Aidiladha Pertama : Hari ni memula sekali pergi ke rumah Sahar yang berdekatan dengan rumah aku, dijamu dengan ketupat dan nasi impit. Pagi-pagi lagi aku dah dijemput oleh Sahar untuk ke rumahnya dan aku pergi dengan Helmie. Helmie tidak balik ke rumah mak bapaknya sebab diorang beraya di Perlis. Setelah ke rumah Sahar kitorang minta diri dan call Nazeem & Leo samada nak ikut kami ke Padang Serai, rumah Farid. Setelah menjemput budak dua orang ni terus kami ke Padang Serai dan dijamu pula dengan hidangan pertama iaitu lontong, setelah itu hidangan kedua nasi tomato pula dihidangkan. Pukul 2.30 kami berangkat pulang kerana Nazeem hendak pergi ke rumah emak saudaranya yang membuat korban. Pukul 5 bersiap-siap pula untuk ke rumah Aan. Beria-ria Aan menjemput kami ke rumahnya. Untuk tidak menghampakan orang kami pun pergi. Helmie tidak ikut, dia kerja pula malam ni. Di rumah Aan.. aku, leo dan nazeem dijamu pula dengan ketupat dan rendang serta bihun tomyam. Kenyang betul hari ni. Aku pun tak terasa sangat berjauhan dengan keluarga bila disamping kawan-kawan yang menjemput beraya ke rumah diorang ni. Balik je dari rumah Aan, kami terus ke Seberang Jaya untuk melihat sebuah shopping complex yang baru dibuka kat situ. Buka pula hari ni. Pastu bila pergi sibuk dengan lagu Gong Xi jer. Cehh raya diorang lambat lagi. Suasana raya kita pada hari ni langsung tak rasa apa pun kat situ. Ramai sangat orang yang datang, bersesak-sesak dan beratur panjang masa membayar. Aku pun tak jadi nak membeli apa-apa dan terus mengajak Nazeem & Leo ke Pacific untuk mencari hadiah harijadi Huda. Huda menjemput untuk datang ke harijadinya pada 24 Jan ni.
Aidiladha Kedua : Hari ni takda banyak aktiviti yang dilakukan. Helmie balik dari kerja terus tidur dan pukul dua baru bangun sebab ada kawannya nak datang dari Parit Buntar. Aku pula menggoreng keropok dan Helmie pula membuat nasi goreng setelah kawannya dijemput dari stesen bas. Petang ni takda kemana-mana, duduk rumah dan tengok DVD. Malam pula, setelah majalah tiga habis, kami bersiap-siap untuk ke Air Panas, Baling. Mula-mula aku bengang gak, Nazeem & Leo tak jadi pergi, lepas tu Helmie pula tak nak ikut, tak larat katanya. Aku pun sakit hati la, plan yang dibuat tak jadi pula gara-gara diorang cancell last minute cam ni. Aku pun decide la pergi satu kereta je dengan Sahar, Yemm, Andy dan Anuar (kawan yang datang dari Parit Buntar tadi tu). Lepas diorang tengok aku dok bengang terus diorang jadi ikut. Ramai juga orang di Air Panas Baling malam ni. Seronok juga menjamu mata. Macam-macam jenis orang ada. Yemm dan Andy dapat kawan rupanya, budak Johor gak yang kerja Penang. Apalagi diorang dah jumpa orang kampung terus lupa kami. Lepak ngan bebudak JayBee lah plak. Lantak diorang lah. Aku tak berendam satu badan sebab panas, perit badan aku ni bila mencecah je air panas ni. Nazeem pula berenang sakan macam air tu sejuk je. Aku ni mencelup kaki je lah. Setelah puas mencelup kaki. Pukul 4 pagi semua berpakat untuk balik ke rumah. Sampai ke rumah pukul 5.30 pagi dan tidoq. ZZZZZZzzzzzZZZZZzzz....