About Me
Name : Zaifulddin
Nickname : zaif, zaiful, epul, sepol
Occupation : Govt. Servant
Status : Single
Location : Butterworth, Penang, MY
Hometown : Seremban, Negeri Sembilan, MY
Email : cpointce@yahoo.com
My Fotopages
Friendster Album

Flickr Album
www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos from aypol.geo. Make your own badge here.

My Japanese name is Higashikuni Hamada.
Take The Kawaii Japanese Name Generator by Shuichigami today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.



My Tag Board
   

<< December 2004 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Saturday, December 18, 2004
Meriah Dengan Kengkawan

Sejak beberapa minggu ni aku tak putus-putus dikunjungi kengkawan terutamanya kalo weekend days. Ada saja aktiviti. Aku ni pulak jenis tak berkira dan mengalu-alukan kedatangan tetamu ke rumah aku, tu yang ramai kekawan tak kisah berkawan ngan aku tu, tapi tengok time la kalo agak-agak baru dapat gaji untung la sesape yg dtg time tu, dapat la aku layan lebih-lebih skit, kalo datang time sengkek pepaham je la, merayau setakat dekat2 je la. Minggu lepas aku bawak kawan2 dari Shah Alam meronda Penang, minggu ni pun bawa lagi sorang kawan aku dari KL, Leosabri. Malam pertama tu bawa meronda bandar koboi Butterworth ni jer, malas nak ke seberang pulau, maybe nak pergi Ahad.. lagik pun nak buat apa buang duit ke seberang pulau tu. Sekali lalu je kena tol RM7. Malam tu keluar la aku Leo, Nazeem & Farid  meronda la tempat2 yang ramai orang untuk mencuci mata, melihat gelagat macam2 jenis orang (housemate aku Helmie yang selalu lepak ngan aku tu takda, pergi gathering bebudak kolej dia). Seronok tau tengok2 orang ni, kekadang boleh jadi bahan jenaka dalam perbualan ngan kengkawan, dan kadangkala jadik bahan gossip dan umpat-mengumpat. Hish tak baik kutuk-kutuk orang... tapi itu la hakikatnya bila kita tengok perangai2 manusia ni especially kat tempat yang ramai orang. Tapi jangan anggap yang kita hanya tengok orang tapi orang tak perhatikan kita, jadi kena la jaga tingkah laku dan perlakuan gak, takut2 kita sendiri gak yang kena jadik bahan lawak kat orang lain.

Kami berempat ni pun mula la melepak kat satu gerai ni sambil menjamah nasi lemak ni bermacam mende la jadik topik perbualan. Yang si Leo nih pulak jenis tak reti nak bercakap slow, macam bertih goreng mulut tak berenti bercakap, apa lagik bila ditemukan dengan si Farid tu, memang lah kena, mulut sesama riuh, sesama peramah. Diorang ni walaupun baru je berjumpa malam ni, lepas ditemukan kat aku terus macam kawan yang dah kenal lama bertahun2.

Seronok dapat berkawan ngan orang mulut bising dan peramah ni, tak payah aku nak berborak sangat, mengangguk angguk je la sambil menyampuk sikit2 dan tak payah aku nak memikir idea bukak topik perbincangan bila lepak ngan kekawan ni, jimat tenaga aku hehehe.. Leo tu pulak bila bercakap macam takut tertinggal kapal terbang yang nak berlepas ke London, macam tak sempat nak mengabiskan ayat, macam akan berjumpa balik 10 tahun akan datang. Tapi bila time makan, slow yang amat, aku rasa kalo berlumba makan dengan siput babi pun, siput babi tu lagi cepat dari dia kot. Aku tak kisah la memang dah style dia camtu, dia pun sendiri mengaku bila makan je, orang dah abis dua pinggan dia masih tak habis lagi, pompuan pun lagi cepat makan dari dia, susah sangat nak menelan, slow2 pun tapi takde la dia mengaku siput babi tu lagi cepat dari dia, sebab dia tau dia manusia bukan siput babi. Tup tup telefon Leo berbunyi, apa lagi berborak pula dengan kawan dia kat fon tu berjela-jela, nasib baik dia baru je abis makan, kalo tak memang la karang sambung makan balik. Lagi satu Leo ni kalo merokok memang tak hengat, Dunhill 20 tu boleh abis sehari je, naga pun tak macam dia, so camna agak agak kalo aku combine siput babi dengan naga.. apa jadik ek?

Lepas lepak kat gerai tu kitorang merayau lah lagi tengok orang sambil dalam kereta ni riuh dengan suara Leo dan Farid ni, cam biasa Nazeem tak banyak cakap, aku plak drive sambil gelak ngan lawak2 diorg nih, depa nih kekadang menjerit pulak bila tengok taste .. hish ape nak jadik bebudak ni.. kadang tu selamba je la menjerit kat orang yang tengah lalu.. bila tengok orang melintas je, ada la pulak molot2 yang mengata, "ehh tengkorak idup melintas" ada satu tu pulak kata "eh nenek kebayan melintas" .. tu la korang kalo yang agak2 nak melintas time kereta kitorang keluar merayap tu harap2 pakai la lawa2 skit dan jangan pelik sangat, kang jadik bahan molot2 poaka kami nih jeh karang..

Posted at 04:00 pm

bUdak^buNiaN
December 23, 2004   12:59 PM PST
 
hiks,,.seronoknyer jenjalan.. akU nak ikOt wei...warrghh... mOerkekekke
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry