About Me
Name : Zaifulddin
Nickname : zaif, zaiful, epul, sepol
Occupation : Govt. Servant
Status : Single
Location : Butterworth, Penang, MY
Hometown : Seremban, Negeri Sembilan, MY
Email : cpointce@yahoo.com
My Fotopages
Friendster Album

Flickr Album
www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos from aypol.geo. Make your own badge here.

My Japanese name is Higashikuni Hamada.
Take The Kawaii Japanese Name Generator by Shuichigami today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.



My Tag Board
   

<< August 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Sunday, August 30, 2009
UP - 3D Version

Hari ni tadi layan Disney Movie terbaru UP di GSC, Gurney Plaza. Sebenarnya dah tengok dah movie ni sebelum ni, tapi nak merasai pengalaman tengok movie ni dalam versi 3D pulak. Sekarang ni, pengeluar2 filem Hollywood dah mula start buat version 3D untuk filem2 diorang. Aku tak nak cerita sangat pasal cite UP nih, tapi nak cerita sikit pasal teknologi 3D yang menarik ni.

Masa memula masuk panggung ni, kat pintu masuk tu pekerja panggung tu akan kasi satu cermin mata. Cermin mata nih sebenarnya bukanlah cermin mata biasa walaupun kalo kita tengok macam takda pape jek. Putih cerah je kedua-dua cermin nih. Sebenarnya ianya adalah cermin mata yang ada 'circular polarization lens'. Kalo kita guna cermin mata nih kat memana takda pape pun. Tapi bila kita guna kat panggung nih, baru kita akan dapat kesannya. Sebelum nih panggung 3D menggunakan cermin mata yang ada filter biru dan merah. Tapi teknologi tu buat penonton pening kepala je. Dulu pernah keluar kat tv filem Jaws 3D ni. Kita kena beli cermin mata biru merah ni kalo nak tengok. Lepas tu kat wayang 2-3 tahun lepas keluar Spy Kids 3D guna teknologi ni juga.

Berlainan dengan IMAX yang guna cermin mata 'linear polarization lens'. Kelemahan linear polirization nih pula, kita kena tengok mendatar. Tak boleh senget kepala. Senget je kepala kita akan nampak bayang-bayang. Tak selesa. Bayang-bayang tu ialah image kiri dan kanan yang mata kita sepatutnya tak perlu nampak bila kita tengok dengan cara yang betul, yang mana kedua-dua image itu akan bergabung untuk menampakkan image 3D melalui cermin mata tersebut. Kelebihan circular polarization ni, kita senget kepala pun, still leh tengok 3D dengan selesa tanpa nampak bayang-bayang pertindihan antara image kiri dan kanan.

Teknologi yang dinamakan RealD Cinema ni menggunakan teknologi digital projection, bukan analog iaitu menggunakan projektor filem (seperti yang digunakan oleh IMAX). Setiap satu saat menggunakan 144 frames. Enam kali lebih laju dari movie biasa, yang mana movie biasa menggunakan hanya 24 frames sesaat. Dalam sesaat tu, dua scene image kiri dan kanan akan dipancarkan berulang kali. Dengan mata kasar kita takkan nampak image tu dipancarkan berulang kali, kita nampak macam satu image je. Jadi, dengan menggunakan cermin mata khas tu, kedua2 image ni akan digabungkan dan kita akan nampak kesan 3D nya.

Papehal pun aku rasa nih salah satu cara bentuk menonton wayang dengan teknologi digital terbaru berbanding kaedah lama menggunakan filem dan dengan 3D pula tu. Sebelum masuk panggung ni, aku rasa tengok wayang guna digital projektor nih, macam tengok image projektor biasa macam kat kedai-kedai makan tu. Rupanya projektor nih bebetul canggih. Gambar clear, cantik je imej. Lepas-lepas ni, kalo ada 3D movie terbaru... mesti tonton. Oh yer.. tak lama lagi akan keluar Final Destination 4 dalam versi 3D.

 

untuk info lanjut pasal teknologi 3D baru ni, leh la baca kat link bawah ni....
http://en.wikipedia.org/wiki/RealD_Cinema 
http://en.wikipedia.org/wiki/Disney_Digital_3-D 

 

 

 

 


Posted at 11:22 pm

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry