About Me
Name : Zaifulddin
Nickname : zaif, zaiful, epul, sepol
Occupation : Govt. Servant
Status : Single
Location : Butterworth, Penang, MY
Hometown : Seremban, Negeri Sembilan, MY
Email : cpointce@yahoo.com
My Fotopages
Friendster Album

Flickr Album
www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos from aypol.geo. Make your own badge here.

My Japanese name is Higashikuni Hamada.
Take The Kawaii Japanese Name Generator by Shuichigami today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.



My Tag Board
   

<< October 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Wednesday, October 29, 2008
Gathering Raya 2008

Berbaloi rasanya majlis yang dirancang sejak bulan posa ari tu dengan Alimin, Eisz, Lego, Nobit, Mafiz, Abu & Usman dan kekawan di Penang nih berlangsung ngan jayanya di Vistana Hotel, Penang. Terima kasih pada tetamu dan kekawan yang datang pada hari tu esp kekawan dari KL. Hargai sangat sokongan dari semua. Aku last minute tawarkan diri jadi tukang jaga bunyi. Ye la, kang takda lagu2, boring lak majlis. Sapa yang nak kontrol volume mic dan lagu2 show tu lak nanti.. at least mmg laptop aku dah ada software2 utk sound system nih sumer dan penah aku gunakan masa dinner ofis aku tahun lepas. Event success, rasa puas gak esp pada kita yang dibelakang tabir nih. Nih antara gambar2 yang sempat di snap2 oleh Lego pada malam tu.


Walopun hanya banquet hall yang kecil, tetap suasana nampak menarik dan cantik, esp hasil decoration Eisz & Nobit yang berhempas pulas membuat backdrop & text. Aku sempat tolong kaler2 polistrene tu skit. Wah tetap nak taruk kredit gak. Oh yer tak lupa gak pada Paksu yang datang umah Eisz membantu diorang buat menda2 nih sumer.


Pentas dan hamper2 yang disediakan untuk lucky draw, best dress & best show. Kat atas meja tu pulak ada lagi hadiah2 lucky draw termasuk cenderahati untuk peserta pertandingan badminton yang berlangsung malam sebelum tu. Pertandingan badminton tu dimenangi oleh team Penang. Insyaallah tahun depan, akan berlangsung pula di KL.


Bergambar atas pentas dengan Mirul, member lama sebelum aku keje kat Penang nih. Time kasih Mirul sbb datang join dinner nih... appreciate sangat.


Sibuk susun lagu-lagu untuk majlis yang dah nak start. Apsal la mata aku terlelap lak masa tengah amik gambar nih... time nih tengah tensen skit, ada bebudak yang nak buat show masih tak kasik lagu lagik... majlis pun start lambat skit, guest ramai yang datang lambat termasuk artis2 yang nak buat show nih...

 
Antara tetamu yang hadir, masih banyak tempat kosong lagik tu, ada yang datang lambat, dan ada yang masih melepak kat tepi swimming pool luar tu. Makanan pun banyak juga walopun ketika tengah beratur panjang utk dinner tu, nasi dan lauk lambat ditambah oleh bebudak banquet.


Sempat bergambar dengan kekawan yang datang di pintu masuk, berdekatan registration table. Dari kiri, Mafiz, Mirul, Andy & me.


Ada suprise birthday cake untuk sesapa yang lahir dalam bulan Oktober. Kebetulan aku punya birthday pun dalam bulan ni iaitu 2 Okt.. so aku pun termasuklah dalam senarai birthday boy tu. Tidak termasuk Andy tu, dia bawa kek tu je. Member yang tetengah pakai tengkolok tu yang menang Best Dress malam tu. Undian adalah dari setiap guest yang datang.


Diet... so makan buah je laa... huhu.. takdelah.. sebelum tu aku dah melantak lauk-lauk dah, nasi tak makan sebab banquet guy tu antar lambat, aku nak jaga sound system lagik.. tak sempat nak tunggu nasi pulak.

 
 
Antara show2 yang dipersembahkan oleh kekawan KL & Penang. Semua show menarik. Best show dimenangi oleh gambar pertama tu. Lagu Halaman Asmara. Cayalah korang... tahun depan jgn lupa buat show lagik.

 

Gambar 1 : Games Poco Poco.
Gambar 2 : Antara kekawan dari KL yang datang.
Gambar 3 : Bergambar dengan Hard masa majlis berakhir.

Sekali lagi aku bagi pihak kekawan di Penang dan adhoc Gathering Raya 2008 juga Badminton Tournament, Geng Penang vs Geng KL, nak ucapkan terima kasih pada semua yang hadir dan memeriahkan dinner gath nih. Moga kita jumpa lagi di KL tahun depan. Jumpa disanaaaaa.............

 

 

 

 

Posted at 05:51 pm

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry