About Me
Name : Zaifulddin
Nickname : zaif, zaiful, epul, sepol
Occupation : Govt. Servant
Status : Single
Location : Butterworth, Penang, MY
Hometown : Seremban, Negeri Sembilan, MY
Email : cpointce@yahoo.com
My Fotopages
Friendster Album

Flickr Album
www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos from aypol.geo. Make your own badge here.

My Japanese name is Higashikuni Hamada.
Take The Kawaii Japanese Name Generator by Shuichigami today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.



My Tag Board
   

<< December 2004 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Thursday, December 09, 2004
Popia Basah

Since ada permintaan resipi untuk popia basah, so aku pun tulis lah kat sini yek.. sape yg nak cuba tu cuba lah..

Inti Popia
seulas atau dua ulas bawang putih ditumbuk halus
sebiji sengkuang dicincang halus, gaul dengan sedikit garam dan biarkan sekejap, perah airnya
satu mangkuk udang basah atau udang kering
dua biji kuning telur (yang putih telur tu kita boleh campur dalam bancuhan tepung untuk kulit popia)
dua keping tauhu yang sudah dilecek hancur

bawang goreng
kacang tumbuk

====
cara-cara :
tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan udang (kering/basah), selepas itu masukkan sengkuang, kacau agak-agak sengkuang tu layur dan masukkan kuning telur dan tauhu yang dah dilecek tu..

Sos Popia
seulas bawang putih ditumbuk halus
cili kering yang dah dimesin, lebih kurang semangkuk cili boh yg berharga 50 sen tu..
secawan air asam jawa, asam jawa tu lebih kurang sebesar ibu jari atau lebih skit
setengah cawan gula atau lebih
sedikit garam

====
cara-cara :
masukkan air asam jawa ke dalam kuali atau periuk, masukkan cili boh (cili mesin), bawang putih, masukkan gula then masak sehingga pekat.. tak lupa juga sedikit garam, agak-agak rasa masam, masin, manis, pedas semua tu...

Kulit Popia
Tepung dua cawan dibancuh dengan air, masukkan dua sudu minyak masak, sedikit garam dan putih telur, kacau sehingga bancuhan tepung menjadi agak liat, gunakan kuali leper untuk memasak kulit popia. Nak masak kulit popia nih pun ade teknik gak, api kene perlahan, pastuh nak sapu tepung atas kuali tu kena pakai tangan sendiri, tak boleh pakai sudu ker atau senduk, nanti ketebalan tu tak sesuai, nak kena nipis-nipis je baru syok nak makan popia nih, pastuh bila masak plak tak boleh lama, nanti jadik rangup pulak susah nak menggulung.

Then pastuh siap ler kesemua bahan, sapukan sos ke atas kulit, letakkan sedikit bawang goreng dan kacang tumbuk, letakkan inti popia dan gulung.. seswaiii dimakan bila-bila masa sahaja...

Posted at 05:09 pm

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry