Dah kol 12 malam ni, sok keje. Cuba hapdet blog nih jap seringkas mungkin... baru lepas entertain sorang kawan yang datang dari KL, Ajoi. Selalu dia datang reramai atau bawak sorang kawan. Tapi kali ni dia bercuti datang sorang je.
Masa dia sampai ari Jumaat ari tu, ofis aku ada dinner. Time tu tak dapat jemput dia dan suruh Lego & Mirr gie jemput Ajoi kat airport.
Bercerita pasal dinner tu. Aku rasa agak sukses gak dinner tu walopun bajet ciput, tapi berkat kerjasama kekawan AJK semua, majlis berjalan lancar. Dahlah pagi tu masa nak pi hotel untuk buat persiapan hiasan dewan & pentas, baju.. aku tak beli lagi. Ye la, theme pun Red & Hot.. baju aku takda selai pun yang merah menyala.. yang ada t-shirt je la, takkan aku nak pi dinner pakai t-shirt pulak, dah la aku salah sorang AJK. Nasib baik jumpa gak baju yang seswai kat Perangin Mall, tu pun sorang member AJK nih dah callin2 aku suh datang cepat.
Yang aku tension, aku tak lucky malam tu, bengang tul... lucky draw satu hape pun tak dapat.. walopun ada 85 cabutan malam tu. Member2 AJK aku yang datang awal, kebanyakkan sumer dapat.. dah dua kali dinner dalam tahun ni, nombor aku tak naik.. alangkah tak bertuahnya aku tahun nih... jeles tengok opismate yang datang laki bini, dua dua dapat.
Lepas habis je dinner tu, aku tak tunggu dah. Aku nak pi jumpa Ajoi, Lego & Mirr kat Padang Kota. Diorang tunggu kat situ. So hal2 kemas2 dewan tu aku serahkan je la kat AJK lain, lagik pun ngan kesentapan tak dapat lucky draw, baik aku blah terus jek. Mencik tul.
Lepas lepak2 jap ngan diorang kat Padang Kota. Terus balik ke Seberang Jaya dan minum2 kat situ pulak sampai kol 3 pagi sesambil borak2 etc.
Sabtu pulak aku bawak Ajoi makan kat kedai nasi campur pokok Buluh. Nama kedai tu, aku tak ingat pulak, tapi orang panggil pokok buluh je sebab meja2 makan kat outdoor dia tu bawah pokok buluh dan tepi sungai. Redup dan nyaman je suasana kat situ. Memang santai lunch tetengahari kat situ. Lepas makan terus gie Yan, bawak Ajoi jenjalan. Sebelum tu gie jemput Mirr dulu. Lepak2 kat jambatan Pulau Bunting di Yan tu.
Malam pulak bawak Ajoi makan kat Tao-Cuisine Restaurant di Autocity. Merasalah Ajoi makan nasi belut (Unagi Don) dan ikan mentah (Shashimi). Dah makan baru kasik tau. Mula la dia kata perut dia dah mual.. hikhik.. sowi yek Ajoi. Nama pun makanan Jepun, bersedialah untuk melantak yang pelik2 hehe.
Balik dari makan, singgah kat Hentian Rehat Bagan Ajam, jumpa Mirr kat situ... santai2 tepi laut.. pastu terus balik umah, layan movie pulak.. sampai la movie tengok kami pulak (terbongkang depan tv la tu).
Ahad pulak bawak Ajoi gie makan kat Restoran Ikan Bakar Kepala Batas. Dah kenyang balik umah, layan movie. Lagi pun Ajoi kata, cuti2 kali ni dia nak rest dan makan2 je. Malas nak rayau2 sangat. So balik umah layan tv jap terus bantai tido sampai kol 5. Bangun tido, Ajoi ajak kuar makan lagi. Minum petang katanya. Masa dalam kereta, abg Joe pulak call, kata ada kat Hotel Sunway Sbrg Jaya, baru sampai dari KL katanya. Outstation, besok nak kasik speech kat Kepala Batas. Terus jumpa dia kat Kassim Mustafa Sbrg Jaya dan kesekian kalinya, kami dan Ajoi melantak lagi plus kek Secret Recipe, beli kat outlet dia sebelah Kassim Mustafa tu.
Kol 7.30 balik rumah, siap2 dan kol 8.30 mlm terus hantar Ajoi gie airport. Sampai airport dalam pukul 9.45 gak. Jem sikit masa memula nak masuk bridge. Lepas check-in, minum2 jap kat McD di airport tu dan Ajoi on laptop dia dan teringat pasal cuti ujung bulan ni. Aku ingat nak balik nanti drive kereta je (maybe 24hb tu nanti) dan Lego keje lagi Jumaat 26hb nanti. So decide untuk dia amik flight je nanti. Terus time tu gak guna laptop Ajoi cek flight untuk ke KL dat day. Ada flight murah malam 26hb tu nanti dan terus beli online time tu gak. Aku gak la nanti kena drive ke KL sesorang cuti Xmas nih... isk.
Oh yer.. kalo takde aral.. 27-29 Dec nih, nak gie cuti2 ke Singapore, insyaallah dgn adik aku, Lego & Shahrom. Dapat pi kejap je kot, Lego susah dapat cuti pepanjang.
So pada Ajoi, thanx cuti2 ke sini. Arap puas ngan layanan kami disini dan maaf ye kalo ada yang terkurang. Moga datang lagi cuti2 ke sini.
p/s : untuk entry kali ni, takda gambar yang nak dipaparkan kat sini. camera dah jual. nak amik camera baru, kena tunggu gaji n bonus bulan ni. adoi lambatnya... tak sabar nak snappy2 lagik nih...