About Me
Name : Zaifulddin
Nickname : zaif, zaiful, epul, sepol
Occupation : Govt. Servant
Status : Single
Location : Butterworth, Penang, MY
Hometown : Seremban, Negeri Sembilan, MY
Email : cpointce@yahoo.com
My Fotopages
Friendster Album

Flickr Album
www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos from aypol.geo. Make your own badge here.

My Japanese name is Higashikuni Hamada.
Take The Kawaii Japanese Name Generator by Shuichigami today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.



My Tag Board
   

<< February 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Tuesday, February 15, 2005
Bestnyerr balik kampung....

Lama juga aku tak menulis kat blog ni kan.. bukan ape, cuma sibuk sikit. Masa cuti raya cina tu aku balik kampung kat seremban, kat kampung takde line internet plak, camne aku nak update blog ni. Pastu sibuk pula dengan kenduri sepupu aku kahwin kat Palong 5, Gemas masa hari kedua thn baru cina. Sebelum balik ke Seremban tu aku stay KL. Sempat juga la aku pergi Times Square tengok wayang gergasi 3D Imax. Sempoi betul. Gambar punya la sharp, pastu 3D pulak tu seolah berada depan mata je, macam boleh dicapai dengan tangan je. Aku pula dapat tempat special kat bahagian tengah memang cantiklah view dia. Layar wayang ni memang besar gila, dinding tu takda bahagian langsung pun yang kosong, dari siling sampai la ke lantai gambar yang dipaparkan. Aku pergi masa tu hari Isnin, tayangan untuk 3D Experience masa tu adalah mengenai T-Rex, lupa pulak tajuk asalnya. Harga tiket RM15 dan tayangan lebih kurang sejam. Untuk tengok movie 'The Polar Express' pula harga tiket adalah berlainan iaitu RM20. Tapi bagi aku cukup la untuk tayangan dinasour tu, bukan apa, saja nak merasa tengok 3D kat Imax Theater ni.

Dua hari di KL sempat jugak la aku berjumpa kengkawan lama, makan-makan di Kg Baru, meronda KL sampai pukul 4 pagi, merayau ke Ikea, Ikano dan memacam lagi. Boleh kata puas juga la meronda.

Hari Selasa pula aku balik Seremban. Malam tu pula ajak kawan-kawan di Seremban berkumpul dan bila dah jumpa bermacam-macam cerita dan usik-mengusik. Lepak sampai pukul 3 pagi. Satu malam je lepak kat Seremban dan jumpa kekawan pun sebab malam berikutnya mak aku ajak pegi umah sepupu aku yang akan berkahwin hari Khamis tu. Kang tak pergi cakap la aku ni sesekali balik tak nak lepak ngan dia. Isk serba salah betul.

Lepas je kenduri kahwin sepupu aku tu, malam tu selepas acara buka hadiah, aku cakap ngan mak aku nak balik Seremban ngan dua orang kawan yang follow aku. Bukan apa, aku tengok kawan aku ni cam boring je dok lelamer kat Felda ni. Aku pun boring juga hehehe. Mak aku dah mula buat muka dan perli memacam, sampai cakap tak nak datang Penang lagi pegi umah aku. Abah aku dah balik dulu sebab nak tengok umah. Sekarang ni kawasan umah aku kat Seremban tu banyak umah yang dah kena masuk perompak. Aku pun berkeras balik juga ke Seremban. Sampai Seremban abah aku bising-bising kata mak aku call dia cerita pasal aku yang sesekali balik tapi merayau je tak lekat langsung ngan family, asik pentingkan kawan je. Isk, aku tak pernah plak pentingkan kengkawan aku, yang selalu aku buat pun untuk puaskan perasaan aku sendiri, merayau sana sini, jumpa kawan-kawan, biasalah kan, sesekali balik mestilah nak merayap, bukan dok terperap kat umah jer. Tapi alasan yang aku kata kat bapak aku, aku takde duit nak lepak lelama kat Felda Palong tu then pergi menghantar cousin aku umah pengantin lelaki kat Melaka. Bapak aku terus kasi aku duit untuk balik semula ke Palong dan suruh hari Sabtunya pergi menghantar pengantin ke Melaka. Untuk tidak menghampakan mak aku tu, aku pergi lah juga hari Sabtu tu ke Melaka. Kawan aku yang dua orang tu pun terpaksa la follow jugak.

Petang Sabtu tu juga aku singgah kat rumah di Seremban kejap. Pukul 6.30 petang tu aku minta diri ngan mak bapak aku bertolak ke KL sebab keesokkan hari aku dari KL nak bertolak balik ke Penang. Lagipun aku ke KL nak singgah umah kawan aku lagi, abang aku dan ambil barang yang aku tinggalkan kat umah kawan aku Leo. Yang buat aku terharu sebelum pergi mak aku cium kedua-dua belah pipi aku dan tak marah lagi pasal hal yang aku buat hari Khamis sebelum tu. Syahdu rasanya nak berangkat. Bila duduk berjauhan ni baru la kita dapat rasa camna sedihnya bila sesekali berpisah dengan keluarga tapi bila dekat cam tak rasa apa pun. Di KL aku sempat singgah rumah kawan lama yang baru berkahwin yang mana aku tak sempat pergi siang tadi. Sempat aku jumpa ibunya yang dah lama uzur, berjalan hanya bertongkat kerana diserang strok sejak tahun 1998 lagi iaitu sejak aku kenal dengan kawan aku tu dan keluarga dia. Selepas ke rumah kawan aku di Pandan Indah tu, aku terus berangkat menuju ke Kota Kemuning, Shah Alam untuk ke rumah baru abang long ku. Lepak kat umah dia sampai kol 12 mlm dan minta diri untuk ke rumah Leo. Di rumah Leo letak je kepala atas bantal terus aku terlena.

Pagi Ahad aku dikejutkan oleh bunyi SMS. SMS dari adikku yang mengatakan ibu kawanku yang baru ku jumpa malam tadi telah meninggal dunia pagi tadi. Innalillahiwainnailaihirojiun. Mungkin dia nak lihat kawan aku tu selamat melangsungkan perkahwinan dengan awek yang dah dikenal lama sejak 8 tahun tu, baru lah tenang dia nak kembali ke sisi tuhan. Mungkin itu anggapan aku saja. Yang pentingnya ajalnya memang dah sampai.

Aku bertolak ke Penang dengan kawanku yang sama-sama mengikut ku balik bercuti ke kampung. Aku berdua sahaja dengannya. Memula dulu pergi berempat. Sorang dah berjumpa dengan kawannya dan seorang lagi dah balik ke Penang hari Isnin malam tu. Sekarang hanya aku berdua dengan Nasir yang akan pulang ke Penang bersama. Bertolak dari rumah Leo pukul 12.30 tghari. Singgah di Tapah pukul 3 ptg jumpa dengan kawan lama aku Shairi yang belanja kami makan. Tiba di Penang pukul 7.30 malam.

Posted at 04:09 pm

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry