About Me
Name : Zaifulddin
Nickname : zaif, zaiful, epul, sepol
Occupation : Govt. Servant
Status : Single
Location : Butterworth, Penang, MY
Hometown : Seremban, Negeri Sembilan, MY
Email : cpointce@yahoo.com
My Fotopages
Friendster Album

Flickr Album
www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos from aypol.geo. Make your own badge here.

My Japanese name is Higashikuni Hamada.
Take The Kawaii Japanese Name Generator by Shuichigami today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.



My Tag Board
   

<< January 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Sunday, January 02, 2005
Hari Kedua 2005

Malam ni keluar lewat sebab pepaham je la kalau dah ramai ni, ada yang layan chatting dulu la, ada yang terlelap pukul 9 tadi dah kena kejut balik, ajak ramai-ramai keluar merayau malam2 minggu ni.. nak tunggu yang mandi lagi, yang tengah bermekap lagi.. opss..

At last keluar rumah dah dekat pukul 12, dua buah kereta, semua sekali dalam sembilan orang (aku, helmie, ryzan, leo, nazeem, sharum n arenz, andy n his friend). Memula aku hantar Sharum carik tiket bas kat Jetty dulu, masih ada lagi dua tiket kosong, lega diorang. Satu kereta lagi dah pergi ke Bandar Perda carik kedai makan kat sana. Masa aku sampai diorang dah sampai dulu tapi dok belek2 baju bundle yang ada orang meniaga kat situ. Meriah juga la kat Bandar Perda ni. Macam-macam jenis orang boleh tengok. Menjamu mata hehehe. Lama jugak la duduk kat situ, aku order roti paper je, malas makan berat2 tetengah malam macam ni. Lagipun orang kata tak elok. Kekadang aku tak ikut gak kalau dah lapar sangat. Sental je. Lepas makan, aku tak tahu nak bawa diorang merayau kat mana, area Seberang Perai ni bukannya ada tempat menarik sangat pun kecuali la kalau kat sebelah pulau sana tu. Last2 aku bawa diorang pergi lepak sambil borak dan ada yang smoking kat satu tempat cruising di Butterworth ni. Takda apa pun yang menarik nak diceritakan disini pasal tempat tu cuma aku tengok dah pukul 1 lebih ni masih lagi ramai orang dok merayau kat situ dan dicelah-celah kegelapan tempat tu nampak juga kelibat manusia yang mundar-mandir dan ada sekumpulan budak motor yang tengah mengusik pondan-pondan yang tengah mencari mangsa kat situ. Kami hanya duduk di tepi jalan sambil berborak kosong sebelum balik ke rumah.

Bila tiba di rumah, Sharum pula cakap beg duit dia dah tercicir. Cari dalam kereta tak jumpa. Mungkin dah tercicir kat taman cruising tadi kot. Rush pula ke sana balik tapi tak semua la yang pergi. Aku, Sharum & Arenz je. Kalo nak ikutkan bukannya dekat rumah aku ngan tempat tu, lebih kurang 20 minit gak perjalanan. Kalo pergi balik hampir sejam lah jugak. Nasib baik tempat tu gelap, dari lampu kereta yang menyuluh tempat kitorang lepak tadi nampak kat dibawah rimbunan pohon renek tepi palang pagar tu beg duit Sharum statik kat situ tanpa ada kesan diambil orang. Alhamdulillah kegelapan tempat tu membuatkan orang tak nampak ada beg duit kat situ. Sampai je rumah aku dah tak larat nak tahan mata dah, terus masuk bilik tidur..

Pagi pula pukul 9.45 dah dikejutkan oleh Sharum untuk hantar dia dan Arenz kat stesen bas. Aku pukul 9 tadi memang dah terjaga dengan kejutan bunyi alarm handphone aku tapi aku off terus tido balik. Tak larat pula nak bangun sebab tidur pun dah lewat awal pagi tadi. Lepas hantar diorang kat stesen bas, aku terus balik rumah dan ajak Helmie, Ryzan & Nazeem pergi Pasar Awam Kepala Batas. Leo aku minta dia tinggal kat rumah je untuk kemas rumah apa yang patut. Andy dan kawan dia yang baru sampai semalam dari JB masih lagi lena. Penat agaknya.

Tengahari ni Helmie masak kari ayam dan sup ayam cendawan.. aku pula goreng sayur kucai ayam berlada hitam.. Helmie memang rajin masak, so bila dia masak aku goyang kaki je la sebab dia memang suka memasak.. aku kekadang tolong gak skit apa yang patut..

Petang ni aku lepak rumah je, malas nak pergi mana-mana. Andy dan kawan dia minta Helmie tolong tunjukkan jalan ke rumah kawan mereka kat Inderawasih. Diorang ajak aku tapi aku malas, nak berehat je kat rumah. Bila duduk depan komputer ni mata rasa cam mengantuk gak, tapi tetap ditahan. Malas nak tidur. Leo pulak tengah menyanyi karaoke skang nih. Tadi sempat juga dia serve kan aku secawan 'teh O'.


Semasa bersantai dan minum petang di Pantai Robina, Butterworth semalam.

Posted at 05:34 pm

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry