About Me
Name : Zaifulddin
Nickname : zaif, zaiful, epul, sepol
Occupation : Govt. Servant
Status : Single
Location : Butterworth, Penang, MY
Hometown : Seremban, Negeri Sembilan, MY
Email : cpointce@yahoo.com
My Fotopages
Friendster Album

Flickr Album
www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos from aypol.geo. Make your own badge here.

My Japanese name is Higashikuni Hamada.
Take The Kawaii Japanese Name Generator by Shuichigami today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.



My Tag Board
   

<< December 2016 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Tuesday, January 12, 2010
Astro B.yond

Akhirnya Astro B.yond yang aku subscribe dah pun dipasang kat umah aku. Memang puas hati tengok tv in High Definition. Sebelum ni memang aku dah layan movie HD yang aku download kat internet menggunakan WDTV tapi tak puas gak sebab kalo leh dapat tv live yg ada channel hd nih lagik menarik. Gambar memang superb bila dapat layan HD nih. Memang sharp giler image especially kalo yang ada LCD TV. Kalau tv biasa tu, tak yah la nak pasang B.yond nih, rugi je sebab image yang terpapar kat tv biasa tu lebih kurang sama je ngan Astro biasa.


Satellite dish kaler hitam yang menarik dan berdiameter besar skit (65cm) dari dish sebelum ni (60cm).


Dekoder yang kecik dan comel. Sebelah kiri tu my WDTV yang diconnect ke 1.5TB hardisk sebelah kanan tu. Kalau astro dah activate kan function recordnya nanti, boleh la terus connect hardisk tu kat dekoder ni je sebab ada usb port yang akan digunakan untuk future function, mungkin masa tu kita boleh record program-program tv yang kita nak, lebih kurang macam function Astro Max.


Banyak key kat remote control nih yang belum boleh pakai, seperti key untuk fungsi merekod, apps, butang biru logo B.yond tu dan juga volume pun tak boleh control. Sekarang ni kena adjust volume kat tv je. So kena tunggu Astro update software dekoder astro nih dari masa ke semasa.


Interface untuk info channel. Clear. Takde lagi pixelate text.


Interface untuk tv guide yang lebih menarik dari dekoder sebelum ni. Nak scroll untuk tengok program-program yang akan disiarkan diwaktu yang lain pun laju. Sekali tengok menu lebih kurang macam TiVo gak. Sambil tu boleh tengok terus channel yang kita tengah bukak.


Interface untuk channel list. Kita masih tak tertinggal program yang kita tengah tonton.


Image saluran HD yang cantik dan menarik untuk ditonton.


Sharp and clear... so crisp.

Harap Astro akan launch lebih banyak HD Channel dari masa ke masa. Yang penting bil tambahan RM20 sebulan hanya akan bermula April ni.

 

 

 


Posted at 09:58 pm
Comment  

Friday, December 25, 2009
Pavilion Fountain


Posted at 12:01 am
Comment  

Sunday, October 18, 2009
Facebook Oh Facebook

Skang nih sebok berfacebook... sampai takda masa nak update blog nih.. ye la kan, facebook lagik user friendly.. tak yah nak mengarang pepanjang.. sentiasa je boleh hapdet status dan terus kekawan dapat tau apa yang kita tengah buat skang.. ambik gambar dengan handphone, terus boleh update apa yang kita tengah buat...

kalo kat blog nih, gambar2 nak kena upload lagik, kena edit resize etc.. dan lagik satu tentang facebook nih, banyak games yang melekakan.. kalo dah start main games tu, jangan harap la nak pikir menda lain lagik..

oppss sat, nak gie tengok pokok2 yang ditanam, kang busuk pulak tak bertuai.. ohhh kat cafe pun ada makanan tengah masak, dah siap ke belum tah.. kang tak sempat nak jual, makanan dah busuk.. tuh diaaa penangan games Farmville & Cafe World.. dua games yg aku tengah main.. sebenarnya banyak lagi jemputan dari kekawan lain untuk games2 lain.. tapi setakat nih, dua games tu yg aku tengah main.. camna tah tetiba je games2 facebook nih jadik femes skang nih, banyak betul kengkawan yang main.. dulu tak berminat langsung pun.. tapi bila dah tengok ramai yang main, cuba-cuba lah jugak.. sekali cuba terus tak boleh lepas.. kalo boleh tetiap ari nak tengok apa yang jadi kat ladang & cafe nih.. maka berlumba-lumba lah nak naik level ngan kengkawan lain..

dan oleh sebab itu lah, blog aku ini tak ber 'update'.. isk.. nanti lah yek.. ada masa aku update yek..


Posted at 09:37 pm
Comments (3)  

Wednesday, September 02, 2009
Berbuka di Cafe Pauh D'Layang, Hotel UiTM Permatang Pauh, P. Pinang.

Hari ni tadi, tetiba housemate aku call, tanya nak berbuka kat Hotel UiTM tak? Aku pun okey je la. Dia kata dapat nombor fon dari member ofis dia. Aku kata try la book. Then dia book dan kata masih ada kosong lagi untuk hari ni dan esok, tapi lusa dah full hingga 16hb. Bukan apa, aku dari dulu lagi memang nak cuba berbuka kat sini tapi selalu penuh. Mana taknya, harga buffet buka posa kat sini murah berbanding tempat lain, RM 23 je. Kalo kat hotel lain jangan harap dapat harga macam ni. Petang tu, kitorang pun berangkat la untuk buka posa kat sini. First time masuk hotel ni. Semua student yang incharge. Sambil belajar, sambil buat praktikal lah tu. Mungkin dapat elaun rasanya kot. Takkan la nak kerja2 free je kan. Ok la, leh gak tambah2 duit poket sambil belajar ni. Makanan kat sini okey la. Nak kata sedap tu biasa je, cuma aku tak boleh lupa, puding roti dia, memang sedap, tak keras cam beli kat pasar ramadan nih. Dua tiga kali gak aku tambah puding roti ni. Letak pula susu cair. Sedap betul. Memang penuh semua meja aku tengok. Ada lagi satu, ayam grill & mushroom sauce pun sedap gak. Dia tak letak kat meja buffet tapi diserve sebagai side dishes kat side table. Perut lak dah penuh masa makan sebelum tu. Tak perasan pulak meja2 side dishes kat tepi ni, so merasa sikit je la. Tak larat dah nak menyumbat. Komen aku, murah, berpatutan dan harus pergi lagi tahun depan. Yang penting kena book awal2.

 

 

 


Posted at 10:30 pm
Comment  

Sunday, August 30, 2009
UP - 3D Version

Hari ni tadi layan Disney Movie terbaru UP di GSC, Gurney Plaza. Sebenarnya dah tengok dah movie ni sebelum ni, tapi nak merasai pengalaman tengok movie ni dalam versi 3D pulak. Sekarang ni, pengeluar2 filem Hollywood dah mula start buat version 3D untuk filem2 diorang. Aku tak nak cerita sangat pasal cite UP nih, tapi nak cerita sikit pasal teknologi 3D yang menarik ni.

Masa memula masuk panggung ni, kat pintu masuk tu pekerja panggung tu akan kasi satu cermin mata. Cermin mata nih sebenarnya bukanlah cermin mata biasa walaupun kalo kita tengok macam takda pape jek. Putih cerah je kedua-dua cermin nih. Sebenarnya ianya adalah cermin mata yang ada 'circular polarization lens'. Kalo kita guna cermin mata nih kat memana takda pape pun. Tapi bila kita guna kat panggung nih, baru kita akan dapat kesannya. Sebelum nih panggung 3D menggunakan cermin mata yang ada filter biru dan merah. Tapi teknologi tu buat penonton pening kepala je. Dulu pernah keluar kat tv filem Jaws 3D ni. Kita kena beli cermin mata biru merah ni kalo nak tengok. Lepas tu kat wayang 2-3 tahun lepas keluar Spy Kids 3D guna teknologi ni juga.

Berlainan dengan IMAX yang guna cermin mata 'linear polarization lens'. Kelemahan linear polirization nih pula, kita kena tengok mendatar. Tak boleh senget kepala. Senget je kepala kita akan nampak bayang-bayang. Tak selesa. Bayang-bayang tu ialah image kiri dan kanan yang mata kita sepatutnya tak perlu nampak bila kita tengok dengan cara yang betul, yang mana kedua-dua image itu akan bergabung untuk menampakkan image 3D melalui cermin mata tersebut. Kelebihan circular polarization ni, kita senget kepala pun, still leh tengok 3D dengan selesa tanpa nampak bayang-bayang pertindihan antara image kiri dan kanan.

Teknologi yang dinamakan RealD Cinema ni menggunakan teknologi digital projection, bukan analog iaitu menggunakan projektor filem (seperti yang digunakan oleh IMAX). Setiap satu saat menggunakan 144 frames. Enam kali lebih laju dari movie biasa, yang mana movie biasa menggunakan hanya 24 frames sesaat. Dalam sesaat tu, dua scene image kiri dan kanan akan dipancarkan berulang kali. Dengan mata kasar kita takkan nampak image tu dipancarkan berulang kali, kita nampak macam satu image je. Jadi, dengan menggunakan cermin mata khas tu, kedua2 image ni akan digabungkan dan kita akan nampak kesan 3D nya.

Papehal pun aku rasa nih salah satu cara bentuk menonton wayang dengan teknologi digital terbaru berbanding kaedah lama menggunakan filem dan dengan 3D pula tu. Sebelum masuk panggung ni, aku rasa tengok wayang guna digital projektor nih, macam tengok image projektor biasa macam kat kedai-kedai makan tu. Rupanya projektor nih bebetul canggih. Gambar clear, cantik je imej. Lepas-lepas ni, kalo ada 3D movie terbaru... mesti tonton. Oh yer.. tak lama lagi akan keluar Final Destination 4 dalam versi 3D.

 

untuk info lanjut pasal teknologi 3D baru ni, leh la baca kat link bawah ni....
http://en.wikipedia.org/wiki/RealD_Cinema 
http://en.wikipedia.org/wiki/Disney_Digital_3-D 

 

 

 

 


Posted at 11:22 pm
Comment  

Friday, August 28, 2009
Berbuka di Revolving Restaurant, Bayview Hotel, Penang.

Majlis berbuka puasa yang dihadiri oleh kawan2 dari Penang dan KL sempena cuti Hari Kebangsaan.

 

 


Posted at 10:15 pm
Comment  

Friday, August 21, 2009
Salam Ramadhan

Salam Ramadhan untuk semua umat Islam dimana jua hendaknya. Selamat Berpuasa dan harap dapat sama-sama kita mempertingkatkan ketaqwaan kita terhadap Allah SWT dalam bulan mulia ini. Pada rakan-rakan yang mengenali saya, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas segala kata-kata, perlakuan atau tulisan yang menyinggung perasaan secara sengaja atau tidak disengajakan, secara sedar atau tidak disedari. Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah dari kita sendiri. Moga kedatangan Ramadhan kali ini membawakan keinsafan dan seribu makna buat kita. Insyaallah.

 

 

 


Posted at 10:56 am
Comment  

Wednesday, August 12, 2009
Chalet Terapung (PELADANG), Teluk Bayu, Sungai Petani, Kedah.

Cuti hujung minggu yang lalu berbaloi juga bila lepak2 ngan kengkawan kat Chalet Terapung Teluk Bayu. At least ada gak aktiviti dari dok melangut kat rumah je bila cuti2 hujung minggu. Ni pun tak plan sebenarnya. Malam sebelum tu dah bincang2 ngan diorang2 ni masa minum2 nak lepak mana weekend ni. Salah satu agendanya nak lepak kat chalet terapung nih. Tapi hari Jumaat tu masih tak decide lagi. Petang Jumaat tu, masa chatting2 ngan diorang ni terus plan nak ke sini je, apalagi masing2 surf la cari nombor telefon chalet ni.

Alhamdulillah terjumpa gak kat net nombornya. Terus member sorang ni call. Ada chalet kosong. Selalunya penuh je. Kaki2 pancing selalu book. So terus booking dua chalet. Murah je. Satu chalet tu baru RM150. Kemudahannya ada dua bilik setiap satu chalet ngan setiap satu bilik tu ada aircond. Pastu ada dapur, tv, peti sejuk, pinggan mangkuk, kuali semua siap. Tempat bakar Barbeque pun ada. Tinggal nak bawa perkakas makanan je. Semua yang join 12 orang.

Sebenarnya cukup setahun pergi sini balik. Last year pun pernah lepak sini gak. Masa tu sehari nak puasa dah. Hari ni masuk, esok tu dah puasa. So sahur yang pertama untuk tahun lepas bermula kat chalet ni. Masa sahur goreng ikan2 yang dipancing.. hehe.. ada gak yang tak selera makan ikan yang dipancing tu.

Sampai kat chalet ni dalam pukul 5 petang. Rilex2 jap, pastu sapa yang bawa pancing tu, start lah memancing. Yang tak bawak pancing tu pulak, mengail guna tali je tanpa rod... letak je, dapat gak ikan. Kol 6 lebih mula bakar arang untuk buat BBQ. Memang santai habis stay kat situ, lelebih lagi kalo reramai ni. Kebetulan masa book dua chalet ni, tuan punya chalet ni dah combinekan sekali dua chalet ni, antara dua chalet ni ada dewan terapung. Memang luas la. Boleh berlari nak pergi ke chalet lagi satu tu. Dat means kalo ada sesapa nak buat majlis yang melibatkan ramai orang dalam anggaran 20-30 orang memang boleh la. Penjaga chalet tu nanti akan gabungkan semua chalet tu sekali ngan dewan tu.

Kalau dah lepak reramai tu, mana nya mata reti nak lelap. Siap bancuh kopi kaw kaw punya. Apa lagi, layan terup la diorang ni. Ada gak yang layan pancing. Ada dua orang pulak bantai membuta lepas makan tu. Tetengah syok main terup malam tu, hujan pulak. Masa tu dah kol 1 pg lebih kalau tak silap. Terus layan terup dalam bilik pulak. Kol 4 pagi baru la masing2 ni tau nak masuk reban.

Esoknya pulak ada yang awal2 dah bangun. Termasuk la aku. Kol 7 pagi dah terjaga dah. Padahal tido kol 4 pg tu. Pusing2. Kacau orang tido. Masak burger. Pastuh tido balik. Kol 10 terjaga balik. Breakfast meehoon ngan nasi goreng dah tersedia. Diorang ni buat. Pastu siap2 untuk check-out. Kol 1 bot sampai.

Tak abih lagi aktiviti. Terus reramai ke Kg. Pulau Sayak pulak, pekena mee udang. Lepas dah kenyang ngan mee udang, semua bersurai.

Ohh.. sebelum ni ramai yang bertanyakan kat aku nombor telefon chalet ni. Ye la masa pergi sebelum-sebelum ni, tak teringat pulak nak amik nombor telefon. Selalu yang organize tu pun member sorang tu. Tak mintak pulak kat dia. So kat bawah ni aku ada amik gambar notis chalet ni beserta nombor fon. Kalo ada sesapa berminat nak stay kat chalet ni, sila-sila kan lah ye menelpon tuan yang empunya, Pak Ya.

Ulasan aku.... tempat ni best, takda apa gangguan berbentuk fizikal atau rohani (pepaham je lah yek entiti segala ni).. cuma kalau yang bawak anak kecik tu, perati2kan lah mereka, jangan sampai ada yang terjun dalam air tu.. dalam tu.. untuk kaki2 pancing memang sesuai.. ada gelama, siakap, kerapu, tetukang (mcm pari tu), sembilang etc etc.. aku tatau sangat sebab aku bukan kaki pancing.. huhu.. haaa ada pancing sorang kawan aku ni, terkena anak belangkas... nak makan apa pun tatau, aku tengok takdak isi pun belangkas nih.

Okey la, berakhirlah aktiviti hujung minggu ari tu ngan penuh 'keenjoyyan' hak hak.. bahse baru...

 

 

Posting sebelum ni tentang chalet ni :
http://zaif.blogdrive.com/archive/196.html

 

 


Posted at 07:12 pm
Comments (33)  

Thursday, August 06, 2009
Tajuk apa nak taruk pun aku tatau.. baca je lah..

Hari ni dapat cuti tanpa rekod utk amik exam.. examnya sejam setengah je.. dari kol 9 pg tadi sampai 10.30 pagi.. kejap je.. tapi yg best nye dapat cuti satu hari penuh.. tu la, time kekawan lain sumer sambung degree bila abih diploma dulu.. aku plak malas.. baru skang nih sebok nak belaja balik.. time tu la nak belaja, time tu la nak keje.. tapi tu la, kalo dok tangguh2 gak, sampai bila-bila la aku diploma je camtu.. takde improvement.. tapi 4 thn gak la aku nak mengabihkan degree nih.. aduhh.. semangat kena cekal.. next week ada satu lagi paper.. dan next week lepas tu ada satu lagi last paper.. bulan depan dah masuk semester baru.. adoiii nape la cepat sangat.. so untuk next sem, dah register dah siap2.. so subjek yg aku akan ambik time tu ialah Data Analysis & Modeling, Data Structure dan Discrete Math..

ada sorang member opis nih dulu pun, dah tua2 baru sambung belaja.. tapi sampai skang dia tak berenti.. la ni baru je abih Phd.. pasnih kena panggil doktor lah kat dia.. masa dia master dulu, dia dah quit dah, dapat jadi lecturer kat Uitm.. tapi sampai skang jumpa dia lagi, kekadang dia datang opis.. dia la yg dok kasik dorongan kat aku suh aku sambung study balik..

sebenarnya dah lama tak nulih blog cenggini.. sebok dok layan facebook je skang nih.. banyak pula kekawan lama dalam tu.. makin hari makin banyak jumpa.. ari ni je dah tiga org member lama masa belaja kat itm dulu jumpa balik.. tapi sebelum balik umah melayan facebook nih (amik kesempatan atas cuti ari nih), pi bayar bil hanpon, walopun boleh online, tapi saja jek nak cepat.. bayar kat centre dia terus.. kalo online nih, 3 ari gak nak tunggu float.. pastuh terus antar kete servis pulak.. mulanya nak tukar minyak itam je.. last2 cina workshop tu kata, kena tukar timing belt gak sbb dah sampai masa.. terbang beratus lagi duit aku ari ni.. pastuh, aku tukar angin tayar kepada nitrogen, diorg kata bagus.. tatau la.. rasa biasa jek.. maybe kalo lari kat highway baru terasa ringan kot.. janji org kedai tu tadik kasik pree je, regular customer katanya.. memang aku regular customer pun kat kedai tu, aku dah tak pi kedai lain dah sbb workshop tu ada bilik menunggu aircond, lepak2 sambil baca paper or magazine dalam tu.. kalo lapor, gie je kedai nasi kandar kat sebelah workshop tu sementara tunggu kete siap..

last week pun dah terbang beribu gak... tukar set audio kereta yang lama.. ye la, sejak beli kete nih tak penah pun tukar player nye.. dok pakai standard tu jek laa.. memula tukar player, speaker front and rear dan tambah power amp.. tapi bunyi tak power lagik.. then, 2-3 ari lepas tuh, tambah subwoofer lak.. skang baru pueh ati.. cuma yang tak best nyer nanti, dah takde tempat barang laa.. boot kelisa aku tu dah penuh ngan subwoofer.. nak sumthin yg baru, terpaksa la korbankan sumthin.. nanti kalo nak pi memana, barang kena sumbat kat seat belakang la nampak nya..

nih la dia rupa player baru kete aku.. berbaloi gak beli sbb tak penah lagik aku tukar player kete sejak beli kelisa tuh.. tu pun tempat putar volume tu dah konk.. sebelum2 nih mmg tak minat pun ngan audio kete nih.. janji leh dengar pun dah cukup.. tapi yg best nya, player nih leh sambung kat ipod terus.. takleh main vcd or dvd pun dah cukup.. janji bunyi sedap.. bila masa la nak layan vcd ngan dvd bila drive nih.. so bila sambung kat ipod, dia leh terus control kat player tu.. so ipod tu tak yah usik langsung, simpan je terus dalam car box tu.. sebenarnya tak plan pun nak tukar player nih.. masa dok buat keje melawat kedai2 nih, tetiba lak leh tanya tokey kedai tu pasal menda ni, dia quote-quote.. terus aku agreed.. akhirnya Pioneer DEH-P4050UB dah ada dalam kete aku.. nak tak nak.. maka berterbanganlah duit duit ku masuk kocek tokey kedai tu..

 

 

 


Posted at 06:06 pm
Comment  

Monday, July 20, 2009
Santai Di Menara KL - RTM LIVE

Thanx to Bush sebab invite kami join aktiviti Ramlah Ram Group semasa Siaran Langsung RTM Santai Di Menara KL hari tu.

 

 

 


Posted at 09:49 pm
Comment (1)  

Next Page