Dua tiga hari dalam minggu ni aku tak boleh nak lepak sikit. Banyak betul kes nak settlekan minggu ni. Dahlah semua job-job baru pula tu. Ada client-client yang tak pernah aku kenal terpaksa aku berkenalan dan menyelidik masalah-masalah diorang. Setiap hari sejak dari Isnin aku tak seperti selalu berehat saja tetapi minggu ni aku kena keluar sebab minggu depan cuti panjang. Kalau kes tak settle berjawab la aku ngan bos. Setiap satu kes akan ditanya sebab musabab kenapa tak settle. Cuti aku dah submit tetapi masih di KIV dahulu. Kalau bos dah puas dengan job yang aku selesaikan baru dia luluskan cuti tersebut. Warghh tensen betul. Claim baru je masuk semalam tapi dapat setengah bulan je, lagi setengah bulan tak dapat lagi. Cukup la untuk aku balik ke Seremban minggu depan. Cukup makan je la. Tak bleh nak enjoy sangat. Kang tak balik ke Penang aku nanti. Bulan depan dah nak kena bayar insuran kereta pula ngan road tax sekali. Aduss fenin fenin. Dua tiga bulan ni memang teruk sikit kewangan aku. Aku rasa bulan 5 nanti baru stabil kot. Cerita pasal pelarasan gaji kat ofis aku dah banyak bulan dah tapi pelarasan gaji masih takde perkembangan. Cam tong kosong je la memekak masing-masing tapi hasilnya tak nampak pun. Dari tahun lepas aku dengar cerita ni. Ada yang cakap hujung tahun baru lulus. Mungkin dapat kenaikan dalam 15% jer tapi kalau boleh kurang-kurang 30%. Kalau dapat masa aku nak bayar insuran kereta nih kan syok. Lega sikit aku. Minggu depan mungkin aku seminggu tak dapat nak update blog ni. Seminggu bercuti sakan. Balik kampung. Dari sejak raya puasa aku tak balik kampung ni. Kenduri melambak. Sepupu aku kahwin. Kawan aku kahwin. Orang dekat umah aku kahwin. Aku kahwin? Hehehe lambat lagik la. Yang dekat opis je ada dua jemputan. Aku memang tak dapat pergi punya sebab aku dah balik ke Seremban. Sebelum hari raya cina tu mungkin aku lepak KL dulu kot 2-3 hari. Saja lepak umah kawan aku. Lama gak aku tak pergi KL ni. Ingat nak pegi Times Square nanti, nak tengok giant cinema screen 3D Imax. Pastuh plan nak gie IKEA gak. Kalau ada barang berkenan mungkin terbeli kot. Aku ni bukannya boleh ada duit sikit. Mesti nak beli punya. Tengok la camna nanti. Tapi nak balik ni, tayar kereta nak kena ganti gak ni, dah botak dah, isk kopak lagik duit aku. Dah lah timing belt pun aku tak ganti lagi. Kalau jadi apa-apa tak ke naya. Aku harap tak kot. Minta-minta selamat pergi dan balik lah. Nak balik bercuti ni memang seronok cuma yang tak syoknya kes aku banyak lagi ni. Uwaaa letih aku nak settlekan nih. Dah la bila jumpa sesetengah client yang suka berleter ni buat lagi tensen aku. Aku ni buat pekak telinga la bila jumpa client yang macam tu. Kebanyakkan yang suka berleter ni client melayu. Client bangsa lain tu berleternya kurang sikit. Tapi degil jangan kira la. Menipu kuat sekali. Cakap nak datang jumpa aku. Tunggu punya tunggu seminggu tak datang-datang gak. Apa-apa hal pun aku nak cuti. Yeaaaa cuti.. nak lupa segala hal-hal kerja ni buat sementara waktu. YAHUUUUUU......