Ermm seminggu aku tak menulis kat blog nih.. bukan malas tapi aku sejak hari Isnin lepas mak bapak aku ngan dua org anak abang aku (Nurul dan Irah) datang bercuti ke Penang ni.. so aku pun kena membzkan diri ngan mereka ni.. maklum la mak bapak sendiri, time ni la kita kena meraikan diorg, jauh2 diorg tu turun dari Seremban ke Penang ni, semata2 nak jumpa dan stay kat umah aku seminggu, sambil tu jalan2 ke rumah kawan2 lama diorg masa bapak aku dalam askar dulu. Aku plak seronok la, pagi je nak pergi kerja sarapan dah disiapkan, balik rumah jer makanan dah disediakan, isk seronoknyer, macam kita kerja kat kampung sendiri sebab mak bapak depan mata.. anak2 sedara aku sempat pulak buat kawan ngan anak2 jiran sebelah rumah, lagipun sekarang nih cuti sekolah. Masa mak bapak datang sini pulak seminggu nih aku sibuk gak ngan berlatih menyanyi dengan Band Majlis Perbandaran Seberang Perai untuk perform kat Majlis Makan Malam tempat kerja aku pada 3hb Dis 04 (Jumaat)..
Selasa 30 Nov 04 - Pukul 2 ada latihan menyanyi dekat studio latihan band MPSP, aku nak bawa lagu Fatwa Pujangga, memula cadang nak bawa lagu Wajah Kesayangan Hambar... tapi mak aku plak suggest lagu yang sesuai dengan tema makan malam nanti iaitu berkonsepkan tradisional ialah sesuai lagu Fatwa Pujangga, kira lagu asli lah tu.. so tak kisah la.. aku try.. so masa aku berlatih dengan band MPSP, senang jer nak bawak lagu aku ni, tak banyak sangat songelnyer.. then aku rasa nak try bawak satu lagi lagu iaitu Mohon Kasih, menarik gak lagu ni.. so aku berlatih la dengan dua lagu ni.. lepas abis berlatih tu aku terus balik umah sebab nak hantar mak bapak aku pulak kat umah kawan dia di Sungai Petani..
Rabu 1 Dis 04 - Hari ni kat opis ada buat jamuan raya pulak dari makan pagi sehinggalah makan tengahari.. adus senak perut dok makan itu ini... biasa la kalo dah jamuan raya tu makanan mestilah memacam, tak perlu aku nak sebut kat sini, yang pentingnya sate mesti ada, makanan wajib kalo buat open house sekarang ni... pukul 2 je aku terus chow pergi berlatih nyanyi dengan band, tengok senang je nak nyanyi ni kan.. tapi sebenarnyer susah gak.. bukan susah nak nyanyi tu, tapi nak hafal lirik tu, kalo karaoke kita boleh tengok lirik kat tv, tapi bila nyanyi dengan live band nih kita kena hafal lirik, rasa cam senang, tapi bila dah nyanyi baru kita tahu, barisan lirik rangkap lain boleh masuk rangkap lain, kadang tu bila dah depan orang apa yang kita hafal terus blank, maklum la tak biasa nyanyi depan orang ramai.. tu la yang aku kena hadapi masa majlis dinner tu nanti, kena nyanyi depan bos-bos besar, Datuk CEO dan kekawan pejabat satu negeri tu nanti.. Abis kerja macam biasa aku balik rumah dan bawak mak bapak aku pergi Bukit Mertajam pulak, pegi umah kawan lama diorang kat sana.. aku ngan Helmie (kawan serumah) sempat lepak complex Summit BM dulu tu sementara mak bapak aku berborak ngan kawan lamanya tu..
Khamis 2 Dis 04 - Hari ni aku dah ambil cuti siap2 nak bawak mak bapak dan anak2 sedara aku berjalan2. Mula2 cadang nak pergi Alor Setar tapi tak jadik pulak sebab mak aku kata pergi Taiping je la.. so aku pun plan la kalo camtu pergi Zoo Taiping, bawak anak sedara aku ni tengok Zoo. Sampai Taiping dalam pukul 12 lebih kalo tak silap aku.. tiket murah jer dewasa RM 4 dan kekanak RM 2.. jenuh jugak berjalan kaki dalam zoo nih, luas gak la kawasannya dan rasa berbaloi dengan RM 4 nih... pukul 3 lebih pergi makan kejap then pastuh pergi umah nenek sedara aku kat Kamunting.. pukul 6.30 balik ke Penang.. ingat nak singgah Pesta Pulau Pinang tapi masing2 dah tak larat dah nak merayau so terus je balik rumah.
Jumaat 3 Dis 04 - Hari ni aku makin berdebar2 sebab malam ni kena perform nyanyi kat dinner.. dah la semalam aku tak praktis sebab aku cuti bawa parent ngan anak sedara aku dua orang tu pergi berjalan. Mulut aku puas dok menghafal lirik je ni takut nanti masa dinner abis terkedu atas pentas, sapa yang malu dek... diri sendiri gak nanti.. balik umah tengahari mak bapak aku takde, diorg pergi jemputan makan tengahari oleh kawan diorg kat Sungai Petani.. ofismate aku Suhaimi follow aku sekali balik umah, aku pun gosok baju untuk dipakai malam nanti dan siapkan apa lain2 yang patut dibawa malam ni. Pukul 3.00 aku pun dah siap dah nak bertolak ke Hotel Vistana. Sampai je ballroom, diorg cakap band baru je abis sound check, alamak tak sempat aku nak praktis, risau gak malam kang tune lari, mampuih aku.. so aku pun dah takde apa nak buat, lepak2 jer la tengok pengacara dok rehearsal perasmian dan penyampaian anugerah. Pastu abis rehearsal memember ajak gie minum plak, kol 6 pergi bilik hotel sorang staff nih untuk tukar baju etc.. 7.30 turun ke ballroom, debaran aku makin kencang, risau sangat, selalu tak camnih, lirik cam dah hafal tapi kekadang tak ingat, bermacam2 perasaan.. pukul 8 mlm perasmian pun bermula.. makanan pun sampai, penari MPSP menari lagu Asmaradana dan band MPSP mulakan persembahan masa kami mengadap santapan tu, aku tak berani nak makan bebanyak, tapi rasa cam, ermm belasah je la, kalo ikut sangat persembahan tu nanti langsung aku nih tak makan plak, sekurang2nya ilang skit nervous, sampai je time penyampaian anugerah kepada penerima anugerah, aku dah mula tak selesa, terus aku keluar tinggalkan hidangan, ready untuk memulakan nyanyian... lepas je anugerah tu, pelawak Maidin dan Piee buat la lawak depa.. aku plak kat sisi pentas nih seram sejuk je rasa, fuhhhh nervous tak hengat.. tekak plak rasa cam kering je sampai aku terpaksa berdehem dan telan air liur.. pastuh nama aku disebut oleh Maidin ngan Pie untuk menyanyi, aku dah siap ngan lirik kecik kat tangan.. so aku pun menyanyi la, tapi tak reti nak joget2, tegak je, nervous ooo.. semua mata pandang kita.. tapi aku tak nampak sangat audience sebab lampu pancar kat kita.. silau.. ada gak aku lupa lirik, tapi aku belasah taruk lirik rangkap lain.. sesambil tu tangan menjeling kat lirik di tapak tangan jugak.. abis je nyanyi, pehhhh lepas beban rasannya, selamat.. pastuh giliran kekawan aku plak yang dua tiga orang tu nyanyi hehee.. aku plak yang tengok kat bawah, time ni aku dah boleh gelak orang dah, beban aku dah lepas hehehe.. kol 11 dinner habis, aku pun pergi la bersalam2an dengan orang2 band MPSP yang mengiring aku tadi, ye la bila lagi lah nak jumpa kan.. then aku balik.. sampai umah, mak bapak aku pun dah balik dengan helmie dah dari Pesta Pulau Pinang.. aku suruh Helmie je bawak diorg pergi Pesta Penang tu
Sabtu 4 Dis 04 - Hari ni berehat sakan, kul 11 lebih aku dan Helmie bawak bapak aku dan anak2 sedara aku pergi Taman Selat, saja tengok2 orang jual barang.. mak aku tak ikut, dia masak kat umah, masa nak balik dari Taman Selat aku singgah kejap kat Kompleks Bagan, opis kawan aku, saja je lepak kejap.. kul 2 aku bawak parent pergi makan kenduri kat umah kawan opis aku di Taman Robena dan singgah kejap kat umah Pengurus Besar aku sebab mak aku nak jumpa.. wife Pengurus Besar aku tu ada kene mengena ngan kawan baik mak aku.. lepas maghrib mak bapak aku bersiap2 nak balik dah, diorg nak singgah bermalam di Ipoh dulu umah bapak sedara aku.. isk sedih rasanya, rasanya kejap je mak bapak aku stay kat umah aku.. lepas mak bapak aku bertolak, aku ngan Helmie pergi keluar minum, ajak kawan kami Pian sekali, minum di gerai char koay teow kat Seberang Jaya.. kol 12 pulak teman kawan kami Nasir ngan Jai minum kat Subaidah, Bagan Ajam pulak.. kol 1.30 balik umah layan net plak sampai kol 4 pagi baru tido...
Ahad 5 Dis 04 - Hari ni macam hari2 minggu sebelum ni, dok rilex je kat umah, tengahari keluar pergi Kulim umah opismate aku.. ada jamuan makan lagik.. kalo hari2 camnih kan bagus, jimat skit duit belanja makan hehehee... kol 3 lebih chow pergi Megamall Penang plak.. usya panggung wayang tengok cerita apa.. ada cerita Polar Express pukul 5.15 ptg.. so ape lagik beli la.. dan sambil tunggu waktu panggung tu.. kami berjalan2 jap, Helmie nampak kawan dia Sha kat McD.. so kami minum2 dulu kat situ, aku sempat beli handphone holder The Incredibles.. kol 5.15 wayang Polar Express pun bermula, best gak graphicnya, all in 3D animation.. tapi berkisarkan pasal Santa Claus, jalan cerita camnih yang tak syoknya.. jalan cerita untuk yakinkan bebudak pasal kewujudan Santa Claus nih dah melambak yang kita tengok cuma dalam versi yang berbeza jer.. kol 7 keluar je dari panggung tengok kereta jam pulak.. ish camne nak kuar dari parking ni, so pergi pekena teh o ais dulu lah sementara tunggu jalan clear.. dan kol 8.45 kami sampai kat umah.. aku pun terus on computer dan menaip blog selama seminggu yang terbengkalai nih.. fuhh siap...