About Me
Name : Zaifulddin
Nickname : zaif, zaiful, epul, sepol
Occupation : Govt. Servant
Status : Single
Location : Butterworth, Penang, MY
Hometown : Seremban, Negeri Sembilan, MY
Email : cpointce@yahoo.com
My Fotopages
Friendster Album

Flickr Album
www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos from aypol.geo. Make your own badge here.

My Japanese name is Higashikuni Hamada.
Take The Kawaii Japanese Name Generator by Shuichigami today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.



My Tag Board
   

<< January 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Thursday, January 20, 2005
Menjelang Aidiladha




Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Haji atau Aidiladha atau ada orang kata Hari Raya Qurban kepada semua yang membaca atau terbaca, terlawat, tertengok dan sewaktu dengannya. Harapan aku agar anda dapat menyambut hari kebesaran ini dengan gembira dan sempurna. Jika beraya tu diharap semua kawan-kawanku berhati-hati dan ingatlah pada orang tersayang.


Aku sekarang ni baru saja balik dengan Helmie dari rumah Nazeem yang tidak berapa jauh dari rumahku. Tadi dijamu dengan makan malam dan selepas itu sambil duduk menonton tv setelah kekenyangan, dijamu sekali lagi oleh Nazeem dengan kentang goreng dan ketupat yang baru saja direbus oleh emaknya. Walaupun aku tak balik beraya kat kampung di Seremban, takda lah terasa sangat sebab raya haji bagi aku biasa je, tapi mungkin tidak pada sesetengah orang yang mungkin menyambutnya lebih meriah dari Aidilfitri. Cuma aku hairan di tv kenapa tidak banyak sangat takbir raya yang diselang-selikan dengan program lain di tv, tak macam masa raya puasa dulu atau akukah yang terlepas? Raya Haji selalunya takbir adalah tiga hari berturut-turut berbanding raya puasa yang hanya sehari saja kita alunkan takbir. Dari segi sambutan pula, kita di Malaysia ni menyambut raya haji tak semeriah raya puasa. Apakah kesilapan disitu, budaya kita atau adat? Aku pun keliru. Tetapi walau apa pun perayaan yang kita sambut, ibadah kita tetap pada Allah dan menyambut dengan cara sederhana dan sempurna.

Balik dari rumah Nazeem aku berkemas bilik dan memindahkan barang2 Helmie ke bilik aku kerana ada 2 orang housemate baru yang hendak menyewa dibilik tersebut. Tetapi aku musykil juga mamat dua orang ni, walaupun aku dah beri masa tiga minggu untuk cari kerja disini tanpa perlu membayar apa-apa sewa dulu (maksudnya bulan pertama ni free jer la), tetapi masih juga tak dapat kerja. Aku perhati juga waktu diorang ni keluar rumah, selalunya dah petang baru nak keluar rumah dan balik lewat pagi, then tido sampai petang, then kuar balik sampai lewat pagi, bila masanya nak dapat kerja. Aku pulak yang makin pening dengan bebudak ni, dan aku risau juga dengan siapa diorang ni berkawan sedangkan mereka ni baru saja disini. Datang dari Johor Bahru. Walaupun aku kenal sorang mamat tu dulu pernah bekerja dengan aku masa aku membuka cybercafe dulu tapi sekarang ni aku musykil dan risau juga. Bukannya aku nak menyibuk hal orang tetapi aku sebagai tuan rumah kena tahu juga dengan siapa mereka ni berkawan. Takut juga terjadi satu-satu hal yang mereka ni buat tanpa pengetahuan aku, dan rumah aku dijadi target oleh pihak-pihak tertentu, warghhh tak nak, Nauzubillah, minta dijauhkan. Walaupun aku mungkin dapat menjimatkan lagi sewa rumah ni, tetapi risiko yang bakal aku tanggung akan menggugat kebahagiaan rumah ini yang aku duduki dengan aman sejak hampir dua tahun lalu. Bukan aku tak mampu untuk menyewa seorang tetapi rugi juga dibiarkan bilik kosong tanpa penunggu.

Sebentar tadi sebelum aku menaip entry ini, kerinduan ku tiba pada ibubapaku, keluarga serta kampung halaman, maklumlah malam ni malam raya. Aku sempat menelefon rumah ibubapaku. Telefon dijawab oleh anak abang sulungku yang baru berumur 5 tahun dan dia tidak kenal suaraku lantas memanggil ibuku yang tengah berbaring didalam bilik, kepenatan menyediakan juadah untuk raya besok. Antaranya yang disediakan seperti lemang dan rendang, makanan wajib keluarga kami, baik aidilfitri mahupun aidiladha. Abangku yang kedua bersama keluarganya masih belum tiba. Bapa dan adikku Fadil pula berada disurau, bersama-sama orang kampung memulakan takbir dari rumah ke rumah. Satu tradisi yang masih lagi dikekalkan oleh penghuni kampungku di malam raya. Adikku yang bongsu, Zubir, sama macam aku, tidak pulang ke kampung. Dia berada di Kluang, Johor. Bertugas sebagai Pengurus PERNAMA di kem tentera di sana. Mungkin kami sama-sama akan bertemu pada cuti raya cina dua minggu dari sekarang, insyaallah.

Untuk perancangan raya esok hari, aku telah dijemput oleh kawan-kawanku sekitar Penang ini untuk beraya di rumah mereka. Bila mereka tahu aku tidak balik ke kampung, mereka mengajakku untuk ke rumah mereka. Antara jemputan itu ada datangnya dari kawan-kawan pejabatku dan ada juga yang bukan dari kalangan rakan pejabat iaitu yang aku kenal melalui teman-teman dan juga chatting. Sekian entry aku untuk hari ni.

SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA.
May Allah bless you with peace and good health.

Posted at 11:22 pm

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry