About Me
Name : Zaifulddin
Nickname : zaif, zaiful, epul, sepol
Occupation : Govt. Servant
Status : Single
Location : Butterworth, Penang, MY
Hometown : Seremban, Negeri Sembilan, MY
Email : cpointce@yahoo.com
My Fotopages
Friendster Album

Flickr Album
www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos from aypol.geo. Make your own badge here.

My Japanese name is Higashikuni Hamada.
Take The Kawaii Japanese Name Generator by Shuichigami today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.



My Tag Board
   

<< May 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Thursday, May 07, 2009
Hatyai / Haadyai Holiday

1 hingga 3 Mei lepas, opis aku ada buat satu trip cuti ke Hatyai. Sure tak lepaskan peluang la join sekali. Hosmet aku Lego pun join gak. Murah tu. Untuk 3 hari 2 malam tu hanya RM 160 sorang... bas & hotel. Makan tu sendiri2 la.

Hari pertama - 1 Mei 2009
Bertolak dari opis aku hari Jumaat 1 Mei tu dalam pukul 9 pagi gak dan pastuh singgah tol Sg Petani (U), jemput lagi 3-4 orang kat situ. Berenti jap kat Hentian Rehat Gurun, breakfast dan teruskan perjalanan hingga ke Changlun. Bas singgah kat satu hentian rehat ni dan tourist agent tu collect semua pasport dan buat pertukaran wang disini. Agak tinggi gak matawang thai nih skang. Aku tukar RM400 ke 4000Baht kena tambah 12 hinggit lebih. 1km je lagi nak sampai border Bkt Kayu Hitam, jem teruk. Ramai giler orang nak masuk ke Thailand. Maklumlah cuti panjang kan. Dari kol 11.30 merangkak2 bas tu nak sampai border, kol 2 lebih baru dapat cop pasport. Pastuh singgah Danok, lunch dulu kat situ. Kol 3 lebih gerak ke Hatyai. Akhirnya tiba kat Hatyai dan check-in hotel lebih kurang kol 4 lebih gak. Kitorang stay kat Ambassador Hotel. Hotel lama, tapi ok la... breakfast tadak.. tapi cenel tv punya la banyak. Movie2 pun dalam bahasa siam. Yang tak tahan kat sini bila tengok kabel2 letrik diorang. Berserabut dan mencacatkan pemandangan. Plug pulak tu takda suis. Bila cucuk je plug, terus peralatan2 elektrik nih on. So nak kontrol suis on/off, kena control kat alat letrik la. Dan plug diorang pun cuma ada dua palam je, tak macam kita sampai 3.

Lepas mandi-mandi baru teringat, tak amik nombor bilik member2 lain esp yg datang bujang (ekceli sumer dah kawen, tapi datang tak bawak anak bini huhu). Ingat nak merayau ngan diorang. Last2 dalam kol 5 ptg aku merayau ngan Lego je la. Tak susah pun jalan2 kat sini. Kalo sesat, carik jek tuttut dan cakap je stay kat hotel mana. Merayau la aku ngan Lego merata tempat sampai kat stesen keretapi Hatyai, shopping complex Robinson dan menyusuri kedai2 ke Lee Garden. Masa kat dalam Lee Garden nih ada pameran foto. Sentap tengok foto2 tu. Cantek giler. Nak amik gambar takut kang kena marah. Ye la kan copyright katanya.. pastuh kat satu kedai ni, ada jual foto-foto, owner dia pun ada sekali kat situ. So borak2 la ngan dia pasal fotografi nih. Lego la yang banyak tanya. Pastuh si Lego nih teruja pasal satu tempat yang ada dalam foto tu, Floating market. Terus dia ajak aku pi situ malam tu gak. So ape lagi, carik la tuttut (aku tatau la samada sebutan aku nih betul ke tak, samada tuktuk atau pun tut tut atau pun tutut).

Cari tuttut untuk bawak kitorang gie floating market. Drebar nih cam tak paham je. Last2 dia bawak kat satu tempat night market ni, lebih kurang cam uptown/downtown je tapi lagik besar. Yang penting foods.. memacam jenis. Barang-barang lain aku rasa takde yg special pun, sama je macam barang2 yang terjual kat uptown/downtown tu. Luas gak. Sampai sesat2 dalam tu.. carik jalan yang masuk tadi tak jumpa masa nak balik tu. Last2 nampak tuttut lagi. Tanya drebar tu lagi pasal floating market. Diorang pun cam tak paham2. Last2 suh diorang antar balik hotel je. Tuttut kat sini mmg banyak. Murah lak tu. Merata tempat gie sekali perjalanan baru 20 baht... 2 ringgit duit kita la tu.

Sampai hotel dalam kol 9 mlm, mandi2 pastuh kuar balik. Rugi la kalo pi travel dok bilik je. Bukannya leh pi selalu. Bila sampai lobi, mati kutu la pulak. Member2 sumer ntah pi mana tah. Nak call diorang, henpon pun tak buat roaming. Diorang pun lum tentu ada roaming gak. Masa dok merewang kat lobi tu, jumpa ngan drebar bas n tourist guide, borak2 jap ngan diorang. Diorang suh pi massage atau layan thai girl show. Dia kata cakap je kat tuttut tu nak pi mana, nanti diorang leh bawak. Last2 tatau nak pi mana dah. Cakap kat tuttut tu nak pi thai girl show. Terus dia bawak. Punya la jauh dia pusing2.

Rupanya tempat tu dekat je ngan hotel. Kat hujung simpang je. Cehhh. Jalan kaki pun leh sampai. Punya la ramai orang tengok show ni. Sorang 40 hinggit. Seb baik ada orang yang boleh cakap melayu kat kaunter tu. Tak la terkial2 aku. Dah la first time lak tu pi tempat camtu, kat tempat orang lak tu. Masa memula masuk cam segan giler. Ramai orang dalam tu. Pompuan pun ada gak yang ikut laki/grup memasing gie tengok. Tempat menunggu dan beli tiket kat bawah dan tempat show tu kat tingkat atas rumah kedai tu. Kat ruang show di tingkat atas tu, depan sekali ada pentas dan depan tu disusun sofa dan kerusi untuk audience. Kitorang tengok show kol 10 malam (waktu thai dalam kol 9 malam). Setiap guest diberi coke or beer segelas. Rupanya pompuan yang hidangkan minuman tu, diorang gak yang buat show tu. Memula show tu, pompuan2 nih dressing dalam pakaian tradisional thai sambil menari dan miming lagu tema Welcome to Thailand. Pastuh baru la start adegan2 erotik tu. Dekat sejam lebih gak la show tu. Ada sumpit belon ngan anu la, ada yang kuarkan pisau cukur dari anu la, ada yang kuarkan reben yang berjela dari anu tu, ada yang bergayut kat tiang-tiang besi tu, ada pertunjukan magik, ada yang main dildo, ada showboy lak ketuk dram ngan anu dia, dan ada show dua org showboy main titik lilin atas badan diorang dan last sekali sepasang laki ngan pompuan nih projek live atas pentas. Nak kata teruja tu tak la gak. Tapi alang2 dah sampai Hatyai tu. Layan je la. Kang nanti orang cakap ape thai girl show, tak tau lak nak cite.. huhu. Oh ye, kat sini tak leh amik gambar.. kalo tak, merasa la aku taruk gambar2 show tu kat sini hehe.. showgirl & showboy yang mantop.

Lepas abih show tu, tuttut yang bawak kitorang tadi, ada menunggu. Ingat nak jalan2 lagi, so bayar tambang tu kat dia, terus gie jalan kaki pusing2 dan terjumpa gerai muslim. Lepak makan & minum kat situ. Walopun bercakap ngan peniaga tu macam itik cakap ngan ayam. At least ada sepatah dua perkataan yang paham. Jalan malam2 kat sini rasa aman dan selamat je. Mat-mat rempit pun takde yang berlumba. Jalan2 sunyi je bila dah tengah malam. Aku peratikan gak, pemandu2 kenderaan kat sini pun berhemah je. Jalan tetengah pekan ni pun tak jem.

Hari Kedua - 2 Mei 2009
Jumpa kekawan aku pagi ni, baru amik nombor bilik diorang. Diorang cakap, semalam diorang pun gie thai girl show gak, tapi kat tempat lain. Rupanya semua pertunjukan show lebih kurang sama gak. Cuma tempat je yang lain. Hari ni lepas breakfast, bas bawak kitorang pi tempat shopping di Nora Plaza. Banyak barang2 kulit yang dijual kat sini. Memacam jenis kulit. Aku beli wallet, t-shirt dan selai baju bercorak songket. Mahal gak barang kat sini. Tak boleh tawar menawar lak tu. Fix price. Ingat nak beli souvenir. Punya la mahal. Ada satu keychain ni, harga 130 baht, lebih kurang 13 ringgit duit kita. Aduii. Tak jadi nak beli souvenir kat situ. Lepas tu bas bawak gie kilang memproses gajus. Beli serba sedikit snack foods kat sini. Dah puas shopping kat sini, bas terus bawak gie Songkhla Beach, pantai yang terkenal dengan tugu patung ikan duyungnya. Haa kat sini souvenir murah. Lego beli banyak gak replika tugu patung mermaid yang kecik, harga singgit je. Dia beli utk opismate dia. Dia satu2nya wakil opis dia yang ikut trip ni. Pastu shoot2 gambar kat patung mermaid tu.

Bas singgah kat satu restoran muslim ni untuk lunch. Lepas lunch bas menyusuri bandar Songkhla dan singgah ke Floating Market. Tempat yang kitorang sangat2 nak pergi malam sebelum tu. Food's Heaven sangat tempat ni. Rupanya tempat ni baru lagi. Satu tarikan baru kat Hatyai ni. Nak lagi meriah, kenalah pi Floating Market kat Bangkok. Yang bestnya kat sini, memacam makanan yang jarang jumpa ada kat sini. Kreatif tul orang-orang Thailand nih create berjenis-jenis makanan menarik. Tapi hati-hati gak. Ada makanan halal ngan tak halal. Kalau nampak peniaga tu pakai tudung dan ada tulis perkataan halal, boleh lah beli sebab kekadang diorang ni meniaga sebelah2 je ngan peniaga bukan Islam. Tak macam tempat kita, tempat makan muslim ngan bukan muslim diasingkan. Ada satu perahu yang jual minuman ni, kita boleh beli minuman dalam bekas tembikar dengan harga 20 baht je, lepas minum kita boleh bawak balik tembikar tu. Pastu ada jeli yang dibuat bentuk buah buahan. Comei jek. Cam sayang nak makan. Kalo sekali tengok cam barang perhiasan kaca. Dalam dia ada inti kacang. Ada lagi satu kuih ni pulak, dia macam kuih 'cara' tapi dia taruk telur dan tetengah tu taruk kupang. Fuh sodapp.. dan ada memacam food lagi. Tak larat nak cuba semua sebab baru je lunch tadik. Mana yang boleh bungkus tu, aku bungkus untuk makan kat hotel. Kalo ikutkan, layan makan kat situ lagik best tapi bas pula bagi masa sejam je. Takut kang, kita tengah dok syok layan selera. Orang dah lama tunggu kat bas. Tu pun ingat kita yang lewat. Rupanya ada lagik yang lewat. Dekat setengah jam tunggu diorang nih. So ini destinasi last untuk hari ni dan malam pula aktiviti bebas.

Bas sampai hotel lebih kurang kol 6.30 ptg. Mandi2 bersiap untuk keluar balik. Kali ni nak kuar ngan memember yang malam sebelum tu tak dapat nak join diorang. So kali ni kuar gie pusing2 night market area Lee Garden. Lepas makan gie foot massage pula. Sempat beli dua tiga barang. Tak leh nak shopping sangat. Harga mahal. Pelancong dari Malaysia ramai. So peniaga2 tu berlagak sikit. Nak tawar menawar pun berlagak.

Hari Ketiga - 3 Mei 2009
Sebelum check-out. Gie pusing2 kat market di Hatyai Plaza. Takda apa yang menarik pun untuk dibeli. Tengok-tengok barang. Dah puas, terus balik hotel. Sempat lena kejap. Kol 12 check-out. Balik singgah Danok pula dalam kol 2 lebih untuk habiskan baki-baki baht yang terakhir. Masa balik pun jem giler kat border. Orang2 Malaysia dah habis cuti, semua balik serentak. Pastu jem lagi kat Changlun, Singgah kat Hentian Gurun untuk makan malam, jem pulak antara Bertam ke tol Sg Dua sebab ada eksiden dan sampai Seberang Jaya lebih kurang kol 9 malam. Fuhh letih.. walopun penat, berbaloilah dengan percutian tu.


Next trip... Jakarta.. 19-22 Jun 2009

 

Posted at 06:26 pm

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry