About Me
Name : Zaifulddin
Nickname : zaif, zaiful, epul, sepol
Occupation : Govt. Servant
Status : Single
Location : Butterworth, Penang, MY
Hometown : Seremban, Negeri Sembilan, MY
Email : cpointce@yahoo.com
My Fotopages
Friendster Album

Flickr Album
www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos from aypol.geo. Make your own badge here.

My Japanese name is Higashikuni Hamada.
Take The Kawaii Japanese Name Generator by Shuichigami today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.



My Tag Board
   

<< November 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Monday, November 17, 2008
This Weekend Story

Sabtu lepas, mak & abah aku serta adik aku Dyll & wife dia Aien, wan aku, anak sedara aku Nurul, sepupu aku, Siti & Kamal datang lepak umah aku kat Penang ni. Seronok bila sekali sekala dikunjungi mak bapak dan sedara mara ni. Meriah kejap umah aku. Diorang datang sini pun sebab keesokkan harinya ada kenduri kahwin kat umah nenek sedara aku kat Taiping. So alang2 nak pi kenduri tu, diorang terus datang umah aku.

Malam minggu tu aku bawak diorang gie makan kat restoran ikan bakar Teluk Tempoyak. Hidangan yang dipilih untuk dibakar.... ikan siakap dua ekor, ikan merah dua ekor dan udang setengah kilo.. nak amik juadah2 lain kebanyakkan dah abih. Tak leh lewat sikit.

Lepas makan pulak, gie Padang Kota. Aku tengok grand stand kat padang tu utk event 'King of Tennis' yang dah batal tu ada lagi. Tengah ditanggalkan semula oleh pekerja2 kat situ. Isk camne la international event leh batal. Teruk tul organizer nih. Nak buat grand2 tapi last last jadik camnih. Sepatutnya weekend nih la berlangsungnya event tu. Nak wat camno. Mungkin ada masalah yang kita tak tau.

Kalo bawak kekawan atau family lepak Padang Kota nih, tak sah kalo aku tak beli fresh mix fruits kat satu gerai kat food court tu. Puas ati dapat makan memacam jenis buah fresh yang ada dijual kat gerai tu. Pastu aku beli rojak buah. Dyll pulak beli sotong bakar dan Siti beli pasembor. Lego ngan bapak aku lak gie urut kaki refleksologi. Murah gak.. dlm 20 ringgit. Lama gak urut. Jenuh kami nih tunggu diorang. Sampai ngantuk2.

Sebelum kol 2 kena bertolak balik sebab bridge nak tutup malam tu dari kol 2 sampai kol 10 pagi. Ada Penang Bridge Marathon 2008 pagi esoknya. Kang kalo lelambat balik, tak pepasal tersangkut kat pulau tu lak.

Ahad kol 9 pagi, gie Taiping, umah nenek sedara aku, anak dia kawen (pangkat bapak sedara lah kot kat aku walopun pengantin tu lagik muda dari aku, ye la sepupu mak aku kan). Sampai kol 3 ptg gak kat situ. Meleleh peluh aku ngan bahang cuaca ari tu. Panas betul.

Selamat pengantin baru kat sedara aku ni, Rosli & Junainah.

Tghari tu, Eisz ada call aku ajak gie mandi-mandi kat Carnival Water Park Sg Petani ngan Nobit, Mafiz, Abu & Mirr.. tapi aku mmg tak sempat nak join diorang. Balik-balik dari kenduri pun penat. Ingatkan nak lelapkan mata barang sekejap, tapi leka pulak transfer gambar kat pc then layan internet jap ngan layan tv. Tup tup dah kol 7 ptg. 

Call Eisz. Diorang dah balik dari mandi manda. On da way nak pi karaoke kat Seberang Jaya pulak. Terus siap2 nak pi join diorang walopun besok nyer nih dah keje balik. Bila lagik nak lepak ngan Eisz kat sini, sok dia dah nak pindah KL dah. Lepas karaoke 3 jam tu. Lepak McD Seberang Jaya pulak sampai kol 11.30 mlm. Pastu aku, Lego & Mirr mintak diri balik dulu sebab sok keje. Yang lelain tu tak keje sok, bleh la lepak lagi.. ye la kan, antara diorg tu ada yang keje cikgu, dah start cuti dah, seronok la korang cuti lama.

Pack sangat aktiviti weekend aku minggu ni. Papehal pun aku puas ati dan seronok bila mak bapak aku datang lepak umah aku. Puas hati dapat entertain diorang. Pastuh last-last minute nak siapkan diri utk kerja, sempat lagik join karaoke. Dan ari ni aku amik halfday... ingatkan nak rest kat rumah.. tapi tetap la mengadap pc nih sesambil mengapdet blog.

Posted at 02:50 pm

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry