About Me
Name : Zaifulddin
Nickname : zaif, zaiful, epul, sepol
Occupation : Govt. Servant
Status : Single
Location : Butterworth, Penang, MY
Hometown : Seremban, Negeri Sembilan, MY
Email : cpointce@yahoo.com
My Fotopages
Friendster Album

Flickr Album
www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos from aypol.geo. Make your own badge here.

My Japanese name is Higashikuni Hamada.
Take The Kawaii Japanese Name Generator by Shuichigami today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.



My Tag Board
   

<< January 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Thursday, November 20, 2008
Add Letters!

while surfing the internet.. i found this interesting pages, where you can generate a sign without using an editing software or photoshop.. very simple and easy.. you can use the sign on your blog, email, homepage etc...

just go to this link.. there are many style you can choose and plus your creativity to produce a desired results.. no url stamping on the image..

good to try...

 

 

 

 

 

Posted at 09:45 pm
Comment  

Monday, November 17, 2008
This Weekend Story

Sabtu lepas, mak & abah aku serta adik aku Dyll & wife dia Aien, wan aku, anak sedara aku Nurul, sepupu aku, Siti & Kamal datang lepak umah aku kat Penang ni. Seronok bila sekali sekala dikunjungi mak bapak dan sedara mara ni. Meriah kejap umah aku. Diorang datang sini pun sebab keesokkan harinya ada kenduri kahwin kat umah nenek sedara aku kat Taiping. So alang2 nak pi kenduri tu, diorang terus datang umah aku.

Malam minggu tu aku bawak diorang gie makan kat restoran ikan bakar Teluk Tempoyak. Hidangan yang dipilih untuk dibakar.... ikan siakap dua ekor, ikan merah dua ekor dan udang setengah kilo.. nak amik juadah2 lain kebanyakkan dah abih. Tak leh lewat sikit.

Lepas makan pulak, gie Padang Kota. Aku tengok grand stand kat padang tu utk event 'King of Tennis' yang dah batal tu ada lagi. Tengah ditanggalkan semula oleh pekerja2 kat situ. Isk camne la international event leh batal. Teruk tul organizer nih. Nak buat grand2 tapi last last jadik camnih. Sepatutnya weekend nih la berlangsungnya event tu. Nak wat camno. Mungkin ada masalah yang kita tak tau.

Kalo bawak kekawan atau family lepak Padang Kota nih, tak sah kalo aku tak beli fresh mix fruits kat satu gerai kat food court tu. Puas ati dapat makan memacam jenis buah fresh yang ada dijual kat gerai tu. Pastu aku beli rojak buah. Dyll pulak beli sotong bakar dan Siti beli pasembor. Lego ngan bapak aku lak gie urut kaki refleksologi. Murah gak.. dlm 20 ringgit. Lama gak urut. Jenuh kami nih tunggu diorang. Sampai ngantuk2.

Sebelum kol 2 kena bertolak balik sebab bridge nak tutup malam tu dari kol 2 sampai kol 10 pagi. Ada Penang Bridge Marathon 2008 pagi esoknya. Kang kalo lelambat balik, tak pepasal tersangkut kat pulau tu lak.

Ahad kol 9 pagi, gie Taiping, umah nenek sedara aku, anak dia kawen (pangkat bapak sedara lah kot kat aku walopun pengantin tu lagik muda dari aku, ye la sepupu mak aku kan). Sampai kol 3 ptg gak kat situ. Meleleh peluh aku ngan bahang cuaca ari tu. Panas betul.

Selamat pengantin baru kat sedara aku ni, Rosli & Junainah.

Tghari tu, Eisz ada call aku ajak gie mandi-mandi kat Carnival Water Park Sg Petani ngan Nobit, Mafiz, Abu & Mirr.. tapi aku mmg tak sempat nak join diorang. Balik-balik dari kenduri pun penat. Ingatkan nak lelapkan mata barang sekejap, tapi leka pulak transfer gambar kat pc then layan internet jap ngan layan tv. Tup tup dah kol 7 ptg. 

Call Eisz. Diorang dah balik dari mandi manda. On da way nak pi karaoke kat Seberang Jaya pulak. Terus siap2 nak pi join diorang walopun besok nyer nih dah keje balik. Bila lagik nak lepak ngan Eisz kat sini, sok dia dah nak pindah KL dah. Lepas karaoke 3 jam tu. Lepak McD Seberang Jaya pulak sampai kol 11.30 mlm. Pastu aku, Lego & Mirr mintak diri balik dulu sebab sok keje. Yang lelain tu tak keje sok, bleh la lepak lagi.. ye la kan, antara diorg tu ada yang keje cikgu, dah start cuti dah, seronok la korang cuti lama.

Pack sangat aktiviti weekend aku minggu ni. Papehal pun aku puas ati dan seronok bila mak bapak aku datang lepak umah aku. Puas hati dapat entertain diorang. Pastuh last-last minute nak siapkan diri utk kerja, sempat lagik join karaoke. Dan ari ni aku amik halfday... ingatkan nak rest kat rumah.. tapi tetap la mengadap pc nih sesambil mengapdet blog.

Posted at 02:50 pm
Comment  

Thursday, November 06, 2008
Snap snap

Takda idea menarik nak tulis kat blog nih.... tengok je la antara2 gambar yang aku ngan Lego shoot last weekend with our new DSLR Camera (Canon EOS450D). Still amatur & still study how to use apperture, ISO, shutter speed & cuba memacam cara utk dapatkan hasil yang terbaik... termasuklah angle yang menarik dan kreativiti tersendiri.... (still lagik konfius ngan jenis2 lens, takdo sifu, tanya kekawan je)... ini je la gambar yg dapat upload pun kat sini.. tak leh bebanyak.. kang berat nak loading kat page korang...

AYPOL.GEO PHOTOSTREAM

 

 

 

 

Posted at 06:19 pm
Comment  

Wednesday, October 29, 2008
Gathering Raya 2008

Berbaloi rasanya majlis yang dirancang sejak bulan posa ari tu dengan Alimin, Eisz, Lego, Nobit, Mafiz, Abu & Usman dan kekawan di Penang nih berlangsung ngan jayanya di Vistana Hotel, Penang. Terima kasih pada tetamu dan kekawan yang datang pada hari tu esp kekawan dari KL. Hargai sangat sokongan dari semua. Aku last minute tawarkan diri jadi tukang jaga bunyi. Ye la, kang takda lagu2, boring lak majlis. Sapa yang nak kontrol volume mic dan lagu2 show tu lak nanti.. at least mmg laptop aku dah ada software2 utk sound system nih sumer dan penah aku gunakan masa dinner ofis aku tahun lepas. Event success, rasa puas gak esp pada kita yang dibelakang tabir nih. Nih antara gambar2 yang sempat di snap2 oleh Lego pada malam tu.


Walopun hanya banquet hall yang kecil, tetap suasana nampak menarik dan cantik, esp hasil decoration Eisz & Nobit yang berhempas pulas membuat backdrop & text. Aku sempat tolong kaler2 polistrene tu skit. Wah tetap nak taruk kredit gak. Oh yer tak lupa gak pada Paksu yang datang umah Eisz membantu diorang buat menda2 nih sumer.


Pentas dan hamper2 yang disediakan untuk lucky draw, best dress & best show. Kat atas meja tu pulak ada lagi hadiah2 lucky draw termasuk cenderahati untuk peserta pertandingan badminton yang berlangsung malam sebelum tu. Pertandingan badminton tu dimenangi oleh team Penang. Insyaallah tahun depan, akan berlangsung pula di KL.


Bergambar atas pentas dengan Mirul, member lama sebelum aku keje kat Penang nih. Time kasih Mirul sbb datang join dinner nih... appreciate sangat.


Sibuk susun lagu-lagu untuk majlis yang dah nak start. Apsal la mata aku terlelap lak masa tengah amik gambar nih... time nih tengah tensen skit, ada bebudak yang nak buat show masih tak kasik lagu lagik... majlis pun start lambat skit, guest ramai yang datang lambat termasuk artis2 yang nak buat show nih...

 
Antara tetamu yang hadir, masih banyak tempat kosong lagik tu, ada yang datang lambat, dan ada yang masih melepak kat tepi swimming pool luar tu. Makanan pun banyak juga walopun ketika tengah beratur panjang utk dinner tu, nasi dan lauk lambat ditambah oleh bebudak banquet.


Sempat bergambar dengan kekawan yang datang di pintu masuk, berdekatan registration table. Dari kiri, Mafiz, Mirul, Andy & me.


Ada suprise birthday cake untuk sesapa yang lahir dalam bulan Oktober. Kebetulan aku punya birthday pun dalam bulan ni iaitu 2 Okt.. so aku pun termasuklah dalam senarai birthday boy tu. Tidak termasuk Andy tu, dia bawa kek tu je. Member yang tetengah pakai tengkolok tu yang menang Best Dress malam tu. Undian adalah dari setiap guest yang datang.


Diet... so makan buah je laa... huhu.. takdelah.. sebelum tu aku dah melantak lauk-lauk dah, nasi tak makan sebab banquet guy tu antar lambat, aku nak jaga sound system lagik.. tak sempat nak tunggu nasi pulak.

 
 
Antara show2 yang dipersembahkan oleh kekawan KL & Penang. Semua show menarik. Best show dimenangi oleh gambar pertama tu. Lagu Halaman Asmara. Cayalah korang... tahun depan jgn lupa buat show lagik.

 

Gambar 1 : Games Poco Poco.
Gambar 2 : Antara kekawan dari KL yang datang.
Gambar 3 : Bergambar dengan Hard masa majlis berakhir.

Sekali lagi aku bagi pihak kekawan di Penang dan adhoc Gathering Raya 2008 juga Badminton Tournament, Geng Penang vs Geng KL, nak ucapkan terima kasih pada semua yang hadir dan memeriahkan dinner gath nih. Moga kita jumpa lagi di KL tahun depan. Jumpa disanaaaaa.............

 

 

 

 

Posted at 05:51 pm
Comment  

Friday, October 17, 2008
iPod 5G

here is my new gadget... Apple iPod 5th Generation... late 2006 model... just bought from my officemate on just RM450 with 30gb storage two days ago... had transfered almost 5000 songs from my desktop hardisk and take some time to manage the infos and database...

 

 

Posted at 01:54 pm
Comment  

Thursday, October 16, 2008
My Perfume Collection

this is my perfume's collection so far.. there among i purchase and were also prize from relatives and friends...

 

 

Posted at 10:10 pm
Comment  

Friday, October 03, 2008
Raya Ketiga - Beraya di Melaka

Raya ketiga ni, follow mak & abah beraya ke umah kekawan lama diorang masa dalam askar dulu.. antaranya kat Kesidang, Umbai dan Bukit Gambir. Pergi dengan dua buah kereta. Adik beradik yg follow pun, aku dan Zubir je.. kami dua je yg solo lagi, adik beradik lain sumer dah kawen dan beraya umah mentua memasing.

Antara yang follow gak, Sharil (our cousin) dan Shahrom (our friend). Shahrom bawa kereta dia sendiri. Habis beraya umah kekawan my parent tu, kitorang yang bujang ni terus follow our next destination ke Bandar Hilir. Lama tak pi. Aku yang dah lama tak jejak Melaka ni, nampak gak la perubahan sikit, antaranya Menara Taming Sari, tour bus 2 tingkat yang takda bumbung dan cruise di Sungai Melaka. Merasa gak la naik Menara Taming Sari tu, walopun terpaksa beratur kejap, dua kali trip baru dapat naik... dan merasa gak la naik bas dua tingkat takda bumbung tu. Kalo siang tatau la camna. Nasib baik naik waktu malam, takda la panas matahari mencacak atas kepala. Kol 10 mlm terus balik ke Seremban.

  
 
  

AYPOL.GEO PHOTOSTREAM

Posted at 11:30 pm
Comment  

Wednesday, October 01, 2008
Raya Pertama

Beraya kat kampung di Batu Kikir, Negeri Sembilan.

 


Kek Raya Secret Recipe - Raya Delight - mix fruit's cake - sodapp sekali...

 


Abah & Mak tengah potong kek... adik aku Dyll sebelah tu menyebok je.. Tongue
aku suka background gambar ni, baru la nampak kampung...
Umah wan aku atas bukit, so raya kali ni makan-makan buat kat luar je..
so sesambil tetamu makan, boleh menikmati pemandangan menarik dari atas bukit ni, nyaman jek berangin...

 


Sepupu sepapat... dari kiri : Aien (Dyll's wife), Dyll, Tim, Zulina, me, Khaty & Zubir.

 

 

Posted at 10:55 pm
Comment  

Tuesday, September 30, 2008
Lemang Oh Lemang

  
  

Acara membakar lemang nih dibuat pada masa malam terakhir bersahur... sebelum tu aku ngan adik2 aku nih gie shopping baju raya, last minute carik baju raya.. aku suka beli t-shirt2 kat satu shopping complex kat Seremban ni, sebab murah dan designnya cantik2.. mak ngan abah lak sebok call, takut balik lambat sbb nak bakar lemang tu malam nih gak..

start buat lemang nih lebih kurang kol 11 malam dan dibakar sehingga waktu sahur.. seronok gak kalo bakar lemang malam2 nih.. tak la rasa penat sangat.. selalunya bakar waktu siang, jgn arap la muka aku ada kat tempat bakar lemang tu.. kalo siang2 nih, aku serahkan jaga api lemang tu kat abah dan along aku je.. aku bantai tido atau buat keje2 lain cam pasang langsir atau lap cermin tingkap... woo dah la posa, kulit lak terbakar ngan panas matahari plus bahang api lemang.. tak bleh jadik woo...

tapi kali ni tukar waktu lak, buat malam.. cam seronok lak aku rasa.. panas2kan badan dengan bahang2 api dalam kesejukkan malam tu.. pastuh abah amik radio bateri dia pasang kat situ.. ada ucapan2 dan lagu2 raya kat radio.. best.. baru la ada rasa suasana raya.. kebetulan tetengah bakar lemang tu, sup tulang pulak siap, pehhh sedapp melelehh.. slurrppp.. nyamm nyamm... lepas bersahur dan lemang siap dibakar... memasing kepenatan dan ape lagik, bantai tido la lepas tuh sampai tengahari.. heheh.. diorang bangun awal, aku jek yg terlajak sampai tengahari..

 

 

 

Posted at 02:10 pm
Comment  

Friday, September 26, 2008
Salam Aidilfitri

Aku nak ucapkan pada semua kawan-kawan, pengunjung blog aku dan sesapa jua yang kenal ngan aku,

Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin
 
Ye lah, sebagai manusia kita tak tahu kalau-kalau ada terkasar bahasa, tersinggung dengan apa yang aku tulis ke, atau ada yang terguris hati secara tidak sengaja tanpa aku sedarke, terumpat, terkeji ke, tergaduh ke, harap maafkan ye. Bermula besok aku akan balik kampung di Seremban dan cuti beraya seminggu. Mungkin dalam tempoh tu, blog ni takkan berupdate. Umah kat kampung tu takde line net. Pada korang semua, moga raya kali ni akan lebih bermakna dan jaga diri bebaik, ingatlah orang yang tersayang, memandulah dengan cermat & berhati-hati. Insyaallah percutian aidilfitri kita akan di rahmati Allah sepanjang masa.

 

Posted at 03:19 pm
Comment (1)  

Previous Page Next Page