About Me
Name : Zaifulddin
Nickname : zaif, zaiful, epul, sepol
Occupation : Govt. Servant
Status : Single
Location : Butterworth, Penang, MY
Hometown : Seremban, Negeri Sembilan, MY
Email : cpointce@yahoo.com
My Fotopages
Friendster Album

Flickr Album
www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos from aypol.geo. Make your own badge here.

My Japanese name is Higashikuni Hamada.
Take The Kawaii Japanese Name Generator by Shuichigami today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.



My Tag Board
   

<< January 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Saturday, January 03, 2009
Hangin' Out at Sunway Pyramid

Lepak reramai kat Sunway Pyramid sambil layan ice skating.. cuma aku, Bush & Ajoi je tak join... takut tergelincir je.. dah la open lak tu.. ramai orang tengok.. kang kalo tergelincir, sure basah baju sbb ais tu dah cair bila reramai dok main atas tu.. lagik risau pulak kalo kaki terseliuh, dah la Isnin start kerja.. tak pepasal kena amik mc pulak nanti.. awal2 tahun ni kena jaga performance skitt.. kena kawal skit diri dari amik mc..

Ari ni lepak reramai pun sebab besok memasing dah nak abih cuti.. aku ngan Lego nak balik Penang... Rizal ngan Jop pulak nak balik Brunei.. kembali sepi rumah kekawan Puncak Jalil... papehal thanx to them sebab entertain we ols dan kekawan dari Brunei juga kekawan yang datang join our holiday sesama kat KL tu.

 

 

 

Posted at 10:59 pm
Comment  

Kat KL Lagi

Tengah cuti lagi ni, tak balik Penang pun lagi. Masih berada kat umah kekawan di Puncak Jalil. Ari tu memang plan dah nak balik tapi disebabkan cuti sampai Ahad ni, alang2 Ahad ni baru nak balik ke Penang. Puas betul cuti lelama ni since 25hb Dec ari tu sampai masuk tahun baru, till 4hb ni... besok la tu. Kejap je rasa cuti. Sok dah nak balik Penang dah. Pastuh start keje balik. Blog ni pun tak sempat nak update masa cuti ni. Baru ari ni ada skit kelapangan guna desktop Ajoi ni, update skit. Tu pun bebudak kat Puncak Jalil nih dok lena lagi, kang kalo diorang dah terjaga, susah skit, sebok nak plan keluar sana sini, gie lunch etc. Nak update gambar2 cuti, esp cuti2 kat Singapore tu pun lum ada masa lagi. Tengok la nanti, dah balik umah sendiri baru selesa skit nak edit n taruk gambar2 dalam ni.

Citer pasal sambut New Year ari tu pulak. Aku sambut kat roof top office sorang member aku ni. Syok gak la, first time sambut new year kat atas bumbung menara tinggi kat KL ni. Nampak seluruh tempat2 yang pasang bunga api esp kat KLCC tu. Siap amik2 gambar atas tu. Nanti la aku taruk gambar2 nih. Guna pc org ni susah skit. Lagi pun banyak gambar2 sumer dalam camera lagi. Leceh plak nak cucuk2 camera lagik kat pc nih. Nak kena resize lagi. Nak cari gambar yang bebetul sesuai lagi. Mana tak nya gambar yang aku snap masa cuti ni, ada lebih 1600 snap shoot semuanya.

Malam tadi pulak, sempat aku follow Bush, lepak2 ngan Ramlah Ram kat Old Town, Kerinchi. Lepak ngan kak Melah tu punya fan club group. Memula tu follow diorang gie tengok show kak Melah tu kat Angkasapuri. Lepas habis je show dia, terus gie minum2 kat Old Town tu. Friendly gak kak Melah ni. Talkative person dan tak sombong.

 

 

Posted at 09:47 am
Comment  

Thursday, January 01, 2009
Happy New Year 2009

 

 

 

Posted at 10:23 am
Comment  

Friday, December 26, 2008
Balik Seremban

Hari ni balik Seremban jap. Memandangkan sok nak pi Singapore. So ari ni balik jap jumpa mak bapak aku. Adik aku Zubir, call pagi tadi. Dia kata mak bising sebab aku tak balik2 kampung lagi. Dok kat KL lelama sangat sampai tak ingat kampung katanya. So terpaksa la aku balik kampung gak sbb tak nak kecewakan diorang. Sepatutnya memang aku tak nak balik lagi sebab malam ni nak gie jemput Lego kat LCCT. Alang2 nak jemput dia bleh balik Seremban terus. Tapi mak aku dah bising, kang kena penangan leteran dia, tak tahan telinga ni nak dengar.

Petang, aku kuar ngan Shahrom gie money changer, nak tukar duit Singapore. Sedih, tukar RM1000 dapat SD411 je. Pastu gie follow Shahrom ke umah kakak dia dan bawak anak2 buah dia gie City Park di Seremban 2. Flight  Lego pulak tu delay malam ni. Kol 11.30 mlm dari Penang. Aku gie jemput dia ngan Zubir. Sampai umah dekat kol 1 lebih dan kol 2 lebih terus siap2 nak gerak ke Johor Bharu naik Pajero Sham, jiran aku. Kami semua berlima yang nak bercuti2 ke Singapore ni... aku, Lego, Zubir, Sham & Shahrom. Kol 4 pagi sampai hentian rehat Machap, dan minum2 dulu. Kol 6 pagi sampai di JB.

Posted at 10:32 pm
Comment  

Wednesday, December 24, 2008
Holiday.. Yeayyy...

Entry ni ditulis ari ni 3hb Jan tapi posted date tu saja aku taruk 24 Dec, memandangkan cuti panjang aku start 25 - 4 Jan 2009 nih. Baru ari ni berpeluang nak update skit blog nih.

Petang ni (Rabu - 24 Dec 2008), aku drive ke KL. Teruja dan seronok untuk bercuti panjang, apa lagi bila plan cuti2 nak ke Singapore, Sabtu ni. Nobit tumpang sekali dan sampai KL dalam pukul 8, terus ke umah baru Eisz di UK Perdana. Malam pulak pergi ke Puncak Jalil dan jumpa kekawan kat situ dan minum2 di Puchong Perdana. Meriah gak la dapat jumpa reramai dan memacam cerita yang diborakkan. Usik2 gurau2 tu memang biasa la bila dah jumpa reramai macam nih.

Adik aku Zubir ngan Shahrom dari Seremban pun datang gak. Pastu lepak2 kat sumwhere sambil aku, Lego n Wawa buat photoshoot kekawan. Adik aku Dyll pun datang gak lepas tu, bawa keta baru dia. Tak tau lak aku dia dah ada keta baru, tak penah pun cite kat aku. Nak buat surprise la tu kononnya. Lepas2 shooting terus gie minum kat Bandar Sri Permaisuri, Restoran Hajris Bistro (RHB).

Pastu balik tido kat umah Eisz. Zubir & Shahrom pun follow sekali. Esoknya aku cadang nak pi melawat tempat tragedi landslide kat Bukit Antarabangsa tu. Aku dah view kat Wikimapia & Google Earth. Tak jauh pun dari umah baru Eisz ni. Nvm... ada GPS mmg memudahkan lagi pencarian.

 

 

 

Posted at 10:09 pm
Comment  

Sunday, December 14, 2008
Entertain Ajoi

Dah kol 12 malam ni, sok keje. Cuba hapdet blog nih jap seringkas mungkin... baru lepas entertain sorang kawan yang datang dari KL, Ajoi. Selalu dia datang reramai atau bawak sorang kawan. Tapi kali ni dia bercuti datang sorang je.

Masa dia sampai ari Jumaat ari tu, ofis aku ada dinner. Time tu tak dapat jemput dia dan suruh Lego & Mirr gie jemput Ajoi kat airport.

Bercerita pasal dinner tu. Aku rasa agak sukses gak dinner tu walopun bajet ciput, tapi berkat kerjasama kekawan AJK semua, majlis berjalan lancar. Dahlah pagi tu masa nak pi hotel untuk buat persiapan hiasan dewan & pentas, baju.. aku tak beli lagi. Ye la, theme pun Red & Hot.. baju aku takda selai pun yang merah menyala.. yang ada t-shirt je la, takkan aku nak pi dinner pakai t-shirt pulak, dah la aku salah sorang AJK. Nasib baik jumpa gak baju yang seswai kat Perangin Mall, tu pun sorang member AJK nih dah callin2 aku suh datang cepat.

Yang aku tension, aku tak lucky malam tu, bengang tul... lucky draw satu hape pun tak dapat.. walopun ada 85 cabutan malam tu. Member2 AJK aku yang datang awal, kebanyakkan sumer dapat.. dah dua kali dinner dalam tahun ni, nombor aku tak naik.. alangkah tak bertuahnya aku tahun nih... jeles tengok opismate yang datang laki bini, dua dua dapat.

Lepas habis je dinner tu, aku tak tunggu dah. Aku nak pi jumpa Ajoi, Lego & Mirr kat Padang Kota. Diorang tunggu kat situ. So hal2 kemas2 dewan tu aku serahkan je la kat AJK lain, lagik pun ngan kesentapan tak dapat lucky draw, baik aku blah terus jek. Mencik tul.

Lepas lepak2 jap ngan diorang kat Padang Kota. Terus balik ke Seberang Jaya dan minum2 kat situ pulak sampai kol 3 pagi sesambil borak2 etc.

Sabtu pulak aku bawak Ajoi makan kat kedai nasi campur pokok Buluh. Nama kedai tu, aku tak ingat pulak, tapi orang panggil pokok buluh je sebab meja2 makan kat outdoor dia tu bawah pokok buluh dan tepi sungai. Redup dan nyaman je suasana kat situ. Memang santai lunch tetengahari kat situ. Lepas makan terus gie Yan, bawak Ajoi jenjalan. Sebelum tu gie jemput Mirr dulu. Lepak2 kat jambatan Pulau Bunting di Yan tu.

Malam pulak bawak Ajoi makan kat Tao-Cuisine Restaurant di Autocity. Merasalah Ajoi makan nasi belut (Unagi Don) dan ikan mentah (Shashimi). Dah makan baru kasik tau. Mula la dia kata perut dia dah mual.. hikhik.. sowi yek Ajoi. Nama pun makanan Jepun, bersedialah untuk melantak yang pelik2 hehe.

Balik dari makan, singgah kat Hentian Rehat Bagan Ajam, jumpa Mirr kat situ... santai2 tepi laut.. pastu terus balik umah, layan movie pulak.. sampai la movie tengok kami pulak (terbongkang depan tv la tu).

Ahad pulak bawak Ajoi gie makan kat Restoran Ikan Bakar Kepala Batas. Dah kenyang balik umah, layan movie. Lagi pun Ajoi kata, cuti2 kali ni dia nak rest dan makan2 je. Malas nak rayau2 sangat. So balik umah layan tv jap terus bantai tido sampai kol 5. Bangun tido, Ajoi ajak kuar makan lagi. Minum petang katanya. Masa dalam kereta, abg Joe pulak call, kata ada kat Hotel Sunway Sbrg Jaya, baru sampai dari KL katanya. Outstation, besok nak kasik speech kat Kepala Batas. Terus jumpa dia kat Kassim Mustafa Sbrg Jaya dan kesekian kalinya, kami dan Ajoi melantak lagi plus kek Secret Recipe, beli kat outlet dia sebelah Kassim Mustafa tu.

Kol 7.30 balik rumah, siap2 dan kol 8.30 mlm terus hantar Ajoi gie airport. Sampai airport dalam pukul 9.45 gak. Jem sikit masa memula nak masuk bridge. Lepas check-in, minum2 jap kat McD di airport tu dan Ajoi on laptop dia dan teringat pasal cuti ujung bulan ni. Aku ingat nak balik nanti drive kereta je (maybe 24hb tu nanti) dan Lego keje lagi Jumaat 26hb nanti. So decide untuk dia amik flight je nanti. Terus time tu gak guna laptop Ajoi cek flight untuk ke KL dat day. Ada flight murah malam 26hb tu nanti dan terus beli online time tu gak. Aku gak la nanti kena drive ke KL sesorang cuti Xmas nih... isk.

Oh yer.. kalo takde aral.. 27-29 Dec nih, nak gie cuti2 ke Singapore, insyaallah dgn adik aku, Lego & Shahrom. Dapat pi kejap je kot, Lego susah dapat cuti pepanjang.

So pada Ajoi, thanx cuti2 ke sini. Arap puas ngan layanan kami disini dan maaf ye kalo ada yang terkurang. Moga datang lagi cuti2 ke sini.

 

p/s : untuk entry kali ni, takda gambar yang nak dipaparkan kat sini. camera dah jual. nak amik camera baru, kena tunggu gaji n bonus bulan ni. adoi lambatnya... tak sabar nak snappy2 lagik nih...  

 

 

 

Posted at 11:59 pm
Comments (2)  

Tuesday, December 02, 2008
Langkawi

 

 

Weekend lepas.. gie Langkawi lagi utk kali kedua pada tahun ni. Saja teman sorang member aku ni, Shahrom. Dia bercuti ngan parent, adik dan anak2 sedaranya dan ajak aku join sekali. Takda kawan katanya. Boring nanti kat sana. So aku pun terpaksa amik cuti untuk join dia n family. Aku tak segan sangat ngan family dia, dah lama kenal dan dah banyak gak aku join cuti-cuti family member aku ni.

Takda apa yang menarik sangat nak diceritakan kat Langkawi ni, lagi pun aku baru je gie sebelum bulan posa ari tu. Untuk org yang dah lama tak gie, mungkin rasa banyak perbezaan baru kat Langkawi tu, cam kawan aku ni. Jalan-jalan pun dah luas. Bangunan pun dah banyak. Makam Mahsuri pun dah renovate, ada muzium lagi. Aku banyak main-main kamera masa cuti kali ni. Secara tak langsung jadik paparazzi kat family member aku ni. So sad, balik je dari Langkawi tu, camera tu dah terjual. Giler tul, baru sebulan lebih guna. Nak tukar kamera lain pulak. Nak try Nikon D90. Bye bye Canon EOS 450D.

p/s : oh yerr thanx to Kiah sebab kasik tau software photo editor nih... senang aku nak edit gambar dari guna photoshop yg complicated sangat tu.

 

 

 

Posted at 03:15 pm
Comment  

Thursday, November 20, 2008
Add Letters!

while surfing the internet.. i found this interesting pages, where you can generate a sign without using an editing software or photoshop.. very simple and easy.. you can use the sign on your blog, email, homepage etc...

just go to this link.. there are many style you can choose and plus your creativity to produce a desired results.. no url stamping on the image..

good to try...

 

 

 

 

 

Posted at 09:45 pm
Comment  

Monday, November 17, 2008
This Weekend Story

Sabtu lepas, mak & abah aku serta adik aku Dyll & wife dia Aien, wan aku, anak sedara aku Nurul, sepupu aku, Siti & Kamal datang lepak umah aku kat Penang ni. Seronok bila sekali sekala dikunjungi mak bapak dan sedara mara ni. Meriah kejap umah aku. Diorang datang sini pun sebab keesokkan harinya ada kenduri kahwin kat umah nenek sedara aku kat Taiping. So alang2 nak pi kenduri tu, diorang terus datang umah aku.

Malam minggu tu aku bawak diorang gie makan kat restoran ikan bakar Teluk Tempoyak. Hidangan yang dipilih untuk dibakar.... ikan siakap dua ekor, ikan merah dua ekor dan udang setengah kilo.. nak amik juadah2 lain kebanyakkan dah abih. Tak leh lewat sikit.

Lepas makan pulak, gie Padang Kota. Aku tengok grand stand kat padang tu utk event 'King of Tennis' yang dah batal tu ada lagi. Tengah ditanggalkan semula oleh pekerja2 kat situ. Isk camne la international event leh batal. Teruk tul organizer nih. Nak buat grand2 tapi last last jadik camnih. Sepatutnya weekend nih la berlangsungnya event tu. Nak wat camno. Mungkin ada masalah yang kita tak tau.

Kalo bawak kekawan atau family lepak Padang Kota nih, tak sah kalo aku tak beli fresh mix fruits kat satu gerai kat food court tu. Puas ati dapat makan memacam jenis buah fresh yang ada dijual kat gerai tu. Pastu aku beli rojak buah. Dyll pulak beli sotong bakar dan Siti beli pasembor. Lego ngan bapak aku lak gie urut kaki refleksologi. Murah gak.. dlm 20 ringgit. Lama gak urut. Jenuh kami nih tunggu diorang. Sampai ngantuk2.

Sebelum kol 2 kena bertolak balik sebab bridge nak tutup malam tu dari kol 2 sampai kol 10 pagi. Ada Penang Bridge Marathon 2008 pagi esoknya. Kang kalo lelambat balik, tak pepasal tersangkut kat pulau tu lak.

Ahad kol 9 pagi, gie Taiping, umah nenek sedara aku, anak dia kawen (pangkat bapak sedara lah kot kat aku walopun pengantin tu lagik muda dari aku, ye la sepupu mak aku kan). Sampai kol 3 ptg gak kat situ. Meleleh peluh aku ngan bahang cuaca ari tu. Panas betul.

Selamat pengantin baru kat sedara aku ni, Rosli & Junainah.

Tghari tu, Eisz ada call aku ajak gie mandi-mandi kat Carnival Water Park Sg Petani ngan Nobit, Mafiz, Abu & Mirr.. tapi aku mmg tak sempat nak join diorang. Balik-balik dari kenduri pun penat. Ingatkan nak lelapkan mata barang sekejap, tapi leka pulak transfer gambar kat pc then layan internet jap ngan layan tv. Tup tup dah kol 7 ptg. 

Call Eisz. Diorang dah balik dari mandi manda. On da way nak pi karaoke kat Seberang Jaya pulak. Terus siap2 nak pi join diorang walopun besok nyer nih dah keje balik. Bila lagik nak lepak ngan Eisz kat sini, sok dia dah nak pindah KL dah. Lepas karaoke 3 jam tu. Lepak McD Seberang Jaya pulak sampai kol 11.30 mlm. Pastu aku, Lego & Mirr mintak diri balik dulu sebab sok keje. Yang lelain tu tak keje sok, bleh la lepak lagi.. ye la kan, antara diorg tu ada yang keje cikgu, dah start cuti dah, seronok la korang cuti lama.

Pack sangat aktiviti weekend aku minggu ni. Papehal pun aku puas ati dan seronok bila mak bapak aku datang lepak umah aku. Puas hati dapat entertain diorang. Pastuh last-last minute nak siapkan diri utk kerja, sempat lagik join karaoke. Dan ari ni aku amik halfday... ingatkan nak rest kat rumah.. tapi tetap la mengadap pc nih sesambil mengapdet blog.

Posted at 02:50 pm
Comment  

Thursday, November 06, 2008
Snap snap

Takda idea menarik nak tulis kat blog nih.... tengok je la antara2 gambar yang aku ngan Lego shoot last weekend with our new DSLR Camera (Canon EOS450D). Still amatur & still study how to use apperture, ISO, shutter speed & cuba memacam cara utk dapatkan hasil yang terbaik... termasuklah angle yang menarik dan kreativiti tersendiri.... (still lagik konfius ngan jenis2 lens, takdo sifu, tanya kekawan je)... ini je la gambar yg dapat upload pun kat sini.. tak leh bebanyak.. kang berat nak loading kat page korang...

AYPOL.GEO PHOTOSTREAM

 

 

 

 

Posted at 06:19 pm
Comment  

Next Page