About Me
Name : Zaifulddin
Nickname : zaif, zaiful, epul, sepol
Occupation : Govt. Servant
Status : Single
Location : Butterworth, Penang, MY
Hometown : Seremban, Negeri Sembilan, MY
Email : cpointce@yahoo.com
My Fotopages
Friendster Album

Flickr Album
www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos from aypol.geo. Make your own badge here.

My Japanese name is Higashikuni Hamada.
Take The Kawaii Japanese Name Generator by Shuichigami today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.



My Tag Board
   

<< August 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Wednesday, August 12, 2009
Chalet Terapung (PELADANG), Teluk Bayu, Sungai Petani, Kedah.

Cuti hujung minggu yang lalu berbaloi juga bila lepak2 ngan kengkawan kat Chalet Terapung Teluk Bayu. At least ada gak aktiviti dari dok melangut kat rumah je bila cuti2 hujung minggu. Ni pun tak plan sebenarnya. Malam sebelum tu dah bincang2 ngan diorang2 ni masa minum2 nak lepak mana weekend ni. Salah satu agendanya nak lepak kat chalet terapung nih. Tapi hari Jumaat tu masih tak decide lagi. Petang Jumaat tu, masa chatting2 ngan diorang ni terus plan nak ke sini je, apalagi masing2 surf la cari nombor telefon chalet ni.

Alhamdulillah terjumpa gak kat net nombornya. Terus member sorang ni call. Ada chalet kosong. Selalunya penuh je. Kaki2 pancing selalu book. So terus booking dua chalet. Murah je. Satu chalet tu baru RM150. Kemudahannya ada dua bilik setiap satu chalet ngan setiap satu bilik tu ada aircond. Pastu ada dapur, tv, peti sejuk, pinggan mangkuk, kuali semua siap. Tempat bakar Barbeque pun ada. Tinggal nak bawa perkakas makanan je. Semua yang join 12 orang.

Sebenarnya cukup setahun pergi sini balik. Last year pun pernah lepak sini gak. Masa tu sehari nak puasa dah. Hari ni masuk, esok tu dah puasa. So sahur yang pertama untuk tahun lepas bermula kat chalet ni. Masa sahur goreng ikan2 yang dipancing.. hehe.. ada gak yang tak selera makan ikan yang dipancing tu.

Sampai kat chalet ni dalam pukul 5 petang. Rilex2 jap, pastu sapa yang bawa pancing tu, start lah memancing. Yang tak bawak pancing tu pulak, mengail guna tali je tanpa rod... letak je, dapat gak ikan. Kol 6 lebih mula bakar arang untuk buat BBQ. Memang santai habis stay kat situ, lelebih lagi kalo reramai ni. Kebetulan masa book dua chalet ni, tuan punya chalet ni dah combinekan sekali dua chalet ni, antara dua chalet ni ada dewan terapung. Memang luas la. Boleh berlari nak pergi ke chalet lagi satu tu. Dat means kalo ada sesapa nak buat majlis yang melibatkan ramai orang dalam anggaran 20-30 orang memang boleh la. Penjaga chalet tu nanti akan gabungkan semua chalet tu sekali ngan dewan tu.

Kalau dah lepak reramai tu, mana nya mata reti nak lelap. Siap bancuh kopi kaw kaw punya. Apa lagi, layan terup la diorang ni. Ada gak yang layan pancing. Ada dua orang pulak bantai membuta lepas makan tu. Tetengah syok main terup malam tu, hujan pulak. Masa tu dah kol 1 pg lebih kalau tak silap. Terus layan terup dalam bilik pulak. Kol 4 pagi baru la masing2 ni tau nak masuk reban.

Esoknya pulak ada yang awal2 dah bangun. Termasuk la aku. Kol 7 pagi dah terjaga dah. Padahal tido kol 4 pg tu. Pusing2. Kacau orang tido. Masak burger. Pastuh tido balik. Kol 10 terjaga balik. Breakfast meehoon ngan nasi goreng dah tersedia. Diorang ni buat. Pastu siap2 untuk check-out. Kol 1 bot sampai.

Tak abih lagi aktiviti. Terus reramai ke Kg. Pulau Sayak pulak, pekena mee udang. Lepas dah kenyang ngan mee udang, semua bersurai.

Ohh.. sebelum ni ramai yang bertanyakan kat aku nombor telefon chalet ni. Ye la masa pergi sebelum-sebelum ni, tak teringat pulak nak amik nombor telefon. Selalu yang organize tu pun member sorang tu. Tak mintak pulak kat dia. So kat bawah ni aku ada amik gambar notis chalet ni beserta nombor fon. Kalo ada sesapa berminat nak stay kat chalet ni, sila-sila kan lah ye menelpon tuan yang empunya, Pak Ya.

Ulasan aku.... tempat ni best, takda apa gangguan berbentuk fizikal atau rohani (pepaham je lah yek entiti segala ni).. cuma kalau yang bawak anak kecik tu, perati2kan lah mereka, jangan sampai ada yang terjun dalam air tu.. dalam tu.. untuk kaki2 pancing memang sesuai.. ada gelama, siakap, kerapu, tetukang (mcm pari tu), sembilang etc etc.. aku tatau sangat sebab aku bukan kaki pancing.. huhu.. haaa ada pancing sorang kawan aku ni, terkena anak belangkas... nak makan apa pun tatau, aku tengok takdak isi pun belangkas nih.

Okey la, berakhirlah aktiviti hujung minggu ari tu ngan penuh 'keenjoyyan' hak hak.. bahse baru...

 

 

Posting sebelum ni tentang chalet ni :
http://zaif.blogdrive.com/archive/196.html

 

 


Posted at 07:12 pm

ismihan-Staff PPK Sg. Petani.
September 30, 2009   04:20 PM PDT
 
salam...
saudara zaif...mmg bngga bila trbaca blog pasal chalet terpung ni,trima kasih diatas pujian & tlg promot chalet ni...utk mkluman, chalet trapung ni adlh dibwh kendalian PPK Sg. Petani..ada 7 buah chalet terapung kesemuanya(4 air-cond,3 tnpa air-cond dengan 7org pngunjung/chalet)serta 1 buah dewan terapung dgn pax30-40org..bg yg minat mncing saja tp tak mahu bermalam,kami myediakan plantar mmcing yg lengkap dgn bilik air bg kemudahan pngunjung...kalau ada yg minat mnyelusuri sg. merbok,kami pun ada pakej tersebut...bleh tgk flora fauna by sg merbok..Dlm bulan 12 ni,bagi yg minat water sport..kami akan adakan kayak..bleh ronda2 skitar chalet & tgk sngkar ikan brdekatan..untuk tempahan/prtanyaan sila hubungi
:-en zakaria(pak ya)016-4829309
@ppk sg Petani 04-4217245
メル友募集掲示板
December 8, 2009   04:55 PM PST
 
よろしくおねがいします。good good nice
Nasir
May 13, 2010   12:35 PM PDT
 
Askum sume. sy telah bercuti bersama keluarga di chalet ini pada mac 10 yg lalu. Memang best lebih2 lagi bila bleh naik jenahak 1.5kg. Duri and ikan glamour jgn tanyer la, memang specis yg sukar ditinggalkan. Apa pun tempat ni memang best sgt2 terutama utk yg berkeluarga dan kaki/tangan pancing
Arshdalibad
June 29, 2010   02:51 PM PDT
 
sya mmng teringin nk pi tempat tu ....bru ni je taw kat sg petani ni da tmpt cm 2..ada pekej utk seminggu tak?
SHAHIR
August 2, 2010   10:40 PM PDT
 
MEMANG BEST DISINI....SYE KAKI PNCING...SYE BLEH BWAK NAIK KERAPU N SIKAP DKAT2 3.7KG...MMANG BEST BGI SYE....
warga kota
August 23, 2010   05:44 PM PDT
 
saya dh bosan dgn cara management di chalet ini.......mungkin selepas ini tidak lagi.....
User
December 9, 2010   06:25 PM PST
 
Nampak menarik, dari segi safety pihak chalet ada sediakan ? mcm life jaket, benda x diduga boleh berlaku bila2 masa ja.
rosli
May 15, 2011   12:03 AM PDT
 
tolong selenggara hawa dingin kerana ada yg kurang memuaskan
Name
June 25, 2011   03:46 PM PDT
 
saya memang teringin nak pi sana,kwn sy cakap best.katanya............
mawy
October 1, 2011   01:44 PM PDT
 
waa ..menarik nya ..tapi umpan ade jual ke kat situ
?
maz
October 5, 2011   02:20 PM PDT
 
Saya dgn fmly. Akan ke sne this weeknd (my hubby mmg suke mancing)......bila bace comments u all cm x sabar plak
Wan
October 20, 2011   10:31 PM PDT
 
Bangga kampung aku dah femes. Hehehe.
rahim
October 31, 2011   11:54 AM PDT
 
bln 12,2011 aku 1 family termasu mak mentua,ipaq duai aku nk try kt sini,,
dengaq kata best sgt2....so nk cuba try test. jgn indah khabar dr rupa dah la.....
manan
November 10, 2011   03:07 PM PST
 
aku dah dua kali pi chalet ni dgn famili.syok la boleh mancing2 sambil buat BBQ..tapi untuk pemancing tegar tak sesuai la..ikan kecik2 je.mancing suka2 bole la..tapi org cakap ada siakap kt situ..cubalah kot2 dapat..umpan udang hidup bole beli kat adik yg bawa bot tu..tapi yg penting boleh release tension sambil menikmati panorama yg indah..mai la ke kedah..
terajubintang7
December 5, 2011   02:47 PM PST
 
kami dah datang sini 26 - 27 Nov 2011. boleh tahan kemudahannya. ikan nasib dapat apapun. rezki kami dapat byk duri & gelama. jom ke blog kami.
rahim
December 14, 2011   04:12 PM PST
 
10-11/12/2011 kelmarin aku 1 family dah sampai sana....not bad.tukang bawa bot (pak ya) senyum memanjang.....sempoi.
keadaan chalet memuaskan...cuma linkway yg menghubungkan antara 1 chalet ngan chalet yg len kna wat pagar la....bahaya sgt.takut budak2 jatuh dalam laut.....
Anyway teluk bayu the best......
zack
December 19, 2011   05:02 PM PST
 
Boleh dapatkan maklumat dengan lebih jelas tak? sebab saya berminat untuk kesana dalam lingkungan 15 org..dan ada tidak pakej untuk student..
nita
February 5, 2012   09:59 PM PST
 
prepare ubat nyamuk....huk..huk........
one
March 6, 2012   04:33 AM PST
 
psl entiti tu aku x tau lah..taP aku x galak klu sapa2 yg ada anak kecik x smpai stahun pegi..anak aku siang elok je duk main2..gelak2..dlm pkl 12 mlm dia nangis giler2..sib baik pegi ngan org tua aku..
kroll
March 6, 2012   04:19 PM PST
 
Klu nak order umpan udang mcmana. Aku Cadang nak kesana bulan jun 2012 ni. Itu pun klu umpan boleh dapat dgn mudah. Stu lagi umpan apa yg sesuai kat sana?
mie
March 20, 2012   08:16 PM PDT
 
comfrim sy dan geng2 braun akan p sana pd 7 April 2012 ni..huhuhuuu
mnasir
April 12, 2012   11:27 PM PDT
 
memang best tpt 2, boleh dkatakan semua jenis saya dah biasa sewa,siakap dah byk kali saya dpt makan,kerapu,udang lipan,& nak lg syok bawa tangkol ketam. dasar sungai kat sana ada karang. dulu saya sorang saja pancing, teluk bayu pny pasai,la anak bini pun dah jd kaki pancing
UNCLE DEE
April 19, 2012   09:10 PM PDT
 
Tapi baru ni ada member pergi..alamak keadaan dah teruk... dah ta terurus dan kotor......macam saya pergi chalet cempaka sari, Parit .Toilet busuk ,langsir tinggi sebelah. selipar putus.....ahhhh indah khabar dari rupa.
timberland boot store
April 28, 2012   06:10 PM PDT
 
It does not follow that because we do not subsidize smoking, we should not regulate unhealthy activities. Costs and savings are not the only variable. The fact that obesity creates costs is merely an additional reason to regulate it, not the only one. The main reason is its danger to an individual. You are dismissive of subsidizing smoking precisely because of this moral intuition. ,636454,http://zaif.blogdrive.com/archive/270.html
eqah
June 30, 2012   12:36 AM PDT
 
sekitar chalet ni ada tak tempat untuk charity..???
malikradzi
July 18, 2012   03:06 PM PDT
 
tunggu warga pusat sains gunung keriang akan pegi sana 19-7-2012...
NameRjuna.
July 22, 2012   09:04 PM PDT
 
saya selalu juga kes sini sejak bbrapa tahun tp skrg dah tak mcm dulu dan tak terurus..ada calet yg masih2 tak di baiki2 sampai skrg dan bila kol management sengaja rekemen suruh amik yg mahal..sapa nak klu harga sampai 300 semalam...
mulberry outlet uk
August 13, 2012   06:10 PM PDT
 
Many smart senior people (un-named because their companies are involved in this snake-oil sale) have confirmed this for me, saying "sentiment analysis software? don't bother",465255,http://zaif.blogdrive.com/comments?id=270
buy chanel online
September 22, 2012   07:36 PM PDT
 
Blossom, actually should nothing to do with the season. A lot of time in his life is confused, find a better reason to let himself not to want to some other people think unimportant matters.
We all like a clown, in our lifetime playing five balls, the five balls is work, health, family, friends, and spirit. Five balls with only one is rubber, fall can play up and that is work. The other four balls are use made of glass, the off, broken...,827658,http://zaif.blogdrive.com/comments?id=270
Michael Kors 2012
September 25, 2012   02:01 AM PDT
 
I learn much from your article. Life is a beautiful journey. Everyone can only live but once. Wise people knows that we should enjoy our life. We should care about everything around us. Clothes, foods, friends, families and everything. Come on, make a better world for you and for me. At the same time, I think my website is good as well,982520,http://zaif.blogdrive.com/comments?id=270
mizan
October 1, 2012   03:40 PM PDT
 
salam nak tau pngalaman kaki pncing kat cni pakai umpan apa yg mujarab untuk ikan2 ada grd ni cth siakap kerapu jenahak.......tq
chanel bags online sale
October 23, 2012   11:14 PM PDT
 
It's so nice to have you do all of the research for us. It makes our decision making so much easier!! Thanks.,182812,http://zaif.blogdrive.com/archive/270.html
michael kors handbags outlet
October 29, 2012   06:18 AM PDT
 
It does not follow that because we do not subsidize smoking, we should not regulate unhealthy activities. Costs and savings are not the only variable. The fact that obesity creates costs is merely an additional reason to regulate it, not the only one. The main reason is its danger to an individual. You are dismissive of subsidizing smoking precisely because of this moral intuition. ,905277,http://zaif.blogdrive.com/comments?id=270
Are Zi Zi
October 31, 2012   11:49 AM PDT
 
wow..!!! tgk komen di ats terasa ati lak..bleh mancing tu yg best nye...
Name
November 19, 2012   07:32 PM PST
 
Kah..kah..ikan ape name tetukang...
jojo
December 29, 2012   01:56 PM PST
 
boleh bagi alamat penuh dengan map untuk ke sana???sy tak tau jalan sangat rea SP ni ha....tlg k....
tq2....
YUSRI AZIZ
February 5, 2013   11:35 AM PST
 
TEKNIK TERKINI TANAM TAUGEH...
SET TAUGEH AZRA SIRAMAN AUTOMATIK ...
HARI-HARI DAPAT HASIL

SET SIRAMAN AUTOMATIK TAUGEH AZRA
KAEDAH MUDAH TANAM TAUGEH
TANAM TINGGAL TUAI
( BERKONSEPKAN 3T )
LAWATI : HTTP://TAUGEHMODEN.WEEBLY.COM
ATAU HUBUNGI EN.AZIZ : H/P 019 - 464769
azpon
March 14, 2013   08:46 PM PDT
 
Sy dh ke chalet nie dh berkali-kali dh.sejak tahun 2004 lg..mmg syok..nie pn nak pi lg dgn member2...besa pakai umpan udang hidup,udang market,kerang,umpun2..spesis ikan yg ada spt glamer,duri,ketuka,siakap,tetanda,kerapu n semilang.biasa dok beli umpan udang hidup kat kedai runcit area sg. Jagung dekat kolam memancing otai.sekoq 3kupang
ajoy
April 27, 2013   04:14 PM PDT
 
tempat dia mmg best..aku klu lik umah mak mertua..klu tak ke kolam ke teluk bayu nie la..tp layan2 kat tepi2 jer..ari tu lik tgk dah ader buat jeti simen..lagi best..leh manceng tgh2 skit..tunggu anak besor skit baru nak pi sane naik chalet plak...layan dari mlm ke pagi..huhuh :)
INSAN
April 30, 2013   02:03 PM PDT
 
APE PERKEMBANGAN TERKINI CHALET NI,, ADE SESAPE YG SINGGAH DALAM THN NI X (2013)
hujan
May 14, 2013   10:41 PM PDT
 
sy pun nk tahu perkembangan chalet ni skrg..da cantik ke?2013
slayer
July 3, 2013   03:03 AM PDT
 
semalam saya dan 4 kawan yg len dah p kat sana... kemudahan ok lg...
rase nak p lg... hihihi
bungakucai
August 25, 2013   03:51 PM PDT
 
smekum..hmm aku n fmly dah penah p lama dah,minggu dpn plan nk p plak..saja brehat cuti hari merdeka..
bleh tgk keadaan cmne kat sana..kat sgntng garam dh pnuh..sinipun 31hb ogos dah pnuh..aku amik 1hb sept..sminggu lagi maaa...
ikan kekek
September 23, 2013   08:34 PM PDT
 
segantang garam x yah p la..pompuan yg jaga tmpat tu x frendly..mcm kita ni nak mintak menumpang tempat dia ja..yg lain ok ja..cuma sana mancing x da ikan..umpan pon x hbs kalu p sana.
bidien
October 5, 2013   12:17 PM PDT
 
bnyk kali dh pergi sana..paling best rumah no.2...plan minggu dpn nk p memandangkan anak2 dh besar skit...mmg best tuk family, kalu 2 mlm rs mcm sekejap je...
mata kail
November 17, 2013   05:33 PM PST
 
malas sy nk komen bnyk kt cni tp mmg bez la....
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry