|
 |
|
Friday, June 03, 2005
Tergerak Ingatan Tulisan Diketik
Besok cuti lagi.. tapi aku tak tau nak pergi mana.. maybe makan kenduri umah kawan opis aku yang kahwin besok.. aku pegi umah pengantin pompuan je la.. yg pengantin laki maybe aku tak pegi kot sebab jauh sangat kat alor star.. dua-dua tu budak opis aku.. so tak kisah la kalo pegi umah salah sorang pun.. hari ni dok ngadap pc je la.. dan membaca blog-blog org.. aku dah lama tak menulis camnih.. menulis ape saje mende yg muncul dalam pala otak aku ni.. ape yg terlintas terus aku taipkan kat sini.. sebenarnya aku bukan ape.. aku ni kalo nak menulis blog.. aku kena pastikan privacy dulu.. tiada orang kat sekeliling aku.. aku punya pc ni kat ruang tamu.. selalunya ramai kawan aku lepas sorang, sorang dok guna.. aku ni bukannye jenis kedekut.. saja nak entertain kengkawan.. prinsip aku, rezeki ada kat mana-mana.. bila kita berbudi ngan org.. tuhan tu akan membuka laluan rezeki lebih luas kat kita.. cuma kita tak dapat nak rasa.. sama je macam kita bersedekah.. digital camera aku pula, sorang kawan opis aku dok pinjam.. khabarnya dia bertunang hari ni.. dia tak kasi aku kasik tau sesapa.. tapi aku pasti yg bebudak opis aku takde pun baca blog aku ni.. bagi aku kawan opis ngan kawan luar waktu kerja lain.. aku tak nak campur adukkan semua kekawan aku.. bagi aku.. aku lebih bebas bersosial dengan kawan-kawan yg aku kenali kat luar ni ngan kat internet.. kalo kawan kat opis aku lebih bersikap formal, nak bergurau pun cara opis gak la.. tak bleh nak over-over.. aku rasa korang sure paham kan.. esp sesapa yang bekerja tu.. berbalik pada cerita aku pasal penulisan blog ni.. aku lebih suka bersendirian sebenarnya.. lebih banyak idea nih menerjah pala otak aku.. aku tak kisah kalo laju kipas siling atas kepala aku ni dok menusuk telinga aku ni.. aku anggap sebagai penghibur.. ikan-ikan yang berenang sepi dalam aquarium bersebelahan pc aku ni pula seolah berlakon kononnya seakan menggoda aku untuk berhenti menaip dan memerhatikan mereka.. tetapi aku sedikit pun tidak tergoyah dengan godaan mereka.. kecuali.. kecuali kalo ade org sekeliling aku.. terus aku ilang mood utk menaip.. skang nih takde sesapa.. yuhuuuuu.. bebass rasanya.. sebenarnya aku rasa teruji bila membaca blog-blog kengkawan lain.. yg aku rasakan cara penulisan diorang lagik hebat dari aku.. sentappp membacanya.. cara lenggok dan susunan tutur cara penulisan diorang buat aku makan hati sahaja.. lelebih lagi kalau cara tulisan diorang tu yg tidak keterlaluan aku katakan sebagai penulisan seorang journalist... penulisan seorang pengkaji yang berisikan fakta dan pengetahuan.. juga penulisan seorang yang luas pandangannya seolah seluruh alam ini telah dijelajahi oleh mereka... sebenarnya mereka-mereka itulah pemberi semangat pada blogger2 lain utk memperbanyakkan karya dan suatu saingan yang hebat dan teratur.. ahhh sakit perut, aku lupa, aku tak makan lagi... chow
Posted at 05:06 pm
Permalink
Sunday, May 29, 2005
Bulan Mei ni hujung minggu aku penuh dengan percutian. Cuti Hari Pekerja ada event yang kawan aku buat di Pulau Jerjak Resort. Meriah jugak la sebab ramai kawan-kawan dari seluruh negeri di Malaysia. Lepas check-in di resort petang 1hb Mei tu ada telematch yang dibuat mengikut group secara random. Selepas habis telematch pula ada volleyball match pulak then malam pulak ada dinner dan persembahan kawan2 dari KL. Cuti Sabtu minggu pertama pula ada Family Day office aku di Copthorne Hotel, Penang. Malam pula dinner dan cabutan bertuah. Minggu kedua Mei pula kawan aku dari KL, Asri datang melawat. So kami yang kat Penang ni bawa dia makan-makan di Caveman, Sungai Petani. Di Caveman tu yang seronoknya kita makan BBQ, bakar sendiri. Tempat kita boleh pilih sendiri di padang yang luas yang disediakan meja dan tempat pembakar. Besoknya pula kami bawa Asri pergi berkelah di Hutan Rekreasi dan Air Terjun Bukit Hijau, Kulim. Cuti Sabtu minggu ketiga pula kawan-kawan aku dari Shah Alam pula datang bercuti. Diorang datang 3 orang, Apis, Bob & Zizi. Sekali lagi, aku sebagai tuan rumah negeri pelancongan Pulau Pinang ni kena jadi tourist guide untuk kengkawan aku ni sebab diorang bukannya tahu sangat jalan-jalan kat Penang ni. Dua bulan diorang dah plan untuk cuti ni dan menyuruh aku booking apartment ni Feringghi. Tiga hari dua malam diorang kat Penang ni. Aku bawa diorang merata Penang sehingga ke Balik Pulau. Hari kedua kat apartment, Fahmie, housemate aku datang join pula. Kengkawan aku ni sebelum balik sempat borong t-shirt Penang dan jeruk-jeruk. Sebelum diorang bertolak balik aku bawa diorang makan char kuay teow di Seberang Jaya. Dari respons diorang, memang diorang berpuashati dengan percutian ini. Harapan aku agar kenangan percutian itu akan diingat oleh mereka sampai bila-bila.
Gambar-gambar percutian bolehlah tengok di Fotopages aku.
Posted at 03:22 pm
Permalink
Thursday, May 19, 2005
Posted at 07:16 pm
Permalink
Sunday, May 15, 2005
Sorang member aku dari KL datang ke Penang. Namanya Asri. Sebagai tuan rumah negeri pelancongan nih, sedaya upaya aku memenuhi kepuasan member aku yang datang melawat nih. Bermula petang Jumaat aku jemputnya di stesen bas, malam tu pula pergi makan BBQ di Caveman, Sungai Petani. Seterusnya hari Sabtu pula aku membawanya bersama kawan-kawan lain berkelah di Hutan Rekreasi dan Air Terjun Bukit Hijau di Kulim. Happening jugalah sepanjang tiga hari Asri disini. Mulut dia tak habis-habis berceloteh dan skit-skit melatah. Sepanjang tiga hari itu juga bermacam-macam gambar di ambil. Siap masing-masing buat sessi fotografi ala-ala model di air terjun Bukit Hijau itu. Aksi dugong terdampar pun ada. Segala-gala kegembiraan ini bolehlah dikongsi bersama di fotopages aku. MY FOTOPAGES.
Posted at 11:56 am
Permalink
Monday, April 18, 2005
Hello guyz ... lama yek aku tak menulis kat sini. Bukannya aku dah tak online lagi.. aku masih lagi online cuma aku tak mengupdate je blog ni sebab aku dok surfing mencari maklumat2 baru.. selalu topic yang menjadi bahan bacaan aku kat net nih adalah seperti gadget2 baru di pasaran dan akan keluar di pasaran.. gadget2 baru ni lebih kepada elektronic device la.. macam camera terbaru la, robot, game console, hanpon terbaru dan memacam lagi.. pastuh aku suke gak surf mencari berita terbaru.. contoh macam kes gegaran gempa bumi aritu dan ape kaitan ngan supervolcano semua tu.. aku gak membusykan diri ngan join artismelayu.net .. melayan forum kat situ yang bukan sahaja berkisar pada topic artis tetapi semua isu kat malaysia nih.. pastuh aku kadang tu surfing dan download video lawak mcm funny commercial dari luar negara.. aku ingat nanti dah kumpul bahan2 video nih, aku nak burn dalam satu cd.. tayang kat tv.. syok gak layan.. esp kengkalau memember datang umah... ok la tu je perkembangan aku buat masa ini.. chow
Posted at 07:49 pm
Permalink
Monday, March 28, 2005
Draw your own graffiti - nice page to conteng-conteng.............
Posted at 11:22 pm
Permalink
Thursday, March 24, 2005
3 Year Old Basketball Pro
High school juniors are too old. Basketball is a young man's game. This kid, for instance, is three.
Watch this...!!!
Posted at 12:51 am
Permalink
Wednesday, March 23, 2005
Rock, Paper, My Dad Will Totally Sue Your Dad Dude
Lessee… paper beats rock, rock beats scissors, scissors beats what looks like a little back history of some light bullying. We wonder how many times in this kid’s life he was warned not to do exactly this. We also wonder how this sort of thing happened in a dorm room with not one utterance of “just a flesh wound.” Perhaps the camera didn’t pick it up.
Posted at 11:59 pm
Permalink
Tetengah surfing tadi aku terjumpa satu website menarik. Iaitu mengenai Reverse Speech dimana didalam percakapan manusia yang dirakam dan dimainkan semula secara terbalik terdapat satu ayat yang tersirat. Seperti contoh eksperimen yang dibuat dengan suara tangisan seorang bayi, ada bunyi tersirat bila dimainkan secara terbalik iaitu "Mummy mummy", ada juga lagu-lagu popular luar negeri yang mengandungi ayat tersembunyi. Kalau nak tau dengan lebih lanjut masuk website nih.
Reverse Speech - Voices from the Unconscious
Posted at 02:36 pm
Permalink
Saturday, March 19, 2005
Cara Melipat Baju Yang Mudah
Posted at 04:25 pm
Permalink
|
|
|