengan kita atau tidak. Mungkin ada perangai yang kita tidak boleh terima. Kawan ketawa senang di cari, bersepah... tetapi kawan menangis.. mungkin kita akan menangis sensorang. Bila kita senang ramai pula kawan disisi tetapi bila kita susah, tidak berharta, tidak berduit... siapa kawan kita? Sebagai kawan pun kita kadang-kadang rasa serba salah. Kadang apa yang betul kita buat disalah tafsirkan. Kadang-kadang untuk menjaga hati kawan pun susah. Layanan kita berikan tiada tolok banding tetapi akhirnya memakan diri juga. Bila kita lebih-lebih pula melayan, kawan-kawan pula pijak kepala. Masa itulah segala kesempatan yang ada pada kita digunakan secukupnya. Bila kita kurang layanan, mulalah kecil hati dan menyangka yang bukan-bukan. Dalam berkawan ini pun bermacam dugaan.

Anasir-anasir luar juga mencemburui dan cuba untuk memecah belahkan ikatan. Kawan-kawan sendiri kekadang tidak memahami apabila kita cuba menjaga hati sebelah pihak dan sebelah pihak lagi pun kita tetap cuba untuk beri kepuasan apabila perbalahan timbul antara kawan-kawan. Mulalah ada yang mengata kita cuma berkawan dengan sebelah pihak dan cuba untuk menangkan pihak itu sahaja. Akhirnya kita sendiri yang jadi mangsa tekanan, tohmahan dan syak wasangka. Itulah ertinya persabahatan, kita harus bersabar kerana inilah dunia, inilah manusia, inilah qada' dan qadar yang telah ditentukan oleh Allah sejak azali. Perjalanan hidup kita telah ditentukanNya. Anggaplah segala apa yang kita tempuhi hanyalah seperti filem-filem yang kita tonton di panggung wayang. Bila selesai menonton, lupakanlah segalanya atau pahatkannya sebagai suatu kenangan.

Posted at 04:13 pm
Comment  

Saturday, June 04, 2005
Astro & MiTV

Malam tadi aku tidur umah kawan satu opis aku. Dekat je ngan umah aku. Aku tingkat 4, dia tingkat 5. Dia ngan family dia balik kampung semalam dan tinggalkan kunci umah dia kat aku, suruh aku kasi ikan kat akuarium dia makan masa dia kat kampung. Dia kata kalau nak tengok astro lepaklah umah dia. Aku pun apa lagi lepaklah umah dia malam tadi layan Astro sampai tertidur. Pasang aircond lagi. Aku tak lepak sorang sebab aku ajak housemate aku ngan sorang member ni pegi lepak sekali. 

Sebenarnya bukannya aku tak nak pasang Astro kat umah aku. Nama aku dah pun register tapi aku pasang Astro kat umah mak bapak aku di Seremban. Aku skang dok tunggu MiTV launch nih. Seronoknya ada teknologi TiVo kat Malaysia ni. Lama tul aku menunggu. Kat US, TiVo nih dah lama dah ada.. since 1999. Aku dengar, MiTV nih nak launch bulan 12 nanti. Takpelah lambat skit tunggu. Kang aku pasang Astro pulak kang, nanti terikat pula. Dah ada decoder Astro tu nanti, kalo MiTV dah launch aku nak jual kat sapa. Baik aku tunggu je. Takpelah, nak tengok Astro, numpang jelah umah kekawan. Lagikpun aku bukannya kaki tv sangat pun. Kalo dah jadi kaki tv kang, sape plak nak ngadap komputer nih. Bil bayar bulan-bulan. Kang kekawan aku dok guna pree, aku gak yang bayar bil.



Yang bestnya teknologi MiTV nih, dia adalah VOD (video on demand), bermakna aku tak payah nak tunggu pukul berapa nak tunggu sesuatu program tv tu bermula. Aku dok depan tv, aku klik program tv yg aku nak, tadaaa.... terus aku bleh tengok. Then kalo aku nak rewind balik pun boleh. Kalo tengok live on tv pun bleh pause kalo nak ke dapur ke... ke bilik air ke... then nanti kita boleh view balik. Senang kan. Takyah nak tengok schedule program cam Astro tu. Contoh cam Movie Channel... diorg dah listkan sebulan ni dengan movie-movie title utk bulan ni. Kita boleh tengok movie mana yang kita nak tengok dulu then kita boleh ulang-ulang balik movie tu dalam masa sebulan tu sementara nak tunggu movie lain masuk the next month tu pulak. Tapi aku heran betullah MiTV punya marketing. Kenapa dia tak compete dari skang ngan Astro. Nanti dah ramai orang beli decoder astro, susah pula nak jual decoder MiTV. Dah tentu orang yang dah ada decoder astro takkan nak beli MiTV kan sebab kang nak beli decoder, nak kuar duit lagik. Baik apa yang dah ada tu, tengok tu jelah. Yang penting walaupun hati aku tergoda nak pasang Astro skang nih, aku tetap yakin nak tunggu MiTV kuar gak, tak kiralah Astro skang dok tawar harga murah ke hape.

Sebenarnya Video On Demand nih bukanlah aku tak pernah guna. Korang pun aku tahu pernah gunakan cuma korang tak tahu je sebenarnya org panggil Video On Demand tu hape. Sebenarnya video yang kita dok selalu download atau view kat komputer via internet ni, itulah video on demand. Sebenarnya kita boleh tengok tv broadband melalui internet ni. Kita juga kalau nak best bleh sambungkan wayar dari pc nih ke monitor tv kerana apa yang tertera di monitor tv sebenarnya lagi syok dari ngadap kat monitor komputer ni. Kekadang ada video yang kita download kat internet ni dia punya resolution adalah lebih sharp dan berkeupayaan untuk High Definion TV (HDTV) dan juga wide screen tv (tv skrin lebar). Kebanyakkan video yang streaming pula adalah bersesuaian untuk resolution tv biasa. Bermakna kita boleh jadikan pc kita sebagai device untuk program-program rancangan tv yang kita sendiri kendalikan seperti juga kita punyai alat pemain vcd atau video.      
 

Posted at 01:16 pm
Comment  

Friday, June 03, 2005
Tergerak Ingatan Tulisan Diketik

Besok cuti lagi.. tapi aku tak tau nak pergi mana.. maybe makan kenduri umah kawan opis aku yang kahwin besok.. aku pegi umah pengantin pompuan je la.. yg pengantin laki maybe aku tak pegi kot sebab jauh sangat kat alor star.. dua-dua tu budak opis aku.. so tak kisah la kalo pegi umah salah sorang pun.. hari ni dok ngadap pc je la.. dan membaca blog-blog org.. aku dah lama tak menulis camnih.. menulis ape saje mende yg muncul dalam pala otak aku ni.. ape yg terlintas terus aku taipkan kat sini.. sebenarnya aku bukan ape.. aku ni kalo nak menulis blog.. aku kena pastikan privacy dulu.. tiada orang kat sekeliling aku.. aku punya pc ni kat ruang tamu.. selalunya ramai kawan aku lepas sorang, sorang dok guna.. aku ni bukannye jenis kedekut.. saja nak entertain kengkawan.. prinsip aku, rezeki ada kat mana-mana.. bila kita berbudi ngan org.. tuhan tu akan membuka laluan rezeki lebih luas kat kita.. cuma kita tak dapat nak rasa.. sama je macam kita bersedekah.. digital camera aku pula, sorang kawan opis aku dok pinjam.. khabarnya dia bertunang hari ni.. dia tak kasi aku kasik tau sesapa.. tapi aku pasti yg bebudak opis aku takde pun baca blog aku ni.. bagi aku kawan opis ngan kawan luar waktu kerja lain.. aku tak nak campur adukkan semua kekawan aku.. bagi aku.. aku lebih bebas bersosial dengan kawan-kawan yg aku kenali kat luar ni ngan kat internet.. kalo kawan kat opis aku lebih bersikap formal, nak bergurau pun cara opis gak la.. tak bleh nak over-over.. aku rasa korang sure paham kan.. esp sesapa yang bekerja tu.. berbalik pada cerita aku pasal penulisan blog ni.. aku lebih suka bersendirian sebenarnya.. lebih banyak idea nih menerjah pala otak aku.. aku tak kisah kalo laju kipas siling atas kepala aku ni dok menusuk telinga aku ni.. aku anggap sebagai penghibur.. ikan-ikan yang berenang sepi dalam aquarium bersebelahan pc aku ni pula seolah berlakon kononnya seakan menggoda aku untuk berhenti menaip dan memerhatikan mereka.. tetapi aku sedikit pun tidak tergoyah dengan godaan mereka.. kecuali.. kecuali kalo ade org sekeliling aku.. terus aku ilang mood utk menaip.. skang nih takde sesapa.. yuhuuuuu.. bebass rasanya.. sebenarnya aku rasa teruji bila membaca blog-blog kengkawan lain.. yg aku rasakan cara penulisan diorang lagik hebat dari aku.. sentappp membacanya.. cara lenggok dan susunan tutur cara penulisan diorang buat aku makan hati sahaja.. lelebih lagi kalau cara tulisan diorang tu yg tidak keterlaluan aku katakan sebagai penulisan seorang journalist... penulisan seorang pengkaji yang berisikan fakta dan pengetahuan.. juga penulisan seorang yang luas pandangannya seolah seluruh alam ini telah dijelajahi oleh mereka... sebenarnya mereka-mereka itulah pemberi semangat pada blogger2 lain utk memperbanyakkan karya dan suatu saingan yang hebat dan teratur.. ahhh sakit perut, aku lupa, aku tak makan lagi... chow

Posted at 05:06 pm
Comment  

Sunday, May 29, 2005
Bulan Cuti-cuti

Bulan Mei ni hujung minggu aku penuh dengan percutian. Cuti Hari Pekerja ada event yang kawan aku buat di Pulau Jerjak Resort. Meriah jugak la sebab ramai kawan-kawan dari seluruh negeri di Malaysia. Lepas check-in di resort petang 1hb Mei tu ada telematch yang dibuat mengikut group secara random. Selepas habis telematch pula ada volleyball match pulak then malam pulak ada dinner dan persembahan kawan2 dari KL. Cuti Sabtu minggu pertama pula ada Family Day office aku di Copthorne Hotel, Penang. Malam pula dinner dan cabutan bertuah. Minggu kedua Mei pula kawan aku dari KL, Asri datang melawat. So kami yang kat Penang ni bawa dia makan-makan di Caveman, Sungai Petani. Di Caveman tu yang seronoknya kita makan BBQ, bakar sendiri. Tempat kita boleh pilih sendiri di padang yang luas yang disediakan meja dan tempat pembakar. Besoknya pula kami bawa Asri pergi berkelah di Hutan Rekreasi dan Air Terjun Bukit Hijau, Kulim. Cuti Sabtu minggu ketiga pula kawan-kawan aku dari Shah Alam pula datang bercuti. Diorang datang 3 orang, Apis, Bob & Zizi. Sekali lagi, aku sebagai tuan rumah negeri pelancongan Pulau Pinang ni kena jadi tourist guide untuk kengkawan aku ni sebab diorang bukannya tahu sangat jalan-jalan kat Penang ni. Dua bulan diorang dah plan untuk cuti ni dan menyuruh aku booking apartment ni Feringghi. Tiga hari dua malam diorang kat Penang ni. Aku bawa diorang merata Penang sehingga ke Balik Pulau. Hari kedua kat apartment, Fahmie, housemate aku datang join pula. Kengkawan aku ni sebelum balik sempat borong t-shirt Penang dan jeruk-jeruk. Sebelum diorang bertolak balik aku bawa diorang makan char kuay teow di Seberang Jaya. Dari respons diorang, memang diorang berpuashati dengan percutian ini. Harapan aku agar kenangan percutian itu akan diingat oleh mereka sampai bila-bila.

Gambar-gambar percutian bolehlah tengok di
Fotopages aku. 

BBQ di Caveman, Sg Petani, Kedah bersama Fahmie, Nobita, Eisz & Asri


Pemandangan Indah Balik Pulau bersama Zizi, Apis, Bob & Fahmie (cameraman)

Posted at 03:22 pm
Comment  

Thursday, May 19, 2005
My Video Project



Sewaktu melepak-lepak tepi pantai dengan tiga orang kawan aku.. aku tak tau nak buat shot apa ngan viewcam.. so apa lagi aku dok shoot lah muka diorang nih dan aksi candid diorang.. shot-shot tu semua kebetulan aje... tak cadang pulak nak buat video clip lagu apa... then bila sampai umah, teringin pulak nak buat video clip... so hasilnya macam nih la bila aku dah buat editing.. aku bleh buat kesimpulan cerita dalam video clip nih, kononnya pompuan nih memula kapel ngan sorang mamat nih.. then tetibe jatuh cinta ngan mamat yang lagi sorang tu pulak... tapi nasiblah kan memule ada mamat pakai kelisa.. clash pulak.. last2 balik naik moto jer lah pompuan tu... kehkehkheh :P... videoclip aku ni pun juga korang boleh jumpa kat www.terato.com

Posted at 07:16 pm
Comment  

Sunday, May 15, 2005
Asri Datang Ke Penang

Sorang member aku dari KL datang ke Penang. Namanya Asri. Sebagai tuan rumah negeri pelancongan nih, sedaya upaya aku memenuhi kepuasan member aku yang datang melawat nih. Bermula petang Jumaat aku jemputnya di stesen bas, malam tu pula pergi makan BBQ di Caveman, Sungai Petani. Seterusnya hari Sabtu pula aku membawanya bersama kawan-kawan lain berkelah di Hutan Rekreasi dan Air Terjun Bukit Hijau di Kulim. Happening jugalah sepanjang tiga hari Asri disini. Mulut dia tak habis-habis berceloteh dan skit-skit melatah. Sepanjang tiga hari itu juga bermacam-macam gambar di ambil. Siap masing-masing buat sessi fotografi ala-ala model di air terjun Bukit Hijau itu. Aksi dugong terdampar pun ada. Segala-gala kegembiraan ini bolehlah dikongsi bersama di fotopages aku. MY FOTOPAGES.

Posted at 11:56 am
Comment  

Monday, April 18, 2005
Lama Gak Tak Menulih

Hello guyz ... lama yek aku tak menulis kat sini. Bukannya aku dah tak online lagi.. aku masih lagi online cuma aku tak mengupdate je blog ni sebab aku dok surfing mencari maklumat2 baru.. selalu topic yang menjadi bahan bacaan aku kat net nih adalah seperti gadget2 baru di pasaran dan akan keluar di pasaran.. gadget2 baru ni lebih kepada elektronic device la.. macam camera terbaru la, robot, game console, hanpon terbaru dan memacam lagi.. pastuh aku suke gak surf mencari berita terbaru.. contoh macam kes gegaran gempa bumi aritu dan ape kaitan ngan supervolcano semua tu.. aku gak membusykan diri ngan join artismelayu.net .. melayan forum kat situ yang bukan sahaja berkisar pada topic artis tetapi semua isu kat malaysia nih.. pastuh aku kadang tu surfing dan download video lawak mcm funny commercial dari luar negara.. aku ingat nanti dah kumpul bahan2 video nih, aku nak burn dalam satu cd.. tayang kat tv.. syok gak layan.. esp kengkalau memember datang umah... ok la tu je perkembangan aku buat masa ini.. chow

Posted at 07:49 pm
Comment  

Monday, March 28, 2005
Conteng-conteng

Draw your own graffiti - nice page to conteng-conteng.............


Posted at 11:22 pm
Comment  

Thursday, March 24, 2005
3 Year Old Basketball Pro

High school juniors are too old. Basketball is a young man's game. This kid, for instance, is three.


Watch this...!!!

Posted at 12:51 am
Comment  

Wednesday, March 23, 2005
Rock, Paper, My Dad Will Totally Sue Your Dad Dude

Lessee… paper beats rock, rock beats scissors, scissors beats what looks like a little back history of some light bullying. We wonder how many times in this kid’s life he was warned not to do exactly this. We also wonder how this sort of thing happened in a dorm room with not one utterance of “just a flesh wound.” Perhaps the camera didn’t pick it up.

Posted at 11:59 pm
Comment  

Next Page