About Me
Name : Zaifulddin
Nickname : zaif, zaiful, epul, sepol
Occupation : Govt. Servant
Status : Single
Location : Butterworth, Penang, MY
Hometown : Seremban, Negeri Sembilan, MY
Email : cpointce@yahoo.com My Fotopages Friendster Album
Berbaloi rasanya majlis yang dirancang sejak bulan posa ari tu dengan Alimin, Eisz, Lego, Nobit, Mafiz, Abu & Usman dan kekawan di Penang nih berlangsung ngan jayanya di Vistana Hotel, Penang. Terima kasih pada tetamu dan kekawan yang datang pada hari tu esp kekawan dari KL. Hargai sangat sokongan dari semua. Aku last minute tawarkan diri jadi tukang jaga bunyi. Ye la, kang takda lagu2, boring lak majlis. Sapa yang nak kontrol volume mic dan lagu2 show tu lak nanti.. at least mmg laptop aku dah ada software2 utk sound system nih sumer dan penah aku gunakan masa dinner ofis aku tahun lepas. Event success, rasa puas gak esp pada kita yang dibelakang tabir nih. Nih antara gambar2 yang sempat di snap2 oleh Lego pada malam tu.
Walopun hanya banquet hall yang kecil, tetap suasana nampak menarik dan cantik, esp hasil decoration Eisz & Nobit yang berhempas pulas membuat backdrop & text. Aku sempat tolong kaler2 polistrene tu skit. Wah tetap nak taruk kredit gak. Oh yer tak lupa gak pada Paksu yang datang umah Eisz membantu diorang buat menda2 nih sumer.
Pentas dan hamper2 yang disediakan untuk lucky draw, best dress & best show. Kat atas meja tu pulak ada lagi hadiah2 lucky draw termasuk cenderahati untuk peserta pertandingan badminton yang berlangsung malam sebelum tu. Pertandingan badminton tu dimenangi oleh team Penang. Insyaallah tahun depan, akan berlangsung pula di KL.
Bergambar atas pentas dengan Mirul, member lama sebelum aku keje kat Penang nih. Time kasih Mirul sbb datang join dinner nih... appreciate sangat.
Sibuk susun lagu-lagu untuk majlis yang dah nak start. Apsal la mata aku terlelap lak masa tengah amik gambar nih... time nih tengah tensen skit, ada bebudak yang nak buat show masih tak kasik lagu lagik... majlis pun start lambat skit, guest ramai yang datang lambat termasuk artis2 yang nak buat show nih...
Antara tetamu yang hadir, masih banyak tempat kosong lagik tu, ada yang datang lambat, dan ada yang masih melepak kat tepi swimming pool luar tu. Makanan pun banyak juga walopun ketika tengah beratur panjang utk dinner tu, nasi dan lauk lambat ditambah oleh bebudak banquet.
Sempat bergambar dengan kekawan yang datang di pintu masuk, berdekatan registration table. Dari kiri, Mafiz, Mirul, Andy & me.
Ada suprise birthday cake untuk sesapa yang lahir dalam bulan Oktober. Kebetulan aku punya birthday pun dalam bulan ni iaitu 2 Okt.. so aku pun termasuklah dalam senarai birthday boy tu. Tidak termasuk Andy tu, dia bawa kek tu je. Member yang tetengah pakai tengkolok tu yang menang Best Dress malam tu. Undian adalah dari setiap guest yang datang.
Diet... so makan buah je laa... huhu.. takdelah.. sebelum tu aku dah melantak lauk-lauk dah, nasi tak makan sebab banquet guy tu antar lambat, aku nak jaga sound system lagik.. tak sempat nak tunggu nasi pulak.
Antara show2 yang dipersembahkan oleh kekawan KL & Penang. Semua show menarik. Best show dimenangi oleh gambar pertama tu. Lagu Halaman Asmara. Cayalah korang... tahun depan jgn lupa buat show lagik.
Gambar 1 : Games Poco Poco. Gambar 2 : Antara kekawan dari KL yang datang. Gambar 3 : Bergambar dengan Hard masa majlis berakhir.
Sekali lagi aku bagi pihak kekawan di Penang dan adhoc Gathering Raya 2008 juga Badminton Tournament, Geng Penang vs Geng KL, nak ucapkan terima kasih pada semua yang hadir dan memeriahkan dinner gath nih. Moga kita jumpa lagi di KL tahun depan. Jumpa disanaaaaa.............
here is my new gadget... Apple iPod 5th Generation... late 2006 model... just bought from my officemate on just RM450 with 30gb storage two days ago... had transfered almost 5000 songs from my desktop hardisk and take some time to manage the infos and database...
Raya ketiga ni, follow mak & abah beraya ke umah kekawan lama diorang masa dalam askar dulu.. antaranya kat Kesidang, Umbai dan Bukit Gambir. Pergi dengan dua buah kereta. Adik beradik yg follow pun, aku dan Zubir je.. kami dua je yg solo lagi, adik beradik lain sumer dah kawen dan beraya umah mentua memasing.
Antara yang follow gak, Sharil (our cousin) dan Shahrom (our friend). Shahrom bawa kereta dia sendiri. Habis beraya umah kekawan my parent tu, kitorang yang bujang ni terus follow our next destination ke Bandar Hilir. Lama tak pi. Aku yang dah lama tak jejak Melaka ni, nampak gak la perubahan sikit, antaranya Menara Taming Sari, tour bus 2 tingkat yang takda bumbung dan cruise di Sungai Melaka. Merasa gak la naik Menara Taming Sari tu, walopun terpaksa beratur kejap, dua kali trip baru dapat naik... dan merasa gak la naik bas dua tingkat takda bumbung tu. Kalo siang tatau la camna. Nasib baik naik waktu malam, takda la panas matahari mencacak atas kepala. Kol 10 mlm terus balik ke Seremban.
Beraya kat kampung di Batu Kikir, Negeri Sembilan.
Kek Raya Secret Recipe - Raya Delight - mix fruit's cake - sodapp sekali...
Abah & Mak tengah potong kek... adik aku Dyll sebelah tu menyebok je.. aku suka background gambar ni, baru la nampak kampung... Umah wan aku atas bukit, so raya kali ni makan-makan buat kat luar je.. so sesambil tetamu makan, boleh menikmati pemandangan menarik dari atas bukit ni, nyaman jek berangin...
Sepupu sepapat... dari kiri : Aien (Dyll's wife), Dyll, Tim, Zulina, me, Khaty & Zubir.
Acara membakar lemang nih dibuat pada masa malam terakhir bersahur... sebelum tu aku ngan adik2 aku nih gie shopping baju raya, last minute carik baju raya.. aku suka beli t-shirt2 kat satu shopping complex kat Seremban ni, sebab murah dan designnya cantik2.. mak ngan abah lak sebok call, takut balik lambat sbb nak bakar lemang tu malam nih gak..
start buat lemang nih lebih kurang kol 11 malam dan dibakar sehingga waktu sahur.. seronok gak kalo bakar lemang malam2 nih.. tak la rasa penat sangat.. selalunya bakar waktu siang, jgn arap la muka aku ada kat tempat bakar lemang tu.. kalo siang2 nih, aku serahkan jaga api lemang tu kat abah dan along aku je.. aku bantai tido atau buat keje2 lain cam pasang langsir atau lap cermin tingkap... woo dah la posa, kulit lak terbakar ngan panas matahari plus bahang api lemang.. tak bleh jadik woo...
tapi kali ni tukar waktu lak, buat malam.. cam seronok lak aku rasa.. panas2kan badan dengan bahang2 api dalam kesejukkan malam tu.. pastuh abah amik radio bateri dia pasang kat situ.. ada ucapan2 dan lagu2 raya kat radio.. best.. baru la ada rasa suasana raya.. kebetulan tetengah bakar lemang tu, sup tulang pulak siap, pehhh sedapp melelehh.. slurrppp.. nyamm nyamm... lepas bersahur dan lemang siap dibakar... memasing kepenatan dan ape lagik, bantai tido la lepas tuh sampai tengahari.. heheh.. diorang bangun awal, aku jek yg terlajak sampai tengahari..
Aku nak ucapkan pada semua kawan-kawan, pengunjung blog aku dan sesapa jua yang kenal ngan aku,
Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin
Ye lah, sebagai manusia kita tak tahu kalau-kalau ada terkasar bahasa, tersinggung dengan apa yang aku tulis ke, atau ada yang terguris hati secara tidak sengaja tanpa aku sedarke, terumpat, terkeji ke, tergaduh ke, harap maafkan ye. Bermula besok aku akan balik kampung di Seremban dan cuti beraya seminggu. Mungkin dalam tempoh tu, blog ni takkan berupdate. Umah kat kampung tu takde line net. Pada korang semua, moga raya kali ni akan lebih bermakna dan jaga diri bebaik, ingatlah orang yang tersayang, memandulah dengan cermat & berhati-hati. Insyaallah percutian aidilfitri kita akan di rahmati Allah sepanjang masa.
Beg tangan ni aku nak hadiahkan kat mak aku sempena raya ni. Hari tu dia ngadu kat aku beg yang aku beli kat Bali ari tu rosak, baru je pakai dah rosak, salutan kat tempat pegang beg tu dah mengelupas, padahal beli kat butik, bukannya tepi2 jalan. Itu pun kawan aku yang suggest beg tu cantik. Memang cantik, tapi dah cepat rosak nak buat camna. So aku rasa nak carikkan satu yang baru untuk dia. Harap dia suka pemberian aku yang ini. Aku harap beg yang baru ni tak cepat rosak.
Panas betul hari ni. Tak larat aku follow kawan aku sorang ni yang tetiba hari ni bersemangat nak 'checking visit' sampai 40 buah premis di pekan Sungai Puyu, Butterworth. Semalam aku gie ngan dia, dia takda mood pulak, padahal semalam cuaca aku rasa tak sepanas hari ni. Hari ni, aku pulak yang tak larat dan biarkan dia yang banyak layan pekedai-pekedai nih. Kat gambar tu pun leh tau camna kepanasan kat luar tu. Kedai-kedai yang aku pergi tu pulak, style kampung-kampung. Maklumlah pekan lama. Mana ada aircond. Letih sungguh. Bulan-bulan posa pulak tu. Takpa la, harap-harap dapat berkat ramadan keje dalam cuaca macam nih.
Terlupa nak amik gambar masa memula berbuka tu. Dah habis berbuka baru teringat nak snap2 skit suasana berbuka kat Safira ni. Ni lah antara restoran buffet ramadan yang murah kat tempat aku ni. RM 27 je, berbaloi dengan makanan yang disediakan. Memang tetiap tahun antara buffet yang aku pergi mesti Safira ni tak penah miss. Yang aku masih tak berpeluang nak pergi ialah buffet kat Hotel UiTM kat Permatang Pauh tu. Selalu je penuh. Mana tak nya, buffetnya cuma RM 20 je. Hari tu aku try call. Fully booked sampai hari last. Insyaallah tahun depan, kena try call awal2. Nak gak merasa camna student masak. Member aku yang dah pegi cakap best.
Lagi satu tempat yang aku tetiap tahun pegi, tetiber tahun ni tak pegi ialah buffet di restoran berputar City Bayview, Penang. Aku suka berbuka kat situ, sambil makan, sambil tempat makan tu berputar dan sambil tengok view Penang. Entah la, tahun ni kurang sikit pergi buffet2 kat hotel ni. Mungkin salah satu langkah berjimat cermat kot. Ikut seruan kerajaan katanya... hihihi...