About Me
Name : Zaifulddin
Nickname : zaif, zaiful, epul, sepol
Occupation : Govt. Servant
Status : Single
Location : Butterworth, Penang, MY
Hometown : Seremban, Negeri Sembilan, MY
Email : cpointce@yahoo.com My Fotopages Friendster Album
Raya ketiga ni, follow mak & abah beraya ke umah kekawan lama diorang masa dalam askar dulu.. antaranya kat Kesidang, Umbai dan Bukit Gambir. Pergi dengan dua buah kereta. Adik beradik yg follow pun, aku dan Zubir je.. kami dua je yg solo lagi, adik beradik lain sumer dah kawen dan beraya umah mentua memasing.
Antara yang follow gak, Sharil (our cousin) dan Shahrom (our friend). Shahrom bawa kereta dia sendiri. Habis beraya umah kekawan my parent tu, kitorang yang bujang ni terus follow our next destination ke Bandar Hilir. Lama tak pi. Aku yang dah lama tak jejak Melaka ni, nampak gak la perubahan sikit, antaranya Menara Taming Sari, tour bus 2 tingkat yang takda bumbung dan cruise di Sungai Melaka. Merasa gak la naik Menara Taming Sari tu, walopun terpaksa beratur kejap, dua kali trip baru dapat naik... dan merasa gak la naik bas dua tingkat takda bumbung tu. Kalo siang tatau la camna. Nasib baik naik waktu malam, takda la panas matahari mencacak atas kepala. Kol 10 mlm terus balik ke Seremban.
Beraya kat kampung di Batu Kikir, Negeri Sembilan.
Kek Raya Secret Recipe - Raya Delight - mix fruit's cake - sodapp sekali...
Abah & Mak tengah potong kek... adik aku Dyll sebelah tu menyebok je.. aku suka background gambar ni, baru la nampak kampung... Umah wan aku atas bukit, so raya kali ni makan-makan buat kat luar je.. so sesambil tetamu makan, boleh menikmati pemandangan menarik dari atas bukit ni, nyaman jek berangin...
Sepupu sepapat... dari kiri : Aien (Dyll's wife), Dyll, Tim, Zulina, me, Khaty & Zubir.
Acara membakar lemang nih dibuat pada masa malam terakhir bersahur... sebelum tu aku ngan adik2 aku nih gie shopping baju raya, last minute carik baju raya.. aku suka beli t-shirt2 kat satu shopping complex kat Seremban ni, sebab murah dan designnya cantik2.. mak ngan abah lak sebok call, takut balik lambat sbb nak bakar lemang tu malam nih gak..
start buat lemang nih lebih kurang kol 11 malam dan dibakar sehingga waktu sahur.. seronok gak kalo bakar lemang malam2 nih.. tak la rasa penat sangat.. selalunya bakar waktu siang, jgn arap la muka aku ada kat tempat bakar lemang tu.. kalo siang2 nih, aku serahkan jaga api lemang tu kat abah dan along aku je.. aku bantai tido atau buat keje2 lain cam pasang langsir atau lap cermin tingkap... woo dah la posa, kulit lak terbakar ngan panas matahari plus bahang api lemang.. tak bleh jadik woo...
tapi kali ni tukar waktu lak, buat malam.. cam seronok lak aku rasa.. panas2kan badan dengan bahang2 api dalam kesejukkan malam tu.. pastuh abah amik radio bateri dia pasang kat situ.. ada ucapan2 dan lagu2 raya kat radio.. best.. baru la ada rasa suasana raya.. kebetulan tetengah bakar lemang tu, sup tulang pulak siap, pehhh sedapp melelehh.. slurrppp.. nyamm nyamm... lepas bersahur dan lemang siap dibakar... memasing kepenatan dan ape lagik, bantai tido la lepas tuh sampai tengahari.. heheh.. diorang bangun awal, aku jek yg terlajak sampai tengahari..
Aku nak ucapkan pada semua kawan-kawan, pengunjung blog aku dan sesapa jua yang kenal ngan aku,
Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin
Ye lah, sebagai manusia kita tak tahu kalau-kalau ada terkasar bahasa, tersinggung dengan apa yang aku tulis ke, atau ada yang terguris hati secara tidak sengaja tanpa aku sedarke, terumpat, terkeji ke, tergaduh ke, harap maafkan ye. Bermula besok aku akan balik kampung di Seremban dan cuti beraya seminggu. Mungkin dalam tempoh tu, blog ni takkan berupdate. Umah kat kampung tu takde line net. Pada korang semua, moga raya kali ni akan lebih bermakna dan jaga diri bebaik, ingatlah orang yang tersayang, memandulah dengan cermat & berhati-hati. Insyaallah percutian aidilfitri kita akan di rahmati Allah sepanjang masa.
Beg tangan ni aku nak hadiahkan kat mak aku sempena raya ni. Hari tu dia ngadu kat aku beg yang aku beli kat Bali ari tu rosak, baru je pakai dah rosak, salutan kat tempat pegang beg tu dah mengelupas, padahal beli kat butik, bukannya tepi2 jalan. Itu pun kawan aku yang suggest beg tu cantik. Memang cantik, tapi dah cepat rosak nak buat camna. So aku rasa nak carikkan satu yang baru untuk dia. Harap dia suka pemberian aku yang ini. Aku harap beg yang baru ni tak cepat rosak.
Panas betul hari ni. Tak larat aku follow kawan aku sorang ni yang tetiba hari ni bersemangat nak 'checking visit' sampai 40 buah premis di pekan Sungai Puyu, Butterworth. Semalam aku gie ngan dia, dia takda mood pulak, padahal semalam cuaca aku rasa tak sepanas hari ni. Hari ni, aku pulak yang tak larat dan biarkan dia yang banyak layan pekedai-pekedai nih. Kat gambar tu pun leh tau camna kepanasan kat luar tu. Kedai-kedai yang aku pergi tu pulak, style kampung-kampung. Maklumlah pekan lama. Mana ada aircond. Letih sungguh. Bulan-bulan posa pulak tu. Takpa la, harap-harap dapat berkat ramadan keje dalam cuaca macam nih.
Terlupa nak amik gambar masa memula berbuka tu. Dah habis berbuka baru teringat nak snap2 skit suasana berbuka kat Safira ni. Ni lah antara restoran buffet ramadan yang murah kat tempat aku ni. RM 27 je, berbaloi dengan makanan yang disediakan. Memang tetiap tahun antara buffet yang aku pergi mesti Safira ni tak penah miss. Yang aku masih tak berpeluang nak pergi ialah buffet kat Hotel UiTM kat Permatang Pauh tu. Selalu je penuh. Mana tak nya, buffetnya cuma RM 20 je. Hari tu aku try call. Fully booked sampai hari last. Insyaallah tahun depan, kena try call awal2. Nak gak merasa camna student masak. Member aku yang dah pegi cakap best.
Lagi satu tempat yang aku tetiap tahun pegi, tetiber tahun ni tak pegi ialah buffet di restoran berputar City Bayview, Penang. Aku suka berbuka kat situ, sambil makan, sambil tempat makan tu berputar dan sambil tengok view Penang. Entah la, tahun ni kurang sikit pergi buffet2 kat hotel ni. Mungkin salah satu langkah berjimat cermat kot. Ikut seruan kerajaan katanya... hihihi...
Baru je lepas abih transfer kan gambar2 dari handphone aku ke PC... so merasa la korang semua tengok gambar2 yang aku tak paparkan lagik kat blog aku di posting2 sebelum nih... pe lagi... layannnnn.................
23 Ogos 2008 - Lunch kat Redbox Ria di Tkt 8 SOGO dengan Lego, Odi & Asri. Puas ati bayar meal jek, lepas tu boleh melalak sampai 3 jam. Masa ni dok tunggu Sharum yang dari Seremban tak sampai2 lagi. 15 minit lagi nak habis baru la dia sampai. Jem teruk katanya.
23 Ogos 2008 - Lepas habis je melalak kat Redbox Ria tu, terus ke UPM untuk ke MAHA 2008, hari ni last, merasa gak aku dapat pi MAHA nih.. selalunya tak berkesempatan nak gie, biasa la dok jauh kat Penang ni, banyak ongkos nya bila sesekali nak ke KL tu... Gambar atas tu, masa tengah makan 'Kacang Pool'.. syok gila MAHA nih, banyak makanan-makanan yang kita jarang berkesempatan boleh didapati kat sini. Kacang Pool nih, istimewanya tang kuah dia tu, rasa cam sos Coney Dog A&W pun ada gak... makanan nih cuma leh dapat kat Larkin je. Jauh tu nak pi. Nasib baik la ada MAHA ni. Kalo nak rasa, boleh lagi datang MAHA next year pulak.
23 Ogos 2008 - Saja posing2 jap kat booth Australia nih.. masa kitorang sampai ni, booth nih dah kosong dah, dah kemas dah. Mana tak nya, datang pun hari last. Sah sah diorang dah penat berkampung seminggu kat situ.
23 Ogos 2008 - Cantik diorang susun buah-buahan ni jadi bentuk camni. Time ni aku pi, buah2 ni sumer dah kecut-kecut dah. Kalo seminggu sebelum tu mesti lagi cantik. Buah-buah dan sayur yang digubah tu mesti masih segar lagi. Waktu gie MAHA ni pun sempat gie dewan2 pameran je. Nak pi tempat lain dah tak sempat dah. Hujan pula lebat. Hari2 last ni dah banyak dah aktiviti tak dilakukan lagi. Cuma peniaga2 kat booth2 tu je yang sebok nak abihkan stok jualan diorang. Lepas je pi MAHA ni, aku ngan Lego terus balik Seremban.
25 Ogos 2008 - Lepak KL lagi, sempat gie Zoo Negara sebab bebudak lain sumer keje. Aku ngan Lego dari Penang ni, memang amik cuti ari ni, tup tup pulak malam tadi ada announcement cakap Penang cuti besoknya (26 Ogos 08) disebabkan hari mengundi di Permatang Pauh tu. Apa lagi, sambung cuti terus la kat KL tu. Dah tatau nak pi mana, layan je la gie Zoo Negara ni hahaha... last pergi pun masa darjah 4 dulu. Takda apa perubahan sangat pun aku tengok. Dah tua-tua ni pergi, baru aku rasa Zoo Negara ni takde la sebesar mana pun, lebih kurang Zoo Taiping ngan Zoo Melaka je. Balik dari zoo tu terus ke Midvalley. Gi makan kat Carls Jr, pastuh jumpa E-Chub & Afdlin.
30 Ogos 2008 - Lepak-lepak tengok sunset di Teluk Bahang, sesambil tu snap2 sunset nih guna N82 aku nih, cantik gak hasilnya walopun hanya kamera hanfon je. Masa ni tengah entertain kawan dari KL (Pau & Zain) yang datang ke sini, so sebelum bawa gie pasar malam Feringghi, bawak diorang jalan2 dulu kat Teluk Bahang ni. Sambutan merdeka malam ni tak tau nak cakap camno. Cam takde sambutan je kitorang ni, ahaks. Masa tengah malam tu pun, time tu tengah tunggu makanan yang diorder sampai, tetiba je dengar mercun dan bunga api yang ada orang kat tepi2 kedai makan tu yang pasang. Baru la perasan, "dah ulang tahun merdeka rupanya".
Besoknya pula Alimin ajak gie lepak kat chalet terapung Teluk Bayu, Sungai Petani ngan diorang ni sekali. Isnin pulak cuti lagi, ganti cuti Hari Kebangsaan. Chalet yang kami amik kali ni, best, cantik, ada tv, ada peti ais, paling penting sekali ada aircond. Macam duduk kat sebuah rumah besar yang terapung ditengah laut lak. Mancing-mancing kat situ, dinner dan bersahur serta memulakan posa pertama tahun ni kat situ. Banyak gak dapat ikan dan jadi juadah bersahur. Usman dan Ben yang masak. So sad, takde gambar lak yang aku amik kat situ. Kamera geng2 lain tu ada la, tapi bila masa pulak nak mintak ngan diorang.
7 Sept 2008 - Masa ni tengah berbuka puasa kat Seoul Garden Restaurant di Juru Autocity. Puas makan-makan kat sini sambil main masak-masak. Seronok gak bila ramai-ramai macam ni.
19 Sept 2008 - Ni pula gambar malam tadi. Diorang ni gigih berlatih badminton sebab lepas raya ni diorang ada tournament. Geng Penang akan lawan Geng KL. Memasing tengah sibuk menyusun strategi. Lepas tournament tu pula nanti, ada dinner pula aka gathering raya.
Puas betul cuti dua hari berturut dan sambung keje satu hari ari nih... dan besok cuti balik.
Rabu ari tu cuti Nuzul Quran. Takde buat apa pun, rilex je kat umah sambil dok layan net n chat. Bulan2 posa nih, malas nak merayau sangat. Petang pulak pegi kedai hardware jap, beli rak untuk bilik mandi.. senang nak taruk shampoo dan segala pencuci2 kat rak tu.. sebelum ni, lepas rak utama tu roboh (mungkin sebab berat kot).. menda2 sumer taruk atas sinki jek... Berbuka pulak ari tu, makan lauk2 sebelumnya yang banyak berlebih dalam peti ais tu, panaskan jer dan masak nasi..
Khamis pulak saja amik cuti.. sambung cuti Nuzul Quran tu, puas ati dapat cuti lama skit... Pepagi dah ada org tekan loceng pintu, memula cam malas nye nak bukak.. pastu dah banyak kali org tu tekan, pi la teropong jap kat peep hole pintu tu, nampak org tak kenal. Muka lak tengah serabai baru mangun tido, terus suh Andy jek layan org tu. Rupanya orang Fedex, hantar courier si Lego.
Pastuh Nazem lak call ajak gie Sungai Petani, hantar kereta Sutera Kuning yang baru dia dapat tu. Ada problem tang wiper dia. Dia tak berani lagi bawak kete tu. So dia suruh aku tinggalkan kete aku kat umah dia, pastuh aku drive kete dia pi Sungai Petani. Merasa la aku drive Naza Sutera ni. Okey la, not bad kete nih. Andy pun follow sama. Lepas dah repair kete tu, terus gie Village Mall... terus terbeli baju raya.. t-shirt Body Glove ada less.. beli 2 helai. Balik singgah pasar ramadan Tikam Batu. Beli lauk2 dan sikit kuih muih. Kat umah masak nasi je. Sejak nak abih posa ni, berbuka pun dah tak lalu sangat.. cukup setakat nasi pun dah mengenyangkan.. tak macam memula posa ari tu.. apa yg ada kat pasar ramadan tu, kalo boleh sumer nak rasa...
Malam pulak gie lepak2 minum ngan alimin, usman, abu, mafiz, lego, eisz, nobit & mirr kat Station Big A kat Bagan Jermal.
Hari ni keje sehari... dan besok dah cuti lagi dua hari.. minggu depan dah feel raya dan tak sabar nak balik kampung...