About Me
Name : Zaifulddin
Nickname : zaif, zaiful, epul, sepol
Occupation : Govt. Servant
Status : Single
Location : Butterworth, Penang, MY
Hometown : Seremban, Negeri Sembilan, MY
Email : cpointce@yahoo.com
My Fotopages
Friendster Album

Flickr Album
www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos from aypol.geo. Make your own badge here.

My Japanese name is Higashikuni Hamada.
Take The Kawaii Japanese Name Generator by Shuichigami today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.



My Tag Board
   

<< February 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Sunday, February 20, 2005
Lepak Hujung Minggu

Sehari dua hari ni aku tak tahu apa nak ditulis kat sini. Biasa je kot perjalanan hidup aku dua tiga hari ni. Yang penting cuti dua hari ni buat aku lepas beban tensen keje kat opis tu. Kejap lak rasanya cuti. Tak puas dok kat umah lelama. Cuti Sabtu semalam, pepagi lagi dua orang member aku datang umah. Lama gak dia tak datang. Kononnya busy ngan kerja. Mulut salah sorang tu becok sikit, memacam la dia cite pasal tempat keje dia, pasal family dia dan memacam. Pastu tengahari tu aku ajak kuar makan kat restoran depan umah aku. Lepas makan kat restoran dia kata nak pergi Bukit Mertajam. Carik kedai VCD. Ada kedai VCD yang dah kena rush dulu rupanya telah buka kat tempat lain. So aku cakap la naik kete aku jer, aku pun nak pegi gak. Sampai je kat tempat tu, cehhh kedai tu tutup rupanya. Mungkin malam kot baru buka. Tapi takpe la. Dari aku memerap saja kat umah hari ni, ada gak aktiviti merayau. Tak la bosan sangat. Lepas tu singgah bank kejap kuar duit then pegi workshop jap, nak tanya pasal tukar minyak gear kereta, lebih kurang RM40. Ceh aku tengah kering ni, ingatkan 10, 20 hinggit jerr. Takyah la dulu, aku cakap kat cina tu. Dapat gaji nanti baru buat. Balik rumah lepak-lepak sampai kol 6.30 petang. Boring lak. Aku ajak housemate aku pergi kedai akuarium. Beli ikan-ikan perhiasan yang lain. Tambah kat akuarium aku yang baru saja housemate aku, Mie bersihkan dan tukarkan airnya. Lampu hari tu terbakar, berminggu juga akuarium ni bergelap. Aku baru je tukar lampu baru dua tiga hari lepas. Skang ni dah lawa balik la akuarium umah aku ni. Memalam je, lampu dari akuarium ni, dihiasi dengan lampu-lampu hiasan menambahkan keromantikkan suasana umah aku, hehehe. Mie pulak balik kampung kol 8 mlm tadi. Petang tadi sempat ada orang kat apartment aku ni kasi bubur asyura. Memang aku perasan diorang dok memasak bubur asyura tu tadi kat bawah apartment aku ni. Tapi saja aku malas amik port sangat. Malam pulak kol 10 kuar makan ngan bebudak housemate aku seramai lima orang ni kat Seberang Jaya. Pastu merayau then melepak kedai kopi balik, borak-borak. Kol 2 pagi balik umah. Tapi masih tak tido lagi. Tolong sorang housemate aku Fizal format pc dan install balik program. Kol 5 baru aku tido.

Ahad ni plak aku dikejutkan dari tidur ngan kehadiran mak bapak housemate aku yang dari JB tu. Kata nak carik kerja kat sini, sampai skang takde kerja. Last-last hari ni mak bapak dia datang dari JB nak ambik dia balik sana balik. Sebenarnya dia datang Penang ni pun nak lari dari abang dia kot. Adalah sebab musabab. Aku pun malas ambik tahu. Hal orang. Pandai buat hal, pandailah settlekan balik. Mak bapak dia ramah juga la berborak ngan aku. Nasib la ada umah aku ni, terjagalah anak dia sikit. Pukul tiga mak bapak dia dah nak balik JB dah sebab malam kang bapak dia kerja. Aku ajak juga lepak satu malam kat sini, berehat, mana taknya jauh dari JB tu. Mau kebas satu badan kalau direct jer dari JB ke Penang. Sayang anak punya pasal. Kalau tak, takkan la sanggup dari jauh malam tadi datang ke Penang ni, baru je 3-4 jam kat Penang ni nak balik sana balik dah. Lepas je diorang balik, aku layan DVD ngan bebudak umah aku. Pastu petang aku goreng roti telur dan pastuh dok mengadap komputer menaip menatang nih.

Posted at 05:03 pm

Shiggy
April 4, 2005   12:25 PM PDT
 
^_^
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry